Make your own free website on Tripod.com
 
Sentuhan Inspirasi 2000

 JOURNAL JANUARI 2001

[1/31/2001 2:11:06 PM | Teja ]
  Hancur hati aku bila kau buat kenyataan macam tu…sampai hati kau...dari dulu..sampai
  sekarang kau masih tidak percaya…kalau kau tak percaya kan dia sama juga kau tidak
  percaya kan aku….apa lagi yang aku boleh buat jika itu yang kau rasa..itu hak kau…tapi
  percayalah…semua yang berlaku itu ada buktinya…bukannya cerita kosong..bukan cerita
  yang direka..ntah mungkin aku yang terlebih emotional…atau kau mungkin betul…

  Ya ALLAH hari ini aku teruji lagi..teruji dengan janji yang pernah kami buat..janji orang
  tua-tua..janji yang aku rasa sekadar gurauan satu masa dahulu…janji yang dah
  lama…esok…esok aku kena jumpa..aku diminta untuk berjumpa seorang insan yang
  lama dulu nak dikenalkan pada aku…diminta oleh ayah dan ibunya sendiri…insan yang
  sepatutnya aku dah kenal lama…besar sungguh dugaan hidup aku…mungkin ini satu
  lagi petunjuk buat diriku…biar lah..aku pun ingin melihat bagaimana perjalanan hidup
  aku seterusnya…

  Jika ALLAH izinkan untuk aku lihat apa yang akan berlaku dihadapan sana…tentu dah
  lama aku akan bersiap sedia..tentu aku tak jadi begini..aku tak perlu
  pening..risau…gundah dengan perjalanan hidup aku…dengan semua keputusan yang
  akan aku ambil…aku tersepit lagi….antara realiti…keinginan aku dan keadaan
  sekeliling…memang aku sangat tertekan….dan ALLAH menguji kesabaran ku..

  Rasanya kali ini jika sesuatu yang aku tak inginkan itu berlaku..maka besar sekali
  pergolakan yang akan melanda diri aku…biar aku hadapi sendiri..ini semuanya urusan
  hidup aku yang telah ditentukan oleh ALLAH…cuma aku berdoa…aku akan hadapi semua
  situasi yang tak terduga seperti itu dengan tenang dengan waras dengan
  tabah..semoga ALLAH memberi aku petunjuk didalam segala urusan dan keputusan
  ku….

  Em..asyik merintih aje hati ni…boringlah kan…semalam keluar ngan Is dengan
  Rezal…Rezal belanja minum…terima kasih le sebab sudi belanja I dengan
  Is…heehh….seronok jugak besembang…sampai tak sedar dah pukul 7.00..hujan pulak
  agak lebat jugak…balik tu sempat bungkus chicken chop..

  Sampai rumah terus sembahyang maghrib..mengaji sekejap dan terus tunggu
  isyak…boring le pulak tak tahu nak buat apa..mulalah tepon member-member
  lama..mula-mula called joey..ingat kan nak tanya bila wedding date dia..rupa-rupanya
  mengejutkan dia dah pun selamat nikah pada 6 jan yang lepas..tahniah joey…hee..I
  tahu you memang nak jemput I..tapi tak dapat nak call….boring lagi..telepon haizel..tak
  dapat…mana pakcik ni lama senyap…fly ke mana pulak…then called yusri…heehh…
  yusri…kelako..dia macam tak kenal kat aku…emm…banyak le pulak sembang ngan
  yusri..terkejut dia…macam-macam dia tanya…sekarang yusri dan set up company
  sendiri..semoga berjaya…hahh..banyak kali dia mintak maaf..alah perkara kecik aje
  tu..benda dah lepas usah dikenang…..

  Emm begitulah hidup kita ni…umpama roda…kejap..gembira..kejap sedih..kejap
  frust…kejap bahagia…silih berganti….doakan boifren aku sihat…doakan aku okey dan
  boleh fikir secara baik….doakan aku buat keputusan yang betul dan membahagiakan
  semua pihak…doakan hari khamis nanti semuanya akan berjalan lancar….yang penting
  doakan aku bahagia dengan cara aku yang tersendiri…..
 

[1/30/2001 9:57:17 AM | Teja ]
  Bila aku baca balik log yang aku tulis semalam aku gelak..apasal yek...sebab cite kat
  dalam tu tak ada kesinambungan langsung antara satu sama lain…hape hape ntah
  yang aku tulis..mengarut dan melalut. ..mula-mula aku citer pasal pantai..lepas tu citer
  pasal aku fikir…pasal adik aku pulak...kenapa agaknya aku semalam…aku murung
  sebenarnya…kepala aku tengah ligat berfikir…tapi aku buat dek…aku buat donno…aku
  buat macam tak ada apa-apa yang berlaku…aku cuba berlagak normal seperti diri aku
  sendiri…tetapi hakikatnya aku bukan diri aku saat itu…aku pening kepala yang
  teramat….apa yang aku buat…aku cuma layan email….aku beremail dengan rezal…aku
  mesej dengan ina..dengan rizal..sambil kepala aku terus ligat berfikir..dan sebenarnya
  aku sangat penat selepas seharian memandu pada hari sebelumnya….

  Semalam Rezal for the first time called aku…dia kawan email aku sejak 1998…lama
  tu...tak pernah jumpa…sekadar beremail secara berterusan…well..nice knowing
  him..bagus jugak…sebab boleh kongsi pendapat..macam atok..macam uzek..macam
  zamani..dan macam kawan-kawan lain yang sudi bagi nasihat…bagi peringatan…dan
  semalam jugak aku dapat satu panggilan...sallehudin called aku….aku lupa yang mana
  satu dia ni…dia kata dia kenal aku lama dulu..melalui shikeen…tahun 1998..masa aku
  masih duduk di vista…masa aku masih pergi kerja dengan menunggang motor…aku
  lupa…sebab memang dah lama ..aku tanya shikin….shikin kata aku pernah carikan kerja
  untuk mamat ni….emmm dah lama…dah dua tahun aku dah lupa semua tu…dia kata aku
  dah berubah…aku lebih ceria cakap kat telefon…tak macam dulu..aku serius…tak geti
  nak melawak…betul ke aku lebih ceria..atau aku cuba sembunyikan kesedihan yang
  melanda diri aku…dengan berpura-pura menjadi seorang yang ceria..emm..anyway
  sallehudin….oppss..en. sallehudin..saya dah ingat awak yang mana satu…

  Ada seorang insan masih tak berputus asa untuk mencuba..yang masih menaruh
  harapan pada diri ini… baguslah…teruskan usaha anda…semoga anda berjaya…azam
  dia nak menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga…aku doakan azamnya akan
  tercapai…dan semoga dia berjumpa wanita yang baik-baik dan solehah...dan malam tadi
  aku didatangi lagi beberapa sms darinya dengan soalan-soalan killer..kalah soalan final
  exam aku…..jawapan aku mudah…aku tetap pilih boifren aku..he is my boifren okey…and
  you don't have to understand that…aku akan cuba bertahan selagi kudrat aku sebagai
  insan ini mampu..dan terdaya untuk bertahan…aku berusaha…berdoa dan
  bertawakkal….jika ALLAH izinkan dan semuanya berjalan lancar…alhamdulillah….jika
  ALLAH tidak izinkan dan takdir dah begitu… alhamdulillah juga…

  Dan salah satu soalan yang dia suka tanya…dan dia dah tanya aku banyak kali soalan
  ni…
  "Just a general survey…which is most important for women.. money , love, security or
  loyalty"

  aku jawab…first is love..second is money…sama macam aku jawab sebelum-sebelum
  ni…and I stick with that answer towards the end…biar le dia nak kata aku
  materialistik…aku tak kisah sebabnya sekarang kita kena jadi lebih realistik…sebab
  dunia sekarang semakin bombastik..semakin mencabar semakin maju.. semakin
  plastik…dan kita mesti fikir secara logik….baguslah aku orang IT…everything kena ada
  logik..kena ada alasan…kena ada jwapan yang pendek tapi tepat….

