Make your own free website on Tripod.com
R.e.a.l.i.s.t.i.k
 
13 November 2002

Masih ada ke yang sudi nak jenguk jenel aku yang semakin membeku. Beku seperti bekunya hati dan perasaan aku waktu ini. Entahlah aku tak tahu apa kesudahannya selepas ini tapi buat masa sekarang aku dalam keadaan yang tidak tenteram dan agak tertekan. Aku perlukan masa untuk mengubah keadaan yang agak kacau bilau sekarang. Aku menulis sekadar meluahkan rasa hati yang kecewa. Rasa hati yang hanya ALLAH sahaja yang mengerti, rasa hati yang orang lain tidak mampu tembusi. Biar aku bina tembok dan dinding yang tebal untuk sementara waktu. Saat ini berdamping dengan DIA adalah pengubat segalanya. Saat ini melagukan ayat2 suci adalah penawar duka saat ini titisan mutiara adalah pelepas segalanya.Mungkin segalanya akan berubah dalam masa beberapa ketika.

Atau inikah dilema seorang bakal ibu yang begitu sarat mengandung anak yang disayangi. Mama terlalu sayang padamu. Seperti mana mama begitu sayang pada abahmu. Ini bukan bebenan malah ini satu rahmat buat diriku. Adakah aku yang terlalu emotional atau terlalu sensetif dengan keadaan dan perubahan masa. Atau  mungkinkah ini salah satu ujian dari DIA.

Aku ada banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Tapi keadaan dan masa tidak mengizinkan. Cukup sekadar secebis luahan rasa namun itu sedikit sebanyak sudah mampu membuat aku merasa lega. 

Oh ya aku ingin bercerita tentang cinta hati kami. Anakku membesar dengan begitu sihat sekali alhamdulillah. Bulan yang mulia ini kembali lagi sayang tapi mama tahu anak mama tentu bisa menghadapinya. Mama gembira Ramadan kembali lagi mama gembira kerana mama masih mampu dan kuat. Mama sangat kuat sayang kerana mama berpuasa dan mama merasa sungguh sihat. Aku tak sabar untuk menanti kehadirannya kedunia yang penuh cabaran ini.

Aku kembali seketika sekadar berkongsi cerita hati yang sedang lara. Mungkin aku akan kembali lagi selepas ini tapi entah bila aku tak pasti dan harapnya selepas ini aku membawa sebuah cerita gembira. Buat sahabat hantai rakan taulan diluar sana selamat menjalani ibadat puasa. Rebutlah peluang yang banyak di bulan yang mulai ini. Semoga kita akan bertemu lagi di Ramadan yang akan datang nanti

Aku mengundur diri dahulu. Jika diizinkan ALLAH aku kembali lagi.

 

Guestbook

Email

Archieve

home

weddingku
aku geng jenel

Free Guestbook by Guestpage
[ View My Guestbook ] [ Sign My Guestbook ]