Make your own free website on Tripod.com
Sentuhan Inspirasi

Februari 2001
 

[2/2/2001 3:40:21 PM | Teja ]
  Aku dah jumpa wira semalam…kat kelana seafood ditemani pakngah, makngah, amy
  dengan Is..  Pandangan ikhlas aku terhadap wira..orangnya handsome..macam Kelvin Ong pembaca
  berita kat TV3 tu. tinggi orangnya.. about 182...lebih tinggi dari anas..mungkin sama
  tinggi dengan mat jan..tapi bukan lah kurus macam mat jan..bertubuh
  sasa..orangnya.peramah.selamba...boleh bersembang…dia okey..dan is kata dia gaya
  macam saharil…aku tengok gaya dia seperti norizan classmate aku..he is very
  simple..Semua orang tanya-tanya aku macam mana…semua orang itu ialah semua
  osmet aku laaa…mok long aku..sepupu aku..semua yang tahu cerita aku dan
  wira…arggghhh pening kepala…tak suka bila orang tanya macam ni..tak suka bila
  tersepit..

  Hari ni aku lega..Abang dah sedar…alhamdulillah…syukur sangat-sangat..dah 3 hari
  abang sedar…aku baru aje dapat email adik yang menyatakan abang dah sedar
  cumanya condition abang tak berapa okey…abang sedar tapi tidak stabil lagi…anyway
  aku bersyukur sangat sebab abang dah sedar..dan aku harap dia cepat sembuh lepas
  tu cepat balik malaysia..tak sabar nak tungu dia balik..memang tak sabar sangat
  sebab??? Banyak sebab..balik lah abang..supaya kita boleh uruskan apa-apa yang
  masih tak terurus.. uruskan apa-apa yang patut dengan segera…selagi abang tidak ada
  disini aku tak boleh buat apa-apa…selagi itu aku tak dapat nak membacking diri aku
  sendiri…anyway aku harap abang okey dalam waktu-waktu terdekat dan kritikal ini..aku
  akan terus berharap selagi diizinkan ALLAH..I miss him..

  Semalam cuti…dari pagi aku dengan Is dengan sepupu aku kak Ju anak moklong dan
  juga kak Ju anak makngah dengan anaknya wana…kami keluar pergi membeli
  belah..shopping kain..raya dah habis pun gi shopping juga..aku memang berkenan
  untuk beli sutera thai yang kotak-kotak itu idaman aku sejak aku tengok siti dan ziana
  zain pakai kebaya dalam majalah URTV keluaran hari raya lepas…dan semalam aku beli
  sepasang sutera thai itu kain kosongnya warna hijau dan juga sepasang sutera
  dubai….bila bawa balik rumah semua osmet sangat berkenan sutera thai itu…so aku
  pun eksyen dengan diorang…semua nak beli macam kain aku tu…tiru lagi…dah le baju
  raya aku diorang tiru..semua orang kat rumah tu ada baju yang sama dengan baju raya
  aku…sutera thai jugak cuma warnanya aje yang berbeza…

  Lepas abis shopping tu aku ngan diorang terus pergi ke bandar tasik selatan sebab
  amik kereta Is yang accident tu..kereta tu dicat disana…Is tak payah bayar apa-apa pun
  pakcik yang langgar dia tu settlekan semuaya..aku tanyalah berapa kos nak cat tu..emm
  lebih kurang RM300…alhamdulillah semua dah selesai..balik dari situ kami singgah
  cosway dipuchng ntuk beli barang..

  Dan petang tu…sebelum jumpa wira tu walaupun aku cuba berlagak maintain tapi aku
  sebenarnya takut dan risau jugak…aku dengan Is sampai kat sana lewat sikit…dalam
  pukul 8.00 malam..masa sampai tu diorang semua dah ada…aku duduk sebelah
  makngah..Is duduk sebelah wira..makan macam biasa…dan bersembang pun seperti
  biasa..sesekali..aku tanya wira macam mana life dia kat sana.dia pun tanya
  macam-macam gak pada aku dengan Is..kami habis makan about 10.00 pm…dan aku
  balik rumah..sambil-sambil tu kepala aku pun ligat jugak berputar masa kat dalam
  kereta..aku rasa lega…ntah tak tahu lah kenapa..mungkin sebab semua dah settle...

