R.e.a.l.i.s.t.i.k
13 Januari 2003

Selamat Tahun Baru 2003 buat semua

Apalah aku ni orang dah masuk tahun 2003 dah tapi jenel aku masih Dec 2002. Hmm masa yang tak mengizinkan untuk aku bercerita dan sentiasa up to date kan maklumat terkini tentang aku. Hah tengok baru sebaris tulis dah rasa nak wee-wee iskhh nak buat macam mana nature call. Tapi penat lah wei bila tiba masa satu hari sampai 10 kali kena ke toilet sebab wee-wee. Lagi-lagi kalau waktu malam. Nasib baik le  bilik air kat umah tu beberapa langkah aje. Kalau nak kena menapak jauh-jauh jenuh lah jugak. Dah le nak bangun dari tilam punya lah payah. Dah makin berat dan makin besar le katakan. Selagi baby tak keluar selagi tu le terasa payahnya nak lalui seharian yang selalunya aku berlari ke sana sini. Sekarang nak tidur pun satu masalah mengiring tak kena melentang tak kena semua serba tak kena. Bak kata Sarah rindunya nak menyarap atas perut sendiri.Rindunya nak lasak-lasak macam dulu nak melompat-lompat nak main bowling nak main netball nak jogging. Iskh memang rindu sebab dah terlalu lama tak buat benda tu.

Khamis baru ni Seniorcoy dapat lagi seorang junior. Pacai's junior tahniah buat pacai dan adila sebab dapat baby girl. Lepas sorang sorang menyusul dalam seniorcoy. Bermula tahun lepas baguslah murah rezeki kawan-kawan aku semua. Yang belum ada rezeki tu harap bersabar. Tahun ni jugak geng seniorcoy ramai yang akan menamatkan zaman bujang mereka. Antara yang dah menjemput ialah Saufi dan Amal. Tapi minta maaf awal-awal kerana InsyaALLAH pada tarikh Saufi kawin aku akan melahirkan my junior pulak sementara time Amal plak tengah dalam pantang. Aku doakan semoga majlis korang berdua selamat dan berjalan lancar. 

Hmm tak sangka masa begitu cepat berlalu kalau dikenang-kenang dahulu masa study ni lah geng-geng aku yang sama-sama masuk hutan merendah lumpur sungai lalu kawasan kubur pergi menembak. Sesama kena denda dengan kapten Shamsol kena foward roll iskh macam-macam.. Seronok bila kenangkan zaman palapes dulu sama-sama pitik sama-sama makan ration iskh. Rasa nak kembali semula ke zaman tu dan berseronok. Dulu-dulu biasalah masa muda-muda rasa tak de jurang antara kami lelaki dan perempuan. Kami begitu rapat dan mesra. Uiikkkh aku rasa aku paling banyak kenangan kat Palapes SA pun ramai kat situ lepas sorang-sorang. Tapi sorang pun tak menjadi. Kih-kih kenapa agaknya mungkin sebab dah kenal perangai masing-masing tu yang rasa tak sesuai kot nak buat husband...Depa pun rasa tak sesuai kot nak buat aku jadi wife pasal masa dulu brutal sangat. Lagi plak dalam kompeni kita ni geng pompuan yang pegang ranking lagi le depa rasa tercabar. Iye ke..tapi ada jugak geng yang sama palapes dah selamat mendirikan rumahtangga macam Intan ngan pak lan, ropek ngan rambo, InsyaALLAH Shark ngan Jali tahun ni. Dan ada jugak yang bercinta bagai nak rak tapi tak jadi...Heee jangan marah ye tankechee...Uncle Tobby, Eindock, Ziana iskh ramai gak couple kat palapes dulu ekk.. Aku aje yang bila ada yang approach buat tak layan hmm ntah rasa tak sesuai le nak bercinta ngan depa2 tu semua pasai perangai semua gila-gila.