  Haritu kat kampung masa cuti..aku bersembang kat tepon dengan rahmad adik angkat
  aku..lama sangat kami bersembang hampir dua jam…kami discuss semua topik termasuk
  life..kerja…future and so on..dah lama aku tak bersembang macam tu dengan sesiapa
  sahaja…memang aku perlu someone to talk too masa tu..and luckily…dia pun nak
  bercerita dan mendengar..aku rasa aku dah release separuh dari tekanan pada
  dia…dan dia pun sama jugak…and we both agreed…dia kata sebenarnya lain bila kita
  bercakap dengan orang yang educated dan matang berfikir…dengan dia bercakap
  dengan kawan-kawan sebaya dengan dia…yang perangai masih
  kebudak-budakan…anyway I learnt a lot malam tu…sebab dia muda dari aku tapi dia
  berfikir seperti orang yang jauh lebih dewasa dari usia dia…so kesimpulannya…usia
  sebenarnya bukan ukuran kepada kematangan fikiran seseorang…
 
 

  [edit]

 29 Januari 2001

  Tak best aa…aku ingat kan nak rileks ari ni..tapi gagal jugak usaha aku…ooo log aku
  masa cuti hari tu ada jugak ye…8000 kali aku post dan publish…akhirnya dapat jugak
  korang baca..baguslah…hari ni aku cool…tenang…..setenang cuaca kat bangsar
  ni…cuaca sangat cantik kat luar tu..redup aje...kalau pegi berkelah time-time macam ni
  best ni…

  Citer pasal berkelah…cuti baru ni aku pegi mandi laut ramai dengan semua orang kat
  pengkalan balak..kat mana ekk…emmm selepas tanjung bidara…cantik kawasan tu..dah
  lah kat kawasan kampung..pantainya pun cantik…kami pergi ramai-ramai…sepupu
  aku…family aku…family moklong…makngah… maklang..abang zul..kak Ju.. busu
  pektam…cik jan…hish pendek kata haritu kami konvoi sebanyak 7 buah kereta dan
  sebijik van….abis keruh air laut kat situ dek daki daki sepupu sepapat aku termasuklah
  aku yang lupa daratan kejap…lupalah daratan sebab aku kat dalam laut….lagipun aku
  mana boleh jumpa air..tak kiralah air laut..air terjun…air hujan…tasik.. sungai…mulalah
  nak tunjuk skill ala-ala si oneill haahh…aku pun mulalah berenang…dengan gaya
  katak..gaya bebas,…gaya teletang…abis semua skill aku tunjuk haritu…

  Bestnya laut kat situ….pasirnya cantik belum tercemar…dah penat berenang aku
  melepak kat tepi pantai dan petang itu kami berpesta beramai-ramai mengutip
  remis…korang kenal remis…emm…remis ni sejenis shell yang kecik aje..ada banyak kat
  dalam pasir..kalau besar sikit orang namakan lala..kalau lagi besar namanya kepah atau
  kupang…..aku kutip remis tu dengan adik-adik sedara aku..sengan sepupu aku….satu
  plastik besar kami dapat..lebih kurang dalam 10 kilo….peh..seronok….kuis aje pasir
  berlambak ..hish rasa cam tak puas hati betul….

  Malam tu separuh dari remis yang kami dapat tu direbus..kena rebus dengan daun
  kunyit baru sedap….kalau masak masam manis pun sedap..tak pun masak asam…remis
  ni manis…tapi tak boleh makan banyak sebab dia macam berpasir..antara punca-punca
  batu karang….esoknmya sebahagian lagi dibuat goreng bercili dan masak masam
  manis….

  Lepas tu aku berfikir lagi…hari-hari aku berfikir…aku ni sebenarnya seorang kakak yang
  sangat garang..memang aku garang..tak baik aku ni..rugi adik-adik aku yang dapat
  kakak macam aku ni..dah lah tegas…garang pulak tu…emm…bior le..asal kan diorang
  jadi manusia yang sempurna…cukup ilmu..ada pelajaran…..at least tanggungjawab aku
  sebagai kakak yang selalu memarahi diorang…suruh belajo…yang selalu ingat kan
  diorang exam nak dekat…yang selalu…jerit kat diorang itu dan ini…tanggungjawab aku
  sudah aku laksanakan.. dah selesai…bagi yang 3 orang tu lah..Lin, Mir dengan
  Ana..tidak untuk miri dan bukhari…sebab diorang kecik lagi…aku pun tak ada kat
  rumah..tapi sesekali balik tu kekadang aku menggunakan kuasa veto..zalim sungguh
  aku…tak patut aku buat macam tu..

  Emm miri kena marah dengan aku semalam..dia menangis..aku bukan nak marah dia
  pun…aku tak suka nak marah dia…tak ada niat nak marah dia…aku tahu dia budak
  lagi…dia ada perasaan tapi..aku tak boleh tengok perangai dia macam tu..nanti orang
  kata mak tak ajar dia…ayah tak tegur dia….aku tak nasihat dia.. dia ni lain sikit..miri
  selalu jadi mangsa dengan perangai dia sendiri..tegur sikit nangis..nakal..degil..panas
  baran…hish…tak tahu macam mana nak buat dengan dia sorang tu…banyak kali dah aku
  nasihat …semalam kat dalam kereta kau nasihat lagi..kadang-kadang kesian tengok
  dia..mak marah dia…mir marah kat dia…dah semua orang marah kat dia..aku yang
  backing…tapi sesekali tu tak tahan aku pun marah sekali…miri miri…aku harap dia
  berubah..tak macam abang dia…mir ni senang sikit nak bentuk dengar cakap..tak pandai
  melawan…ini miri nak jadi hero..semua benda dia tahu..pening kepala dibuatnya..

  Entahlah..semoga adik-adik aku berjaya dalam hidup mereka….
 
 
 
 

[1/25/2001 3:50:48 PM | Teja ]
  Aku kat rumah pektam ni...sebenarnya nak check email dari adik...tapi email tak
  ada....rindu pada abang...macam mana dia...aku masih mengharap...mudah-mudahan
  abang sihat....semalam semuanya dah selamat...11.30 ada kenduri kat rumah
  makwe...ramai betul orang.....petang pulak ada sukanika...linda dengan zah....sempat
  jugak menyingah sekejap kat sana....macam macam acara..yang dipertandingkan,,.emm
  acara untuk anak dara kena buat gaya seorang model...aku lari tak mahu aku
  joint....buat malu ajer.....tengah syok sukan hujan pulak turun dengan lebatnya....acar
  adisambung dengan lucky draw....dan macam-macam lagi

  Selepas itu acara disambung sebelah malam......dengan cabutan bertuah dan
  BBQ...memang tak ada luck langsung..nama aku tak naik...satu hadiah pun aku tak
  dapat....anyway seronok sebab semua saudara mara jauh dan dekat berkumpul
  termasuklah anak nek nah...atau nenek. gemuk..akak makwe yang aku rasa hampir 15
  tahun kami tak jumpa...bila jumpa semua dah besar-besar..aku masih ingat diorang aku
  masih kenal muka diorang....diorang aje yang tek kenal sedara sendiri...dulu masa
  kecik-kecik makwe selalu bawak aku pergi selayang kat rumah nek nah tu...aku ingat
  busu ros masa tu masih sekolah lagi...sekarang dia dah ada dua anak...aku ingat si zira
  dan juga si zura...anak pektam mie....aku ingat si yanti.....emm aku ingat si
  boi...azlisham penjaga gol bolasepak selangor tu....alah aku ingat aku gi main kat
  lombong dengan diorang masa aku kecik kecik....

  emm..sekarang dah jauh dah tak mesra...tak macam dengan mak sedara anak atok
  kassim..adik makwe...dengan diorang aku masih rapat...masih boleh bergurau...
 

  argghhh tak leh tulis panjang...kejap lagi aku dah jan ji nak bawak bebudak ni mandi
  laut...so okeylah...aku akan balik KL pada hari ahad nanti...till then....
  [edit]

[1/23/2001 1:00:39 PM | Teja ]
  Aku akan cuti lagi……petang ni aku balik melaka..penat dua hari lepas pun tak hilang
  lagi…cuti sehingga hari Ahad..kepada semua aku ucapkan selamat bercuti…yang nak
  balik kampung dan memandu tu berhati-hati di jalan raya…musim perayaan ni banyak
  opss statik.lagi stu jangan main mercun okey…

  Journal aku asyik tak bertulis aje…tentu boring bila datang sini tak ada benda nak
  baca…tengok lah keadaan..during the cuti aku akan cuba pergi cc untuk tulis
  journal..sekarang aku dah ada yahoo messenger..yang nak bermesej tu boleh lah…cari
  aku…id aku..azira75..

