6 June 2002

Dua tiga hari kebelakangan ni memang aku keletihan. Karival sukan baru saja tamat dan team netball kami dapat tempat kedua, hadiahnya aku dapat sebuah sandwich maker. Menambahkan lagi satu koleksi toaster dan sandwich maker yang dah 7 biji semuanya aku dapat hadiah sempena majlis perkahwinan aku tempohari. Aku agak terkilan juga sebab team kami kalah bolajaring baru ni sebab bukan banyak pun beza hanya satu mata. Mungkin bukan rezeki kami untuk menang agaknya. Tahniahlah team Metro Azu, Shikeen, Kak Amu, Zana and the geng. Bukan orang lain pun yang main tu geng-geng netball aku jugak untuk team kilat. Bezanya karnival sukan kami kena bermain untuk kawasan kami bertugas.

Sepanjang hari karnival darling bukan sahaja menjadi videocam man malah tiba-tiba suamiku yang tercinta menjadi tukang urut lutut yang teror. Dua hari tu aku memang teramat sakit sehingga kan terpaksa sembahyang secara duduk. ALLAH sahaja yang tahu keadaan lutut aku masa tu. Ditambah pulak dengan keadaan seluruh badan yang bisa dan sakit-sakit sungguh tak larat sekali. Mungkin sebab dah terlalu lama berehat jadi semua otot bekerja keras dan terlebih aktif.

Mak dan ayah datang dari kampung pada hari Jumaat. Kebetulan Jumaat tu kami diberi cuti untuk pendaftaran. Mak dan ayah bermalam dirumah aku bersama amiri. bukhari dan alyaa. Tapi tak dapat nak layan sangat sebab petang mak tiba aku baru nak mendaftar penginapan di uniten. Sempatlah sekejap duduk bersembang dengan mereka sementara menunggu malam. Malam pulak aku dan darling ke majlis perasmian di dewan serbaguna Uniten. Saja  darling ikut sebab nanti kalau darling duduk rumah dengan mak dan ayah dia mati kutu. Darling memang seorang yang pemalu dan tak pandai nak bersembang. Aku pulak cuma dapat sembang sekejap sekejap aje sambil melayan kerenah adik aku yang kecik dan cute dan comel Al-Bukhari.

Buat masa sekarang ni rasa larat lagi untuk bermain netball. Dah pun tempah satu bilik hotel asing kat kuantan minggu depan sebab darling nak ikut sama. Okeylah boleh darling recordkan gambar kami bermain nanti. Agaknya lepas ni aku kalau dah tak larat tentu kena pencen macam kak Faiz. Itupun masa karnival ramai yang dah usik-usik kata tentu tahun depan aku berehat setahun. Selagi boleh main aku akan terus main. Selagi kudrat aku diperlukan dalam pasukan aku bila-bila masa sahaja merelakan diri.

Hari ni nak sambung scan semula gambar kahwin. Kawan-kawan plan nak datang rumah. Hanya Is dan Tina yang dah sampai ke rumah aku. Itu pun malam semalam baru datang. Buat masa sekarang hujung minggu aku terlalu penuh dengan aktiviti jadi aku mencadangkan agar kawan-kawan yang ingin datang melawat datang pada hari kerja disebelah malam. Tapi harap dapat telefon dan memaklumkan kepada kami dahulu. Bila cerita tentang bertandang teringat yang rumah bapa saudara adik beradik ayah satu pun aku belum lawati lagi.Harap mereka faham dan tak berkecil hati kenapa kami datang lewat.

10 June 2002

Aku belum update jenel tapi gambar kahwin tempohari yang aku janji-janjikan sudah pun aku siapkan. Bukan sekadar janji-janji manis sahaja tau. Ni baru terhegeh-hegeh nak menulis. Aku kepenatan. Semalam seharian aku drive dari Kota Tinggi dari rumah  Bibik Asmah (adik mak mentua aku) yang buat kenduri kawin. Darling tak mahu drive sebab malam tu kami bertolak dari Muar jam 11.45 malam darling yang drive. Sampai kat rumah kakak Khom lebih kurang 2.45 pagi lepas tu darling bantai tak boleh tidur. Aku tahu memang darling kepenatan kesian kat dia. Sampai rumah Muar petang semalam dalam pukul 5.00. Rasa tak larat sungguh nak balik KL. Dalam hati kami masih berkira darling kepenatan tak kan kami nak balik dengan jaguh. Sebab haritu masa balik kampung kami naik jaguh. Oleh kerana harini kerja jadi kami balik dengan kereta dan sekali lagi aku yang jadi mangsa untuk memandu sampai ke KL.

