R.e.a.l.i.s.t.i.k
"Kenang Daku Dalam Doamu"
 
09 September 2002

Semalam family day TNB. Aku memang tak pernah miss ke family day TNB sejak kerja. Pukul 8.00 aku dan darling dah bersiap untuk ke Bangsar. Orang memang lah ramai. Tahun ni kami dapat beg dan kupon sahaja. Tak ada goodies langsung tapi fun games ada banyak.

So peluang macam ni memang aku dengan darling tak lepaskan. Acara kegemaran darling ialah baling dart. Sampai 6 kupon hadiah dia menang untuk acara tu dan kami dapat 12 bungkus mee meggi. Acara lain yang kami main ialah bola golf, Netball, bowling padang. Dan alhamdulillah cabutan nombor bertuah nombor aku naik. So dapat le bawak balik sebuah hamper bersama hadiah fun games lain yang kami memang seperti milo, sabun pencuci pinggang mangkuk, breeze dll.

Seronok tu memang la seronok tapi seluar aku habis kotor sebab padang agak lecak selepas hujan. Kami dapat kupon bernilah RM20 yang memang diberi kepada setiap keluarga anggota kerja. Selepas membeli burger dan mee kari baki kupon aku beli air tin 10 tin dan juga aiskrim. Kami beredar pada jam 1.00 dan terus ke masjid Ar-Rahman di UM untuk bersihkan kasut dan seluar.

Projek kami seterusnya ialah ke wedding pokok di Pandan Jaya. Mulanya ingat nak balik rumah dulu tukar pakaian sebab rasa tak sesuai pergi wedding pakai blouse tapi darling kata aku nampak ok aje so kami pun redah ajelah. Dah lah arae pandan tu memang aku blank sebab tak pernah sampai kat kawasan tu so sesat lah jugak sikit kat cheras. Akhirnya kami sampai ke rumah pengantin jam 2.15. Kami tiba geng palapes aku shark, jali, omaq dan ita dan nak balik. Kami salam pengantin terus duduk makan. Masa tengah makan fadzhil plak tiba. Makan then sembang-sembang. Pukul 3.00 kami beransur pulang.

Sampai kat rumah rileks dulu. Pastu buka hamper dan keluarkan semua hadiah yang dah kami borong masa family day tadi. Lepas sembahyang terus tertidur keletihan. Sakan berfun games le katakan sampai TV yang tengok kami yang dah selamat bermimpi. Seronok memang lah specially darling sebab geng dia training heli dan kapal terbang ada buat acara perasmian pagi tu. At least dia tak rasa boring dalam keadaan ramai orang tu.

12 September 2002

Memang la Jun Sang ni. Tak sah kalau tak buatkan aku mengalirkan air mata setiap kali menonton winter sonata. Petang semalam aku betul frust bila Yoo Jin tak sempat nak picit loceng  bilik hotel Jun Sang. Aku seakan faham perasaan Yoo Jin. Ntah kenapa setiap kali tengok cerita tu aku teringatkan kisah cinta pertama aku. Mungkin ada sedikit persamaan perasaan kerana cerita tentang perasaan cinta pertama.

Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan sampai bila-bila even sampai aku beranak cucu pun aku tak akan lupa raut wajah tutur kata dan perwatakan dia. Hmm aku tak pernah cerita tentang dia cinta petama aku pada darling dia tentu tak suka nak dengar. Tapi cinta pertama aku sangat indah paling best dan memang tak akan aku lupa sampai bila-bila sebab sepanjang tempoh bercinta kami tak pernah bergaduh semuanya penuh dengan perasaan kasih sayang dan bunga-bunga. Mungkin sebab kami rasa devoted to each other

Atau mungkin juga kerana rasa kasih tu terlalu mendalam sehingga hari ini pun terasa sayu sekali bila terkenangkan dia. Perasaan tu sungguh berbeza dan tak dapat aku gambarkan. Mungkin lebih tepat kalau aku kata cinta pertama memang tiada tandingan. Lagi pun dia memang seorang lelaki yang baik lemah lembut romantis dan memahami jiwa aku cuma mungkin jodoh yang tidak menyebelahi kami. Takmo lah aku kenangkan kisah silam yang telah lama berlalu pergi namun kenangan bersama hampir 8 tahun cukup kuat untuk meninggalkan satu kesan yang amat mendalam dilubuk hati wanitaku ini.