  Tahun ni makwe pergi haji…so ada kenduri besar-besaran kat rumah makwe..dan ada
  family day…semua adik beradik mak yang sembilan orang akan berkumpul
  bersama..semua sepupu aku yang seramai 56 orang juga akan berkumpul…serta semua
  cicit makwe seramai 15 orang juga akan berkumpul..maka akan meriah lah rumah
  makwe seperti pesta pada hari raya cina nanti..dan majlis family day diadakan selama 3
  hari..

  Aku tak tahu apa agenda sebenar family day tu..yang aku tahu…bagi cucu-cucu yang
  dah kerja kami kena donate sorang RM50…bagi anak-anak makwe kena donate RM200
  dengan sebuah hamper…bagi menantu makwe boleh donate apa yang nak dibagilah
  untuk memeriahkan majlis…antara perkara biasa yang dibuat bila family gathering ni
  ialah bbq..tahun ni ada sukanika….dan juga games..yang lain-lain aku tak tahu….

  So…okeylah hari ini tiada yang menarik untuk dikongsi..kepada semua
  diucapkan…selamat menyambut tahun baru cina….dan selamat bercuti…
 
 

[1/22/2001 1:05:59 PM | Teja ]
  Eiii..banyaknye nak cerita…rasa macam tak cukup tangan nak taip….harap semua
  kawan-kawan sejahtera hendaknya…aku selama 4 hari ni..sihat alhamdulillah…
 

  21 Januari 2001

  Last day…pagi ada briefing…combine group programming and multimedia…last touch in
  validation….bersurai makan…dan check out…kumpul depan lobi..nak ke bandar
  hilir..bergambar…konvoi dua kereta nak balik KL…singgah tengkera nak makan bihun
  sup..satu insiden berlaku…kereta aku tayarnya masuk longkang…..heeehhh…panik
  kejap..gabra jugak..kereta dah senget…sebenarnya aku nak parking kat tepi jalan tu
  tapi secara tak sengaja terapat sangat dengan longkang….terus tayar depan termasuk
  dalam longkang..tetiba ada satu kereta berhenti kat seberang jalan..mamat-mamat
  yang baik hati memberi bantuan..bersama en. Azmi ngan Rizal..dengan uncle kat kedai
  tu…diorang angkat depan kereta tu ramai-ramai…alhamdulillah..selamat..terima kasih
  pada yang telah membantu mengeluarkan tayar depan kereta aku dari dalam
  longkang…..makan bihun sup..abis tu terus balik rumah kejap jumpa mak ngan
  bukhari...then..amik baju yang baru siap..bertolak semula ke KL…dua kereta…sampai
  KL..hantar ayu kat cheras …hantar adik cheras indah...hantar rizal kat gombak..sampai
  rumah 9.30 malam..
 

  Itulah cerita selama 4 hari….emm..selama 4 hari itu juga aku menjawab perbagai
  persoalan yang bermain di kepala ini….selama 4 hari itu juga terasa dekatnya dia
  dengan diriku…selama 4 hari itu juga aku dapat berfikir secara tenang dan waras
  apabila bersendirian di bilik hotel…dan selama 4 hari juga aku sangat rindu pada boifren
  aku..
 

 20 Januari 2001

  Pukul 8.00 start session…abiskan module 6 dan 7.. munir baru sampai..munir masuk
  group En. Khusairi… petang dah rileks..amik rizal kat bas stand melaka..baru sampai dari
  KL..sepatutnya ada badminton tapi semua tak berminat…pergi boling lagi..kali ni lagi
  ramai sebab ada rizal..munir..ajak, tee..dan en. Din....3 kereta…main sehingga pukul
  7.45..balik hotel..makan…pukul 9.00 turun sambung validation..last checking…pasang
  karaoke…berkaraoke beramai-ramai sampai pukul 1.30 malam…

  19 Januari 2001

  Pukul 8.00 dah start session…buat validation..module 5, 6 dan 7..rehat untuk
  lunch…hotel tak serve table untuk kami…sebab kami lambat….the worse hotel yag aku
  pernah duduk…dah lah food murahan..tak sedap pulak tu..so kami bertujuh pergi makan
  pizza hut kat sebelah hotel.. aku satu group dengan ayu, adik dan En.
  Din..kerja..kerja..kerja..siap module 5 dan 6 sedikit..sampai pukul 6.00..bersiap-siap
  untuk makan malam di restoran baba dan nyonya..naik bas hotel…lepas tu sepatutnya
  ada lawatan ke jonker street..tak best pun..hahh…sebab itu negeri aku…lagipun hujan
  renyai-renyai..sesi jonker kami ganti dengan sessi boling di Mahkota parade…meriah
  betul sebab ramai yang main..aku, ayu, mat lin, en, azmi, adik, adik lin, en. Din dan
  syu..abis boling pukul 10.00 balik hotel amik kereta..bawak diorang makan yong tau foo
  kat pantai rombang….ronda kat petronas..pukul 1.30 sampai hotel…

18 Januari 2001

  Telefon lagi…dan lagi..tak dapat…basuh kereta..hari ni nak pergi seminar…pendaftaran
  pukul 2.00…abis basuh kereta bawak ayu ronda-ronda kat pantai…call Is..tanya ada
  email dari adik…suruh is fwdkan email kat yahoo..mama tulis something pada aku…yang
  membuat kan air mata aku mengalir membacanya abang masih belum okey…adik baru
  balik dari europe sebab amik darah baru untuk abang….what will happen
  next..tunggu…semoga ALLAH memberi keuatan pada aku..

  Subject: buat kakak Azira.....
  Date: Wed, 17 Jan 2001 01:08:38 -0800 (PST)
  From: Nurul Arnezza Mohd <*******@yahoo.com>
  To: Azira Mohamad Amin 

  kak Azira,
  apa khabar kakak sekarang,harap kakak tabah dengan
  ujian dan dugaan ini,mama kirim salam kat kakak,
  maaf kan adik kerana tak hantar message buat kakak.
  seperti yg adik beritahu kakak adik baru saja balik
  dari europe dan baru aje sampai jam 2.30 tadi dan terus
  check message kakak,

  Insyallah abg akan dapat darah ini selewatnya2 sunday ini 
  dan harap abg akan sembuh,doakan lah ok.

  kakak
  adik terlalu letih rasanya dan nak rehat so adik rasa ini sahaja
  information buat kakak supaya akak relax dan tak tertanya2 dan
  kiranya ada masa adik akan cerita ngan kakak lagi ok,

  kakak,
  mama nak cakap sikit ngan kakak,
  (Zira kiranya jodoh Zira dengan Redzz mama harap Zira
  tak akan cepat putus asa dan tabahkan hati Zira dgn
  semuanya ini,mama rasa sungguh gembira dengan
  perkembangan redzz dan Zira,harap ianya kekal)

  ok lah kakak,adik terpaksa pergi dulu any way thank
  for u.

  Bye...bye...my dear.
  Dr. Arnezza.