Kat kampung sekarang musim durian. Maksud aku kat kampung Muar la kampung darling. Kat kampung Melaka adalah dua tiga batang aje pokok durian tapi tak de buah pun tapi kat kampung Muar punya durian syoknyer.Yang dah gugur yang sedang besar yang masih berputik. Banyak pulak tu buahnya. Manggis pun dah start berbuah tapi masih muda. Dah ada banyak-banyak durian ni tak rasa teringin sangat pun nak makan. Haritu masa pergi hantar adik darling masuk Syah Putra aku rasa nak makan durian nak berhenti kat tepi-tepi jalan kat segamat untuk beli durian. Ni dah ada berlambak-lambak kat bakul kat dapur dua biji aje aku makan. Tak berbaloi kata darling. Still tak boleh lawan Dr. Suhaila yang tgh sarat mengandung 6 bulan tu. Kalau tak silap aku petang tu dia dengan Amin mengadap durian dan dia sorang pulun sampai 3 biji. Hebat. Aku ngan darling makan kuini dengan mangga cicah kicap pulun jugak tapi darling memang hantu mangga. Tak melawan aku kalau makan mangga dengan dia. Dan semalam kami bawak balik durian ke KL satu karung. Lepas ni boleh buah pulut durian.Yummi sedapnya.

Cerita pasal durian teringat Durian Kampung Darat kat UUM. Tak melawan harga durian kat sana sebijik 50sen. Time musim durian waktu tu kiranya aku masih jaguh makan durian. 5 biji seorang diri makan tak ada apa-apa. Yang syoknya makan durian kat situ makan lah berapa banyak pun lepas tu bayar RM5 aje. Dan masa tu memang taip-tiap petang aku dengan geng-geng aku zue kadang-kadang june bonceng partner masing-masing dan pergi makan durian. Puas sekali. Lepas tu kalau time musim durian aku balik rumah ayah angkat aku kat kubang lintah di Jitra. Selalunya musim durian serentak dnegan musim rambutan. Kampung tu kalau musim durian memang macam pesta berlambak-lambak durian dilonggok kat di halaman rumah.Macam pertandingan pulak longgokan durian siapa paling banyak dan paling tinggi. Dan yang syoknya bila nak balik kolej mesti aku dibekalkan dengan sekarung durian dan sekarung rambutan. Lepas tu apalagi kenduri sakanlah kat dalam bilik

11 June 2002

266 hari plus minus 6 hari.Hmm masih jauh lagi nak lalui tarikh itu. Kata akulah tapi itu kan diluar bidang kuasa aku. Nak jawab soalan cepu emas Kak Maz yang buat aku senyum seketika. Nak ada baby. Sabar Kak Maz ye nak kawankan dengan Alya ye. Perkara tu aku tak fikir sangat malah aku tak kisah pun kalau ada rezeki adalah. Kalau tak tunggu lagi. Tak boleh difikirkan sangat sebab kalau terlalu memikirkan terlalu nak sangat nanti kalau tengok bulan depan masih lagi "bejot" (istilah tina) tentu tension kalau tension hormon tak stabil ada kesannya teringat kata Tipah. Itupun Leen yang kata kat dia - Tahniah Leen. Ala lagipun baru dua bulan kan. Bawa bertenang kecuali lah bila mak aku dah mula meniupkan sangkala dengan soalan yang menyakitkan telinga dan bertubi-tubi cam masa aku belum bising nak kawin dulu hah maka ketika dan saat itu tentulah aku tak akan duduk senang dan tak tenteram hati. Tapi ni semuakan bukan perkara yang boleh sesuka hati hendak atau tidak. Ingat buat anak ni macam petik jari semuanya bergantung kepada rezeki dan ketentuan ALLAH juga kan.Ada orang yang tak mahu anak tapi pregnant dan buang rata-rata ada yang teringin sgt nak tapi tak de rezeki. Isk kekadang kesian juga kawan-kawan yang lambat pregnant tu tentu tension setiap kali orang bertanya ni bila nak timang anak ni bila setiap kali mak kata "mak ni dah tua bila le agaknya mak ni nak timang cucu". rimas kan. Aku belum lagi masuk dalam kategori tu. Mudah-mudahan murah rezeki kami sekeluarga. Kalau ada kawan-kawan yang dah berusaha tapi belum ada rezeki lagi harapnya jangan berputus asa.

