Make your own free website on Tripod.com
 
 

06 Mei 2002

Aku dah masuk opis semula dengan satu status yang baru. Puan sekarang ni bukan cik lagi. Puan you macam tak percaya. Hish memang tak percaya pun. Azam masih sama cuma nak memperbaiki diri menjadi orang yang lebih baik. Sekarang ni sejak lepas bergelar puan semua urusan rumah dan tangga aku dan cahaya yang menjadi kemudinya. Tonggang ke terbalik rumah kami kamilah nakhodanya. Perasaan aku tentunya seronok, gembira, bahagia dan  bersyukur sebab segalanya berjalan lancar dan selamat seperti yang dirancangkan. Alhamdulilllah. Semua orang akan rasa benda yang sama kan.

Majlis nikah haritu ( 27 April 2002 )  telah berlangsung di rumah aku selepas waktu Asar. Walaupun pada asalnya majlis dijangka akan dilakukan pada jam 3.00 petang. Aku sebenarnya macam dan sikit bengang sebab pihak lelaki datang lambat tapi tak mahulah merosakkan mood di hari yang baik itu. Is dan Tina adalah dua orang kawan baik yang setia bersama aku sepanjang hari. Rahmat ALLAH pada hari itu hujan turun dengan lebatnya jadi rombongan kena bawak kereta dengan berhati-hati. Cahaya masuk aku teringin untuk lihat muka dia yang handsome bersongkok dan berbaju melayu putih dengan samping.Tapi aku tak dapat tengok sebab aku kat dalam bilik. Hati aku berdebar ketakutan menanti cahaya untuk melafazkan. Tentu cahaya juga berdebar dan takut ketika itu. Ayah yang menikahkan aku pada hari itu. Dengan 2 lafaz percubaan dan satu lafaz yakin maka sah lah kami diijab kabulkan pada petang itu. Alhamdulillah. Lepas mendengar cahaya melafaz taklik aku memang dah nak menitiskan airmata tapi gigit bibir tak mahu menangis nanti orang kata aku tak macho lagipun takut rosak le make up aku. Maka majlis menyarungkan rantai di jalankan kat dalam bilik aku yang serba putih. Aku pakai baju nikah warna putih sedondon dengan cahaya yang mamakai style johor. Masa ni memang rasa macam artis semua mata tertumpu pada kami berdua. Cahaya serahkan mas kahwin dan menyarungkan rantai. Aku cium tangan dia mengucapkan terima kasih dan dia mengucup dahi aku. Ahh lagi le nak menangis. Lepas tu sessi ambil gambar. Lepas tu sessi bersalam-salaman dengan saudara mara di kedua-dua belah pihak sambil memperkenalkan kepada cahaya saudara mara aku. Seterusnya pihak lelaki menjamu selera di bawah khemah biru dihadapan rumah. Itulah sedikit rentetan peristiwa bersejarah dalam hidup aku yang akan aku kenang sehingga akhir hayat. Bila segalanya dah selamat aku rasa lega sangat. Rasa syukur walaupun pada asalnya bagaikan tidak percaya aku kini sudah bergelar isteri.

Esok cerita pasal majlis dirumah lelaki. Di Muar Johor

8 Mei 2002

Tentu ramai yang pelik kenapa pulak majlis di rumah lelaki dahulu baru majlis dirumah perempuan. Tak pernah dibuat orang selalunya majlis kat rumah perempuan lepas tu pengantin lelaki jemput isterinya lalu buat majlis kat rumah lelaki pula. Penat aku nak menjawab soalan kawan-kawan yang tak faham situati aku. Semasa perbincangan antara mak dan ayah dengan keluarga mentua aku asalnya rumah cahaya dicadangkan untuk adakan kenduri pada 19 Mei 2002 sehari selepas majlis dirumah aku tapi memandangkan kebanyakan adik beradik cahaya tinggal jauh-jauh dan susah nak dapat cuti then mak mentua aku kata kalau dah penat teruslah penat sekali dan teruslah selesaikan semuanya sekali maka itulah sebabnya majlis kat rumah cahaya dibuat sehari selepas kami bernikah.