Aku suka Jun Sang malah aku rasa aku dah jatuh cinta pada dia. Darling selalu teman aku tengok winter sonata walaupun kekadang aku tengok dia agak terpinga-pinga bila sesekali melihat aku mengesat airmata tak semena-mena. Ntah apa emotionalnya aku bila tengok cerita yang sungguh berhantu ni. Tak apalah aku jatuh cinta pada Jun Sang kalau anak aku lelaki mudah-mudahan mukanya handsome macam Jun Sang. Kalau perempuan mana tahu berwajah lembut seperti Yoo Jin.  Sebenarnya aku dah tahu keseluruhan cerita tu aku dah tahu endingnya macam mana tapi still nak juga tengok still menangis juga setiap kali mereka berdua melafazkan dialog-dialog sedih. Memang berhantu sebab masa pergi The mInes aku dengar sound track pun aku rasa sayu.

Aku pun pernah ada Jun Sang dan aku tahu bagaimana perasaan itu bagaimana cinta pertama sungguh menyiksa jiwa dan sanubari. Aku tahu bagaimana rasa gelapnya dunia bila cinta pertama itu pergi. Aku tahu bagaimana sedihnya kehilangan orang yang pernah teramat kita sayangi dalam hidup.

Kini segalanya telah berakhir kerana aku dah ada Lee Min Hyung yang telah menggantikan tempat Jun Sang dihatiku. Semoga kau berbahagia dan tabah mengharungi hidup ini.

19 September 2002

Sungguh malas rasanya aku nak datang ke opis hari ni. Memang malas sangat kalau boleh tak mahu lepaskan tilam yang empuk dengan comforter yang sedang hangat menyelimuti aku. Darling dah lama bangun menunaikan solat subuh. Aku masih berselubung dibawah comforter. Entah bila aku terlelap semula aku pun tak sedar.

Tiba-tiba darling tarik tangan aku dan paksa aku bangun. Rasa nak menangis tapi tak pun saja malas dan mengada-ngada, aku bangun dan solat subuh. Then terus terbaring di sofa. Argghh kenapa aku malas sangat nak pergi opis hari ni. Sebenarnya semalam aku keletihan. Kaki aku rasa lenguh dan macam nak krem tapi malangnya petang baru aku rasa semua tu. Bila aku pergi despenseri rasa tak berbaloi pulak nak ambil MC sebab masa tu dah pukul 3.20 petang. Tapi aku terus balik rumah selepas itu.

Akhirnya aku masuk opis lewat hari ni. Lepas menghilangkan segala keletihan dan kemalasan aku bersiap ke opis. 9.30 baru aku tiba. Awalnya aku dah pun sms pada boss aku yang aku akan masuk lewat hari ni. Macam opis ni aku yang punya. 

Hanya beberapa hari saja lagi aku akan berada di opis ni. Selepas ini selamat tinggal TNB-IT mungkin untuk jangkamasa dua tahun atau mungkin tiga atau mungkin 4 atau mungkin selama-lamanya. Heeeh sebenarnya hujung bulan ni aku akan berpindah ke tingkat 30 Menara Telekom kerana  projek aku telah pun bermula. Tak pasti lagi berapa lama aku akan berada di situ dan lepas abis projek dan lepas tahu keputusana rombakan organisasi baru TNB kalau ada peluanag aku nak chow mungkin ke Uniten atau Bangi atau TNRD mana yang sesuai.

Aku baru beli rumah. Rumah kedua kami tapi atas nama aku. Kat Taman Sutera Kajang. Aku beli rumah ni kat Sg Chua Kajang type Jasmin. Double storey  20 x 70  4 bilikR  3 bilik air dengan  keluasan 1720sq.ft harganya RM177 165 untuk harga bumi selepas diskaun 7%.Rumah aku dijangkakan siap by mid 2004. Hmm tak sabar rasanya nak pindah duduk rumah baru. Rumah sekarang pun best tapi sebab apartment jadi aku tak berapa suka. Aku suka rumah yang ada laman aku boleh tanam bunga boleh basuh kereta boleh jalan-jalan dan keluar. Ni kalau rumah sekarang bila dah balik kerja nak turun bawah semula  punyalah bercinta. Hmm lepas balik kerja aku lebih suka duduk memerap kat atas kayangan tu. Tengok tv lepak2 sambil melayan kerenah darling.

Inilah gambar rumah sekitar majlis pelancaran yang aku hadiri sabtu lepas.

Tengoklah darling tu kita suruh dia ambil gambar dia plak yang melepak

Dining area

Dry and wet kitchen

Family Area

Master bedroom

20 September 2002

Mimpi yang tidak Indah

Mungkin ini agaknya antara mimpi-mimpi yang wanita pregnant akan  alami.Pagi tadi lepas bersiap aku pakai tudung. Sambil membelek muka yang dah makin chubby dekat cermin yang dihadiahkan oleh Is sempena hari perkahwinan aku dahulu. Tiba-tiba darah aku tersirap bila terkenangkan mimpi aku malam tadi.