Oleh kerana aku belum fikir tentang baby jadi aku pun pulun jugak bersukan macam biasa. Tapi dalam masa yang sama selalu jugak dalam hati ni terdetik takut jugak manalah tahukan itu pun berjaga-jaga jugak sebab mana tahu ada perubahan yang berlaku pada diri ini. Teringat cerita kak Siti masa karnival sukan baru-baru ni. Dia dah pregnant 4 bulan tapi dia tak sedar sebab dia bejot tetiap bulan macam biasa. sampailah masa tournament netball pelitawanis tahun lepas dia bleeding dan doktor kata kandungan dia dah 4 bulan. Nasib tak ada apa-apa yang berlaku pada baby tu melainkan baby dah kebawah maklumlah dah melompat-lompat dan melasak kat padang. Alhamdulillah anak kak siti dah selamat lahir. Hopefully aku dapat main netball dengan baik kat Kuantan hujung minggu ni dan seterusnya tournament berikutnya bulan Julai nanti di Penang.

Ni apahal lah cerita pasal anak pulak kan. Putaran roda hidup seterusnya dulu bujang kini dah kawin - petikan lagu S.M Salim. Dulu masa belum kawin sibuk cerita pasal kawin sekarang cerita pasal pregnant pulak. Kalau jumpa kawan-kawan mesti diorang tanya "ko ni dah ada apa-apa ke" apa yang adanya. Suami adalah saja buat-buat tak faham soalan standard tu.Aku gi jumpa Lilik semalam dia pun tanya soalan yang sama. Kami pergi makan kat restoran berjaya. Aku jawab semula "kenapa ko tengok aku cam dah ada apa-apa ke". Hee hee saja nak buat dia dalam teka-teki. Lilik semoga cepat sembuh. Aku terserempak dengan Amy kat dalam lift dia kata "I heard a good news, congrats" Aku tengok perut dia dah kempis dia dah bersalin 4 April lepas tahniah jugak. Sama ajelah semua orang akan lalui saat macam ni jugak.Tak caya tanya kak p-nut yang dah ada najmi tu dulu masa baru kawin mesti sibuk sok sek sok sek pasal anakkan. Dulu seringgit makan seorang kini dua ringgit makan duaorang - Tak lama lagi 2 ringgit makan 3-4 orang - petikan aku sendiri.  Selamat menguruskan diri. Senyum selalu semoga murah rezeki- Aku baru nak senyum-senyum ngan darling  balik kerja harini sebab dah termakan asam garam rumahtangga- sayang juga awak kat kita ye.

12 June 2002

Aku pelik betul kenapalah sejak kebelakangan ni tak banyak sangat email yang aku dapat. Selalunya bila masuk opis dan check email sekurang-kurangnya 20 email tu biasalah.Sudah kehilangan peminat dan kawan-kawan ke aku ni.Tahulah aku dah kawin tak kan nak sisihkan diri ini. Aku perhati sejak selepas bergelar puan handphone aku jarang berdering mungkin sebab satu dah duduk serumah dengan darling so tak payah nak call tapi kawan-kawan pun jarang dah nak telefon kita. Dan cerita tentang email pagi tadi hanya 6 saja email yang aku terima lepas tu email yang bukan-bukan pulak tu. Kenapa dan mengapa. Aku cuba nak hantar cerita kat mailing list yahoogroups. Aku ada geng jenel, geng palapes, perempuankecoh, Sainsmuar, Matrix220, Smsazam92, Nets3. Bila aku hantar semuanya bounced semula pada aku dan sah email aku kat yahoogroups dah kena bounced. Tolonglah sesiapa moderator setiap mailinglist yang aku sebutkan tadi tolong le aktifkan semula email address aku. Kesiankan lah aku yang rasa sungguh tersisih apabila tidak dapat membaca cerita sensasi dari kawan-kawan semua.Sungguh sedih sekali