Pagi 28 april tu kami berdua bertolak dari Melaka awal pagi. Is dengan Tina ikut kami dari belakang. Sampai di Muar orang ramai tengah sibuk. Kami sampai lebih kurang pukul 10.00 saudara mara memang dah ramai datang membantu. Rasa malunya masa tu tapi buat-buat macam biasa. Aku ke dapur bersalaman dengan adik beradik cahaya. Ada yang baru pertama kali aku jumpa sambil tolong diorang sediakan lauk pengantin. Tengahari aku makan kat khemah bersama orang pangkal. Kalau kat Melaka bersanding awal tapi di Muar selepas zohor baru aku bergegas ke rumah singgah. Mak andam dah tunggu disana. AKu dan cahay bersiap. Haritu aku dipakaikan dengan baju songket warna macam pink purple. Ntah aku pun tak tahu nak describe colour tu.

Rombongan keluarga melaka tiba dengan 20 biji kereta. Semuanya menanti dirumah singgah. Sambil bersiap aku memang berdebar sangat lagi pulak bila dah dengar bunyi kompang dan jidor yang diketuk oleh budak-budak kompang di bawah rumah. Lagi le kecut perut dan tebal muka. Selepas kami bersiap mulalah acara berarak. Syahdunya dengar bunyi jidor dan kompang yang saling tak tumpah macam gema tanjung yang mengingatkan aku kembali ke zaman silam Sains Muar. Sebab dulu masa kat sekolah aku memang main kompang dengan buah lagu yang sama. Kami berarak dalam 400 meter sambil disaksikan oleh ratusan biji mata. Ada dua tiga orang yang menghulurkan baby pada aku dan cahaya untuk dicium. Ambil berkat katanya. Sampai dihadapan laman rumah cahaya aku duduk di kerusi yang disediakan lepas tu terus ke khemah untuk makan.

Time ni memang tak lalu makan aku ambil sesuap nasi aje dan sedikit lauk. Masa ni dengan baju songket yang tebal tu masyaALLAH panasnya tuhan aje yang tahu. Peluh dah mengalir laju kat muka aku ni. Aku tengok cahaya pun dah gelisah kepanasan. Lepas makan kami ada acara memotong kek 3 tingkat. Abis potong kek terus lah naik ke atas rumah untuk bersanding. Time ni sibuk le ambil-ambil gambar dengan kaum keluarga dari melaka. Selesai majlis saudara mara dari melaka pun balik aku pulak teruslah ada sesi ambil gambar kat dalam bilik. Peh memang penat jadi pengantin ni. Majlis selesai semuanya jam 5.00 petang. Masa ni lah aku masih dengan sesi berkenalan dan beramah mesra dengan adik beradik anak saudara dan saudara mara cahaya. Petang tu cahaya basuh periuk dan kuali yang digunakan. Dengan adik beradiknya yang lain diorang mengemas pinggan mangkuk. Selesai semua satu persatu adik beradik cahaya beransur pulang sebab esoknya anak masing-masing dah bersekolah. Cuma tinggal aku dan sue dan amin adik cahaya yang doktor tu sahaja pada malam tu. Letih sungguh jadi pengantin ni perut pun lapar sebenarnya sebab makan sikit tapi sebab umah mak mentuakan malu le nak gi dapur pandai-pandai sendiri. Tapi syukurlah sebab dah selesai lagi satu majlis.

10 Mei 2002

Aku kena ulcer mulut. Ada yang panggil mata ikan. Besar pulak tu selalunya mata ikan kecik aje ini aku rasa 7-8 kali ganda dari ulser yang selalu aku kena. Dah tu dua pulak di kiri dan kanan dalam bibir aku. Setiap kali tergesel dengan gigi bisa seluruh sendi bibir dan juga gusi aku. Walaupun semalam dah letak ubat sebal tapi tetap jugak bisa menyocok. Doktor bagi aku medigel dengan ponstan untuk tahan sakit. Bila nak sapu medigel mesti aku terkitai-kitai menahan kesakitan. Ini first time aku kena ulcer sebesar ni. Rasa nak pitam pun ada bila menahan kesakitan tu.

