Make your own free website on Tripod.com
01 Mac 2002
Saja nak mengimbas segala kenangan. Inilah namanya the beauty of life. Dalam keadaan sekarang ni aku teringat banyak benda. Just nak story pasal salah seorang kawan baik aku. Dulu aku pernah cite kat dalam jenel kisah dia masa aku betul-betul rasa tertekan dengan sikap dia. Kali ni aku nak cerita jugak pasal dia tapi dlm condition yang berbeza. Dia kawan baik aku sejak sekolah sejak Universiti sampailah bekerja. Kami memang rapat tetapi akhirnya persahabatan kami retak kerana sebab sebab tertentu. Hampir setahun kami menyisihkan diri dan membawa haluan masing-masing (dua-dua keras kepala) padahal kami satu opis. Berselisih pun tidak bersapa dan waktu itu dia terlalu asing bagi aku. Hinggalah tiba masa dia kahwin dan aku memang bukan jenis yang sampai hati untuk buat buat tak tahu walaupun hati masih sakit dan memendam rasa. Sedangkan dulu dia jugak teman menangis teman ketawa teman berkongsi cerita. Walaupun hampir setahun menyisih bila tiba hari bahagia dia aku buang semua perasaan dan rasa marah aku buang semua yang terpendam terbuku aku buang jauh-jauh sebab aku tak mahu kehadiran aku ke majlis dia akan buat mood dia hilang. (pada mulanya hati aku berbelah bagi untuk pergi majlis dia) Aku tiba rumah dia kami bersalaman berpelukan dan menangis.Untuk sekian kalinya setelah hampir setahun kami membatu, waktu tu hanya kesepian yang memahami hati dan perasaan kami. Aku ada disisi dia semasa dia nikah sehinggalah majlis persandingan dia tamat dan akulah menjadi pelayan kawan-kawan sebab majoriti kawan dia adalah kawan aku jugak. (perasaan aku waktu tu bercampur baur antara sedih gembira dan bersyukur)

Hari ini bila tiba saat untuk aku pula, kawan aku itu sedang sarat mengandung. Dia sudah pun masuk 9 bulan dan hanya menunggu masa saja untuk melahirkan anaknya. Sekali lagi aku rasa bersyukur. Waktu-waktu begini aku rasa rindu sebenarnya untuk berbincang dan berkongsi cerita dengan dia sedangkan suatu masa dahulu kisah cinta kisah kawin kisah rumahtangga adalah antara topik hangat yang selalu kami perkatakan. Dan kerinduan itu  sudah terubat dan segala rasa sudah hilang bila aku rasa kami sudah kembali seperti sediakala. Walaupun kami berbincang hanya melalui email (berkongsi cerita dan pengalaman, berbalas-balas panjang berjela -kami masih satu opis ) namun itu sudah cukup untuk buat aku rasa gembira dengan keadaan sekarang. Aku sudah dapat kembali kawan baik aku suatu masa dahulu. Aku sudah dapat kembali kerinduan yang aku pendamkan hampir dua tahun lamanya. Lagi dalam keadaan begini dia juga sedang berdebar menanti kelahiran anak sulungnya dan aku juga berdebar menanti hari aku. Aku doakan semoga dia selamat bersalin dan dapat datang ke wedding aku bersama hubby dan baby mereka. Aku tak mahu kehilangan seorang pun kawan aku. Semoga ALLAH melindungi semua kawan-kawan aku

07 Mac 2002
Mari berkursus bersama Azira
Aku gi kursus kahwin minggu lepas kat Bangsar. Kata cahaya aku ni nak glamer aje pasal cari tempat kursus pun nak tempat artis-artis. Sebenarnya kalau dia tak bagitahu aku yang kat situ banyak artis yang berkursus demi ALLAH memang aku tak tahu. Hish aku tak amik pot pun kat mana nak berkursus bagi aku asalkan tempat tu convenient ok lah. Itu pun nak jadi hal kan, tapi yang peliknya mana dia tahu ramai artis berkursus kat situ. Aku sendiri pun tak pernah tahu. Aku fikir Bangsar tu tengah-tengah tak sesak dan tak jauh dari rumah. Jadi mudah le untuk kami berdua ke sana.

Bukan le nak cerita yang aku ni dah pergi kursus, tapi nak cerita apa yang aku perhatikan dan apa ilmu yang aku dapat sepanjang 2 hari pergi kursus tu. Hari pertama kami sampai. Kelas bermula pada pukul 3.00 petang. Aku tengok banyak lah pasangan yang dok sesibuk macam aku. Selepas mendaftar kami pun masuk le kedalam bilik kuliah masing-masing. Oleh kerana sampai lewat sikit maka aku kena masuk second room. Kira oklah bilik tu ada air-cond dan semua peserta dalam tu perempuan. Ada sebuah TV 29" untuk kami tonton secara live ceramah yang akan diberikan.. Penceramah ada kat bilik sebelah. Cahaya kat bilik kuliah 3 sama macam aku tapi semua peserta adalah lelaki. Peserta memang ramai sampai ada sebahagian besar yang terpaksa menonton di luar dalam keadaaan yang kurang selesa sebab agak panas.

