Baby's Journal

(26 Aug 2002)

Sekarang saya sudah berusia 14 Minggu. Ada banyak minggu lagi yang saya kena duduk dalam perut mama. Saya rasa lemas sebab kat dalam ni gelap. Kadang-kadang saya suka kuit-kuit kaki dan buat mama rasa pergerakan saya. Betul ke mama dah boleh rasa pergerakan saya. Semalam mama suruh daddy dengar jantung saya. Daddy kata dia tak dengar apa-apa pun.Mama pun macam tak sabar untuk tunggu saya besar. Saya tentu lebih tak sabar untuk keluar dari tempat gelap ni.

Saya semakin membesar sekarang. Tak percaya tengoklah perut mama yang makin buncit tu. Kesian kat mama sebab sekarang mama asyik saja berlari-lari untuk ke bilik air. Saya semakin membesar jadi secara tidak sengaja saya telah menekan pundi kencing mama dan menyebabkan mama rasa nak wee wee sentiasa.

Pagi-pagi saya selalu dengar mamam berkata. Ini makanan untuk baby mama. Walaupun saya tahu mama tak suka tapi mama rela juga. Pagi-pagi sebelum pergi kerja mama minum segelas susu dan makan 3 jenis ubat yang berbeza. Satu kaler merah, dua kaler putih yang saiznya sebesar kacang merah. Sebenarnya mama selalu merugut sebab ubat merah tu baunya sangat busuk. dah setiap kali telan ubat tu mama terasa sungguh loya. Tapi sebab mama nak saya sihat mama makan juga ubat tu walaupun tak sedap.

(13 Sept 2002)
Assalamualaikum..hari ini kita nak menulis lagi selepas sebulan kita berdiam diri sebab kita tengah sibuk membesar.Kita kuat makan betul sampai berat mama kita naik 1 1/2 kilo bulan ni. Kita nakal semua benda yang kita nak rasa kita gerak2 kat mama kita. Nanti bila mama makan kita pun dapat rasa sama. Kita makan speggetti kita makan sushi kita makan pizza, McD, KFC, Ais krim apa saja yang kita fikir nanti mama terus belikan untuk kita. Syok betul duduk dalam perut mama ni. Semua makanan kita dapat rasa.

Kita dah besar dah sekarang. Kita dah masuk 4 bulan tak caya tanya mama kita. Tadi mama baru balik dari check-up mama tengok kita kat dalam perut mama. Kita rasa Dr Nora tekan kepala kita dengan objek keras then mama pun nampaklah kita kat skrin monitor. Kita dah besar betul sampai mama tak boleh nampak seluruh badan kita serentak. Yahoo seronoknya sebab mama nampak kita tengah hisap jari tadi.

Mama ada print gambar kita nanti awak semua boleh tengok gambar kita kat dalam ni.Dr kata kita ni so far so good sebab semuanya berada dalam condition yang baik dan normal. Dr kata kalau tengok kat scan kita ni dah 4 bulan lebih tapi ikut calculation doktor kita baru masuk 4 bulan. Iskh tak tahulah mana yang betul. Mama kata instict mama rasa kita ni dah 4 bulan.Hmm kita tak kisah yang penting kita duduk dalam perut mama dapat makan best-best.Nanti bila kita dah betul-betul besar kita nak keluar cepat-cepat dari perut mama. Kita dengar orang kata kat luar sana ada makanan yang lebih enak dan lazat-lazat.Kita ni suka makan rupanya.

Semalam kawan mama bersalin Auntie Ita dengan Uncle omar anak dia perempuan kawan kita la tu. Nama dia Nurien Dania.Tak aci betul la Nurien tu sebab dia keluar dulu. Hmm tunggu nanti kita keluar kita main pondok sama-sama. Oh ya sekarang kita bergerak agak aktif dalam perut mama. Maklumlah kita dah dapat kaki le katakan nanti kita kuit-kuit perut mama mesti mama rasa geli. Mama kata rasa macam ada cacing gerak-gerak dalam perut dia. Hmm itu kita belum buat flying kick lagi kan. Hah nanti lagilah mama tak boleh duduk diam kita buatnya. Oklah itu sahaja cerita kita bulan ini. nanti kita sambung pada bulan hadapan. Doanakn kita berjuang berhabis-habisan didalam perut mama ni.

( 11 Jan 2003 ) 

Wah dah lama rupanya mama tak tulis cerita tentang Deena.Mama terlalu sibuk sejak mama dah pindah ke opis baru. Deena sekarang dah 34 minggu anytime saja deena boleh keluar dari perut mama. Sejak kebelakangan ni mama semakin tak larat. deena perasan pergerakan mama amat terbatas dan perlahan. Mama susah nak bangun dari tempat duduknya. Tapi mama semakin kuat makan. Sekarang berat mama sudah menjangkau 81.5kg. Wow beratnya mama saya. Mama mengalami sakit belakang. Ada kalanya mama mengalami kesakitan pada tulang pinggul, peha dan perut sebab deena semakin membesar. Perut mama dah besar macam belon. Dady suka ambil gambar perut mama yang besar tu sebagi kenang-kenangan. Oh sungguh siksa rupanya nak bawa deena kemana-mana. Hmm tapi mama sekarang cepat marah tak tahu lah deena kenapa.Mungkin mama penat agaknya. Deena pulak semakin aktif dan membesar dengan begitu ketara sekali. Mulai sekarang Deena kena jumpa Dr Nora selang dua minggu sekali. Deena rasa tentu mama tak sabar menunggu Deena keluar.Iskhh kacau lah auntie ni baru deena nak bercerita dia dah ajak mama deena balik. Ok berjumpa lagi dilain cerita. Nantikan kemunculan deena lagi beberapa minggu dialam fana ini. Best sangat ke dunia mama tu.