Now ni dah duduk balakong. Pagi lagi dah kena keluar rumah. Jalan kat area tu memang jammed. Seminggu ni aku lalu jalan alternatif yang berbagai. Semua aku cuba hihgway, bukit jalil,  jln kelang lama. Saja nak compare mana yang lebih cepat. Tapi harini memang aku sampai cepat 7.35 aku dah swipe kad aku. Aku keluar rumah pukul 7.00 aku ikut highway then sampai kat Pusat perabot aku masuk jalan ke mid valley. Tapi kalau keluar 7.15 pkl 8.00 pun belum tentu aku boleh sampai. Semalam pun buat pertama kalinya aku sampai rumah dahulu dari cahaya. Tepat pukul 5.00 aku keluar terus aje ikut highway. Masa tu kereta pun tak berapa banyak sangat. Cahaya pun terkejut. Selalu dia bising sebab aku sampai rumah 6.45 kekadang pukul 7.00. Kalau keluar lambat 10 minit memang lambat la jawabnya.

oklah nak balik dah. Dapt MC satu hari. Doktor pun kata teruknya ulcer aku

13 Mei 2001

Mungkin dah tiba masanya untuk aku umumkan secara besar-besaran kat sini..

Saya Azira Mohamd Amin dengan segala rasa syukur dan sukacitanya ingin menjemput rakan-rakan sekelian samada kawan-kawan jenel atau peminat jenel saya untuk menghadiri Majlis Perkahwinan saya dengan suami saya cahaya iaitu Ishak Hj Saban yang akan diadakan pada 18 Mei 2002 di alamat Batu 9, Bukit Tempayan Tangga Batu 76400 Melaka. Semoga kehadiran semua akan menambahkan lagi keberkatan dan memeriahkan majlis. Kad jemputan saya disini.

Ada beberapa hari aje lagi sebelum majlis besar dirumah aku sabtu ini. Aku macam biasalah tak panik tak gementar mungkin kerana dah ada pengalaman dirumah cahaya dua minggu lepas.Oh sungguh berlagak Azira ini. Sekarang baru rasa tenang dan rileks. Cuba baca jenel sebelum nikah haritu asyik-asyik nak tension nak menangis aje kerjanya. Mungkin sebab aku dan cahaya dah alami detik-detik yang mendebarkan waktu nikah tu terlebih dahulu. Atau mungkin sebab cahaya setiap masa dah ada disebelah aku. Kali ni majlis memang le bersungguh. Maklumlah majlis kali ni dirumah aku dibelah pihak perempuan lagi pulak dua pengantin yang agak vogue akan bersanding sekali. Aku la yang vogue tu kiranya kawan-kawan berseloroh sebab tamatnya zaman bujang aku maka akan kecewalah ramai lelaki dikalangan rakan sekelas dan rakan palapes aku. Hmm saja mereka mengusik sebab tahu aku ni memang ramai boyfriends masa zaman nakal-nakal dulu. Bukan sehari majlis kat rumah aku nanti malah 3 hari berturut turut. Ada berinai kecik pada hari Khamis dan berinai besar pada Malam Jumaat aku akan bersanding pada malam berinai besar dan seterusnya adik aku nikah pada malam sabtu dan majlis besar pada hari sabtu. Aku nak pakai inai sakan kali ni sebab haritu masa jadi pengantin kat rumah Muar aku tak pakai inai jadi mandrem pengantin pun tak rasa sangat. Kali ni aku nak rasa aura menjadi pengantin tu habis-habisan dan aku nak suruh cahaya pakai inai jugak. Dan untuk sekian kalinya kami jadi pengantin dua kali syoknya. habis cerita pasal pengantin. Jika sahabat sekelian ada kelapangan jemputlah datang ke majlis saya nanti.