Dah jauh masa pergi meninggalkan kami dengan seribu kenangan indah yang tak mungkin hilang dari ingatan. Sekarang masing-masing dah membwa haluan masing-masing. CUmanya nak mengeratkan silaturahim kami ada kan gathering kat rumah kawan-kawan tapi yang tak bestnya bukan semua dapat hadir ke dalam perjumpaan tersebut. Hopefully satu hari nanti kami akan adakan jubli emas sempena ulangtahun ke 10 Seniorcoy selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Time ni rasanya tertu Junior-junior dah berderet. Mesti seronok

14 Februari 2003
Wow aku dah start sakit-sakit pinggang. Dr Nora kata anytime aku boleh deliver sekarang. Peh kalau dah lepas ni nanti mesti rasa lega. Sekarang ni kiranya saat2 yang amat tough dan sungguh mencabar. Membawa perut yang besar dengan pergerakan yang terhad specially kalau dah terbaring atau duduk terpaksa baby tarik tangan sebab dah berat dan dah tengelam kat sofa dan tilam. Kekadang bila fikir semula kalakar pun ada....orang segagah aku pun tib-tiba boleh jadi seorang yang lemah lembut jalan pun sopan santun.

Dah dua orang opismate aku yang tegur."Muka nampak lain lah Azira" iakh tu tanda-tanda dah nak dekat ke. Lagi cepat lagi bagus tapi rasanya baby belum turun lagi ni. Kekadang sesakali terasa contaction. paling seronok bila tengok dia gerak2 dengan begitu gagah sekali dalam perut mama dia. Sampai berkerut dahi kita menahan rasa. Tapi seronok sebenarnya bila tengok perut yang bulat tiba-tiba sengat sebelah. macam-macam bentuk yang dia cipta.Itu belum keluar lagi masih duduk dalam kantung kalau dah kat luar tak tahu le macam mana tangan dengan kaki dia terkapai-kapai.

Sekarang masa semua serba tak kena. Duduk pun tak boleh lama-lama baring pun rasa tak selesa telentang salah mengiring salah tak tahu nak gayakan arah mana bila nak tido. Paling tidak baby le yang tolong semua urut kaki, urut belakang nasib baik baby faham keadaan aku sekarang ni. Tapi ianya memang amat membantu menggkan tekanan. Thank you darling I love you.

Barang kebanyakan dah siap2 letak dalam kereta. Separuh memang dah bawa balik kampung masa CNY yang lepas. Ikut perancangan lepas bersalin nanti dari hospital terus balik Melaka tak nak singgah rumah balakong lagi sebab malas nak memanjat tangga. Pagi tadi bakul dah bawa masuk dalam kereta takut juga mana tahu nanti macam malveen pecah air ketuban dekat opis so aku just get ready. Aku masih drive sendiri ke opis. Masih larat cuma sedikit mengah sebab perut besar le katakan. Hmm so far tak ada perkara yang menyukarkan cuma menanti saat2 itu dengan penuh debaran. rasanya mungkin sama macam rasa nak nikah hari tu kot. Walaupun dalam kepala ni berkira2 payah jugak mak tak ada ni nak ambik mak we datang kesian pulak. Nak tak nak nanti masa bersalin kat hospital dan dari hospital nak balik melaka kenalah kami berdua handle sendiri tanpa ada orang tua. Boleh lah tak ada apa yang susahnya.

Mak dengan ayah insyaALLAH balik 12 Mac ni. Semoga perjalanan mereka selamat dan mendapat haji yang mabrur.Aku seronok nak menunggu cuti selama dua bulan tapi kesian jugak dengan baby yang kena tinggal sorang kat rumah nanti. terpaksa dia uruskan diri sendiri selama dua bulan tu.

 

Guestbook

Email

Archieve

home

weddingku
aku geng jenel

Free Guestbook by Guestpage
[ View My Guestbook ] [ Sign My Guestbook ]