Rupa-rupanya bukan senang nak kawin ni. Kawin sekarang bukan cam zaman-zaman dulu. La ni prosedurnya banyak betul. Instead of gi kursus dan dapatkan sijil (salah satu syarat-sometimes rasa macam beban pulak ) Ada banyak proses yang nak kena buat dan sediakan mengikut negeri masing-masing. Surat permohonan perkahwinan, surat kebenaran berkahwin, surat akuan bujang/dara, surat akuan majikan dll. Both side kena sediakan then for my part aku kena dapatkan surat kebenaran berkahwin dari cahaya (cahaya kena hantar permohonan then dapatkan kebenaran dari Jab. Agama Islam Johor) before aku boleh proceed permohonan aku. Kursus hari pertama habis pukul 7.45 malam. Balik rumah dah start kelam kabut dengan fikiran yang sedikit tertekan sebab terasa banyak benda nak kena buat dalam masa yang agak suntuk. Dah le makin hari makin dekat ni.

Second day kursus. Kelas start pukul 8.00 a.m dan berakhir jam 7.45 p.m. Aku dapat duduk dalam bilik yang ada penceramah. Seronoklah sikit dapat tengok ustaz-ustaz tu bercerita kat depan mata. Actually topik yang dibincangkan oleh penceramah sgt menarik..not only the munakhahat part sahaja tapi semua topik. Lagipun ustaz2 tu semua very sporting dan pandai buat lawak dan kelakar sampai aku sakit perut dan sakit pipi sebab ketawa. Dalam gelak sebenarnya banyak perkara yang perlu diberi perhatian secara serius. Kalau tak tentu ustaz tu tak tekankan specially bab pengurusan rumahtangga dan komunikasi. Statistik yang diberikan dari 7000 pasangan yang berkahwin dalam satu tahun 100 pasangan mengalami masalah penceraian pada tahun pertama. Bagi aku ni perkara serius so masa gi kursus tu jangan lah nak dengar perkara yang best yang happy dan yang syok aje tentang perkahwinan kena jugak pandang serius tentang masalah-masalah yang mungkin timbul diawal perkahwinan. Banyak betul masalah yang akan timbul sebaik sahaja seseorang itu bergelar suami dan isteri. Tapi bukan masalah itu yang perlu kita pertikaikan atau peningkan tapi bagaimana cara kita nak mengatasi masalah tersebut adalah sangat penting.

Ustaz kata kalau boleh cari le pasangan yang level of thinking dia sama dengan kita, yang level of communication dia sama ngan kita supaya nanti dia lebih rasional dan tak wujud masalah communication breakdown between husband and wife. Penting jugak tu..jangan bercinta secara buta udah la. Hish banyak la nasihat ustaz tu..jangan pikul biawak hidup la..jangan isteri tanggung suami pulak. Memang biasa terjadi macam ni..pompuan ni mahluk yang lemah terlalu mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki sampai tak sedar.cintan habis.. Memang kena ambil perhatian betul-betul sebab kekadang kita ni disebabkan oleh cinta kita lupa perkara tu semua.Kita lupa fikir masa depan kita. Tak kisah la tak kerja .tak apa lah saya boleh tanggung..sebab belum kawin tapi nanti dah kawin baru le tahu...baru lah menyesal. So actually pemilihan pasangan sebenarnya sgt penting dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga (terutamanya yang lelaki). Biar le orang kata kita ni memilih sangat bakal suami...biar le kita ni kawin lambat sikit tapi pasangan kita tu biarlah yang berkualiti. Untuk yang lelaki back to sunnah nabi."Kahwinilah wanita itu kerana 4 perkara kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, nescaya akan selamat.

First day tu tak perasan second day baru jumpa. Jumpa lah dengan sorang kawan aku ni dia yang tegur aku dulu..cehh tak sangka duduk sebilik yang sama pun tak perasan. Semalam tu aku cari-cari jugak kot kalau terjumpa muka-muka yang aku kenal. Sembang punyer sembang dia pun nak kawin bulan 5 nanti. Alhamdulillah..seminggu selepas majlis kat umah aku. Dan rasa macam tak percaya untuk 2 hari tu aku ada kat dalam bilik kuliah kerana menghadiri kursus kawin. Baru sedar yang aku ni dah nak kawin..maknanya dah makin tua..hish maknanya bukan lama lagi pun nak lalui hidup ni. Rasa macam baru tersedar dari mimpi pulak. Cahaya kata asyik tak sedar aje awak ni. nanti saya dah jadi suami awak pun tak sedar lagi ke. Aku takut sebenarnya.

Orang tengah sedih ni dia asyik sibuk aje dengan barang hantaran dia tu. Penting sangat ke". Cahaya merungut pada aku yang tengah excited bercerita tentang barang yang aku beli tadi. Tak semena-mena aku kena sound. Walaupun telinga berdesing tapi aku tahu dia memang nak kan perhatian aku waktu tu. Kesian kat tunang aku. Air-cond kete dia rosak dan dia terpaksa tukar compressor baru dan kena bayar RM560 untuk membaikinya. Aku pulak baru balik dari midvalley waktu rehat tadi menghabiskan sisa sisa duit yang sedikit berbaki. Manalah kawan tak bengkek duit keluar kat sana lepas tu nanti dia tahu barang untuk aku mesti aku claim kat dia. Sebenarnya bukanlah nak joli saja-saja ada lagi banyak yang belum kami beli. Sempat menambah dua lagi barang satu untuk aku dan satu untuk dia. Aku tanya dia nak apa lagi untuk aku bagi sebagai hantaran. "Compressor boleh tak awak" tetiba dia buat lawak dalam tension-tension tu.