Elin gambar yang lain tu belum dapat discan lagi. Sebenarnya scanner tu ada kat meja En. Ramli. Partition dia kat belakang akak tapi rasa seganlah nak guna scanner tu office punye le katakan. Dah le haritu scan gambar kawin punya lah banyak. Nantilah sesekali kalau dia takde akak curi-curi le guna. Hmm kalau nak guna selalu malu sebab bukan officialkan. Spy arkib untuk bulan Mei dan Jun dah pun akak masukkan.

Ni yang buat aku marah ni. Semalam aku tunggulah jugak kat padang sebab depa kata ada training netball. Hmm sampai 5.30 aku tengok sorang pun tak nampak batang hidung. Bila hujan dah mula turun aku start kereta dan chow. Bagus jugak hujan bagus jugak tak de training sebab boleh balik rumah cepat boleh jumpa darling. Harini Kak Cha telefon kata ada training itu pun dah lambat dalam pukul 3.30 tadi .Kenapa tak inform awal-awal. Aku tak set dalam kepala harini nak turun training. Aku nak balik awal tak syok sebab tak cakap dengan darling ada training netball. Sebenarnya aku ada bawak pakaian sukan memang dok terletak kat dalam kereta tapi tak bestlah sebab tak inform darling awal-awal. Hmm boleh tak kalau aku nak bagi reason tak nak turun training sebab tak bawak pakaian. Bohong sunat. Diorang tak inform awal siapa suruhkan salah diorang le. Tapi hmm lagi dua hari aje nak pergi Kuantan. Kenalah trainingkan kalau tak macam mana nak menang. Aku dah call darling penat buat suara manja sebab nak pujuk takut darling marah bila inform dia petang ni kena balik lambat. Nasib baik le dia ok. Darling I tu memang le ok dia pun dah bagi green light so rasa lega dan senang hati.

Hmm may be lah ni sebab penangan bubur kacang durian dengan pulut yang aku masak petang semalam. Bertungkus lumus jugak memasak tu nasib baik sedap. siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri. Tu pasal lah mood darling baik. Pulun dia makan bubur kacang tu. Aku tak tau selama ni darling aku suka makan bubur kacang. Isk kalau tahu dah lama dulu aku masak bubur kacang selalu. Aku bab bubur kacang ni aku kureng sket tapi kalau bubur pulut hitam tu hah kira worait la tu.Tapi sempat jugak bawak bekal satu tupperware ke opis pagi tadi. Kasi Is dengan Tina menjamah. Aku bawak pulut sikit. Pelikkan sebab kami kat Melaka makan pulut dengan kuah durian rupa-rupanya orang jawa ni makan pulut dengan bubur kacang. Tapi tak boleh lawan kepelikan orang Kedah makan cempedak dengan nasi. Kalau makan durian letak santan letak gula merah letak gula pasir kenyal dengan nasi tu biasalah ini cempedak mentah makan dengan nasi. Macam mana rasanya ekk.

13 June 2002

Tengahari semalam aku dengan Is pergi kotaraya sebab aku nak beli barang. Kebetulan Is ada kerja kat HQ jadi dia temankan aku. Dah lama betul aku tak sampai ke Kotaraya tu. Mula-mula tu kami pergi Farmasi Georgetown. Nak dijadikan cerita lepas aku pilih barang yang aku nak beli aku pergi lah ke kaunter untuk bayar. Kat atas kaunter tu ada dua bauh file putih aku pun letak le barang yang aku nak bayar atas file tu tiba-tiba ada satu amoi kat situ merentap file tu dengan kasar dan campakkan kotak aku tu sambil menjerit.  "This is my thing don't put your thing there" "We are high class people". Dalam hati aku menyumpah dan dah mula berang. Kurang ajar punya amoi aku ingatkan cashier tu yang buat kat aku. Lepas tu adik cashier tu datang kat aku. "Kak orang tu orang gila lah kak". Isk geramnya aku tak semena-mena aku kena  marah dengan orang gila.

