Make your own free website on Tripod.com
2 Ogos 2002

Seronoknya bila hantar dan berbalas-balas email dengan kawan-kawan lama. Dua hari ni aku dengan geng Azam92 rancak berborak. Classmate aku masa kat Sains Muar. Tak de isu pun tapi topik hangat pasal kawin sebab Ajis nak kawin dan dalam masa yang sama kami pressure wan yang masih bujang trang tang-tang tang. Sebenarnya bukan wan sorang aje guys yang tak kawin lagi kat kelas tu ramai lagi rasanya tapi sebab yang lain tak dapat nak dihubungi so kami tak tahu apa status dan kat mana mereka sekarang.Wan yang menjadi mangsa.Kesian kat mamat negro tu.

Tengah laju menaip tu tetiba keluar pulak isu group. Dulu kat kelas kami duduk dalam kumpulan. Aku pun dah lupa aku duduk dengan siapa. Dalam satu kumpulan ada 5 orang, 2 lelaki dan 3 perempuan. Keluar lah pulak nama gibbent. Now ni mungkin gibbent dah jadi doktor tapi kami dah lost contact dengan dia. Kali terakhir aku hubungi dia ialah raya baru ni. Aku hantar kad pada dia menggunakan alamat berek Polis Muar tapi tak ada respond so aku assume mungkin ayah dia dah pencen jadi polis dan diorang dah berpindah agaknya.Dan wan sebagai ketua kelas tak ingat siapa gibbent. Tapi memang pun kat kelas tu budak lelaki tak panggil dia gibbent just panggil dia Liza sebab nama dia Norzaliza Razali.

Kat kelas aku ada seorang pelajar lelaki yang pendiam dan tak banyak cakap. Dulu kat sekolah aku selalu ejek gibbent dengan dia.Kami gelar dia parjo. Dia ni selalu kena selsema...hmm tapi aku pun tak tahulah nak katakan dia tak de perasaan malu ke tapi dia ni normal. Kalau tak tak kan lah masuk Sains Muar kan. Selalunya bila dia kena selsema hidung dia merah-merah then dia suka ambil tisu dan sumbat lubang hidung dia dan biarkan tisu tu tergantung kat lubang hidung tu. Oleh sebab tempat dia kat belakang so dia ingat gelagat dia tak diperhatikan tapi setiap kali aku menoleh ke sudut kelas aku nampak perlakuan dia tu dan aku jadi geli serta merta yarkkk... Tapi sekarang bila ingat semula telatah Inul tu jadi lawak lah pulak.

Itulah sedikit kenangan kat dalam kelas yang memang tak dapat aku lupakan. Lagi satu tentang Mohd Syahru. Kami kat kelas memanggilnya Tompel. Dia ni memang handsome orangnya dan aku memang sentiasa suka nak tengok muka dia sweet dan muka ala baby face. Hobi si Syahru ni kalau cikgu tengah mengajar ialah memusingkan pergelangan tangannya. Sambil dia bersiku kat atas meja dia akan sentiasa pusingkan pergelangan tangan dia. Iskkhh macam dah ketagih pulak dia tu. Now ni aku tak tahu mereka semua dimana.Kalau boleh kami nak mengumpulkan semula ahli kelas kami yang dahulu dan membuat gathering sambil mengimbas semula semua kenangan bersama.

Incase le sesiapa yang baca journal aku ni mengenali sahabat2 aku yang namanya disebutkan disini harap dapatlah mereka itu menghubungi kami yang sedang rancak bercerita kisah dan gelagat masing2 masa kat kelas dahulu. Kami masih mencari korang:

Rizal Saleh
Mohd Rizal Othman
Norzaliza Razali
Inul Adli Munajat
Mohd Syahru Atan
Kamaludin Tumpang
Sheikh Abdul Rezan
Daleelah Md. Nor
Prakash A/l Subramaniam

15 Ogos 2002

Kami dah 3 bulan.
Baru masuk opis sebab baru abis training portal selama dua minggu. Nothing much to say sebab agak keletihan. Cuaca kat luar pun agak panas but I've something to share with you. Hope you'll enjoy watching this:

Can you see that. Cute kan..heehh tak boleh nak gambarkan perasaan masa Dr. Nora scan dan kaki dia sedang bergerak gerak.It's so cute.Dah masuk 3 bulan. Still tak nampak lelaki ke perempuan. This scan is not really clear tapi boleh lah nampak kepala dia dan hidung dia yang mancung tu like daddy dia la. Harap2 dia membesar dengan sihat dan selamat.