Asal perancangan nak membeli bersama. Tapi lelaki sejauh manalah mereka boleh bertahan kalau keluar membeli belah dengan orang pompuan ni. Ambil cuti sehari tapi dapat beli hanya dua barang aje. Habis satu sogo aku merayau haritu. Berjam-jam satu persatu henbeg tu aku telek tak beli-beli jugak. Kasut pun macam tu jugak. Semuanya tak berkenan. Dia dah start bosan. Aku suruh dia tunggu nanti bila dah sudah aku akan call. Tapi aku ni pulak satu hal bila aku dah pilih aku nak le suruh dia tengok ok ke tak benda tu. Boring aje member "dah dapat ke, cepatlah saya nak bayar ni". Akhirnya aku terpaksa mengalah aku pulak jenis yang tak suka membeli dalam keadaan terdesak. Aku capai aje henbeg yang dia kata ok tu. Lepas tu aku belikan baju untuk dia dan stokin untuk dia. lelaki memang tak cerewetkan. Senang betul lah kalau shopping barang untuk diorang.Tapi diorang memang tak suka menunggu. Kesimpulannya kalau nak shopping takyah ajak husband.Dah akhirnya dia setuju suruh aku beli sendiri segalanya dan claim apa yang patut. Itu lebih senang sebab aku tahu citarasa aku macam mana. Dia pulak jenis yang tak memilih pakai jadi mudah le aku nak belikan untuk dia.

Yang dia tak suka kita jangan paksa just pelawa ajelah kalau dia nak ikut. Masa lepas shopping kat sogo dia ajak aku gi Plaza Imbi. Dia memang cukup gembira kalau kat sana. Masa habis berjam-jam pun dia tak rasa. Dia hantu komputer segala tok nenek pasal komputer memang dia suka. Aku tak de la tak suka kira can go la just untuk temankan dia lepas tu buat dia rasa kita hargai apa yang dia minat. Dia boleh jadi leka kalau dia kat sana. Belek sana belek sini semua dia tengok. Aku memang tahu dia minat benda-benda teknikal ni semua. Dia bawak aku gi satu kedai lepas tu tunjukkan kat aku benda yang diidamkan sejak dulu. Patut la beria nak gi Imbi yek lepas sogo rupa-rupanya ada niat. Memang dia nak beli sgt helikopter tu. "berapa bang harga yang ni" dia tanya abang tu. "Seplo ribu dik" aku tengok air muka dia berubah. Dia rasa macam sedikit kecewa bila abang tu kata harga helikopter tu seplo ribu. "bang bukan dulu harganya tige ribu aje ke" dia tanya lagi merujuk pada harga yang dia tengok dua tahun lepas."Oh yang tu patern yang macam ni dik" sambil menunjukkan helikopter kerangka yang macam tak siap.Kesian aku tengok tunang aku masa tu. Minat betul dia dengan helikopter tu. Aku kata tak pe la kita survey dulu tempat lain. Mungkin boleh dapat dengan lebih murah. Hish betul dia minat sangat dengan benda tu. Hobi dia aku tak leh bantah itu hak dia..aku kenalah bagi sokongan pada dia kan. Oh laa helikopter..takut aku tengok..sanggup dia nak menghabiskan duit sebanyak itu hanya untuk sebuah helikopter. Itu yang aku tak faham tu. kalau le helikopter tu jatuh terhempas berkecai semuanya. Abis duit macam tu aje. habis dah minat nak buat macam mana..
 

14 Mac 2002
Balik kampung harini. Habis semua barang-barang aku dah angkut (barang yang dibeli untk hantaran). Kad kahwin pun dah siap dan dah dapat semalam. Malam sebelum tu aku mimpi kad kawin aku banyak yang reject. Ada yang rosak, senget, koyak, kecik dan tak cantik lepas tu aku menangis dan rasa ketakutan yang amat sangat. Mimpi aje..bila parcel aku sampai kat opis semalam aku lekas-lekas bukak satu kotak dan check feehh lega rasanya. Cumanya kat peta tu ada kesilapan sedikit tapi tak apalah tak ketara sgt pun. OK lah semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Last weekend masa aku balik untuk gi wedding tipah aku singgah kat kampung. Saja bawak cahaya balik rumah lagipun dia tak pernah masuk rumah aku. Dia hanya lalu aje kat depan umah dan makcik-makcik aku ramai yang belum pernah tengok dia in person. Sampai kat kampung emak kata kipas kat bilik aku tak leh pusing (kipas baru). Cahaya memang suka benda-benda tu so dia pun mulalah menggodek kipas tu dan kipas tu pusing lah cam biasa. Aku beli kipas tu sama sebijik cam kipas kat umah Tmn harmoni. Lagipun semua lampu dan kipas kat rumah Taman harmoni cahaya yang pasang sendiri.Dia memang suka bab bab wiring ni.