Akhirnya kami balik kampung juga pada hari Sabtu baru ni. Sabtu tu cahaya kerja aku cuti tapi aku kena pergi seminar di TNRD di Bangi. Petang tu kami pergi bermain helikopter di Kelana Jaya. habis main heli pun dah hampir pukul 7.00 malam. Lepas sembahyang Maghrib kami berehat sekejap sambil berbincang samada mahu balik atau tidak. Akhirnya cahaya suruh aku packing kami nekad balik kampung malam tu jugak walaupun kami agak keletihan.Kami tak naik kereta dan malam tu untuk pertama kalinya aku naik jaguh balik kampung Muar. Tepat 8.50 kami pun bertolak dari Harmoni Indah. Dah lama tak naik motor jalan jauh. Dulu masa zaman study setakat UUM dengan Alor Setar tu adalah perkara biasa buat aku. Setakat KL dan Melaka dengan si Merah (ohh aku terlalu rindu pada merah yang telah dicuri - WFE 3141 dalam kenangan ) juga adalah biasa bagi aku sebelum aku ada wira. Seronoknya naik motor waktu malam walaupun sengal juga otot-otot pungkok dan sakit pinggang tapi rasa seronok macam rasa baru bercinta plak. Jiwang habis aku time tu dah le jalan malam aku suka tengok bintang yang cantik dan banyak. Ada sekali tu aku nampak tahi bintang meluncur laju kat langit. Rasa macam ishh bestnya sebab bukan selalu kita akan dapat rasa suasana yang begitu. Bukan selalu nak dapat feeling yang romantik macam tu walaupun hanya dengan membonceng motor bersama suami tercinta. Kami sampai dirumah kampung lebih kurang 10.45. Abah dah terbaring di hadapan TV. Mak pulak sedang sibuk mengemas kat dapur katanya baru pulang dari baca Yaasin. Aku masuk mandi dan sembahyang Isyak. Tak tunggu lagi terus tidur sebab memanglah keletihan sungguh. Nanti aku cerita pengalaman pertama aku ikut cahaya mengambil buah kelapa sawit.

30 Mei 2002

     Ok dah siap...aku rasa guestbook aku dah tak boleh digunakan lagi. Aku akan gantikan dengan
     guestbook yang baru tapi tak tahu bila. Kalau sempat aku buat hari ini. Anyway aku dah free sekarang
     untuk menulis tapi hanya beberapa jam dan sebelum is datang untuk makan tengahari bersama.
     Aku baru abis latihan netball pagi tadi dan akan bersambung sebelah petang. Sekarang aku agak
     sibuk gambar kahwin yang aku janjikan untuk aku letak kat sini terpaksa aku tunda dahulu tak tahu
     bila boleh siap semuanya may be minggu depan sebab sekarang aku masuk opis pukul 12.00 sebab
     sibuk dengan karnival sukan TNB. Jadi kami ada pelepasan untuk turun training pagi dan petang.
     Hanya tengahari lebih kurang 3 jam sahaja aku ada kat depan pc ni.

     Macam biasa bila dah lama tak turun padang badan pun mula sakit-sakit. Specially lutut aku yang
     dah memang sedia maklum. Hmm semua sakit-sakit tapi aku buat tak reti sahaja. Aku memang dah
     lama tak turun padang. Kalau dihitung lebih 3 bulan aku berhenti main netball sebab nak jaga
     supaya kulit tak gelap nanti tak spoil masa kahwin haritu. Dan sekarang aku terjun semula berpanas
     dan berpeluh dibawah sinaran matahari yang terik. Jadi segala otot otot dan muscle merasa terkejut
     sebab latihan begitu bertubi dan agresif. Bezanya training netball hari ini dengan training netball
     dulu. Dulu kalau lepas training balik rumah boleh rileks-rileks lagi..mesti tergolek atas lantai sebab
     nak kan sejuk lepas tu tidur dengan baju yang berpeluh-peluh tak perlu risau apa orang nak kata. nak
     mandi lambat ke tak nak mandi terus ke sebab kepenatan tak perlu kisah pun. Harini abis training
     terus rush balik rumah. Terus capai periuk masak nasi, terus buka fridge tengok lauk, potong sayur
     dan terus masak untuk suami. Wajib buat walaupun kepenatan tapi itu tanggungjawab penat pun
     buat jugak.Habis masak terus mandi tak boleh bagi suami bau sesuatu yang tak menyenangkan.
     Penat pun redha jugak. Lepas sembahyang dan makan dia tengok TV aku tak tunggu dah mesti aku
     tertidur kat sofa kepenatan. Penat cari sendiri. Malam tadi bila aku suruh urutkan kaki yang macam
     nak kena muscle pull cahaya kata "anak cina makan pengat sendiri mau ingat". Tak kisahlah asal
     kan dia bagi aku main netball itu pun dah cukup bagus kan.