R.e.a.l.i.s.t.i.k
18 Nov 2003

Yeaahh..yeahhh esok hari raya...

Raya kembali lagi. Puasa dah masuk 23 hari. Persiapan raya tahun ini serba sederhana. Tapi mama rasa financial tak berapa memberansangkan mungkin sebab mama over budget. Mama shopping sebelum raya pun sakan. Pening jugak bila tengok nilai kad kredit yang tertunggak semakin bertambah. Tak tahu apa yang mama beli tapi yang pasti sudah melebihi 1k. Harus diselesaikan cepat sebelum penyakit berhutang menular. Mama tak suka nak perap hutang lama-lama. Lagi pulak baru2 ni mama hadiahkan mak sofa jati dengan cabinet tv antik tapi yang ni mama tak pakai kad kredit bayar langsum. Boleh tahan  harganya 4k. Memang dah lama ada hajat tu. Emak memang gembira. Sekali-sekala bagi mak hadiah yang grand2 tentu sejuk terasa perut mengandungkan mama 9 bulan 28 tahun yang lalu. Mama suka bila tengok mak dengan ayah gembira dan bangga dengan pencapaian anak mereka.
Raya oh raya. Dah hampir tiba duit raya dah tukar tapi quota terhad tahun ni duit raya ala kadar harap sepupu dan anak saudara semua faham. Oh mama dapat anak menakan baru kembar seorang lelaki seorang perempuan. tahniah pada adik mama yang baru melahirkan anak kembar pada 10 Nov 2003. Nur Farisya Husna dan Muhammad Faresh Haikal. tahniah kat emak sebab dapat cucu yang kedua dan ketiga. Deena sarah dah ada kawan sekarang,. Tapi disebalik kegembiraan ada satu berita sedih. Adik mama yang kecil Al-Bukhari kena langgar motor pada hari sabtu 8 Nov 2003 patah kaki kanan. Kebetulan mama dan daddy ada di kampung sebab Deena Sarah kena demam campak. Oh bukhari ku sayang semoga cepat sembuh dik. tahun ni raya pakai kasut simen. Terpaksalah ditolak dengan kerusi roda arwah nenek keling.
Tahun ni turn mama raya di Muar. Deena Sarah pulak bukan main seronok sebab mama beli baju gaun 3 pasang untuk deena beraya sakan tahun ni. Baju raya mama tak grand langsung. Biasa aje tapi adalah jugak 3 pasang baju kurung. rasa teringin nak pakai kebaya tapi bentuk muka bumi ni belum kembali sepenuhnya kepada yang asal. Tadi terserempak dengan kak fisya kat jualan jumbo Telekom. Dia tak perasan mama sebab dia kata mama dah kurus. Betulah mama dah turun almost 9kg selama 4 bulan ni. Alhamdulillah. Ada sikit lagi nak dapat semula berat mama yang dulu2 tu.
Duit macam air. Mama tak tahulah apa yang mama belanjakan tapi memang sah dah terlebih bajet cuma yang nampak adalah perfume yang mama baru beli sebab perfume mama Elizebeth Arden yang Fifth Avenue tu dah pecah masa bukhari main bola haritu. Sedihnya. Selebihnya ntah pergi mama. Hajat hati nak control sikit perbelanjaan sebab mama nak guna duit banyak bukan 1k atau 2k malah lebih dari 10k sebab nak  masuk rumah baru awal tahun nanti. InsyaALLAH kalau betul lah apa yang dikatakan oleh pemaju.
Kuih raya..oh kuih raya tak seperti tahun seblumnya mood nak buat kuih raya memang tak ada langsung tahun ni. Jadi memang tak ada satu kuih raya pun yang mama buat. Kalau ada pun semuanya main tunjuk2 ajelah. Mama dah beli kuih raya untuk mak Muar dah hantar dua dan ada beli lagi dua. Mak melaka tentu adik mama yang Ana tu tengah pulun buat. Dia dah habis beajar anyak masa free. Most of the time yang mama buat bulan puasa adalah sentiasa mencuba resepi baru. Nampaknya lala masak pataya memang menjadi feveret daddy. Nak masak pun rasa seronok. Tak sabar rasanya nak masuk rumah baru. Macam-macam perkara yang dah dibayangkan. Nak beli perabot itu nak pasang itu ini. Macam-macam lah pendek kata sediakan aje duit nya.

Deena Sarah yang semakin hebat. Mama dah belikan deena  gaun puteri berwarna biru muda yang deena  akan pakai semasa majlis perkahwinan paklang deena pada 28 Dec 2003. Semalam mama dan daddy sakan posing-posingkan deena. So cute nanti bila dah load gambar boleh tengok..

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua rakan dan taulan. Balik raya berhati-hati di Jalan Raya....


 


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga::
Azira Mohamd Amin
Ishak Hj Saban
Irdeena Maisarah Ishak

 

Guestbook

Email

Feb2003

home

weddingku

Archive
aku geng jenel

Free Guestbook by Guestpage

[ View My Guestbook ] [ Sign My Guestbook ]