Emak pesan suruh buat kad murah lagi beberapa ratus keping. Untuk jiran-jiran dan jugak kawan-kawan ayah. Aku assume jemputan mak dan ayah memang ramai. Aku tak tahu berapa orang tapi mungkin ramai. Harini aku cuba selesaikan segalanya. Kad untuk photostat aku dah buat pada words cuma nak print dan photostat dalam 500 keping. Aku dah bincang dengan CC kat opis sebab aku nak guna mesin photostat kat opis dan aku akan bayar ikut harga kat kedai. Banyak jugak tu. Lepas tu nak kena beli sampul jugak. Itu antara kos-kos yang tak ternampak pada asalnya.Tapi semua kos tu aku akan claim kat emak. Itu pun kalau emak nak kasi le kalau emak tak kasi tak pe lah. Pakai le duit aku.

Balik kampung kali ni mak kata kena membeli barang-barang untuk aku dan adik aku. Kenapa ek kalau kita nak buat majlis perkahwinan mesti nak kena beli katil, almari, meja solek serba baru. Kalau pakai yang lama tak leh ke...heehh..mestilah semua kena serba baru nanti baru le mandrem tu mari. Aku ikut aje. Aku nak pilih perabot yang simple aje sebab aku nak tinggalkan barang-barang tu kat kampung. Lagipun barang-barang untuk rumah Tmn Harmoni aku dan cahaya dah beli sikit-sikit bulan lepas.Sikit-sikit pun agak lengkap jugak. So tak payah le bersusah payah nak mengangkut perabot tu ke KL nanti.

Aku tak tahulah mak dan ayah rasa macam mana nak menerima dua menantu dalam masa yang sama. Menantu yang sorang tu (bakal suami adik aku) orang Melaka baru aje bekerja sebab baru abis belajar dan balik dari Mesir (Al-Azhar)-Ustaz tu jangan memain. Dia mungkin menjadi kebanggaan ayah sebab iyelah bulan puasa yang lepas dia menjadi imam untuk sembahyang terawih selama sebulan. Sekarang ni dia pulak mendapat jemputan untuk bagi ceramah agama kat masjid-masjid. Siapa tak bangga ada menantu macam tu lagi-lagi ayah tu geng geng dia semua orang-orang masjid. Aku pun turut rasa bangga ada adik ipar macam tu. Pastu sorang lagi menantu ni pendiam aje orang nya walaupun menantu yang ni tak jadi imam (insyaALLAH jadi Imam untuk keluarga) tapi dia ni anak imam. Tapi cahaya dalam banyak hal dia memang boleh diharapkan. Aku rasa dia akan jadi menantu favorite mak.Tapi tak tahulah kita tengok macam mana nanti. Specially ayah memang excited sangat nak dapat menantu ni aku tengok bersungguh-sungguh betul. Aku rasa biasa aje. Adik aku tak pasti lagipun dia dah abis belajar dan full time kat umah boleh concentrate apa yang patut nak kena buat kat kampung. Aku kat KL ni rasa serba tak cukup sebab susah kan bila ada hal dan kena selalu balik kampung pulak (kos yang tak nampak). Mungkin ayah rasa lebih excited sebab asalnya dia hanya jangkakan adik aku aje yang akan berkahwin. Tapi aku biasalah kan suka buat suprise. Apa-apa pun syukur alhamdulillah sebab dah sampai stage ni cuma aku berdoa segalanya akan selamat dan berjalan lancar.

18 Mac 2002
Kalau balik kampung macam ni la. Asyik nak makan aje habis semua diet aku. Tapi tak de lah aku melantak sampai keluar muntah darah (orang melaka kata mentekedaghah). Hari Jumaat tu cuti mak dengan adik aku sibuk menjahit langsir. Aku pulak terpaksa buka semula kain net bunga telur yang dah buat kecik-kecik tu sebab salah buat. Sakit tangan. Petang aku cat bilik aku itu pun tak habis. Penat la. Tukang cat yang ayah panggil tu cuti sebab ada urusan kat KL. Hopefully bila dia balik nanti dia selesaikan bilik aku yang tak siap cat tu.

Kami pergi lah survey perabot dari satu kedai ke satu kedai kami masuk tanya harga dan tengok design. Citarasa aku ngan adik aku memang totally tak sama. Aku suka solid wood nampak macam antik tapi majoriti kedai yang aku masuk harga perabot yang aku suka tu feehh tak patut membazir sampai macam tu. Akhirnya perabot pun still tak beli lagi. Susahnya nak buat pilihan. Aku contact Mr Lim agen perabot kat Muar dan janji dengan dia untuk tgk katalog lepas dia balik dari Kelantan. Nak beli perabot pun satu hal jugak. Dok ingat kan diri sendiri jangan membazir beli yang mahal-mahal sangat bukan nak bawak balik KL pun.Still ingatkan diri dalam semua perkara tak payahlah membazir.

