TANGGUNGJAWAB
SUAMI ISTERI
Mukadimah
Rasa bahagia ini wujud kerana adanya perasaan cinta dan kasih sayang yang menjadi asas pembentukan keluarga bahagia. Bagaimanakah caranya untuk membentuk sebuah institusi keluarga yang bahagia ini? Jawapannya ialah ahli-ahlinya perlulah mengetahui dan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Tanpa rasa tanggungjawab ini, maka kebahagiaan dalam sesebuah keluarga tidak akan tercapai. Tanpa rasa bahagia, kita akan sentiasa berasa resah dan gelisah kerana ia adalah perasaan semulajadi manusia untuk menikmati kebahagiaan. Esei ini akan menyentuh tentang peranan suami isteri dalam membentuk keluarga bahagia. TANGGUNGJAWAB
SUAMI ISTERI
TANGGUNGJAWAB SUAMI ADIL
Sabda Rasulullah SAW: (Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you. Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia. PEMIMPIN
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya. Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah
(An-Nisak:34) NAFKAH
Firman Allah
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan
(Al-Baqarah:233) Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum.Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri. PENDIDIKAN
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya. PELINDUNG
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat
(at-Talaq :6) Menurut
ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan)
kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri
adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai
kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang
bahaya. Untuk mencapai
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance. Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah. Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin,semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri. MELAYAN
& MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Suami hendaklah mendekati si isteri dengan cara yang baik dan bersopan, tidak bersikap ganas seperti seekor binatang. Isteri hendaklah dilayan sebagai seorang yang setaraf yang boleh berkongsi kebahagiaan dengannya. Sepatutnya isteri itu dilayan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan terutamanya pada malam pertama perkahwinan mereka. Dengan ini, sudah tentu akan mengukuhkan lagi rasa kasih sayang antara mereka. Suami akan mendapat ganjaran di akhirat jika menggauli si isteri dengan baik: Dan bergaullah dengan mereka (perempuan-perempuan) dengan baik, dan sekiranya kamu membenci mereka mungkin apa yang kurang kamu sukai itu Allah menjadikannya kebaikan yang banyak. (An-Nisak :19) Seorang suami juga tidak boleh mempunyai prasangka yang buruk dan bukan-bukan terhadap isterinya walaupun perasaan cemburu itu adalah perkara biasa. Perasaan cemburu yang timbul itu mestilah munasabah dan tidak keterlaluan sehingga boleh menyebabkan perbalahan antara suami isteri. Si suami sepatutnya tidak membiarkan perasaan cemburu itu mengatasi akal pemikiran yang rasional dalam menyelesaikan masalah. Sabda Rasulullah SAW: There
is a type of jealousy which Allah loves and there is another type which
Allah hates. As for what which Allah loves, it is the jealousy which is
provoked by a legitimate cause of suspicion; and that which Allah hates
is the jealousy which is unduly aroused.
|
TANGGUNGJAWAB ISTERI TAAT
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: Sekiranya
aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain
tentu sekali aku akan
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW: Tidak
boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW: Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal) Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting. MELAYAN
SUAMI
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah) Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya. MENGURUS
RUMAHTANGGA
Apabila
si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah
berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya.
Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu.
Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah
yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat
perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka. MENJAGA
MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
(Al-Ahzab: 59) Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia. MENYENANGKAN
HATI SUAMI
Dalam pepatah Arab ada menyebut: Accept
the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise
not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami. Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya: O my daughter!
You are leaving the home in which you were brought up for a house in which
you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar
to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat
to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and
he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should
be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to
you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do
not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear.
Let
PENDORONG
DAN MEMBERI MOTIVASI
Dalam
sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul
tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam
hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama
oleh
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan. Isteri
kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja
rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan
beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan
dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara
yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan
yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran. Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu. Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. KESIMPULAN
|