23 Jan 2002
jangan kau pandang bibir yang manis
kerna ia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerna ia bisa meracunmu

dengarkan lah teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah
kehidupan

24 Jan 2002

Mungkin ini yang dinamakan sebagai takdir dan kebetulan.Atau mungkin ini juga yang kita namakan suratan. Aku bingung kerana adakalanya aku dibelenggu perasaan resah serta  takut dan khuatir dengan pelbagai rasa yang silih berganti.

Tuhan mungkinkah ini ujianmu yang terakhir. Mungkinkah aku tidak akan diuji sebegini hebat lagi. Adakala aku termenung memikir nasib diri yang terumbang ambing tanpa arah.Perlukan aku jadi begini. Mestikah aku diuji sebegini. Terlalu tabah dan kuat rasanya melangkau batas ujian yang begitu mencabar. Tuhan aku tahu janjimu..kau tidak akan menguji hambamu yang tidak tahan dengan cabaranmu. Kau tahu aku mampu mengatasinya.

Aku sering silap dengan penilaian sendiri. Rasanya hanya aku sahaja yang diuji begini. Bagaimana dia orang itu orang ini..dia pun kau uji sama tapi tahap ujian yang dia lalui terlalu mudah pada pandangan aku. Mungkin orang lain juga menyatakan perkara yang sama apabila mereka tahu apa yang aku lalui. Saya sayang awak.

25 Jan 2002

Sinar cahaya yang hadir ketika aku bergelut dalam kegelapan sedikit demi sedikit menerangi aku yang masih teraba dalam kesuraman. Aku merenung jendela silam. Terpaku dengan rentetan perjalanan hidup yang belum berakhir. Semuanya bagaikan sebuah mimpi ngeri.Mungkinkah ianya satu kebetulan atau sebuah suratan buat diri ini.

Mungkin aku sudah mampu tersenyum pada pagi yang indah ini. Kehadiran cahaya sedikit demi sedikit memberi aku satu harapan yang sangat besar. Wahai cahaya usahlah kau pergi jauh dari diri ini. Terangilah aku disaat aku amat memerlukanmu. Aku benar memerlukanmu

Mengimbau kenangan silam cukup membuatkan hati aku terhiris. Airmata sudah tidak bisa mengalir. Ada ketika hidup ini rasa bagaikan tidak beerti lagi. Lebih baik pergi dari terus berperang dalam teka-teki. Lebih baik mati dari hidup dalam keadaan yang amat tersiksa begini. Aku sungguh tidak bahagia. Semuanya bagaikan terbang dalam sekelip mata. Semuanya hilang angkara kezaliman manusia.

Tapi cahaya aku tidak mengharapkan kau seperti dia. Dia sungguh hina dan jahat dimataku dia terlalu zalim kerana menyiksa hati dan batinku. Harapan aku terlalu tinggi padamu cahaya. Namun dalam masa yang sama aku terlalu berhati-hati agar memori silam tidak berulang kembali.Maafkan aku cahaya kerana segalanya kini terlalu amat terkawal. Segalanya kini amat berbeza dari apa yang engkau harapkan. Namun aku berjanji dan peganglah kata-kataku ini. InsyaALLAH segalanya akan ku buktikan suatu hari nanti.
 

26 Jan 2002

Aku sudah sampai di pertengahan jalan. Keringat mula membasahi seluruh tubuhku. Sesekali aku mengeluh kepenatan. Tapi inilah yang kita namakan perjalanan. Masih jauhkah lagi destinasi yang aku ingin tuju. Aku sendiri tidak pasti..

Begitu indah bumi ciptaan tuhan ini. Burung bebas terbang ke sana kemari. Angin bertiup lembut sesekali menyapa tubuh yang semakin lokos. Sayup dihadapan aku melihat sebuah rumah yang sederhana besar. Itukah perhentian aku seterusnya. Aku meneruskan sisa sisa langkah yang tidak bertenaga. Tenaga aku sudah hampir habis. Sambil berjalan aku menghitung adakah aku akan sampai ke rumah itu. Dalam hati berharap sudilah kiranya tuan rumah memberikan aku seteguk air. Kalau pun bukan air yang enak cukup sekadar air kosong untuk membasahkan tekak yang semakin kering. Cukup sekadar menghilangkan rasa mual dan loya.

Kepenatan aku  tinggalkan jauh dibelakang bersama bekas tapak kaki dan tenaga yang terbuang tanpa arah. Bersama kekesalan pada tuan rumah besar yang aku jumpa sebelum ini. Hmm orang kaya memang begitu lagaknya. Walaupun dia bagi aku minum tapi dia berinya aku air milo yang sudah basi. Aku semakin hampir dengan rumah yang sungguh cantik dimataku. Begitu sayu dan tenang melihat persekitaran rumah yang begitu terjaga dan teratur. Meskipun sederhana besar tapi rumahnya sangat unik sekali. Dan terpegun aku bila melihat berdiri di hadapan pintu seorang lelaki yang ku kira tuan empunya rumah itu. Aku memberi salam. Dia memandang ke arah aku dengan perasaan yang begitu belas sekali. Menyapa dan mejawab salamku.