So far morning sickness dah tak menyerang sangat tapi hmm ada saja benda baru yang kena lalui. Instead of hidung berdarah last time kali ni kena bengkak gusi dan gusi berdarah. Quite bad jugak. Ingat kan sakit gigi coz tak pernah kena sakit gigi like something terselit kat gigi then kita punyalah struggle nak take it out. Rupa-rupanya tak perasan yang gum kat that area dah bengkak dan merah. 3 hari gusi tu berdarah berterusan specially in the morning..

Tadi timbang naik lagi sekilo. hmm Dr kata normal walaupun rasa susah hati jugak tapi tak pe lah.Anyway certains part aje yang naik. Lepas ni kalau jumpa kawan2 sure diorang boleh spot area mana yang menonjol berlebihan. Bumper baik le katakan. Ni yang malas nak jumpa dengan kengkawan ni.sebab nanti sure kena ejek punye.

Teringat plak last weekend pergi IKEA dengan darling. Saja nak tengok apa barang yang menarik. Kebetulan terserempak Yasmin Hamid pelakon tu. Tunjuk kat darling."tu lah Yang pelakon yang berlakon jadi Roy dlam identiti tu" Know what he said.."oo roy yang bumper dia macam awak tu ye.." menyinga aje kita dibuatnya...Apa plak terima aje kenyataan. Next March boleh diet dan kurus semula.Frust bila one morning tu try nak pakai my kebaya. Iskkkhh buruk bebeno simpan balik baju tu kat dalam almari...

20 Ogos 2002

Speedboat Formula 1 - The Mines Selangor

Ada banyak lagi gambar yang kami sempat ambil sepanjang dua hari melangut kat tepi tasik The Mines tu tapi darling kata gambar tu tak berapa clear. Selain dari video cam kami jugak ambil gambar pakai digital camera. Ceh lagak bagaikan wartawan yang sibuk membuat liputan..Dua hari tu sejak sabtu petang memang kami menhabiskan masa melihat aksi ganas boat laju membelah kesunyian di Tasik The Mines.Kebetulan jarak rumah dengan tempat tu tak sampai sepelaung. Dengan membonceng jaguh darling kami meyusup menuju The Mines Resort. Keadaan memang sesak dengan kereta dan orang ramai yang tak putus-putus untuk turut sama menyaksikan kehebatan para pelumba.  Aku rasa seronok tapi darling lebih seronok sebab dalam keadaan yang letih aku sanggup nak teman dia menonton acara saringan pada petang sabtu dan acara akhir pada hari Ahad tu.

Walaupun hanya dapat memerhati dari jauh sebab kami tak dibenarkan bersidai ditepi tebing tasik tapi aku puas sebab dapat dengar bunyi enjin speedboat yang betul2 mempersonakan. Disamping tu sebelum perlumbaan bermula pelumba membuat raptai sambil menghiburkan kami dengan aksi bot laju masing-masing. Ni yang paling best bila pelumba melambai-lambai ke arah penontot sambil menekan minyak. Peh bunyi enjin bot tu kalau letak pada wira aku tentu best. Kenapa aku suka dengar bunyi menderum macam tu. Tentu baby kat dalam perut masa dua hari tu terkejut sebab dengar bunyi yang sangat kuat (baby dah boleh dengarkan time ni)

