Make your own free website on Tripod.com
 I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
>
>        Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari
>     satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi
>     ketenangan, kesenangan dan kedamaian.
>
>        Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa
>     manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang
>     sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.
>
>     Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
>
>        "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu
>     isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa
>     tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.
>     Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
>     bagi kaum yang berfikir."
>
>        Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari
>     Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak
>     diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang
>     bersungguh-sungguh.
>
>        Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup
>     merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat
>     pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih
>     dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil
>     rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.
>
>
>     A. Memilih pasangan hidup
>        Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat
>     diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia
>     di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah
>     dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
>
>        Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan;
>     jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana
>     ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa
>     yang ada) tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah
>     kepada takdir, tanpa sebarang usaha.
>
>     Beberapa pendapat tentang jodoh:
>
>        1. Jodoh merupakan takdir semata
>          "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik
>           ataupun buruk"
>
>           Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas
>           dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat.
>
>           Jika pendapat tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan
>           maka ada kebenarannya. Tetapiayat yang seterusnya terkeluar
>           dari hakikat sebenar.
>
>           Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu
>           ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan.
>           Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak
>           panjang."
>
>           Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan
>           perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang
>           memutuskannya.
>
>        2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari
>          "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari
>           dan memilihnya"
>
>           Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih
>           belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk
>           mencari dan memilih jodoh.
>
>        3. Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah
>          "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari
>           dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan"
>
>           Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
>           memilih jodoh.
>
>
>        Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang
>digunakan
>        di beberapa tempat seperti :
>        1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan
>           berlangsung atas persetujuan anak.
>
>        2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi
>keputusan
>           berkahwin bergantung kepada orang tua.
>
>        3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri
>           tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak
>           orang tua.
>
>        4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri
>           serta menentukan sendiri perkahwinannya.                      ak
>
>        Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak
>        merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami
>        dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
>        untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
>
>        Kedua orangtua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan
>        jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh
>        dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
>
>        Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan
>        calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
>
>        Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu
>        diperhatikan beberapa ciri berikut:
>        i.   Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk
>             membina rumahtangga
>        ii.  Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
>        iii. Pasangan ideal dalam erti;
>             - bersikap baik terhadap isteri
>             - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
>             - menerima kekurangan dan kelemahan isteri
>             - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan
>               tertentu
>             - dapat menjaga kewibawa isteri
>             - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
>             - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
>        iv.  Bapa yang baik dana sayang kepada anak-anak
>        v.   Pasangan yang baik lahir dan batin
>
>
>     B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah
>            Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur.
>        Cara yang paling utama islah membina keluarga yang utuh. Oleh itu
>        perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan
>        boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran
>        Islam.
>
>
>     C. Suami yang diingini wanita
>            Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah
>        lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.
>
>
>     D. Persediaan diri untuk berkahwin
>        1. Umur yang cukup dewasa
>           Kedewasaan bermaksud:
>           - dewasa fizikal
>           - dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri.
>             Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif
>             tindakannya sendiri.
>           - dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya
>           - dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni,
>             mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada.
>           - dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu
>mempertimbangkan
>             akibat perbuatannya terhadap orang lain.
>
>           Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30
>           tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur
>ini
>           sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat
>           sesuatu tempat.
>
>        2. Bekal menyara hidup
>
>        3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga
>           Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga
>           ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari
>           apabila telah berumahtangga. Di sanat ini barulah diketahui
>           banyak masalah yang perlu dihadapi.
>
>        4. Sihat jasmani dan rohani
>           Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki
>           dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani
>           amat diperlukan.
>
>
>     E. Memilih isteri idaman
>        Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :
>        1. Faktor keagamaan dan akhlak
>        2. Faktor kecantikan dan kekayaan
>        3. Faktor keturunan dan kesuburan
>
>           Sifat-sifat wanita yang mulia:
>           i.   Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan
>                membebankan suaminya
>           ii.  Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
>           iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela.
>           iv.  Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
>           v.   Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
>           vi.  Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
>           vii. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
>           viii.Tidak menuntut cerai atau talak.
>           ix.  Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.
>           x.   Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga
>                suami.
>           xi.  Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.
>
>
>
>      .....bersambung nanti
>