Antara berani dan gugup aku melemparkan sebuah senyuman yang lemah. Dia membalas senyumanku  sambil mempelawa aku masuk. Dimatanya terpancar sebuah keikhlasan. Aku masih gugup namun dalam lemah aku meminta secawan air. Seketika selepas itu dia tiba bersama segeluk air jernih. Aku meneguk air itu perlahan-lahan. Sungguh enak sekali airnya. "Minumlah sepuasnya semoga air zam zam itu bisa menghilangkan hausmu" Katanya dengan lembut. Alhamdulillah
 

29 Jan 2002

ALLAH yang maha adil kepada semua hambanya. Kita sebagai manusia sahaja yang tak pernah nak adil pada diri kita sendiri...apatah lagi berlaku adil kepada ALLAH. Hari ini aku rasa sungguh menyesal kerana aku selalu mengeluh aku selalu tertanya tanya aku selalu tak bersyukur aku selalu tak berpuas hati sedangkan ALLAH itu tetap teguh pegang pada janjinya.
Airmata mengalir masa waktu Maghrib semalam..bila aku kenangkan kembali suatu ketika dahulu aku sering mempersoalkan kenapa aku jadi macam ni kenapa hidup aku mesti begini kenapa aku tak sabar...kenapa aku sering diuji.

Kenapa harus aku persoalkan semua itu kenapa aku harus mengeluh sedangkan hari ini ALLAH dah tunaikan janjiNYA padaku..Aku yang mahukan insan seperti itu hari ini berdiri disebelah aku insan yang aku cari hari ini dia ada dihadapan mataku dia ada disini aku dan sentiasa memberi sokongan moral kepada aku. Dan ALLAH sangat menepati janjiNYA padaku. Tapi aku dah lupa janji aku pada ALLAH suatu ketika dahulu..aku lupa yang setiap malam aku selalu jumpa ALLAH untuk panjatkan kesyukuran...setiap malam aku sering mengalirkan airmata mengadu domba perasaan yang tidak tenteram...tiap malam aku memohon dengan sabar tapi itu seketika bila aku teruji aku hilang pertimbangan. Mana kesabaran aku yang pernah aku agungkan mana ketabahan aku yang sangat aku banggakan mana..aku selalu mengeluh....kenapa semuanya lenyap dan terbang hanya dengan sedikit ujian..kenapa aku begini. Mengapa...mengapa aku tak tahu bersyukur. Aku malu dengan diri aku sendiri..aku sangat malu..sebab mementingkan diri sendiri. Layakkah aku dengan kurniaan hari ini.

Bila langit semakin gelap aku sendirian didalam kereta kerana aku tak boleh sembahyang..jadi aku tunggu dia habis sembahyang di masjid dan aku menangis lagi..aku menangis gembira aku menangis bersyukur kerana aku dah jumpa yang aku cari selama ini. Mungkinkah ini cahaya yang aku cari..mungkinkah ini yang aku inginkan selama ini. YA ALLAH engkau lebih mengetahui segala yang tersurat dan tersirat dihati ini. YA ALLAH engkau lebih tahu apa yang aku inginkan...dan engkau sungguh adil pada diriku..alhamdulillah. Susah sebenarnya hidup ini kerana terlalu banyak perkara yang harus kita fikirkan. Terlalu banyak arah dan tujuan serta keinginan yang harus kita tuntut. Semakin hari terasa hidup semakin singkat tapi apa yang aku ada. Berjaya ke aku kali ini atau sebaliknya. Takutnya jika kejayaan itu hanya didunia tetapi hakikinya aku masih gagal untuk kehidupan seterusnya.

30 Jan 2002

Cahaya bukan Wira...

Hari ni aku nak cerita tentang cahaya..cahaya tu masih menjadi tanda tanya pada semua orang sebab dia kan cahaya yang pelik dan unik datangnya pun sepantas kilat macam cahaya. Cahaya ni adalah seorang manusia adam yang telah diciptakan oleh ALLAH beberapa puluh tahun dahulu. Aku tak pernah kenal cahaya sebelum ini...Aku tak pernah jumpa cahaya sebelum ini dan aku tak tahu cahaya wujud kat dunia sebelum ni..cahaya pun pk benda yang sama sehinggalah suatu hari kami ditemukan...dan aku tak sangka ada manusia yang berperangai macam cahaya kat dunia ini..sungguh ganjil

Cahaya ni seorang yang sangat pelik...bagi dia dalam hidup tiada masalah kecuali masalah kewangan..oleh kerana cahaya datang terlalu terburu buru jadi dia telah membuatkan mata aku silau dan aku tak suka pada dia. Tapi di sebalik kesilauan tu ada terpancar lagi satu cahaya yang cantik yang aku dapat lihat dan membuatkan aku lupa tentang kesilauan tadi.. Sikap cahaya ni buatkan aku sentiasa beringat dan sedar diri dan malu pada diri sendiri. Cahaya selalu buat aku mennagis kerana bersyukur..aku suka dan kagum dengan sikap dia. Dia suka memperlekehkan aku dia seorang yang sangat degil berhati batu dan sangat tegas dalam banyak perkara.Dan yang penting dia sangat berterus terang dalam apa jua perkara sampai dia lupa yang aku ni ada hati dan perasaan yang sangat sensetive. Tapi itu membuatkan aku lebih suka pada cahaya.Pendekatan dia tu membuatkan aku tak ada rasa sakit hati atau dendam pada dia kerana selalunya apa yang dia kata adalah benar walaupun pahit untuk aku telan. Aku ni banyak kelemahan dan kekurangan yang aku tak nampak.