Anyway dua hari tu makan angin sambil jiwang-jiwang dengan darling kat tepi tasik rupanya aku yang dapat bahana. hari Isnin aku betul dah hilang kudrat. Nak bangun pun tak larat sebab sakit pinggang. Mungkin kerana duduk kat atas tanah (permukaan keras) lama sangat then naik motor lagi rambu ramba sana sini.Pergi pantai dalam lagi then jalan sana sini lagi. Akhirnya tak pergi kerjalah jawabnya. Kesian kat aku sebab sepanjang Isnin tu aku hanya terbaring terlelap sesekejap terjaga kat atas sofa sengsorang kat tengah rumah. Sedar tak sedar gagah kan jugak aku memasak buat washing dan tido semula.
Yang tak pernah sampai kat The Mines Resort tu aku cadangkan korang pergilah jenjalan kat situ. Cantik rupanya persekitaran tasik dan permandangan kat kawasan tu. Terasa macam kat tepi pantai pulak.

23 Ogos 2002

Keluar lagi kisah ni. Aku rasa sampai bila-bila pun masih ramai kawan-kawan yang akan kecik hati dan terasa hati sebab ramai yang tak hadir ke wedding masing-masing. kadang-kadang bila aku fikirkan hal ini aku rasa berbelah bagi. Isu ni dibangkitkan oleh geng palapes aku bila mana Shark yang memulakan cerita.

Tapi nak buat macam mana ada masanya tarikh kawin tu tak sesuai. Ada masanya lokasinya pulak terlalu jauh. Dulu masa belum kawin aku rasa agak bebas untuk pergi wedding yang jauh-jauh. Even sampai pini kawin kat jitra pun aku pergi. Pian, Ipin, Gja , samir yang kawin kat utara perak pun aku sampai. Apatah lagi kawan2 yang sekitar KL. Boleh tahan ramai jugak yang aku menjenguk.

Tapi bila sampai wedding aku still aku bersyukur sebab ramai kawan-kawan rapat aku yang menjenguk muka walaupun dari jauh..mungkin sebab Melaka tak jauh sangat...alhamdulillah even geng jenel pun turut menyerbu cumanya aku terkilan sebab banyak wedding yang aku tak dapat hadir sejak telah berumahtangga. Sebenarnya ikut kan hati memang rasa nak pergi dan meraikan sangat kawan di hari bahagia tapi apakan daya sekarang bukan masa nak buat keputusan suka-suka.

Cumanya aku agak terkilan sebab wedding rambo, mario dan madi specially mario lah yang aku teringin sangat nak tengok jadi raja sehari betembung dengan wedding sebelah adik ipar aku. Kadang-kadang kita hanya merancang tapi ALLAH jugak yang menentukan. Cuma harapan aku wedding pokok pertengahan bulan 9 ni aku nak pergi jugak tapi aku kena pujuk darling baik-baik waktu tu sebab tarikh tu adalah turn balik kampung Muar. Lagipun rindu nak jumpa kawan-kawan palapes semua lagi-lagi yang sama-sama dah jadi pengantin dengan aku haritu.

Iyelah ni lah masanya nak tengok masing-masing selepas bergelar suami dan isteri. Mungkin ada perubahan dari segi perangai dan perwatakan maklumlah geng geng palapes aku ni smeuanya kepala gila-gila. Kalau buat lawak tu tempat orang pun dah jadi macam rumah sendiri dibuatnya.

27 Ogos 2002

Littlezeera
 Aku dah siapkan website ni. Lagi haritu berangan nak buat satu laman web khas sempena menjadi mak buyong. Dah siap pun tapi tak banyak lagi benda kat dalam tu tapi boleh lah sebab idea tak datang serentak. Ikut plan banyak yang aku nak sumbatkan kat dalam tu specially pengalaman aku melalui detik2 morning sickness. Sebab rasanya sesuai juga perkara seperti itu dikongsi dengan rakan-rakan lebih-lebih lagi ramai pulak rakan seangkatan yang sama keplaka menempuhinya waktu ini.