[2/5/2001 5:24:40 PM | Teja ]
  Lama aku berfikir sampai petang…sampai sekarang…kalau ikutkan hati tadi…mahu aje
  aku balik rumah..rilkes…bosan duduk kat opis ni…kerja dah lah tak best…semuanya kat
  sini tak best…hati aje selalu sakit…..ni dah lega sikit…aku kena banyak bersabar,,.tadi
  dari pagi aku tensen sangat..marah sangat bosan sangat…pagi-pagi lagi dah kena
  marah dengan orang tua tu..boss aku lah..aku tak suka lah dia tu…sesuka hati aje nak
  tengking kat aku…benci dengan lelaki macam tu..aku dah siapkan kerja tu..,dia tak
  tanya pun aku dulu..tetiba sampai kat tempat aku…prum prang prum prang terus dia
  belah..tension makcik dibuatnya…dia tu mesti kena marah dengan boss masa mgmt
  meeting tadi padan muka dia…selalunya kerja dia yang tak siap..anak-anak buah yang
  jadi mangsa….bertambah sakit hati bila pc ni buat hal….banyak kali sangat hang…rasa
  macam nak campak aje pc ni kat lantai..sabar ajelah…

  Malas nak fikir…makin fikir makin sakit hati…emmm..semalam ngan hari sabtu
  best….sebab cuti…aku boleh lepak kat rumah rehat..jalan-jalan gi shopping…hari
  sabtu..pagi tu aku bangun…aku kemas rumah…rumah aku cantik..aku mop lantai..aku
  sapu karpet..aku susun pinggan mangkuk..aku buat washing…aku lap dapur..semua
  barang teratur…aku puas hati bila tengok rumah dah kemas..rumah itu syurga aku..aku
  tak suka bila aku balik kerja rumah aku bersepah..sesak fikiran dibuatnya..dah lah kat
  opis tension..kat rumah lah tempat nak rileks….tapi rumah itu syurgaku seorang
  sahaja…orang lain macam buat tak tahu…tapi aku tak kisah..buat masa sekarang ni
  lah…selagi aku masih rajin..aku akan buat..aku akan tetap buat rumah tu cantik dan
  kemas…tapi bila aku dah malas nanti..nasiblah rumah nak jadi apa..itu bukan urusan
  aku….terpulanglah..masing-masing sudah besar dan boleh berfikir..

  Argghh rasa macam dah tak nak kerja kat sini lagi..aku nak kerja sendiri…aku benci
  makan gaji..aku tak suka orang memperkotak katik kan aku macam ni…dah lah aku tak
  suka dengan kerja aku…abang I wish you were here…and baca apa yang zira tulis
  ni….abang tentu suka bila tahu aku nak berhenti kerja…dulu masa berbincang pasal
  kerja dengan abang sampai merajuk aku…heehh…sekarang hah baru padan muka
  aku..dia pun tak suka aku makan gaji..emm…aku akan pertimbangkan cadangan
  itu..emm mana tahu aku berubah fikiran..

  Hari sabtu… lepas kemas rumah aku keluar dengan Is dengan abg mat noor..abang
  sedara aku…kami pergi shopping kat one utama…pergi IKEA beli barang sikit..saja nak
  lengkapkan peralatan kat dalam rumah tu…lepas sembahyang zohor kami pergi
  midvalley plak….pakcik tu nak beli perfume..dia tanya aku perfume apa yang
  best…emm..silap lah kan sebab tanya aku..maka aku suggest le perfume boifren
  aku…heeh…dia pun beli CK one tu…hehh….aku suka sangat bau tu…lepas tu dia dapat
  free gift.dia bagi kat aku..Is jealous...aku yang dapat topi ck hitam dengan sample ck
  one yang kecik tu…heehhh gembira
  sungguh aku..