Aku perati aje amoi gila tu umur dia dalam lingkungan awal 20-an. Muda-muda lagi dah gila. Kesian jugak tapi sebab dia dah tengking aku tadi dan aku dah rasa sakit hati hilang pulak rasa kesian kat amoi tu. Aku keluar dari Georgetown aku nampak amoi tu tengah cakap dengan duaorang polis yang ada kat situ. Biasalah benda-benda macam ini aku memang suka sikit nak busy body. Tak dengar sangat pun biji butir yang dia bualkan dengan polis tapi aku dengar dia kata "I have money, you want to see my money I can show you now" then polis tu kata ok tunjukkan duit awak tu. Then dia pun macam buat-buat bukak file putih tu. " I have kredit card..see see my kredit card". Aku dengan Is perati aje sambil tersenyum lepas tu credit card apa kebendanya yang dia keluar kan. Dengan rasa excited le sebab aku nak tengok kredit kad dia tu tapi rupa-rupanya tag nama yang warna putih ala tag yang selalu kalau kita gi seminar kita dapat tu yang ditayang-tayangkan.. Kah..kah...kah...sakit perut aku gelak sambil berlalu dari situ. Polis tu pun aku rasa saja nak melayan orang gila tu.Dunia-dunia kesian kat amoi tu.

Pagi tadi memang aku takde idea nak tulis cerita apa tapi masa breakfast dengan makcik ni dia ingatkan pulak pasal amoi gila tu langsunglah kami membincangkan sebab musabab kenapa dan mengapa amoi tu jadi gila masa muda. So menurut pandangan Is katanya amoi ni pressure sebab dia nak jadi golongan high class (masa dia marah aku tu dia mentioned yang dia ni high class people) lepas tu mungkin dia ni selalu ditindas oleh orang kaya tu pasal dia jadi begitu. Aku plak kata mungkin dia ni datang dari keluarga yang miskin tertekan dengan kesusahan hidupnya so dia teringin sangat nak merasa jadi orang kaya. Atau agaknya dia ni tension sebab mengangur pasal dia ada bawak dua file bersama dengan dia. Tapi yang tak tahan tengok tu masa dia keluarkan kredit kad dia tu. heehh heehhh. Masa dia marah aku kat dalam farmasi tu aku tengok muka dia lepas tu ntah kenapa hati aku berdetik yang amoi ni pembawa kuman HIV. Muka dia macam muka pesakit AIDS. Jadi aku rasa seram sejuk bila dia berdiri berdekatan dengan aku.

Esok aku akan bercuti sehingga hari Isnin. Aku kembali bekerja semula pada hari Selasa. Pada masa itu journal tidak akan bertulis sebab aku tengah bertungkus lumus kat Kuantan berlawan netball. Darling idak akan bersama ke Kuantan. Last minute decision memandangkan cuti yang tidak diluluskan dan cuti dia pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan. kesian kat darling kena tinggal 4 hari. Jadilah orang bujang sekejap lepas ni.

18 June 2002

Nyaris disaman pagi tadi. Jantung aku mula berdegup kencang bila sedar-sedar aje kat depan selang 5 biji kereta aku terlihat sekumpulan polis sedang menahan beberapa buah kereta yang melalui laluan motor. Termasuk lah aku yang masa tu memang sedang berada di laluan motor tapi cepat-cepat aku masuk ke laluan yang betul. Dalam hati habis aku kali ni sebab memang sah polis tu dah nampak kereta aku dengan lambang sparco yang besar lagi terpampang. Dalam hati berdoa ya ALLAH jangan lah kena tahan mulut terkumat kamit. Tiba sahaja berdekatan kumpulan polis tu aku nampak polis tu macam mengangkat bendera merah menyuruh aku ketepi tapi alhamdulillah agaknya sebab dia tengok pemandu perempuan aksi untuk menahan terus bertukar kepada aksi jalan.Peh lega alhamdulilah syukur aku menarik nafas lega sambil senyum sendirian. Aku ni pemandu kereta yang memang suka melanggar undang-undang dan patut disaman. Isk selalunya tak ada polis pun kat kawasan tu dan memang selalu aku melalui jalan motor sebab dari taman desa nak ke arah mid valley jalan terlalu jammed. Kalau tak ikut laluan motor aku rasa setiap hari aku akan sampai opis jam 8.30. Syukur sangat kalau tak tentu terbang duit aku bayar saman.

