Make your own free website on Tripod.com
 
Baby's Journal

4 Month
(13 Sept 2002)

Assalamualaikum..hari ini kita nak menulis lagi selepas sebulan kita berdiam diri sebab kita tengah sibuk membesar.Kita kuat makan betul sampai berat mama kita naik 1 1/2 kilo bulan ni. Kita nakal semua benda yang kita nak rasa kita gerak2 kat mama kita. Nanti bila mama makan kita pun dapat rasa sama. Kita makan speggetti kita makan sushi kita makan pizza, McD, KFC, Ais krim apa saja yang kita fikir nanti mama terus belikan untuk kita. Syok betul duduk dalam perut mama ni. Semua makanan kita dapat rasa.

Kita dah besar dah sekarang. Kita dah masuk 4 bulan tak caya tanya mama kita. Tadi mama baru balik dari check-up mama tengok kita kat dalam perut mama. Kita rasa Dr Nora tekan kepala kita dengan objek keras then mama pun nampaklah kita kat skrin monitor. Kita dah besar betul sampai mama tak boleh nampak seluruh badan kita serentak. Yahoo seronoknya sebab mama nampak kita tengah hisap jari tadi.

Mama ada print gambar kita nanti awak semua boleh tengok gambar kita kat dalam ni.Dr kata kita ni so far so good sebab semuanya berada dalam condition yang baik dan normal. Dr kata kalau tengok kat scan kita ni dah 4 bulan lebih tapi ikut calculation doktor kita baru masuk 4 bulan. Iskh tak tahulah mana yang betul. Mama kata instict mama rasa kita ni dah 4 bulan.Hmm kita tak kisah yang penting kita duduk dalam perut mama dapat makan best-best.Nanti bila kita dah betul-betul besar kita nak keluar cepat-cepat dari perut mama. Kita dengar orang kata kat luar sana ada makanan yang lebih enak dan lazat-lazat.Kita ni suka makan rupanya.

Semalam kawan mama bersalin Auntie Ita dengan Uncle omar anak dia perempuan kawan kita la tu. Nama dia Nurien Dania.Tak aci betul la Nurien tu sebab dia keluar dulu. Hmm tunggu nanti kita keluar kita main pondok sama-sama. Oh ya sekarang kita bergerak agak aktif dalam perut mama. Maklumlah kita dah dapat kaki le katakan nanti kita kuit-kuit perut mama mesti mama rasa geli. Mama kata rasa macam ada cacing gerak-gerak dalam perut dia. Hmm itu kita belum buat flying kick lagi kan. Hah nanti lagilah mama tak boleh duduk diam kita buatnya. Oklah itu sahaja cerita kita bulan ini. nanti kita sambung pada bulan hadapan. Doanakn kita berjuang berhabis-habisan didalam perut mama ni.

|| home || guestbook || arkib ||