  Hari ahad…aku pergi wedding ziana kat banting..kawan palapes aku masa kat UUM..aku
  gi ngan member-member palapes aku dua kereta…aku, ropek, zali, rambo, jessim,
  omaq, salleh, dengan amal..kami berdua aje pompuan..aku ngan rambo..shark tak
  dapat join sebab bapak dia sakit..kesian kat shark…emm..ziana cantik jadi
  pengantin..dia kawin dengan kapten TUDM…aku tak kenal pun..ziana sekarang memang
  join army..dia budak akaun dulu…tapi yang bestnya ziana kawin bawah pedang…potong
  kek pakai pedang….macam jhott ngan Ayie dulu..heeh….tengok pembawa pedang ingat
  masa tauliah palapes dulu..kat kenduri tu aku jumpa aguk dengan pokok…tahniah le
  ziana..kau kawin dulu dari aku…emm melepas bob sabah….bob sabah…tu lah lambat
  sangat..

  Balik wedding ziana dah petang..balik rumah ingat nak rileks tapi lepas sembahyang
  asar nak baring…tapi tak leh tido…aku teringat kat henbeg tu..ajak osmet gi
  sogo…sebab nak beli henbeg….hah..henbeg tu aku tengok kat midvalley dah berkenan
  tapi masa tu cam tak de sale..lagipun harganya agak mahal jugak..so plan gi sogo…kot
  lah kat sogo ada sale..malangnya tak ada…patah balik ke midvalley…maghrib kat
  sana…teruslah aku tuju kat kedai bonia di mana beg idaman aku...kat situ aku dah
  nampak henbeg yang aku nak beli tu…emmm harganya kurang 20 ringgit 400 dan ada
  sedikit less....tapi sebab dah berkenan kan…emm..nasib baik le cik citybank ada..maka
  rasmilah ia menjadi milik aku yang sah dan mutlak sekarang…best dah ada henbeg
  baru……

  [edit]

[2/6/2001 4:26:15 PM | Teja ]
  Hari ni 6 Februari 2001...hari penuh kesyukuran kepada ALLAH..hari yang membuatkan
  aku gembira dengan berita yang aku terima..

  Aku rayau-rayau kat KL..kat midvalley…sana-sini terpampang banner pasal
  valentine's...14 february hari mengingati kekasih…aku tak sambut pun valentine tapi aku
  seronok menunggu valentine sebab kat kedai kat shopping complex akan jual
  macam-macam hadiah valentine yang kiut miut dan cantik..Bila ingat valentine
  terbayang candle light dinner, slow dance yang macam kita tengok kat tv…itu kan
  budaya barat..setahu aku valentine adalah hari mengingati seorang paderi kristian yang
  bernama velentino…jadi memang tak sesuai hari ini diraikan oleh orang Islam…anyway
  pada aku kalau nak ingat pada kekasih tak perlu tunggu 14 february kan.. kekasih yang
  baik akan ingat kat kita tiap-tiap hari..tak semestinya nak tunggu special day sahaja
  baru nak dapat bunga atau hadiah…may be kalau kita buat surprise tu lebih baik dan
  lebih buat kita diingati..emm..kalau nak candle light dinner nanti bila dah kahwin boleh
  buat untuk husband..

  Valentine ini mengingatkan aku pada kisah silam...kisah ni berlaku masa aku tingkatan
  3..kat sekolah dulu aku seorang pengawas..aku garang dan tegas..memang ramai tak
  suka kat aku…akibatnya basikal aku selalu jadi mangsa..tayar pancit dan
  sebagainya…bila duty aku paling suka jaga gate sebab dapat tangkap pelajar yang
  datang lewat….masa duty ada seorang pelajar ni.namanya dia Afzil Rumie.dia ni
  memang pelajar yang bermasalah..nakal. dan selalu datang lewat..kadang-kadang
  kesian juga dengan dia..hari-hari aku ambil nama dia dan bawak dia jumpa guru
  disiplin…

  Agaknya sebab selalu sangat dengan dia tu..kami jadi rapat…so kami berkawan…bila
  dah kawan aku tahu yang dia kurang dapat perhatian keluarga...aku nasihat dia
  macam-macam sebab tahun tu kan nak SRP..kami mula study sama-sama…aku anggap
  dia kawan biasa..tapi rupanya dalam diam dia menaruh hati pada aku..