Sekarang mak dengan ayah tengah sibuk mengemas sekeliling rumah. Aku pun tolong sapu sampah dan kemaskan kebun kat belakang. Rumah kampung le katakan. Baru perasan yang pokok durian ada buah tapi tak banyak. Baru berputik hopefully tahun ni dapat makan durian dengan puas. Aku tengok rambutan dah berbunga mangga memang banyak buah sampai tak terpetik-petik. Itu pun masih ada dua pokok yang tengah berbunga. Hmm terus teringat kat kak Aquil yang hantu asam. Hopefully masa majlis aku nanti buah mangga tengah banyak boleh le dia makan cecah kicap. Tapi kena datang awal pagi masa pengantin tak sibuk dan masih boleh melayan kerenah kengkawan.

Hish susah nak buat majlis kenduri kahwin ni. Bila tengok mak dan ayah yang tak cukup tangan tu aku rasa kesian. Banyak perkara yang nak diuruskan.Tapi aku nak balik kampung selalu memang lah bengkok. Hanya boleh simpati ajelah tu sebab sesekali aku balik tu aku bantulah apa yang patut. Sibuk tu tak de lah jugak cuma aku nak kena fikir perkara perkara yang tak terjangka. Kadang-kadang asyik nampak benda yang besar benda-benda kecil dan kita rasa remeh kita lupa. Sekarang ni tengah siapkan senarai nama jemputan. Sebab aku dah nak mula edarkan kad bulan 4 nanti. InsyaALLAH kalau terpilih aku akan ke Alor Setar pada hujung bulan ni. So boleh lah aku distribute terus kad pada ayah angkat aku kat jitra dan member-member yang ada kat utara tu. Zai akan jadi orang pertama dapat kad aku kat hospital pantai hari ni sebab dia baru bersalin anak pertama dan mula bercuti dampai le majlis aku nanti.Tahniah kat Zai sekeluarga.

18 Mac 2002
Pada asalnya memang la aku balik kampung baru ni nak membeli perabot. Puas lah kami keluar masuk 4-5 buah kedai perabot kat Pekan Masjid Tanah tapi satu pun aku tak berkenan. Ada yang adik aku berkenan tapi harganya kurang berpatutan. Kalau ikut citarasa aku memang nak beli perabot yang solid wood. Dah keluar masuk 4-5 kedai aku tengok harga perabotnya boleh tahan tapi aku dok ingatkan diri ni jangan le membazir beli yang mahal sangat. Walaupun aku dah jumpa perabot yang aku suka tapi aku tak suka harga yang tokey tu letak terlalu tinggi. Akhirnya kami pulang tanpa membeli satu pun. Esoknya aku called Mr. Lim. Dia ni agen perabot yang membekalkan perabot pada kedai-kedai. Kedai dia kat Muar. Aku pergi ke kedai dia untuk lihat catalog tapi Mr. Lim tak ada sebab dia hantar barang ke Kelantan. Sekali lagi kami balik hampa. Akhirnya aku malas nak singgah mana-mana kedai dan aku akan tunggu hingga Mr. Lim call aku.

Sekarang mak dan ayah sibuk mengemas kawasan sekeliling rumah. Rumah kampung le katakan.Ada halaman rumah dan jugak kebun.  Aku pun sibuk turut sama kemaskan kebun kat belakang umah. Pokok durian tu ada putik la baru aku perasan. balik dulu pokok tu tengah berbunga. Putik durian tu pun agak besar jugak tapi tak berapa banyak sangat. Seronok aku harap tahun ni dapat le aku makan durian dengan puas sekali. Rambutan pun dan start berbunga. Mangga jangan lah cakap sekarang ni pun banyak buah yang dah tua dan masih ada dua tiga batang pokok mangga yang tengah berbunga. Terus teringat kat kak aquil yang pulun petik mangga kat umah kak p-nut masa jalan raya dulu. Hopefully bulan 5 nanti masih banyak buah mangga tu kalau kak aquil datang awal boleh le aku layan dia makan mangga dengan kicap masa wedding day tu nanti.

Mak dengan dak Lin sibuk menjahit langsir. Aku pulak sibuk membuka semula kain net bunga telur yang aku tersilap buat.Saja nak menguji aku le tu. Dah nak hampir siap kain net tu aku ikat pastu bila aku tunjukkan kat kak fauziah dia kata aku salah buat. Nak tak nak kenalah buka semula semuanya. Sakit jari aku. Banyak lagi kerja nak kena di buat dari hal rumah dan persiapan. Kesian tengok mak dan ayah yang tak cukup tangan. At least sesekali balik aku buat dan tolong mana yang termampu. Kalau nak harap aku balik setiap minggu payah jugak. Tapi kalau dah terpaksa dan perlukan aku kat kampung aku boleh balik bila-bila aje.