Aku pergi Kuantan lawan netball. Kami tak menang pun mungkin lah tak de nasib atau mungkin kebetulan kami terundi dalam kumpulan yang kuat. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan masa kat kuantan.Kami check in kat exclusive hotel di hadapan stadium.  Malam tu keluar makan aku order mee kungfu orang lain dah habis makan mee aku masih berkungfu dan tak sampai-sampai hampir setengah jam aku terkulat-kulat di situ. Semalam aku masak kueh teow kungfu tak sampai 15 minit.. Selama 3 hari di Kuantan aku simpulkan makanan kat sana mahal belaka. Mana-mana kedai makan yang kami pergi mesti ada tax 5% termasuklah kedai yang cikai-cikai sekali pun. Yang syoknya pada hari Ahad sebelum bertolak balik ke KL kami singgah makan di tepi sungai. Kita selalu beranggapan kalau kedai dekat tepi pantai atau sungai tentu makanan laut macam ikan, udang sotong murahkan tetapi tidak dikuantan. Kesian pada kapten dia amik dua udang galah yang saiznya paling kecik dan seekor ikan kembong dan segelas air kosong harga yang dia kena bayar RM25. Terkejut beruk. Shikin amik ikan bawal sederhana besar seekor dengan segelas air RM10. Azu amik seekor udang galah RM14. Pehh memang tak puas hati langsung dan aku kebetulan tak de mood nak makan lauk yang grand just amik sotong masak sambal dan telur ikan aku kena RM6. Dan selepas aje bayar masing masing pun apa lagi terbahak-bahak ketawa dan bisinglah pasal makan kat hotel pun tak semahal itu. Habis nak buat macam mana dah makan mahal pun bayar lah jugak walaupun tak puas hati. Mahal kalau lauknya worth it tak apa bayar mahal ini...issshh sadis betul.

Kami bertolak balik 4 kereta semuanya kereta kak khairun, kak cha dan kereta aku. dah le masa bertolak lepas makan kapten terlanggar anjing yang baring kat bawah kereta dia. Terdencut-dencut anjing tu berjalan. Patah agaknya kaki anjing tu. Dalam perjalanan satu lagi perkara berlaku. kapten memang bawak kereta laju dan gila-gila. Kononnya nak overtake aku ntah macam mana tiba-tiba nun kat depan polis dah tunggu dan kereta dia kena tahan. Tapi for sure tak kena saman sebab dia askar ada ROD. Kami yang tiga kereta menanti ditepi jalan sebab nak berkonvoi. Semua perempuan pulak tu. 10 minit lepas tu kereta kapten muncul dan dia hanya sengih-sengih aje. Dulu pergi penang dia jugak kena saman.

Baru 10 minit bergerak sampai di Gambang tiba-tiba kak cha berhenti ditepi jalan. Kak Khairun didepan dah lepas. Kapten dan aku berhenti rupanya tayar kereta kak cha pancit. Satu hal lagi.Dulu masa pergi main netball kat penang kereta aku yang buat hal. Kali ni kereta kak Cha pulak.Waktu tu baru pukul 3.00 lebih. Kononnya kami ni nak le tolong bukakkan tayar tapi skru kak cha lain dari yang lain. Yang syoknya ramai pulak yang datang nak menolong tapi tak berjaya. Askar pun tolong tapi tak leh bukak skru tersebut, Akhirnya kami terbengkalai kat situ sehingga pukul 6.00 petang sampailah tow truck datang tarik kereta ke workshop. Sehingga jam 7.30 kami masih lagi di area Kuantan. Settle semua baru lah kami bertolak balik ke KL. Singgah minum petang jalan lagi hujan lebat sepanjang jalan tapi sempat jugak singgah membeli nenas madu. Lepas tu singgah makan di Temerloh dan terus drive pulang ke KL. Aku sampai ke rumah malam tu lebih kurang pukul 1.00 pagi. Kesian kat darling sebab aku kata may be kami bertolak ahad pagi. Rupa-rupanya kami sampai Isnin pagi.