  Malam valentine tu…ntah apa mimpi dia…dia call aku kat rumah…tepat jam 11.00 malam
  dia dah terjenguk kat gate rumah aku..datang malam-malam kat rumah aku sebab nak
  bagi kad dan juga hadiah…sempena valentine...gila budak tu..tapi aku terima apa yang
  dia bagi..sejak dari hari tu dia mulalah hantar surat yang jiwang-jiwang..aku still anggap
  dia kawan biasa ..itulah Rumie..salah seorang kawan lama aku..sekarang ni tak tahu
  apa yang dah jadi kat dia…

  Begitulah kisah valentine yang aku masih ingat sehingga hari ini…february juga adalah
  bulan aku dilahirkan…aku lahir 25 February 1975..hanya beberapa hari sahaja lagi untuk
  melangkah jadi orang yang lebih tua..aku selalu buat sambutan secara kecilan
  sahaja..cukuplah hanya kawan-kawan terdekat serta orang-orang tersayang sahaja
  yang mengingati…semoga tahun ini membawa keberkatan dan rezeki yang melimpah
  ruah buat aku, keluargaku juga kawan-kawanku..makin hari makin tua rupanya
  kan….pejam celik dah 26 tahun..rasa baru aje lagi berlari kat padang sekolah sambil
  main netball..baru aje lagi ambil SPM…begitu cepat masa berlalu…kita sahaja yang tidak
  menyedarinya.

[2/7/2001 2:33:44 PM | Teja ]
  Boringnya hari ini…tak tahu apa nak tulis sebab perjalanan hidup yang agak kurang
  menarik..letih sangat..mungkin sebab aku puasa agaknya..tinggal sehari sahaja lagi
  untuk bayar hutang puasa..lepas tu boleh raya..tak yah pikir pasal nak ganti-ganti
  lagi…tapi aku memang suka puasa…elok sebenarnya disamping dapat mengawal berat
  badan..puasa juga baik untuk kesihatan….semalam aku dapat email adik…memberitahu
  abang dah semakin sihat…dan makin ceria..alhamdulillah…aku rasa gembira sangat
  dengan berita itu..mudah-mudahan abang akan terus sihat sampai bila-bila…sekarang
  ni aku menanti abang balik sini…yeahh..yeahh dalam hati kegirangan dan bersorak
  gembira..dan kegembiraan itu aku sambut dengan sujud syukur..

  Sekarang ni apa yang aku buat setiap hari adalah…pergi kerja…masuk jam 8.00 lebih
  dan.balik jam 5.00 lebih..sampai rumah aku sembahyang asar..lepas tu aku exercise
  sedikit..then tunggu maghrib..sembahyang ngaji..makan malam..tengok tv..sembang
  dengan housemate dan tido…kalau tak pun aku pergi swimming atau sauna ..rasanya
  buat benda yang sama hari hari amatlah membosankan…macam kita makan nasi
  dengan lauk yang sama setiap hari..tentu boring kan…tapi apa yang aku boleh buat
  selain dari perkara yang tersebut diatas..kalau tak ada sebab…hari kerja memang aku
  tak suka keluar malam…takut nanti esoknya kat opis mengantuk…

  tapi hari ni aku ada plan…abang mat nor dan linda ajak aku main boling petang ni…aku
  call rezal untuk join kami main sama...maka petang nanti aku akan bermain boling di
  Bangsar Shopping Complex..jadi hari ni routine aku akan berubah tak macam hari-hari
  biasa…lepas boling nanti..kami nak pergi makan..aku terpaksalah sembahyang maghrib
  kat masjid bangsar…so routine exercise aku hari ini tak ada..tapi di ganti dengan
  exercise tangan..iaitu membaling bola boling…anyway Is bengan sebab aku tak nak ikut
  dia pergi kedai kereta kat Jln Kelang Lama..emm..I tak nak buat lagi flat number tu…you
  pergi dengan linda ye..I rasa nak berhibur dan bersosial dengan kawan-kawan hari
  ini..itu lah rintihan hati aku pada Is..

