Make your own free website on Tripod.com
Maafkan diri ini

Ku tahu kau kecewa dengan sikapku
Yang seakan tidak memahami perasaanmu
Mementingkan diri kah aku??
aku tidak bermaksud begitu sayang
tidak terlintas untuk melukakan hatimu
Tidak bermaksud menyentuh perasaanmu

Mungkin juga ianya kesilapanku
Jika benar..maafkan aku
Ianya berlaku tanpa kusedari
Sekadar rasa ingin berkongsi
Tapi begini akhirnya yang jadi
Kerana terlalu memikir sehingga memakan diri

Ada hikmah di sebalik semuanya itu
Sebagai satu pengajaran yang baru
Akan aku sematkan di dalam hati
semoga dihari depan yang menunggu
aku tidak lagi mengulangi kesilapan begini

Abang..
Maafkan diriku diatas semua ini
Aku menyayangimu melebihi segalanya
sehingga tidak mahu dirimu terbelenggu
didalam kesedihan dan keresahan
Jika jiwamu resah jiwaku turut gelisah
Jika hatimu gundah...hatiku juga turut parah

Abang..
kau tahu aku terlalu menyayangimu
kau tahu aku sedikit pun tidak mahu kau bersedih
Hanyalah ingin melihat kau bahagia dan gembira
Tenang hatimu dengan senyuman mesra
Serta menghilangkan segala gundah gulana

Yang menyayangimu
14 June 2001

( Ceritaku pada abang - 11 June 2001
membuatkan abang pening )