20 June 2002

Nasib baik tak kena saman tapi nasib tak baik pulak aku melanggar kereta orang lepas tu lagi malangnya bawak pun kereta orang jugak. Alhamdulillah kami bertiga tak apa-apa termasuklah tuan punya kereta. Keadaan kereta agak teruk sebab time tu sedang turun bukit. Aku tak bawak laju sebab kereta banyak tiba-tiba kereta depan emergency break aku dari atas bukit cuba nak tekan brek. Sekuat hati aku tekan padle sampai jejak ke lantai kereta tapi entah macam mana aku rasa brek kereta tak makan walaupun dah berbunyik shreeeettttt tapi kereta tetap meluncur laju. What can I do just biarkan aje kereta tu hentam iswara hijau kat depan. Aku tak panik aku tak menggigil dan aku tak takut sebab I'm very confident dengan skill pemanduan aku. Dan mengikut perkiraan aku kalau aku bawak kereta aku tentu kereta aku dah berhenti dengan mengejut malangnya aku bawak kereta orang yang aku sendiri rasa conditionnya tak berapa ok. Mungkin tayarnya dah tak berapa ada bunga selain dari sistem brek yang tak ok. Aku tahu aku buat yang terbaik untuk elakkan kemalangan tu tapi dah ALLAH tetapkan harini aku kena langgar jugak Iswara tu maka berlakulah kemalangan tersebut.Ini adalah kemalangan jalanraya pertama yang aku terlibat selama aku memandu. Tentu ada sesuatu yang tak kenakan. Sedangkan aku ini seorang pemandu yang sentiasa berhati-hati walaupun laju.

Pemandu iswara tu seorang singh muda yang handsome student UIA memang cool sebab dia pun kata dia terpaksa brek mengejut kerana kereta depan emergency break. Keadaan kereta dia ok cuma tercalar pada bumper tapi kereta yang aku bawak terangkat bonet. Selepas berbincang dengan mak bapak mamat ni diorang mintak aku bayar RM200. Puas aku merayu sebab kalau nak ikutkan terlalu sedikit kesan pada kereta dia akhirnya malas nak bertekak aku bayar aje RM200 pada bapak dia seorang doktor. Masa nak balik Dr. tu call aku katanya tak sampai hati nak ambil duit aku dan dia pulangkan RM50 kepada aku semula.

Aku terus bawak balik kereta. Kawan aku drive kereta dia dan aku amik kereta aku terus ke kedai spare part beli barang dan terus ke bengkel mek ja.Sampai kat bengkel aku suruh mek ja evaluate berapa agaknya yang aku kena bayar untuk baiki. Mek ja tengok dan dia kata anggaran kos yang aku kena bayar dalam RM500-600 mengikut perkiraan mek ja.Tapi kalau ikutkan tengok pada keadaan kereta aku rasa mahu makan ribuan jugak. Nasib baiklah akuada member yang ada bengkel dan tak berkira so jimat duit aku. Ok lah aku bayar sebab aku yang bawak kereta tu kan jadi aku kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada kereta itu.Ishh ntah tak terkata apa. Ni lah orang tua-tua kata terlepas dari mulut harimau masuk pulak mulut buaya.