  Kebelakangan ni aku rasa journal ini kurang mendapat sambutan..kawan-kawan semua
  dah lari ye..agaknya sebab aku asyik bercerita tentang diri aku yang ntah hape hape
  ni…lepas tu aku banyak mengarut..emm orang pun tentu boring nak baca…tapi itu realiti
  hidup aku yang sebenar…ianya bukanlah rekaan semata-mata…cuma cara
  penyampaiannya mungkin berbeza bagi aku yang menghadapi perkara tersebut secara
  real berbanding kawan-kawan yang mendapat cerita dari tulisan aku…anyway aku akan
  terus tulis journal ini…ianya sangat berharga buat aku..

  Arghh..sebenarnya aku dah lama tidak menghubungi kawan-kawan kat luar tu..maaf
  kan aku sebab tak email korang semua..kalau baca journal pun aku tak sempat tulis
  gesbok...hai anas…apa khabar..hai semua orang..kak max, kak aquil, sera, nett, ed, ika,
  zairi, fuad, mat jan…saharil….awin, idzwan, mael, cik daun..rudy..aku baca cerita korang
  dan aku tetap akan ikuti perkembangan korang semua…semoga kita semua akan
  berjaya dalam bidang masing-masing…

[2/8/2001 3:22:28 PM | Teja ]
  5.10.."cepat la Is" desak aku..aku kemas-kemas meja tutup pc aku blah..dia buat tak
  endah..bergegas aku turun bawah..tunggu kat lobi...5.15..bayang dia pun tak nampak lagi..aku
  call henset dia...dia matikan...cis..membara dibuatnya..mana dia ni..aku dah tak sabar ni..rasa
  macam nak aje balik naik teksi..aku jalan ke tempat parking...landing kat akar pokok..aku call
  linda luahkan sakit hati aku pada dia..linda kata sabar lah akak..terhegeh-hegeh dia jalan
  dengan fauzan..aku buat-buat gembira cakap kat tepon..tak nak dia nampak muka aku yang
  tengah sakit hati...nanti dia suka sebab aku sakit hati..masuk kereta duduk aku batukan
  diri..sepatah pun aku tak cakap..dia tahu aku kena cepat..dia yang bawak kereta..dia bawak
  slow aje saja nak tunjuk yang dia protes le tu...lampu hijau pun dia tak nak kejar..geramnya..dia
  marah sebab dia kata aku dah janji nak ikut dia..tak janji pun….hati aku dah panas mulalah nak
  bersuara…kita lagi nak balik cepat..dia plak saja buat macam tu..singgah kedai dia beli
  food..okeylah tak kisah..selalu bawak kereta sampai nak sondol motor ngan kereta
  depan..semalam bawak kereta tetiba jadi ayu..punyerlah bersopan…aku memang dah panas
  dah…mulalah mulut aku ni gatal nak sound..dia buat dek aje...hish..nasib baik aku puasa..sabar
  ajelah...aku janji ngan diorang pukul 6…aku tak suka kalau berjanji, aku lambat dan orang
  terpaksa tunggu aku...tak suka macam tu..berdosa tau janji macam tu..sampai rumah lagi 4
  minit pukul 6.00..

  Bergegas masuk rumah..sorang pun tak balik lagi..tukar baju..pakai khakis..dengan t-shirt pepsi
  warna marron..pakai tudung…turun bawah..aku blah..tak cakap pun kat dia aku nak keluar..dia
  tahu..aku sakit hati dia buat macam tu...dia pun sakit hati kat aku..ambil kereta terus
  vroomm…aku bawak laju..jalan plak tak berapa clear..time orang balik kerja..silap lah..fetch
  abang mat nor kat rumah moklong…terus drive ke bangsar..linda call kata dia dah sampai…jalan
  pulak sesak..stranded dalam jammed kat bangsar….rezal call kata dah sampai…kesian kat
  diorang kena tunggu..aku sampai kat BSC dalam 6.35.. lambatnya..sorry ye...tak dapat nak
  dielakkan..