Aku berada di suatu tempat bersama beberapa orang rakan aku. Tapi aku tak kenal mereka dan bukan wajah-wajah biasa yang aku kenal. Masa tu kami sedang tunggu salah seorang dari rakan kami. Beberapa minit kemudian dalam keadaan agak sedih dan murung kawan aku ni pun tiba. Kenapa murung dan sedih ni. Aku tanya tapi dia jawab maaf lah aku lambat sikit. Kawan aku yang bersalin anak sulung meninggal dunia. Serta merta aku terdiam sambil megusap lembut perut yang semakin membuyung. Dengan spontan salah seorang kawan yang berada disitu menyampuk. Hmm kita tengah tunggu Azira pulak kan. Hmm lepas ni kau punya turn pulak Zira. Turn untuk mati. Aku tersentap dengan kata-kata spontan kawan aku tu tapi aku masih tenang.

Tak perasan mimpi tu berakhir dimana tapi sedar-sedar darling dah tarik tangan suruh bangun sembahyang subuh. Sebenarnya bila aku teringat semula mimpi tu aku rasa sedikit risau. Dalam hati berdoa sahaja semoga segalanya selamat dan akan berjalan lancar.Bersalin kan bertarung nyawa. Masa bersalin nyawa seperti telur dihujung tanduk. Ya ALLAH selamatkan lah aku dan anak didalam kandungan ku ini. Ya ALLAH mudahkan aku untuk melahirkannya. Ya ALLAH panjangkan umurku amin.

Aku dah mula rasa baby kat dalam perut ni gerak-gerak. rasa seronok specially kalau dia gerak kuat sikit rasa macam rama-rama yang terbang kat dalam perut. Korang pernah kena kecacingan tak masa budak-budak dahulu. Hah rasanya lebih sikit kurang macam tu lah ada cacing kat dalam perut.Geli dan pelik sekali perasaannya.

22 September 2002

Mimpi Yang Tak Indah Bahagian II

Dua hari selepas aku mimpi yang tak indah tu aku mimpi lagi untuk kali kedua tapi kes yang berbeza. Kali ni aku baru balik opis. Ambil baby aku kat taska TNB then tumpangkan Azie dan Mazielah naik kereta aku untuk pergi exhibition kat The Mines. Baby aku comel dan putih. Aku minta Azie tolong tolakkan stroller yang berwarna kuning sebab aku nak sembahyang Asar tak sempat sembahyang kat opis. Aku tengok aje muka anak aku yang putih kemerahan ada iras Puteri Norlisa anak Intan. Mungkin kebetulan sebab muka baby diorang yang selalu terlintas pun kat kepala aku. Baby aku macam menangis bila tengok aku nak pergi sembahyang. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan dia. Nak sembahyang pun tak kusyuk bila teringatkan anak lagi pulak orang begitu ramai bersolat waktu tu.

Abis memberi salam aku terus bergegas turun mencari Azie dan Maziela. Igatlkan tentu diorang ada kat dalam bilik pameran tapi bila melangkah turun tangga aku nampak stroller anak aku di sudut dinding bersendirian. Azie dan mazielah sedang duduk di tangga sambil bersembang. Tiba-tiba aku tengok muka baby dah berubah jadi hitam lepas tu pulak ada bintik-bintik kemerahan didahinya seperti melecur. Badannya pulak berasap. Aku terus nangis kesedihan. Bila tanya Azie dia kata baby aku tak tahan aircond kat dalam tempat pameran. Sedihnya waktu tu. Lepas tu ntah tak ingat apa yang jadi. Then aku terjaga. nauzubillah. Bila teringat segalanya aku terus jadi risau.

Lepas ni mungkin ada banyak lagi mimpi-mimpi ngeri yang aku akan alami. nanti aku share dengan korang. Mimpi tu bagi aku adatlah lagi-lagi dalam keadaan aku sekarang. Aku baca kat artikel diorang kata wanita mengandung memang selalu mimpi ngeri specially tentang anaknya, Aku tak anggap serius dan jadikan ianya sebagai mainan tido aje tapi kekadang sesekali teringat tu kecut jugak perut dibuatnya.Sebab terbayang-bayang lagi muka baby tu. 

Aku macam risau sikit sekarang ni sebab tak rasa sangat baby bergerak-gerak. Aku ni selalu risau yang bukan-bukan. Haritu ada jugak rasa geli-geli tapi kebelakangan ni senyap aje.Tak berapa agresif la. Lebih risau lagi bila aku pergi despensari pembantu perubatan tu kata aku dah patut rasa baby aku bergerak dengan aktif. Hmm betul ke begitu. Next check up 2 minggu lagi. Lambatnya.