  Aku blurrr aku sedih aku menangis….amik miri kat sekolah….amik mat lin yang baru
  sampai dari KL..yang nak pergi seminar sekali..orang suruh turun kat masjid batu 9, dia
  turun kat masjid batu 10…siap-siap bertolak ke bandar melaka..boring..petang tak ada
  apa…kami bertiga pergi main boling kat mahkota parade dengan en. Azmi…3 games
  yang teruk.. malam start validation..programming group.. semua dah kenal kecuali 3
  orang baru..Razak. En. Din and Tee…briefing campur dengan group multimedia..semua
  tak kenal..abis pukul 1.00 balik bilik tido…
 
 
 

17 Januari 2001

  Petang tu aku balik kampung dengan ayu dan ijan..kawan ayu...adik tu ..aku tak kenal
  pun..dia tumpang aku sebab kampung dia kat melaka gak…pukul 6.00 aku bertolak dari
  KL…hantar ijan sampai bandar melaka…singgah ATM keluo duit..singgah KFC…then terus
  bertolak balik rumah…dalam pukul 9.00 kami sampai kat rumah..mandi-mandi
  sembahyang…dan mendail no henset…henset abang la…dail-dail tanpa berputus
  asa..2-3 kali dapat ringing tapi tak ada orang angkat…aku rindu kat dia...so masuk
  tido..aku memang tak dapat tido malam tu..tido-tido ayam..aku terjaga…mata ni
  memang dah biasa 6.15 time azan subuh aku selalu tersedar..cari jam…dalam
  pisat-pisat tu aku tengok jam…sekali imbas aku fikir dah 6.30 pagi..sekali lagi
  tengok..kenapa jarum panjang kat nombor 6..jarum pendek kat nombor 2…la baru 2.30
  pagi rupanya…masuk bilik tengok ayu pun dah bangun dia pun tak leh tido…patut le
  gelisah semacam.. sembang sampai 5.30 pagi..lepas tu sambung tido…pukul 6.50 ayah
  kejut bangun subuh…lepas tu dah tak tido..

 
[1/17/2001 3:05:02 PM | Teja ]
  Barang-barang semuanya dah siap packing…4 hari aku akan ke melaka…mulai esok
  sehingga hari ahad…selama 4 hari itu aku tidak dapat menulis journal…emm…aku
  rasalah.. tapi kalau sempat aku akan cuba tulis jugak…petang nanti lepas opis aku akan
  bertolak balik ke kampung…..tadi aku gi melawat nen yang baru aje melahirkan baby
  boy yang sangat comel…cute dan handsome….macam bapak dia muzad…nama baby tu
  Mikael Iskandar bin Muzad…maka automatically di translatekan dalam English as Micheal
  Alexander Mozart… hahhha…cute jugak…hebat aku suka nama mikael itu..salah satu
  nama malaikat yang kerjanya untuk menaburkan rezeki kepada seluruh manusia
  dipelusuk dunia ini…..oh la mikael…besarnya tanggungjawab awak….

  MALAIKAT MIKAIL Tugasnya dalam soal-soal kesejahteraan umat,
  umpamanya menghantar angin, menghantar hujan,
  soal-soal tanah dan soal-soal kesuburan kesuburan
  yang lain

  Esok ada jamuan hari raya kat opis ni…emm tapi aku tak ada maka aku tidak dapatlah
  merasa semua makanan enak-enak yang akan disediakan..macam
  sate….sedapnya…minggu depan pulak ada jamuan hari raya TNB…sampai pukul 8.00
  malam…emm boleh le aku datang dua kali…untuk makan tengahari dan makan
  malam…sungguh banyak jamuan hari raya sekarang ini..dan aku pun dengan tak sedar
  diri terus melantak….heeehhh meraikan puasa 6 yang dah selesai aku buat pada hari
  Isnin lepas..puasa 6 hari tapi makannya macam 6 bulan….ternak bodi lagilah jawabnya..

  Gaji dah masuk tadi..check gaji tadi..amaunnya kurang seratus…moskel ni..Is pun
  kurang seratus jugak…slip gaji belum dapat…emm lega lah jugak nak balik kampung gaji
  dah masuk…jalan pun boleh berlagak jadi orang kaya kejap…kejap aje….tadi pun dah
  jadi miskin sikit...haha….aku dah keluokan separuh dari gaji tu untuk bayar insuran
  aku..dan juga kredit card aku…dan juga dah ketepikan duit sewa bulan ni….bulan ni
  teruk pasal bayar kredit kad RM500…masa swipe tu laju aje…bila nak bayar ni bengkok
  jugak..anyway alhamdulillah…..alhamdulillah….sebab rezeki aku murah…

  Wokeyyylah..ping… pong….cik..ke..cik..kuoookkk…korang pernah tengok iklan KL
  Central..tak..yang mamat tu perasan jadi dj…inilah iklan yang paling mencuit hati selain
  dari iklan yang kak Max kata tu.."passport tu duit ke bang"….apa-apa pun…iklan
  sekarang bersaing…dan banyak yang menyingkap kisah masyarakat…bessss..

[1/16/2001 1:47:21 PM | Teja ]
  Setiap yang hidup pasti akan mati itulah janji ALLAH kepada kita…pagi lagi aku dah ada
  kat balai Islam..dengan Is..aku tiba kat situ mok long melah dengan kak mai dah
  ada…mok long Maya isteri pok long berteleku disebelah jenazah sambil
  menangis..anak-anak dia yang lain kelihatan sibuk…sesekali aku tengok muka
  Fuzah…muka Anis…muka Erol…merah mata dan hidung…muka sofi..muka mat sraf dan
  muka dak wan…sedih betul…3 kali aku bacakan Yaasin untuk poklong…lepas tu aku
  terus buat tahlil..kesian kat mok long maya sepanjang aku kat situ dia menangis…aku
  tak tahu macam mana nak tenangkan moklong so aku just tengok muka dia…aku
  sedih..kesian…smuanya bercampur...aku tak boleh cakap apa-apa..masa baca yaasin
  sesekali air mata aku menitik…

  Mok Long maya..sepupu kepada mak…mak dia dengan mak we aku adik beradik…tapi
  memang dalam keluarga dia rapat dengan adik beradik mak..dari kecik itu le geng
  mak..itu le geng mak lang..besfren gitu..sebab dia memang kat rumah makwe masa
  zaman anak dara…dari le jenazah dimandikan….sampai disembahyangkan..dan
  dikebumikan..aku ada kat situ…

  Sebak bila tengok diorang adik beradik menangis…lagi-lagi bila tengok si erol
  nangis..erol ni anak sulung mok long....sama baya dengan aku…dulu-dulu moklong
  memang sayang sangat nak kenenkan aku dengan si erol..tapi mak aku tak bagi..lagi
  pun muda lagi…erol dah kawin dah nak masuk dua anak dia…

  Semua sedara mara dari melaka sampai..mak ngan ayah tiba tadi dalam pukul
  9.30..pektam, pakcik, makwe, busu dan maklang…pok da dah datang malam tadi..dah
  balik semula melaka..pukul 4.00 pagi tadi…masa tengah baca talkin tadi tiba-tiba aku
  teringat dan terbayangkan sesuatu…jika aku didalam situasi itu…sama macam
  moklong…tak baik aku terfikir sampai ke situ…tapi itu adalah lumrah alam…sempat jugak
  aku membayangkan bila aku mati nanti bagaimana agaknya keadaan aku…adakah aku
  ini sudah benar benar menjadi umat Islam yang baik…bagaimana harus aku tempuhi
  keadaan itu dnegan diri aku yang masih begini…

  Kepada moklong kuatkan semangat….pok long meninggal pada usia 52
  tahun..meninggalkan moklong yang berusia 47 tahun…dan juga 6 orang anak…erol=25,
  Fuzah=23, Anis = 21 Mat Shraf = 17 Sofi = 13 dan Iwan =10…usah ditangisi orang yang
  telah pergi….semoga kita semua akan mengambil ikhtibar dan pengajaran…semoga aku
  akan sedar….sedar dan menerima semua ketentuan ALLAH..
 

  [edit]

  [1/16/2001 8:17:02 AM | Teja ]
  Hari ini Pok Long Ros meninggal dunia....al-fatihah....aku nak ke majlis
  pengkebumiannya....semoga rohnya dicucuri rahmat...amin
  [edit]
 
 

[1/15/2001 10:57:16 AM | Teja ]
  Meh aaahhh hari ni aku cite apa yang aku buat masa hari sabtu dan
  semalam…mula-mula lepas opis aku pegi openhouse rumah fad…makan sedapnya..ada
  spegett ada laksa ada nasi dagang…food banyak dan semuanya sedap-sedap..lepas tu
  aku pick up norma kat pudu raya..dia datang dari ipoh sebab kami nak gi wedding
  riza.…aku kan teringin sekali nak main boling sebab dah lama tak main..so tangan pun
  mulalah gatal..mula-mula aku call lela…tak leh le zira..aku ada kat KLCC ni kena
  standby…tak tahu le balik pukul berapa..okeylah…then aku call tenggiling….