  On the way nak naik bowling center aku terserempak dengan Yasmin Hamid dengan kawan
  dia…heeh comelnya dia…tengah sarat mengandung..kecohnya makcik tu macam kat dalam
  tv....aku stare kat dia...memang cun le..muka dia kan montel..dia pakai baju pragnent kerat
  lutut.. so seksi maa….sampai kat atas Rezal dah tunggu kat situ..linda baru naik..sebab merayau
  kat kedai kat bawah…kami main boling sorang dua games…kat sebelah tu ada mamat-mamat
  hensem 3 orang tgh main boling gak sesekali aku menjeling..aku tengok nama
  diorang…pisang..amoi ntah sorang lagi tu tak ingat..macam kenal..macam biasa tengok..tapi di
  mana ekk...macam rupa senior aku kat sains muar dulu….tapi aku tak tegur…

  7.28 maktu maghrib..aku berbuka kat situ dengan bun pizza dan air soya bean..sambil teruskan
  permainan..kat lane hujung aku nampak ramai muka-muka orang TNB tengah training bowling
  ada games kat Alor Setar nanti..aku macam berminat tapi..kena try juga mana tahu ada
  luck…first game aku main teruk sekali..tak de ong 120 scores dan tiada strike untuk aku..but still
  I lead the games..diorang pun teruk jugak..second game improve..138 got two strikes tapi abag
  mat nor leading…abis games pukul 8.00 turun sembahyang maghrib check henset..dapat miss
  called dari ogy..call ogy kejap..dan kami terus pergi pizza hut kat Lucky Garden..makan dan
  bersembang tak sedar dah nak dekat pukul 10.00

  10.00 balik..hantar abang mat nor kat rumah moklong..aku balik rumah..linda dengan zah
  tengah lepak tengok tv dalam bilik…pakcik (abah Ija) ngan Ija kat depan tengok tv..Ina kat
  dalam bilik tido agaknya bilik dia dah gelap....ketuk pintu bilik Is..ajak dia makan pizza..dah tak
  marah pun kat dia..sambil makan is tarik muka masam..isu petang tadi tak settle…lagi..konon le
  tu..linda ngadu kata Is dah okey..petang tu aku ngadu ngan linda pasal Is..rupanya dia pun
  ngadu ngan linda pasal aku..tak semena-mena linda jadi orang tengah kami..anyway tak buat
  pun flat number tu…tak berkenan katanya..slow talk ngan Is sebab dia cam masih tak puas
  hati..baik-baik aku cakap..dengan nada bergurau tetapi serius...linda ngan zah gelak tengok
  kami bertekak..hahaaa..biasa lah aku ngan Is..memang selalu tegur menegur yang paling
  dahsyat..tapi selalunya sakit hati tu kejap aje..bila memasing dah keluarkan suara..pastu baik
  semula..adat bila kita close ngan orang macam tu le..dia dah okey abis makan dia masuk
  tido..aku sembahyang Isyak..nak ngaji tapi bebudak ni dah tido..kesian le pulak takut ganggu
  …sembahyang sunat…lepak kejap…berangan-angan kejap..pastu tido..

  Malam tadi tidur aku bermimpi..mimpi pasal lela…aku ngan lela jalan kat pantai..mimpi aku
  mandi laut ramai-ramai dengan kawan-kawan…tempat dan kawasan pantai yang aku mimpi itu
  seperti aku biasa pergi…tapi dimana ekkk…rasa macam dah banyak kali aku mimpi kat tempat
  tu..hish hape ntah mimpi tu..tetiba aje lela yang muncul..mesti ingat kat lela semalam ni..lagi pun
  dah lama tak call lela bertanya khabar…

[2/9/2001 4:10:34 PM | Teja ]
  Sesiapa yang berminat nak beli perfume sila berkumpul di surau pukul 12.45 nanti..aku email kat
  diorang semua…kat akak-akak kat opis ni…Rena nak datang..aku yang suruh datang sebab stok
  perfume aku dah nak habis.. poison aku tinggal sikit hugo women aku pun dah nak abis..
  pleasure aku dah lama habis.. lagi pun sekarang ni nak valentine tentu ada promotion…poison
  ngan pleasure tu official perfume aku..sejak pandai guna perfume aku stick pada dua tu
  saja..huga women tu plak aku guna bila aku nak main sukan atau aktivitu luar...walaupun aku
  ada perfume lain tapi sekadar perfume sampingan bila rasa nak tukar bau..banyak perfume dah
  aku cuba but this two memang bau yang sepadan dengan jiwa aku..