Cahaya kata hidup kita terlalu singkat tak ada apa yang nak kita kejarkan sangat kat sini. Cahaya suka berfikir sambil meletakkan tangannya di dahi. Dia ibarat orang yang sedang sakit kepala. Aku rimas bila dia macam tu sebab dia seorang yang suka berfikir tak suka bercakap dan bercakap hanya bila perlu sahaja. Muka dia amat serius dan susah nak lihat dia ketawa. Dalam setahun cahaya kata dia boleh bilang berapa patah perkataan yang dia cakap. Kelemahan cahaya ialah dia tak pandai berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali..dia tak ramai kawan kalau dia bercakap dengan orang dia hanya memandang ke arah lain. Haahh haahh semuanya lain dari yang lain. Kalau cakap kat telefon dia tak ada mukadimah dan penutup akhirnya aku yang terpinga-pinga sendiri kerana tak sedar bila masa dia letak telefon...argghhh rimas jugak...

Jangan fikir awak sorang aje yang ada masalah dan diuji ALLAH..aku suka bila dia cuba nak memperlekehkan aku...so aku selalu tersedar..dan malu sendiri sebab asyik lah nak mengadu domba tapi malangnya tak di layan..Suatu hari yang memalukan aku dan cahaya keluar..dia bawak aku pulang dan suruh aku tukar baju masa tu jugak...huarrgghh aku rasa nak menangis..Dia kata awak ingat saya sudi nak bawak awak keluar dengan pakaian yang macam ni..padahal baju tu biasa aje..hishh...citarasa kaum adam ni sungguh unpredictable kan..

31 Jan 2002

Semalam kete aku kena tarik ngan DBKL..buat pertama kalinya baru aku rasa betapa sedih dan tension dan kalutnya aku waktu tu...rasa nak menangis tapi control abis.aku bengang gile..hmm dugaan betul...dah lah semalam dok tension seharian tak tentu pasal..Aku ke Jln TAR mencari barang yang agak penting...aku parking kat lorong tu..aku silap baca apa yang di tulis kat papan tanda tu..so aku ingat selepas pukul 6.00 petang lorong tu dibuka...akhirnya selepas keluar dari semua house aku berdebar bila tengok kete aku dah takde. Rasa nak nangis nak jerit sume ada. Bila aku call cahaya hp dia pulak off (hp dia rosak sebab jatuh) last sekali ina yang tolong..terima kasih bebanyak kat ko ina yang susah payah bawak aku ke jinjang untuk amik kete aku.Time kasih kat Is yang comfortkan aku dalam keadaan yang agak tegang macam semalam tu..Aku akan kenang jasa korang berdua sampai akhir hayat aku.

Barang yang nak dibeli tak dapat duit aku terbang RM55 sebab nak kena bayar duit tarik kete dan aku dapat saman RM300 dari DBKL dan tak boleh buat rayuan.Dan aku memang perlu pakai duit sekarang ni. Itulah dugaan namanya. Tapi alhamdulillah kereta aku selamat walaupun aku rasa tak sepatutnya aku pegi Jln TAR semalam. Cahaya call dan aku cerita pada dia apa yang berlaku. "Kesian kat awak..dan bersabar ye" itu aje nasihat dia. Ok saya bersabar..awak ni memang best.

Bila jadi begini aku teringat semula peristiwa beberapa hari lepas. Aku keluar ngan cahaya kami pegi sembahyang Maghrib kat Masjid Bangsar. Abis sembahyang kasut cahaya yang baru beli 2 hari sebelum tu dah lesap. hanya tinggal stokin aje kat tangga masjid tu. Dugaan jugak...aku cakap kat dia"kesiannya kat awak" Dia termenung pastu dia kata kalau duit tu habis sebab saya belanja awak makan bagus jugak..kesian dekat dia.

Semalam selepas rileks dan berfikir seketika aku tenang semula. Ini hanyalah salah satu dugaan kecil yang aku lalui..mungkin suatu hari nanti akan ada dugaan hidup yang lebih dahsyat dan besar yang harus aku tempuhi. Hidup ini terlalu singkat jadi jangan persiakan..bergembiralah...hmm aku dah gembira semula..biarlah terbang RM55 tu..duit boleh cari kan walaupun sayang yang penting hati kena gembira hidup kena tenang...bestlah aku ni..sungguh cool..