  Zira: hello assalamualaikum..hai apa khabar? 
  Tenggiling: w'salam…baik…siapa ni..
  Zira: ni I ni…zira le….
  Tenggiling: oohhh….ingat kan siapa tadi…
  (dia macam tak dapat recall aku yang tepon dia…)

  tenggiling: Tepon nak ajak main boling ke
  (haaahhh…hahhh tepat sekali….macam tahu tahu le pulak…pandai pun dia teka…dia ni
  boling mate aku yang paling gila main boling..sorang-sorang pun jadi jugak dia tu)

  Maka aku pun set time dengan dia….nak jumpa dia pukul 9.00…petang tu pegi pulak
  openhouse rumah yin….kat balakong..kena jammed kat seri kembangan…balik rumah
  sampai dalam 7.30…siap-siap…pukul 8.00 aku ngan norma, linda dan zah gi seri
  petaling…shopping hadiah dulu kat carrefour..9.30 baru aku gi boling..tu pun dok lepak
  lagi menunggu sebab ramai orang…

  Aku abis main boling dalam 11.30…3 games…tiga tiga aku memang…heehhh tenggiling
  menang gaya pasal dia main spin…member norma datang sebab kami janji nak
  supper…so kami makan sate kat kg dato harun..pukul 1.15 baru le kita orang balik
  rumah semula…tu dia betul sakan bersosial dengan kengkawan ni…balik tu sembang
  lagi…pukul 2.30 baru le tido…

  Esoknya bersiap le pulak gi wedding riza..aku,ija,norma ngan zah…cehhh..makcik pakai
  kebaya hitam sulam gitu….ayu le pulak…lepaihhh tu tudung le pulak buat halll..takmo
  jadi…hishh tension dah…..memang tak nak jadi langsung pasai tudung tu licin…sakit hati
  aku…sampai umah riza pukul 11.30 sempat le sembang tunggu sampai riza
  berandam..jumpa yaya..dan ade le muka uum yang aku tegur…

  Balik umah riza..pi lagi openhouse…singgah umah pah makan laksa le pulak..pastu gi
  umah opismate ijah..makan nasi briyani..sungguh mewah makanan pada hari semalam
  dan…sedap-sedap belak..pastu balik umah…plan nak gi kotaraya ngan linda sebab nak
  beli barang..lepas aje sembahyang zohor aku dah nampak katil….tido sakan pukul 6.50
  linda kejut sembahyang asar…bebudak lain gi sauna..norma dan terbaring kepenantan
  kat tengah rumah…

  Malam plak hantar norma balik damansara…satu rumah pegi..aku,ija,linda ngan zah…Is
  belum balik dari penang…Ina plak sibuk ngan kawan dia yang sarawak tu…sebelum tu
  sempat gi window shopping dulu…then gi uptown makan kat situ…terserempak plak
  ngan freez, yaya ngan yat..emm opentable le pulak..makan chicken chop norma
  belanja…seronoknya…..11.50 baru sampai rumah…seronok sanagt tapi penat…

  Gitu le ceritanya…cerita hati yang masih lara…..
 

[1/13/2001 12:43:04 PM | Teja ]
  Baru abis scan gambar kat multimedia room..jealous aku tengok homepage en. Jamal
  yang canggih tu..maka aku tanam azam..lepas ni aku nak buat gak homepage yang
  canggih camtu…dok fikir…harini aku ada 3 jemputan openhouse…emm tapi tak mampu
  nak gi semua rasanya…satu rumah fad..aku gi lepas..opis..lepas tu aku nak tunggu
  norma dari ipoh…dia sampai dalam pukul 2.00..sebab esok kami nak pergi wedding riza
  kat kelang...classmate aku masa matrik….petang ni plak nak gi rumah yin….emm rumah
  marina..tak pegilah..sebab Is pun tak ada..kesian kat Is….malam tadi dia tergesa-gesa
  bertolak gi penang dengan abah dengan ina…man….man jatuh motor…harap-harap man
  okey..

  2 hari lepas aku jumpa en. Mat..ex-boss aku..aku luahkan rasa hati pasal kerja...aku
  kata aku dah tak seronok dengan kerja aku…aku tak suka sebab tak ada orang monitor
  kerja aku….lepas tu tak sistematik..tak ada plan jangka panjang macam en. Mat buat
  dulu-dulu….macam-macam en. Mat nasihat…dan aku kata kalau ada kerja kosong kat
  opis dia aku nak apply…tapi en. Mat nasihat kan aku stay sampai projek yang aku
  handle sekarang ni siap….

  Dua hari ni aku masih tunggu email dari adik..aku tak nak desak adik..aku tahu adik
  busy…tapi aku nak tahu macam mana keadaan abang sekarang….terima kasih doa
  kawan-kawan..aku makin tenang….dan aku dah okey…insyaALLAH…..aku teringin sekali
  nak main boling…ada sesiapa yang sudi nak temankan aku main boling…dah
  terbayang-bayang lane boling….arrggghhhh nak ajak siapa ekkk….osmet aku semua tak
  minat boling aku aje yang tergila-gila nak main boling….

  Semalam aku kondem jalaludin hassan abis-abisan…bukan aku sorang aje..semua
  orang kat dalam group tu mempunyai pendapat yang sama….semalam aku join group
  session ntv7 untuk rancangan who wants to be a millionaire..haha…keseluruhan ahli
  group aku setuju agar host rancangan itu ditukar kepada orang yang lebih
  cerdik……kesian kat en. Jalal…aku ingat azie gelar mamat ni jalak lenteng…emm kalau
  ada cite yang dia berlakon…hampeh aku maleh nak nengok…keseluruhan discussion tu
  seronok…dan diakhir sessi kami diberi angpow sorang RM50 untuk idea dalam tempoh
  satu jam setengah….lepas tu kenal ramai orang gak…

  Emm…okeylah this weekend..selain dari wedding aku mungkin ke open house rumah
  hafiz kat ampang tapi tak tahu lagi..mungkin aku perlu bersosial dengan kawan-kawan
  untuk hilangkan kerunsingan….may be main boling esok..atau tengok wayang…atau
  pergi berkelah…..
 

  Till then…bye
 

[1/12/2001 11:48:01 AM | Teja ]
  Hari ni nak rehat...

  When You Believe 

  Many nights we pray
  With no proof anyone could hear
  And our hearts a hopeful song
  We barely understood
  Now we are not afraid
  Although we know there's much to fear
  We were moving mountains long
  Before we know we could

  There can be miracles
  When you believe
  Though hope is frail
  It's hard to kill
  Who knows what miracles
  You can achieve
  When you believe
  Somehow you will
  You will when you believe

  In this time of fear
  When prayer so often proves in vain
  Hope seems like the summer birds
  Too swiftly flown away
  And now I am standing here
  My heart's so full I can't explain
  Seeking faith and speaking words
  I never thought I'd say

  There can be miracles
  When you believe (When you believe)
  Though hope is frail
  It's hard to kill
  Who knows what miracles
  You can achieve (You can achieve)
  When you believe
  Somehow you will
  You will when you believe

  They don't always happen when you ask
  And it's easy to give in to your fear
  But when you're blinded by your pain
  Can't see your way safe through the rain
  Thought of a still resilient voice
  Says love is very near

  There can be miracles (miracles)
  When you believe (When you believe)
  Though hope is frail
  It's hard to kill
  Who knows what miracles
  You can achieve (You can achieve)
  When you believe
  Somehow you will
  You will when you believe
  You will when you believe
  You will when you believe
  Just believe
  You will when you believe
 

  12 Jan 2001
  11.45 am
 

[1/11/2001 10:32:45 AM | Teja ]
  Sessi memasak dengan Chef Azira

  Malam tadi aku tolong ija buatkan kek batik….pah pulak sibuk buat laksa kuala
  kangsar….sedapnya laksa tu…harini diorang ada jamuan hari raya kat opis…..