Senario semasa kemalangan: Aku hanya memandu pada kelajuan 60km sebab kereta banyak tapi tuan kereta kata aku bawak laju.Kalau aku bawak laju tentu aku menghentam iswara itu dengan kuat sebab laju dan tentu Iswara akan menghentam kereta depan sebab keadaan kereta sedang berhenti masa tu tapi Iswara hanya bergegar dan bunyi pun tak berapa kuat dan tidak terkena pada kereta hadapan sedikit pun. Aku bengang sebab dalam keadaan yang agak tertekan sikap kawan aku yang sorang ni. ALLAH sahaja yang tahu,. Dia terlalu kelam kabut lepas tu nak marah-marah tak tentu pasal rileks la biar aku yang settlekan.. Bagi aku bila kita dalam keadaan tertekan macam ni kita kena cool down ini tidak lagi dia pot pet sana sini. Sabar ajelah. Aku kata rilek aaa kalau pun10k kena bayar aku akan bayar nak risau apa sangat. Memang aku sakit hati betul dengan sikap dia semalam. Bila kita komen kereta dia tayar dah licin brek tak berapa makan tak mahu pulak dengar pendapat kita. Dia kata itu cuma alasan dan kata aku yang cuai dan bawak laju. Mungkinlah belum terkena pada batang hidung dia. Nanti kalau dah kena sendiri barulah dia tahu apa yang aku kata. Keluarlah duit sedikit untuk tukarkan tayar yang dah 3 tahun nak masuk 4 tahun tak berganti. Kat bengkel aku check kereta dia minyak brek hanya separuh sahaja. Sepatutnya minyak brek kena penuh then aku tengok mungkin ada kebocoran pada salur minyak brek. Bila aku tunjuk pada dia still tak percaya sebab dia kata selama ini dia bawak ok aje. Memanglah sebab dia cuma bawak dalam keadaan brek biasa cuba dalam keadaaan brek kecemasan.Apapun nasihat yang aku bagi dan cakap tapi kalau dah jenis yang degil kepala batu dan nak memang....amik...amik ...lah semua..sesekali rasa malas jugak nak melayan orang yang degil ni....
 

Love you baby

22 June 2002
Aku lawan bowling harini kat Ampang Point untuk terbuka Fibrecomm. Sejak kebelakangan ni mutu permainan aku agak menurun dengan mendadak. Tapi aku tak kisah yang penting aku mesti nak menang salah satu hadiah yang ditawarkan. Sampai kat sana hampir jam 9.00 pagi. Aku sesat sebab bukannya aku fimiliar sangat dengan area ampang ni. Mengikut jadual yang aku dapat pendaftaran akan bermula jam 9.00 hingga 9.30 tapi masa aku sampai keadaan masih tidak teratur. Lane pun baru nak dilap dan kelihatan AJK fibrecomm yang sibuk untuk membuat persiapan pendaftaran dan minum pagi.

Games yang dijadualkan bermula jam 10.00 pagi akhirnya lewat hampir 45minit. Team aku dapat lane 16 dan kami memulakan perjuangan dengan penuh semangat. Tapi seperti yang aku jangkakan permainan sungguh tidak memberansangkan. Aku sedikit kecewa bila games kedua aku hanya dapat mengumpul 90 point sahaja. Memalukan dan tak pernah lagi ada dalam tournament markah yang aku perolehi kurang dari 100. Aku tetap tidak berputus asa walaupun sedikit kecewa dengan tahap permaianan aku. Games yan terakhir aku cuba untuk bermain sehabis baik dan akhirnya aku dapat mengumpul 171 markah.Mungkin ada harapan untuk menang ni.

Selepas 3 games kami bermain tibalah masa untuk penyampaian hadiah. Sebelum itu kami diberi  makan tengahari iaitu Mc Donald. Aku pulun makan Mc Chicken. Sebelum bagi hadiah penganjur juga mengadakan lucky draw tapi aku tak lucky sebab nombor aku tak naik. Mula-mula diumumkan Highest games individu. Mungkin ada harapan juga detik dalam hati. Jangkaan aku tepat bila mana nama aku dipanggil untuk menerima hadiah bagi highest games wanita. Tapi agak malang bagi team kami yang hanya berjaya menduduki tempat keempat sahaja. Tak de hadiah plak tu. Tahun lepas team kami mendapat tempat kedua dan aku dapat tempat kedua highest games wanita tapi tak dapat hadiah. Tahun ni kakak yang juara tahun lepas mendapat tempat kedua dan dapat hadiah.

Lepas games aku terus bergegas balik rumah sebab nak balik kampung Melaka. Dah lama tak balik kampung dan tak sabar rasanya nak jumpa adik aku yang cume mute comel lote itu. nasib baik ada menang hadiah kalau tidak tentu balik rumah nanti kena kutuk rapat dengan darling. Tak sia-sia dia teman aku main bowling dekat The Mines 2-3 malam sebelum tu