Balik baru ni sempat aku cat bilik aku.Itu pun tak habis. Bilik tu boleh tahan jugak besarnya, yang mengecatnya pulak aku sorang berpeluh-peluh aku hari sabtu dok mengecat bilik. Tukang cat yang ayah panggil tu pergi KL sebab ada urusan. Hopefully nanti bila dia balik dia habiskan kerja aku yang sekerat jalan tu. Pejam celik makin hari semakin dekat. Bila ingat hari rasa tak tenteram, berdebar takut semuanya ada. Tapi buat rileks aje macam tak ada apa-apa sampai wani kata kak zira ni rileks aje macam bukan dia yang nak kawin. Orang lain kalau nak kawin excited betul. Hmm excited tu memang la tapi tak kan lan nak tunjuk plak kan. Nanti silap-silap kena chop gatal sangat. Balik minggu lepas masa wedding tipah tu aku dgn cahaya dah pergi rumah mak andam untuk check baju dan ukur saiz baju cahaya. mak andam kata lulus badan cam cahaya tak de masalah nak cari baju.Cahaya kurus aje. Kalau badan macam adik ipar aku tu hmm ada lah sedikit problemnya. Dah le beso tinggi plak tu. Saiz arab le katakan

20 Mac 2002
Semalam aku tukar tayar kereta dua bijik. Nak ganti tayar belakang yang dah botak. Balik dari kampung baru ni aku lalu highway PD sebab hantar adik aku kat Politek. On the way hujan lebat. Aku try jugak bawak dalam 100km/h tapi rasa kereta gelong dan tak stabil. Dah sampai masa untuk tukar tayar tu.  Aku guna tayar Bridgestone Techno 50. Tayar ni agak mahal sikit tapi memang ok specially time hujan dan amik cornering. Sebijik tayar harganya RM130 (aku dapat special prize - ada kedai lain yang boleh bagi harga yang lebih murah dari kedai ni ) so dua bijik tu dah kena RM260. Bila aku cakap kat cahaya dia hanya geleng kepala.

Malam tadi mak called. Ada satu surat saman untuk aku bertarikh 22 Feb 2002. Puas aku dok fikir mana aku pegi yek hari tu barulah aku ingat yang masa tu cuti raya haji. Aku kena spot kat rantau. Kelajuan aku lupa nak tanya. Mungkin laju lah aku ingat sebab kat rantau nak ke PD tu jalan memang best. jalan baru le katakan lagi-lagi kat highway PD tu. Aku kalau lalu situ memang 140 all the way. Asyik le kena saman. Cis bila masa ntah aku kena saman aku pun tak perasan. Itulah kekadang rasa dah berhati-hati dah kena spot jugak. Lately ni dah tak de bawak kereta gila-gila cam dulu. Tapi kekadang tu terlajak jugak. Puaslah dok control kaki ni supaya bawak 110 tapi adakalanya lajak sampai 140 jugak. Hmm tapi bawak kereta perlahan ni bosan. Selalunya aku hanya bawak kereta perlahan kalau aku mengantuk. tapi bila tengah happy tu mulalah nak tekan minyak bawak laju rasa seronok dan cergas sebab mata otak sentiasa elert.

Cahaya dah lulus dah interview dia yang bulan satu haritu. Alhamdulillah. Interview untuk dapatkan status orang kompeten. Heeh aku tak faham. Berkaitan dengan akta paip dan saluran gas.Sibuk suruh kita belanja dia makan pulak sebab dah lulus interview tu. Dia lah yang patut belanja kita sebab kita teman dia gi interview nak kasi semangat punya pasal. Tapi interviewer tu bukannya interview sangat hal hal akta tu semua (aku yang baca buku akta tu) benda lain plak yang dia tanya cahaya.

Esok nak berangkut ke Alor setar. Try contact kak max tapi tak de respond hopefully kalau kak max balik mergong boleh jumpa dia sebab aku kat sana sampai hari ahad. Ada perlawanan bowling TNB peringkat kebangsaan. Ada 56 team dari selatan ke utara timur dan barat yang akan bertanding semuanya team TNB seluruh Malaysia. Semoga aku boleh menang dan mana tahu kalau ada rezeki dan nasib boleh masuk master event. Boleh menang banyak wang tunai. Dan ikut perancangan aku memang nak masuk dan singgah UUM...kalau boleh nak jumpa Idzwan dnegan Ezz disamping berjumpa geng-geng aku yang dah jadi lecturer kat sana. OOhhh rindunya kat UUM yang penuh nostalgia tu. Dan jika sempat mungkin aku nak ke danok masa hari Ahad coz tournamnet tu tamat pada hari sabtu malam. Kalau nak ikutkan ke Alor Setar kali ni banyak tempat yang aku nak kena singgah. Pertama nak menghilangkan rindu pada cendol pulut dan mee rebus napoh. Aku mesti pergi dan makan dua benda tu.Kedua aku nak ke kubang lintah umah ayah angkat aku. Ketiga aku nak ke bukit Kayu Hitam bershopping. Selain masuk UUM aku nak jumpa geng geng aku seperti Pini ngan Pian serta Yusmi dan Addie. Pastu kalau sempat nak pekena seafood kat Kola Perlis pastu jumpa ngan mizap. Iskkhh kalau le pergi sana seminggu tentu boleh buat semua perkara tu satu persatu
 

25 Mac 2002
Malam tadi aku sampai dari Alor Setar jam 8.30 mlm. Peh sakit pinggang dan lenguh kaki akibat tergerekut di dalam van TNB yang dah separuh abad tu. 6 jam perjalanan dengan keadaan air-cond yang nak kata sejuk tak sejuk nak kata panas pun tak panas. Lagipun van tu tak ada radio. Nasib baik ada pelawak nazri yang membuat kan aku terhibur.Sesekejap dia menyanyi lagu jamal lepas tu lagu A. Azmi. Disamping kak gee dan kak anom yang aku rasa boleh buat trio senario. Sakit perut aku ketawa melihat gelagat diorang sepanjang perjalanan. Walaupun kekadang sesekali aku terlelap sebab mengantuk. Yang penting aku selamat pegi dan selamat sampai semula ke KL bumi bertuah ni. Aku tak drive sebab pengalaman drive pergi penang haritu buat aku serik. Lagipun aku belum service lagi wira. Tak sempat lagi.