  Resepi kek Batik

  3 paket biskut merry - (untuk dapatkan kek yang berbelang-belang gunakan perasa
  yang berbeza-beza)
  1½ buku butter
  4 biji telur
  1½ cawan gula
  1 tin susu cair
  ¼ cawan air
  serbuk koko

  Cara membuatnya:
  1. pukul telur dengan gula sehingga sebati…
  2. biskut merry dipatahkan kepada 4 bahagian
  3. Cairkan butter dengan api yang sederhana panas 
  4. Masukkan susu cair kedalam butter - kacau sehingga sebati
  5. Masukkan air dan serbuk koko - kacau sehingga mendidih kalau nak colour kek tu
  gelap sikit letak le serbuk koko tu banyak
  6. Selepas bahan mendidih…perlahan-lahan tuangkan telur dan gula yang telah sebati
  7. Kacau perlahan-lahan sehingga bahan tadi menjadi pekat dan bergentel-gentel
  8. Perlahankan api dan masukkan biskut…kacau sehingga semua biskut terkena bahan
  yang dimasak tadi
  9. Keluarkan bahan yang dicampur dan tekan hingga mampat didalam bekas
  10. Masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan….

  Kek batik sedia untuk dimakan….

  Dulu masa kat UUM memang aku selalu buat kek batik ni….buat menggunakan rice
  cooker….memasak pakai rice cooker lembap betul..…semualah pakai rice cooker…mana
  boleh masak kat dalam kawasan kolej…tapi disebabkan minat memasak tu tinggi…aku
  masaklah jugak….ingat lagi masa tu bulan puasa….kat kolej aku ada dua family..satu
  dengan geng blok…zila,azie,zai,dalin,tantan,dot dengan pinky….satu lagi dengan geng
  palapes mizap,zue dengan bungap….so bila bulan puasa aku gilir-gilir berbuka dengan
  diorang….

  Kalau dengan geng blok..kami masak nasi aje…lauk kami beli 2-3 jenis dan banyak
  untuk semua orang..setiap orang kena bagi seoarg RM10….kalau duit abis mintak
  lagi…tapi kalau dengan zue, bungap dan mizap memang kitaorang masak…lepas kelas
  terus beli ikan dengan sayur lepas tu masak kat dalam bilik…hari-hari masak..lauk yang
  berbeza-beza..kekadang tu buat kuih….zue suka buat kuih keria.. kekadang bila goreng
  ikan masin tu satu blok berbau….tapi seronok….ada sekali tu kami nak bakar
  ikan…terpaksa hidupkan api..cari kayu dan ranting-ranting.. kat belakang
  blok….punyerlah semangat nak masak…semua kenangan tu menyeronokkan…..yang
  lecehnya memasak ni lambat…pakai rice cooker le katakan..begitulah ceritanya….

  Kek batik memang glamer masa zaman study-study dulu…aku pun tak ingat aku belajar
  buat kek batik ni dari sape…rasanya azie yang ajar aku..dan memang ramai orang puji
  kek batik ni sedap…dan ramai yang suka makan…lagipun memang senang nak buat….

  Dilain hari aku bagi resepi bihun sup tengkera pulak…mungkin korang boleh
  cuba…sebabnya bihun ni senang dan ringkas..sedap dimakan…sehingga berjumpa
  lagi….byeeeeee…
 

  Notes: Aku semakin okey hari ini ntah tenang dan ceria..aku dah minta pada ALLAH dan
  aku sudah dapat ketenangan itu hari ini…aku tak nak fikir sangat tentang abang..aku
  tahu abang akan okey dan pulih macam sebelum ni...lagipun adik dan mama
  ada..semalam aku dapat email dari adik..adik cuma kata dia agak sibuk sebab nak
  uruskan abah dan abang..lagipun assigment adik ada yang belum selesai…adik
  letih..operation abah berjaya..abah makin sihat..adik tak dapat cerita banyak tentang
  abang sebab adik kena rush..kesian kat adik..adik tak cerita banyak pun kat
  email..hanya menyuruh aku bersabar dan banyak berdoa..aku rasa ingin terbang
  kesana..tapi…abang tak bagi aku pergi..abang sebenarnya tak mahu aku tahu bila dia
  sakit..

[1/10/2001 12:32:20 PM | Teja ]
  Soal "sanggup" atau tidak itu bukan urusan engkau…itu urusan aku…ini hidup aku ini
  masa depan aku…dan kau tak perlu pertikaikan apa yang aku buat..apa yang aku nak
  lakukan…dan kau tak perlu tahu apa keputusan aku…dan kau tidak ada hak untuk
  bertanya soalan seperti itu pada aku.…you're not my parent..don't let azira
  bercakap..kerana kalau aku bercakap aku lupa yang kau juga ada perasaan…kau juga
  ada hati…aku tak berniat tapi aku geram dan sakit hati…Orang dah lah tengah sedih
  ni…pegi tanya soalan macam tu pulak….belajar tinggi-tinggi sampai kat oversea..tapi
  hati dan perasaan kau elekk..aku tak marah sangat pun tapi ntah aku tak puas hati
  dengan soalan yang kau berikan….soalan yang benar-benar menguji diri aku..

  Benda yang bermain dikepala aku sekarang ini adalah email dari adik..aku dah balas
  email adik…tapi adik belum balas email aku lagi…sekejap-sekejap aku klik get
  message…aku masih menanti cerita abang…aku kata kat adik aku kat sini masih stabil
  dan boleh terima berita itu dengan sabar dan tenang…sabar selepas sekian lama
  memujuk hati yang terlalu sedih…memang aku tabah…betul walaupun aku nangis tapi
  aku redha…aku sentiasa berfikir positive….malam tadi nak tidur aku nangis lagi bila
  teringat abang...bangun tidur ingat kat abang…bagaimana aku ingin lalui hari-hari disini
  dengan gembira sedangkan abang disana masih sakit…hari ni pun aku masih menangis
  lagi…dan aku terus berdoa…semua orang tanya kenapa abang jadi begitu..perlukah aku
  jawab… perlukah … perlukah zira bagitahu mereka abang…tak perlu sayang…tak
  perlu….abang kata tak boleh…jadi aku harus dengar nasihat abang…yang pasti abang
  sakit sekarang.. abang sakit bukan nak minta simpati..dan aku harap kawan-kawan
  diluar dapat doakan kesejahteraan abang….dapat doakan agar abang kembali pulih
  seperti sediakala…normal dan sihat seperti kita…dan aku tahu InsyaALLAH abang akan
  sihat seperti sebelum-sebelum ini…

  Pertama kali dalam hidup aku melalui pengalaman seperti ini…Agak memeranjatkan..aku
  tak tergambar perasaan aku ketika menerima berita ini…aku tak pernah ada
  pengalaman macam ni dengan abang.. terpaku berfikir terkenang dan aku
  menangis…tapi aku bersyukur…sekurang-kurangnya mama dan adik ada disisi abang
  sekarang…ada untuk jaga abang.. abang itu boifren aku yang aku sudah anggap
  seperti abangku sendiri…Semoga abang kembali pulih dan ceria…dan aku memang tak
  sabar nak jumpa dengan abang…

  Tak guna juga aku asyik bersedih dan risau…kalau abang tahu keadaan aku yang risau
  ini….bagaimana pula dengan dia…kepala aku sakit kerana terlalu memikir….jadi aku
  mahu tenangkan fikiran…aku mahu fikir perkara yang best-best….aku mahu ceria…terima
  kasih kawan-kawan yang mengambil berat tentang aku…apa yang aku mampu ucapkan
  selain dari terima kasih diatas segala doa kalian buat abang dan abah…hanya ALLAH
  sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian mendoakan kesejahteraan abang dan
  abah...dan abang adalah seperti "abang 92"….cuma yang menyatukan kami sehingga
  hari ini adalah rasa sayang dan juga kejujuran dalam perhubungan….
 

[1/9/2001 5:22:59 PM | Teja ]
  Aku terasa terawangan sekarang ni…..aku teringat pada abang…Aku bukan menagih
  simpati…tetapi ketahuilah aku terlalu sedih menerima berita ini…Aku hanya mampu
  menangis apabila membaca email ini…aku terus menangis…dan aku tahu aku tidak
  mampu untuk membendung kesedihanku…

  Adik kak zira tak mampu terima berita ini…kak zira tak setabah yang abang
  harapkan…namun aku mesti kuat..adik terima kasih kerana beritahu pada kak zira..adik
  janji rawat abang okey….adik kena janji supaya abang pulih seperti sediakala…abang
  bersabarlah sayang…itu adalah dugaan ALLAH…zira akan ingat abang..zira akan doakan
  kesejahteraan abang…

  Ya ALLAH kau selamatkan lah abang….Ya ALLAH berilah aku kekuatan menerima berita
  ini..

