Make your own free website on Tripod.com
Persoalan Hati….
 

Apa itu hati, Rasulullah S.A.W ada menjelaskan melalui sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh bukhari bermaksud “Kehatuilah bahawa dalam jasad manusia
terdapat segumpal daging, kalau dia baik, seluruh jasadnya baik, namun
apabila dia rosak, maka seluruh jasanya rosak..itulah hati”.

Pemahaman mengenai hati adalah penting untuk semua muslimin kerana hati
manusia ini adala seperti cermin, hati yang bersih akan dapat merasai
kebesaran allah dan dapat memberi petunjuk atau isyarat tentang salah atau
betulnya perjalanan hidup kita.

Ketahuilah bahawa hati kita ini mempunyai 2 musuh iaitu ‘nafsu’ dan
‘syaitan’. Kita perlu mendidik nafsu kita untuk mentaati perintah Allah dan
mengikut kehendak Al-Quran. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan hati yang
bersih. Hati yang bersih memudahkan kita menerima hidayah dari ALLAH S.W.T.

Hati adalah tempat rebutan dua kuasa.iaitu Hidayah dan Syaitan. Kita perlu
memjadikan hati kita bersih supaya ia terjaga dari serangan syaitan.
Menjadikan hati yang bersih bukanlah satu perkara ang perlu dipandang ringan
kerana… ALLAH S.W.t berfirman didalam Al-Quran bermaksud “Hari yang tiada
guna harta benda, anak pinak, melainkan seseapa yang dating berjumpa ALLAH
membawa hati yang bersih.” Ini juga disokong dengan hadis Rasulullah S.A.W
yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud “ALLAH tidak memandang tubuh badan
dan rupa paras kamu, tetapi ALLAH tengok hati kamu”

Dari ini kita tahu bahawa syaitan boleh mengotorkan hati, oleh itu kita
perlu mengetahui dimanakah  pintu-pintu yang mereka susupi ke hati kita.
Antaranya:

-  Kemarahan.
Marah adalah kesukaan syaitan. Ia mudah menyelit ke hati manusia ketika
marah.  Oleh itu Islam mengajar umatnya untuk mengawal marah apabila ia mula
membakar.

-  Hasad Dengki
Ini adalah pintu untuk syaitan menghasut manusia. Rasulullah S.A.W bersabda
diriwayatkan oleh muslim “Orang yang hasad dengki amalan kebaikannya akan
dimakan oleh sikap dengkinya sebagaimana api memakan daun yang kering”

- Terlalu Kenyang
Makan terlalu kenyang memyebabkan syaitan mudah memasuki hati untuk
menjadikan kita lalai dan malas sekalipun makanan itu halal. Para ulamak
berpendapat makan terlalu kenyang akan menghilangkan perasaan takut kepada
ALLAH, malas beribadat, jiwa menjadi menjadi tidak tenteram. Makanlah bial
lapar sebaik-baiknya memenuhi satupertiga bahagian perut dan berhenti
sebelum kenyang. Makan terlalu banyak boleh juga memudaratkan kesihatan,
seperti memakan 4 keping pizza sekaligus.

- Tergesa-gesa
Sabda Rasulullah S.A.W “Tergesa-gesa itu  adalah amalan syaitan. Bertindak
secara perlahan itu dari ALLAH S.W.T”. Apa juga tindakan yang tergesa-gesa
akan membawa padah. Syaitan amat gemar akan sifat ini dan memudahkan mereka
memasuki hati manusia.

- Wang dan harta benda
Apabila orang itu gilakan duit, orang itu akan menjadi hamba duit. Berkerja
siang dan malan hingga melupakan kewajipannya terhadap ALLAH S.W.T. Harta
adalah pemberiah ALLAH S.W.T dan dan kita adalah pemegang amanah itu. Harta
itu adalah pinjaman NYA kepada kita dan jangan kita lupa akan hak-hak nya
terhadap yang lain.

- Taksub kepada sesuatu
Jika seseorang itu terlalu percaya kepada sesuatu, kepercayaannya begitu
dalam sehingga tidak dapat menerima pandangan dan pendapat orang lain akan
memberi ruang kepada syaitan untuk memasuki hati manusia itu.

Akhir kata untuk mendapatkan hati ang bersih, seseorang itu perlu menjaga
sembahyangnya, zikirnya (zikir adalah menyebut dengan lidah, mengingatnya
dalam hati dan melaksanakannya dengan seluruh anggota) dan sentiasa
bertaubat. Selalulah berKhiamulai untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. Hati
adalah ibarat cermin, apabila hati itu suci dari segala sifat mazmumah sudah
pasti cahaya keserian terpancar pada wajah permiliknya. Begitu juga
sebaliknya, hati yang memiliki sifat-sifat terkeji akan mempamerkan
kekeruhan pada wajahnya.

Sambungan … membersihkan hati yang kotor.

Hadis pilihan: “ Tidak dikira mukmin yang sempurna keimanannya orang yang
tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah” – Al-Tabrani