4 hari aku bernaung dinegeri jelapang padi. Negeri yang pernah membuat jasa pada aku. Aku rindukan kedah dan suasana masa student dulu sesekali menerjah benak aku bila terlihat pot-pot bersejarah yang pernah aku tinggalkan suatu masa dulu.Tempat dating tempat tenet..hish.. Sampai tengok bas HBR kubang pasu tu pun aku boleh jadi sayu semacam. hampir 3 tahun aku tak datang. Alor Setar macam tu jugaklah tak ada apa-apa perubahan. Kalau ada pun mungkin orangnya..cuma ada sedikit kelaianan ialah satu ialah gerai nasi lemak disepanjang kaki lima dan dua star walk yang macam kat bukit bintang tu dalam proses pembinaan. Dahsyat no orang kedah ni. Hati aku meronta sangat nak masuk UUM nak tengok perubahan yang dah berlaku sejak aku tinggalkan kampus 1998 dulu. Tapi siapalah yang nak bawak aku. Time tu le aku rasa bestnya kalau aku bawak wira.

First day sampai tu kami terus check in kat Royal Hotel. kami tiba lebih kurang jam 4.30 petang. Terpaksa aku dulukan duit aku untuk bayar penginapan peserta lain memandangkan duit penginapan hari khamis belum diberi jadi kami kena dahulukan duit kami (aku as usual guna kredit kad-kalau cahay tahu mati aku). Lepas mandi dan sembahyang asar aku terus ajak semua orang untuk makan cendol pulut kat napoh. Ni salah satu kegemaran aku kalau aku datang kedah. So far aku tak pernah lagi miss untuk makan kat sini. Lepas kan kempunan kami beramai-ramai terus menuju ke sadao atau Dan Nok. Sampai border pun hari dah petang. Jadi dapat tengok-tengok sesikit aje. Cuma yang menjadi pengalaman selama 5 tahun di UUM dah hampir 6-7 kali aku ke danok tapi untuk pertama kalinya kami dibawa beramai-ramai melalui lorong-lorong sempit yang tersimpan seribu rahsia kat dan nok tu..terlopong aku melihatkan aktiviti malam wanita-wanita kat situ. Kalau orang tak kuat iman tak yah pegi lah no. Tak shopping ape aku just beli pelam dan juga mata kucing. Teringat gelagat perempuan-perempuan tu semua.

Hari Jumaat tak de aktiviti. Cuma hari ni kami kena practise sebelum torunamnet sebenar pada hari sabtu. Kesempatan yang ada aku gunakan untuk jumpa dengan kak Max dengan Kak Midad. Zaza yang kata nak datang tak berapa sihat. Sebagai tuan rumah kak max dengan berbesar hati belanja kami makan kat restoran hajjah. Aku check out dari Royal hotel dan check in ke grand continental. Kak max ngan kak midad terpaksa lah membuang masa menunggu aku. Tapi depa dapat tengok album. Aku dah bagi depa berdua kad jemputan. Petang aku parctice bowling. Main 5 games. Malam aku ajak pini dan pian bawak aku gi umah ayah angkat aku kat padang perahu. Lepas hantar kad kat sana kami singgah ke umah ipin. Hantar kad jugak akhirnya depa hantar aku balik ke hotal jam 11.30 malam. Briefing pasal team dah tamat dan confirm aku main dalam first lady team.

Sabtu- Pendaftaran dan perasmian bermula jam 9.00 pagi. First lady team main untuk block pertama jam 10.00 pagi . Semuanya ada 3 block dan sebanyak 52 team yang bertanding. Memang nasib menyebelahi aku kerana games aku secara keseluruhan sangat baik. Score 213, 189, 168, 160 dan total score 700 lebih..geng lain tak berapa nak menjadi sangat secara keselurahan score tema kami agak baik.  Abis block ke 3 jam 7.30 malam dan 45 peserta terbaik akan dipilih untuk bermain master. Dalam 45 orang aku satu-satunya wanita yang terpilih untuk main master. Dan ranking aku adalah tempat ke 10 secara keseluruhan. Tapi main master hampeh score setakat everage 150 jadi tak menang apa-apa hadiah. Anyway satu pencapaian terbaik sebab kena compete dengan peserta lelaki yang teror-teror. Tak ada kategori untuk wanita. Hari ahad kami check out pagi terus ke Sadao..time ni yang paling syok sebab aku bershopping sakan dan syok menghabiskan duit. Beli macam-macam sampai rasa nak angkut sume kedai-kedai kat situ. Hish..nak pegi lagi le danok..tapi kena pergi ramai-ramai. Sape ade passport jom teman aku pergi danok untuk bershopping. Pukul 1.30 kami bertolak balik ke KL. Singgah sekali lagi kat napoh untuk makan tengahari dan terus balik ke KL