  Subject: Dear Sister Azira.
  Date: Mon, 8 Jan 2001 23:57:13 -0800 (PST)
  From: redzzlan mohd <*******@yahoo.com>
  To: Azira Mohamad Amin 

  kakak Zira,
  maaf kan adik kerana membaca cerita kakak buat abg
  Redzz sebenarnya adik terharu sangat dengan cerita
  kakak tapi apa yang boleh adik buat selain dari
  beritahu kakak yang Abg Redzz sekarang berada di
  hospital di sini (Australia),buat pengetahuan kakak
  dari tarikh abg sepatutnya balik sepeerti yg kakak
  tahu abg sudah mula terasa sakit dan hari dimana abg
  patut pulang ke malaysia adik dan mama terpaksa tukar
  kepulangan abg ke malaysia ke Australia,seperti yang
  adik ketahuai apa juga cerita abg pada adik tgt
  kesihatannya memang tepat yang abg mengelami
  pendarahan yang serius,jadi adik terpaksa lakukan,agar
  abg dapat kembali seperti biasa,

  kakak,
  maafkan adik sekali lagi demi kasih sayang kakak pada
  abg redzz adik harap penghabaran ini tidak
  memeranjatkan kakak,so buat masa ini abg masih berada
  di wad ceritical dan masih tak sedarkan diri dari the
  day hari raya hingga sekarang.
  maafkan adik sekali lagi ok.

  kakak,
  kiranya kakak ingin mengetahuai perkembangan lanjut
  pls Email kat adik di *****@YAHOO.COM ADIK AKAN
  REPLY SECEPAT MUNGKIN OK.

  ok lah kakak apa2 pun abg selalu ceritakan tgt kakak
  pada mama dan adik setiap kali email abg pada kita
  orang.

  any way selamat hari raya buat kakak dari mama dan
  adik dan doakan abg redzz sembuh.

  bye bye....
  take care and be cool for the news.

  Arnezza
  Australia

  Bagaimana cara terbaik untuk aku menghadapi keadaan ini…Air mata tidak putus
  mengalir..sembahyang asar tadi dengan linangan airmata…berdoa juga dengan
  linangan air mata…biar semua orang lihat kesedihanku..aku tak malu untuk
  menangis…abang..zira sayang pada abang...abang tahu zira sayang kat abang kan..jadi
  abang pun kena kuat juga…abang kena sembuh..bila dah sihat abang boleh balik
  malaysia dan boleh jumpa zira….ingatan aku tetap pada abang…tetap pada kata-kata
  perangsang yang abang berikan..Ya ALLAH..makbulkan permintaanku..sembuhkan lah
  abang dengan segera….sekurang-kurangnya kegelisahan yang aku lalui selama 3
  minggu kini terjawab sudah….aku harus tabah….dan aku mesti tabah…mudah-mudahan
  abang cepat sembuh…amin
 

  [edit]

  [1/9/2001 1:02:38 PM | Teja ]
  Sejarah berulang kembali….di opis ini…2 tahun lalu kak Aminah keluar dari company ini
  kerana dioffer dengan gaji RM15k..kak Minah SAP konsultant jugak…selepas company
  mengeluarkan wang yang banyak untuk hantar dia training..akhirnya dia pergi selepas
  bergelar consultan…dan boss kami kat sini putih mata...sama macam fad..Fad akan
  pindah dari opis ni..dia dapat offer kat Shell..bestnya…terkejut aku bila fad hantar email
  dan kata dia akan resign dan mula cuti pada 15 Jan ini….aku jealous..aku jealous pada
  Fad yang dapat offer…emm mesti gaji kat situ 5-10k…dan sekali lagi boss kat sini putih
  mata bila sudah berhabis mengeluarkan ribu-ribu untuk hantar fad pergi training…..

  emm..mesti gaji tinggi…kalau tak mesti fad tak pegi…fad masih terikat dengan company
  ni..fad masih ada hutang kereta kat sini….aku pun rasa macam nak keluar dari opis
  ni..tapi aku nak pergi mana…apa yang aku ada untuk promote diri aku.. company mana
  yang sudi nak hire aku…emm paling koman pun kalau aku keluar aku tetap akan
  berlegar-legar di company aku yang besar ini….aku masih belum banyak pengalaman
  compare dengan Fad..dia dah jadi SAP consultant…fad hanya tua setahun dari aku…dia
  masuk sini setahun awal dari aku…masuk dan terus diserapkan pada unit yang
  membuka peluang untuk keluar dari sini...

  statistik akhir yang kami bincang tahun lepas 2000…seorang consultant SAP biasanya
  dibayar antara 10-15k sebulan…pehhh…fad akan kaya…aku pun nak jadi kaya macam
  fad..so aku kena grab semua peluang yang ada kat opis ni….so aku kena sehabis
  mungkin fight untuk join SAP group….walaupun cubaan pertama aku yang dulu gagal..

  Itu cerita fad..cerita aku..kerjaya aku masih samar-samar..aku masih kurang
  pengalaman disini…aku nak kan kerja yang lebih mencabar…bukan kerja aku
  sekarang…aku akan ambil semua peluang yang ada..aku masih ingat cakap En.
  Aziz…kalau awak diberi peluang join SAP group…jangan tunggu lagi…

  Dalam hidup ini rezeki manusia itu berbeza-beza…kali ini mungkin rezeki
  fad..alhamdulillah…aku sebenarnya tumpang gembira..sebab kawan aku telah dapat
  meningkatkan taraf hidup dan memajukan kerjayanya…agaknya doa fad masa pergi
  umrah haritu di makbulkan ALLAH..rezeki aku pun alhamdulillah juga disini….aku
  bersyukur..emmm kalau kita berada di atas kita jangan mendongak lagi ke
  atas…nescaya kita sentiasa tak akan berpuas hati dan tidak bersyukur dengan apa
  yang kita ada..sesekali tu jenguklah ke bawah…ingat pada kawan-kawan kita yang
  masih belum bekerja…ingat pada orang sekeling kita yang kerja bersusah
  payah…berpanas berhujan untuk mendapat sesuap nasi…ini akan menjadikan kita lebih
  insaf…lebih bersyukur….kita yang bekerja didalam air-cond ini pun masih mahu
  mengeluh… gaji ribu-ribu pun masih mahu mengeluh…itu lah yang menyebabkan gaji
  kita dan rezeki kta tidak berkat…

  Moral: pengalaman bekerja itu sangat penting…
  Belajar rajin-rajin supaya dapat kerja yang baik…
  Kalau dah berjaya jangan lupakan orang yang tak berjaya
 

[1/8/2001 10:57:22 AM | Teja ]
  Aku benci bila aku ada rasa macam ni…hati aku berdebar-debar….aku rasa nak
  marah…tension…rasa macam nak sesak nafas….macam ada benda yang tak kena telah
  berlaku….aku tak suka keadaan aku sekarang dan aku perlukan seseorang untuk
  bercerita….tolong lah aku…please help me….

  Aku tak ada mood…tapi aku nak tulis..aku nak luahkan apa yang terbuku kat hati
  aku….sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa yang terbuku..yang pasti hati aku tak
  keruan…yang aku terfikir sekarang hanyalah lagu ini…lagu yang aku suka nyanyi bila
  aku teringatkan sesuatu…

  Realiti dan Fantasi..

  Kita sering dibatasi
  Realiti dan fantasi
  Disaat cinta bersemi
  Bersama berilusi

  Disitulah kita
  Mengenal ertinya budi
  Kasih sayang insani
  Dan peribadi…

  Pada detik yang ngeri
  Yang tak pernah termimpi
  Ku dibelenggu sepi
  Kenangan membara lagi
  Maracuni hati yang
  Ketelanjuran

  Baru kini ku akui
  Kau masih milikku lagi
  Dan terus bersemadi 
  Hingga akhir nanti..