Tengoklah sejauh mana aku akan dapat sentiasa mengemaskini kedua-dua laman web Sentuhan Inspirasi dan juga Littlezeera. Hanya masa yang akan menentukan. Harap-harap dapatlah ikuti perkembangan baby sampai lah saat melahirkan. Tujuan littlezeera dibangunkan adalah sebab nak simpan segala kenangan dan memori yang datang hanya sekali untuk setiap anak. So bila dia dah besar nanti boleh le cerita dan tunjukkan bukti yang sah. Mudaha-mudahan dia akan lebih mengenang jasa ibu dia yang telah sanggup bersusah payah mengandungkan dia selama 9 bulan 9 hari

Mungkin kerana terlalu excited agaknya tu yang aku berkobar kobar buat laman web untuk baby aku ni. Tapi tak juga sebab aku rasa aku biasa aje cuma risau yang banyak. Tapi dalam hati berdoa banyak-banyak agar segalanya selamat dan berjalan lancar.

Kalau kawan-kawan kat luar tu nak berkongsi cerita tentang pengalaman korang melahirkan baby sila-sila dan sudi-sudi kan lah menulis didalam guestbook littlezeera. Segala pendapat dan pandangan korang semua dalam perkara ini amatlah dialu-alukan maklumlah ini first baby kan tentu tak ada pengalaman langsung.

Selama ni pengalaman hanya dapat dikorek dari rakan-rakan baik selain dari membaca buku dan artikel yang ditulis di internet. Setiap orang melalui detik yang berbeza dan kalau kita dapat berkongsi bersama tentu ada kebaikan dan banyak manfaatnya untuk semua. Selamat bertamu di littlezeera.

28 Ogos 2002

Beginilah keadaannya....

Sejak malam tadi lagi aku dah rasa tak berapa selesa. Ke kiri salah ke kanan salah telentang salah semua serba tak kena. Perut aku rasa tak selesa mungkin kerana angin tapi bukan sebab aku tak makan malah petang semalam selepas bertungkus lumus memasak nasi ayam dua kali aku makan nasi ayam lepas tu. Rasa berselera sungguh sebab dah lama betul tak makan nasi ayam buatan sendiri. Ntah apa yang aku campak2 kan dalam resepi tu aku rasa nasi ayam semalam adalah nasi ayam paling sedap aku pernah buat selama ni. Kalau tak sedap masakan darling berulang makan sampai 3 kali.

Masa aku tengah terbaring kat tengah rumah asalnya nak dengar kaset MLTR sebab tak ada rancangan menarik kat TV sambil membaca buku cerita "Wife and Lover" aku tertidur. Bila aku terpisat-pisat berbalam-balam aku nampak darling duduk di sofa sambil leka menikmati nasi ayam di tengah malam untuk kali ketiga. Betul sedap nasi ayam ni sampai tukang masaknya letih sekali.

Sebenarnya nak cerita malam tadi aku tak boleh tidur sangat selain diganggu untuk ke bilik air wee wee perut aku sentiasa sakit dan tidak selesa. Sepanjang malam aku tidur mengiring mengadap dinding sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa ketengangan pada perut. Dan pagi ni ketidakselesaan itu berpanjangan. Perut mula rasa mual dan aku start dapat pedih ulu hati. Ingatkan dah nak dekat-dekat 4 bulan ni gejala morning sickness ni dah tak de tapi still ada cumanya dah kurang dan menyerang sekali sekala aje. Kalau MC hari ni rasa rugi pulak sebab semalam dah kena bayar RM30 untuk jamuan perpisahan dan duit kutipan perkahwinan. Dan jamuan tu dibuat petang ni pula.

Aku mati-mati ingat harini hari Khamis. Sebab tu le semalam aku kononnya nak ke pasar malam untuk beli barang buat nasi ayam tapi pasar malam belum buka sebab aku ingat semalam Rabu rupanya semalam selasa. Aku akan ke Kota Tinggi hujung minggu ini sebab anak saudara darling yang pertama akan melangsungkan perkahwinan di sana. Oleh itu darling kata kami akan bercuti sehingga hari selasa. Harap-harap perjalanan kali ini menghiburkan dan memuaskan hati dan harap-harap kali ni dapat honeymoon lagi. Kalau naik kereta berdua aje dengan darling panjang sikit langkah mungkin boleh ronda-ronda kemana sahaja yang kami suka.