29 Mac 2002
Aku dah start edarkan kad pada kawan-kawan. Kalau mengikut senarai yang aku ada lebih kurang 200 lebih kawan-kawan yang aku jemput. Ikut kategori aku jemput kawan jenel, kawan sains Muar, kawan UUM, kawan palapes, kawan TNB dan jugak kawan-kawan masa kecik-kecik dulu. Masa ni keseronokan untuk menunggu hari perkahwinan tu dah terasa. Rasa seronok nak kawin sebab rasa thrill betul buat perkara yang remeh macam ni. Dah le nak kena hantar kad yang banyak nak kena lekat setem lagi. Hampir kesemua kad jemputan aku hantar melalui pos. Susah nak dapat jumpa dengan kawan-kawan ni. nama aje duduk kat KL sesama tapi masing-masing sibuk. So senang pakai pos aje kad-kad tu semua

As usual masih menghitung hari. InsyaALLAH jika semuanya berjalan lancar status aku akan bertukar lagi sebulan aje lagi. Tak lama kan 30 hari kejam celik dah sampai masanya. Persiapan semuanya ok seperti yang dirancang. Kalau ada pun mungkin satu dua benda yang masih tak siap. Tapi sampai saat ni aku masih lagi mengikat kain net untuk bunga telur. Kekadang blur jugak sesikit. Memandangkan majlis aku menyonsang jadi aku tak dapat nak bayang kan keadaan majlis kat umah cahaya nanti.Majlis kat umah cahaya buat dahulu iaitu sehari lepas kami bernikah pada penghujung April nanti. Aku tak tahu sangat perkara yang keluarga belah sana siapkan. Cuma yang aku tahu lepas kami nikah esoknya aku kena ke kampung muar untuk majlis kat sana pulak.Bersanding, berkompang, berandam semua aku tak tahu. Yang pasti paling lewat pukul 8.00 pagi dah kena sampai kat kampung Muar.

Sekarang ni dah rasa rileks sikit. Haritu aje masa mula-mula tahu nak kena kawin cepat aku agak melatah dan gabra. Tapi bila dah sampai stage sekarang aku agak lega. One thing yang aku dapat dari pengalaman aku yang sikit ni. kalau nak kawin memang kena ada duit. Kena ada duit jugak dan memang totally tak boleh nak harapkan pada duit hantaran semata-mata. kalau nak harap pada duit hantaran memang sakitlah dan pening kepala.. tengok pada check list memang banyak barang remeh temeh yang kena beli. Duit keluar memang macam air itu memang tak boleh nak tahan. Ada sahaja benda yang rasa tak cukup.. Untuk persiapan kami, aku ngan cahaya beli barang bersama-sama so kami tolerate bila membeli..lagipun untuk kahwin hantaran kami sikit aje..jadi tak bebankan dia dan jugak tak membebankan aku.

Lagi satu semakin hampir hari nak kawin kena kira jugak kos-kos yang tak nampak. Kos balik kampung terutamanya. Bil telefon dan rasanya bil HP aku bulan lepas memang banyak sebab kena call kawan-kawan. So nak jimatkan bil aku hantar email pada kawan-kawan yang jauh. Check list senarai nama kawan yang nak dijemput kena sediakan awal-awal. From that bila kita nak hantar kad kita boleh ingat nama-nama yang dah ada dalam senarai dan yang belum dimasukkan. Aku memang ada sediakan satu buku. Semua perbelanjaan yang aku keluarkan aku jot down dalam buku. Just nak kira berapa banyak dah duit aku abis semasa kawin.Seronok jugak in future bila boring-boring tu tentu kelakar kalau bukak buku tu semula. Dalam tu habis aku jot down berapa aku guna duit cahaya berapa cahaya belum bayar kat aku. Macam-macam la perkara yang berkaitan.

Tadi sajalah browse internet cari pasal debaran pengantin. Tetiba masuk pulak site kak p-nut masa dia nak kawin masa tahun 2000 dulu...heeehh dah boleh imagine macam mana perasaan time tu. Lagipun yang nak menghadapi nya ni aku. Walaupun nampak macho tapi aku ni pemalu. Hish tak boleh bayangkan malu dan tebalnya muka aku time tu..compare ngan tipah cehh cayalah tipah maintain aje muka dia masa jadi pengantin haritu siap seronok-seronok lagi melayan kengkawan kat halaman rumah. Aku ni orang tgk video masa bertunang pun aku dah malu apatah lagi nanti ramai-ramai nak berdepan masa bersanding...pehh berpeluh jugak tu...lagi-lagi dengan geng-geng palapes yang suka mengusik...alamak segannya...

Sekarang ni tak fikir apa..cuma aku fikirkan majlis akad nikah nanti...mudah-mudahan dipermudahkan dan aku berdoa semoga majlis perkahwinan aku nanti berjalan lancar...semoga cuaca haritu baik. Semoga semua tetamu dapat sampai dengan selamat makan dengan kenyang dan berpuas hati. Tak ada perkara lain yang lebih merisaukan kecuali kedua-dua majlis selamat dan berjalan lancar. After majlis tu nanti pasti lega..then baru le nak kena pikir dan risaukan hal yang lain pulak kan. Lepas tu pergi honeymoon. Cuti dah apply dan boss dah luluskan..amin