  Aku nak lari sekejap dari dunia realiti aku yang aku rasa membosankan…kerja aku pun
  bosan…arrrggghhhhh sampai sekarang aku tak dapat kepuasan..kali ni aku betul-betul
  nekad..aku nak jumpa boss dan nak mintak tukar buat benda lain…..aku tertekan…apa
  yang aku tak puas hati kan ni…aku sendiri tak tahu…

  22 Disember 2000 - 8 Jan 2001….satu tempoh yang sangat panjang….sejauh mana aku
  mampu bertahan lagi…aku nak menangis….aku nak lari dari belenggu ini…adakah esok
  akan merubah segalanya…benar penantian itu satu penyiksaan…aku betul-betul
  teruji…apa dah jadi….dan again adakah ini satu petanda buat aku…Ya ALLAH bantu lah
  aku…
 

Friday, January 05, 2001
Hidup adalah satu perjuangan…perjuangan yang tak akan berhenti sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir….Apa pendapat korang tentang "love at the first sight"..atau cinta pandang pertama.. aku tak pernah ada pengalaman ni sebabnya aku bercinta pun baru dua kali…first dengan abang mus..itu pun setelah berkawan hampir 3 tahun baru kami realise yang kami bercinta…kedua dengan abang....which is terlalu awal untuk didefinisi kan sebagai cinta…aku memang senang nak suka orang tetapi susah sikit nak jatuh cinta...I don't know how we feel when we stranded in this situation…I brought up this issue because…yesterday firdaus called me after reading my journal..and try to clearify the situation…in other words.. he told me yang dia dah jatuh cinta pandang pertama kat aku…sorry ye firdaus..I tulis kat sini…I just wanna share this with my friends… aku bukan nak cerita pasal firdaus tapi aku nak cerita macam mana kita rasa bila kita jatuh cinta pandang pertama..korang ada pengalaman..dan kawan-kawan yang baik hati kat luar tu bagilah komen..terutamanya kakak-kakak kita cam kak max ngan kak aquil yang dah banyak pengalaman hidup tu…

Firdaus dah sign guestbook aku..thanks firdaus…thanks sebab memahami situasi aku yang agak kelam kabut sejak kebelakangan ini..thanks pada semua orang yang doakan abah selamat menjalani pembedahan.. aku masih tak stabil lagi…ntah…aku tak stabil lebih-lebih lagi bila aku masih tak dapat hubungi abang.. Aku rasa life aku sejak disember hari tu agak kelam kabut sikit..banyak betul masalah yang datang secara bertimpa-timpa…banyak betul dugaan ALLAH pada aku…dan memang betul-betul menguji kesabaran aku…

Semalam aku jumpa sera…aku pegi rumah sera dengan kak aquil…apa pandangan sera tentang kak zira kan…tentu lain dari yang dijangkakan…..aku nak jumpa semua orang..semalam aku cakap lagi ngan diorang…jom lah kita buat gathering…sampuk sera..akak ni kuat berjalan kan…aku nak kenal dengan semua kawan-kawan journal aku…dan aku harap hari sabtu nanti mat jan dengan kroni cik kiah akan muncul kat rumah aku…nett pun akan datang ke rumah aku…dah terlanjur menulis..aku juga ingin jemput semua kawan kawan journal dimana jua berada untuk datang open house rumah aku… anas..kak max..ika…zairi…idzwan…mael…awin..ed…cik daun..siapa lagi…elliez…aisyah….ramai lagi  kan kawan journal kat luar tu….jom lah datang ke rumah aku pada hari sabtu ini kat jalan kelang lama….tengok map kat dalam http://inspirasiteja.tripod.com

Aku tengah update homepage…homepage yang sama..gambar yang sama…cuma kandungannya ada yang sudah berbeza…jealous bila tengok semua orang berlumba nak mencanggihkan lagi homepage masing-masing…ahhhaak…siapa makan belacan dia yang akan terasa..okey itu sahaja…kak max..tetiba aje rindu kat awak….ahhhaaaak….jom le kak max datang open house kiteee…
 posted by Teja at 4:28 PM Komen anda!
 

Thursday, January 04, 2001
 Apa dah jadi dengan aku ni….aku tak bermaksud untuk buat begitu…aku tak berniat untuk              memainkan perasaan orang….aku tahu batas diri aku…maafkan aku firdaus..aku tak bermaksud nak membebankan orang lain dengan masalah aku…thanks firdaus…thanks sebab awak buat  saya sedar siapa diri saya….saya akan ingat kata-kata awak semalam…"kalau awak betul yakin dengan boifren awak..go for it…mana-mana perhubungan pun mesti akan menghadapi masalah" kenapa aku boleh jadi begini….aku hanya nak berkawan ..aku perlukan seseorang  yang faham dengan situasi diri aku…untuk aku luahkan rasa hati aku….tak lebih dari itu…lagipun tak salah kan….aku dah ada abang…abang yang aku sayang….aku dah bagitahu  pada dia…dan thanks sebab faham keadaan aku….atau mungkin aku yang silap….awak tak
habis-habis menyalahkan diri yang lambat mengambil tindakan…lambat mengorat aku pada hal awak dulu yang mengenali saya dari dia…

Sejak malam tadi dah tiada lagi sms dari firdaus…yang terakhir…"ampun beribu ampun, saya rasa lebih baik saya berundur diri..it was really interesting night…semoga awak berjaya dan berbahagia"..kenapa jadi macam ni….saya still nak jadi kawan awak…atau kenapa…tiba-tiba…saya nak kawan dengan awak..sebab awak ni sporting..suka pressure saya dan kutuk-kutuk saya yang menjadikan saya happy..tapi saya rasa awak dah terlebih suka kat  saya….atau saya yang perasan…tapi kenapa nak undur diri….

 "bagi saya kalau dengan awak…samaada saya go for it atau saya undur diri" mm…susah betul  saya dibuatnya….macam mana aku nak cakap lagi…awak juga yang tanya kat saya kan samaada instinct saya rasa saya akan end up atau tidak dengan my boifren….dan terus terang saya kata yang saya memang rasa kami akan end up dengan berkahwin…again awak kata awak melepas…tak tahu macam mana saya rasa setiap kali awak kata awak melepas dan rugi….saya sedih sebenarnya…awak baiklah firdaus….tentu ramai lagi wanita kat luar yang sesuai untuk awak..

Abang..zira minta maaf…sebab semalam zira keluar dengan firdaus tanpa kebenaran abang…kalau zira tanya abang pun abang tetap akan izinkan ..betul kan…macam selalu…tapi mesti abang bagi nasihat yang pajang lebar terlebih dahulu.."ingat le zira tu ada abang..jangan lupa diri…jangan suka-suka sangat..jaga adab…ingat batas berkawan.."….abang dah dua minggu kita tak bercakap abang…..dua minggu zira tak dengar suara abang…jadi zira tak boleh nak bagitahu kat abang…dah lama sangat tak report duty..abang pun tak tahu selama dua minggu itu banyak betul benda yang telah berlaku….zira tak sabar nak cerita pada abang tapi apa dah jadi dengan line hp abang….atau? Ya ALLAH selamatkan lah abang….tak tahu apa yang berlaku pada abang sekarang dan tak tahu dimana abang sekarang….zira doakan abang sejahtera…

Hari ni 4 januari 2001..hari ini abah akan menjalani operation jantungnya..dan adik yang akan operate kan abah…adik operate abah betul-betul…kak zira nak jumpa jugak dengan abah…zira rasa abang ada dengan abah dan mama abang sekarang…tapi kenapa zira tak boleh hubungi abang….zira doa banyak banyak abah selamat dan adik berjaya dengan kerjanya…Ya ALLAH selamatkan lah abah abang.,..semoga pembedahan jantung abah kali ini berjaya dan abah akan sihat sehingga akhir hayatnya…..amin…

 posted by Teja at 11:51 AM Komen anda!

 Wednesday, January 03, 2001
 Yeahhh…raya..seronok raya…..arrgghhh…seronoknya rasa bercuti….lama…dan seronoknya hari ni sebab masuk opis..dapat email dapat jumpa korang semua…hari raya .banyak sangat jalan raya…anyway raya kali ni paling sakan sebab paling banyak rumah yang aku pegi..besshhh…beshhh .assalamualaikum… apa khabar korang semua…aku tak berapa sihatkerana melantak durian sampai tak ingat dunia sehingga kan keperitan tekak masih sedikit terasa ……

rentetan sepanjang cuti: