Disini segalanya bermula.... Dan perjuanganku masih belum selesai
Mengenali diri aku yang sederhana ini..seorang anak yang baik dan mendengar kata. Aku merupakan kanak-kanak yang agresif, cergas dan riang..petah bercakap..ramah..suka menyanyi. Waktu itu aku masih ingat terkenalnya aku kerana kepandaian menyanyikan lagu bunga tanjung (nyanyian biduanita Sharifah Aini) pada usia 3 tahun. Zaman kanak-kanak aku habiskan dengan bermain bersama sepupu-sepupu, adik-adik dan nenek. Aku membesar didepan mata mak we, mak ngah dan busu. Masa tu mak masih kerja lagi jadi mak kurang masa untuk tumpu pada aku...lagipun kami bertiga sederet (aku, lin dan azmir) dan aku harus mengalah sebagai kakak walaupun masih kecik. Aku pernah dibotakkan kepala oleh makngah kerana sejenis penyakit...sejak itu aku digelar si botak...
 

Pendidikan awal ku bermula di Tadika Tangga Batu
ketika itu aku baru berusia 5 tahun. 2 tahun aku sekolah tadika..
Sek. Keb. Kg Gelam Melaka - Darjah 1-6
Sek. Men. Seri Tanjong - Ting 1-3
Sek. Men Sains Muar - Ting 4-5
Matrik UUM - 1993-1994
Degree UUM -1994-1998
 

Selama aku hidup aku gembira dengan diri aku..aku pernah berfikir untuk lari dari rumah..bila mak marah-marah..atau aku dipukul...aku selalu nak lari..mak aku garang..kami teruk kena pukul..aku selalu berangankan yang aku hanyalah anak angkat mak dan ayah..aku tidak suka bila dimarah dicubit..satu hari aku bermain lari-lari didalam rumah...prang...lututku menghentak cermin almari mak..darah mengalir dengan banyaknya..aku panik...kesan luka tersebut masih ada sehingga hari ini.

Aku ada atok dan nenek : pakwe dan makwe belah emak
Yah bt Kasmin -makwe aku
Maarof  bin Baba (dah meninggal)

Aku sempat bermesra dengan pakwe aku walaupun sekejap tapi aku tahu pakwe sayang cucu-cucunya...pakwe meninggal  masa aku umur 4 tahun..tapi aku masih ingat...pakwe selalu bawak aku dengan sepupu aku naik motor  pergi pantai...masa pakwe meninggal aku tidur atas dada dia...aku masih ingat sehingga hari ini....semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada beliau..Al-Fatihah.

Pakwe dan Makwe belah ayah
Abu Bakar Bechik (dah meninggal)
Aminah Wahab    (dah meninggal)

Walaupun tak berapa rapat dengan  makwe tapi aku hargai dia yang telah melahirkan ayah. Terima kasih makwe..Pak we aku best dia seorang yang sabar. Aku rasa ayah mewarisi sifat pakwe...dia suka bagi kami adik beradik duit. Pak we selalu datang rumah aku kerana kurang tahan dengan kerenah makwe yang garang.....

Masa tu wedding pakcik..semua sepupuku dari KL dah tiba...masa tu aku masih disekolah rendah..kami bermain he man dan  shera..rumah makwe kat pantai so seronok main terjun sebab dekat pasir...lepas penat terjun kami main diatas loteng (peran)...port dan kubu rahsia kami.. ijam..aku..boy...angah... kami berpuak tak kawan dengan bebudak kat kampung..tengah meniti kayu diloteng tiba-tiba aku tergelincir lalu terpijak syiling bilik pakcik....prang...skret...peha aku menjadi mangsa...darah mula terbit...serpihan syiling jatuh atas katil yang penuh dengan barang hantaran...aku ketakutan...aku menangis...

Al-fatihah untuk pakwe dan makwe semoga roh keduanya dicucuri rahmat.
 


 
next home