  Aku pernah dapat hadiah poison dari jobo..one of my senior..masa malam rasa sayang kat sains
  muar..lepas tu jobo pergi sambung belajar kat UK kat Leeds University...masa birthday aku dia
  kirim pulak pleasure dari sana as my birthday gift..emm..botol perfume tu aku simpan sampai
  sekarang..orang bagi aku terima…alhamdulillah..thanks anyway Jobo…tetiba aje teringat dan tulis
  kisah you kat sini..dulu pun pernah cite pasal jobo masa aku kemas surat-surat aku jumpa scarf
  tierack yang dia kirimkan dari UK..

  Kat rumah ada escape yang aku guna hanya separuh..dah dua tahun tak guna perfume
  tu..warnanya pun dah berubah..saja nak abis kan cepat aku spray kat dalam bilik..aku spray kat
  almari baju aku..semua tempat aku sembur..talk about perfume..for men aku suka drakkar
  anoir..hadiah birthday abang Mus…aku belikan masa tu..suka sangat aku dengan baunya…lagi
  satu CKone..yang ni mestilah kena suka sebab buah hati punye perfume le katakan..abang used
  this perfume long time ago…dia tak pernah guna yang lain…dah sebati dengan jiwa dia...dia le
  yang kata..for Is dia pakai cerutti 1881..bila dia pakai aku bau rasa macam best..tapi bila aku
  pakai lain le pulak baunya..maknanya perfume ni berbeza node dia mengikut temperature badan
  kita…aroma tu jadi jadi lain..tu pasal aku stick kat posion ngan pleasure sebab aku rasa bila aku
  yang pakai..peh baunya sungguh asyik sekali…kalau terhidu tu boleh terus keracunan..

  12.30 Rena sampai..kat surau ada dalam 10 orang mendengar penerangan tentang perfume
  yang dia jual…aku dah dengar penerangan tu 2 tahun dulu..aku dah guna perfume tu dan aku
  puas hati..at the end hanya aku ngan kak miza yang beli..aku cam biasa beli perfume aku
  “pleasure” kak miza beli “dolce vita”..lepas tu aku beli body losyen pleasure..semuanya berharga
  hampir RM200..

  kenapa aku beli perfume kat rena bukan kat shopping complex tu…emm itu le istimewanya
  perfume ni..Le Reve..company ni dah 15 years beropearsi..ada kat australia..new zealand..US
  dan banyak negara..tapi kat malaysia baru 2 tahun..asprit de perfume dia ambil kat house of
  perfume kat paris..sama cam perfume yang kat pasaran..diaorang pack sendiri kat australia
  guna satu design botol yang standard dengan kandungan parfume spirit tu jauh lebih banyak dari
  yang ada kat pasaran…so kesannya…lebih pekat, bau lebih kuat…dan lebih tahan lama..harga
  pun murah sebab dia tak ada publisiti besar-besaran dan juga botol dia satu design aje..bukan
  nak promote but for me..if I can get poison 100ml only for RM130 compare kat shopping it’s
  about 200 something dengan kualiti baunya jauh lebih baik dan lebih tahan…why not I beli..jimat
  dan puas hati..since that aku memang tak beli dah perfume kat tempat lain…lagi pun this
  company selalu buat promotion…jimat jugak sebab pakai pun sikit aje..

  aku memang gila perfume..ada banyak-banyak pun tak apa..zaman dulu aku beli perfume sebab
  botolnya yang cantik…aku suka kumpul...tapi sekarang perfume tu dah jadi identity
  pulak..selalunya kalau kat opis..aku lalu bayang dah tak nampak tapi aura perfume tu masih
  kuat..so orang tahu…then they will say.. Azira baru aje pass by this way….heeehh….sampai
  camtu sekali..tak dahsyat tu…

AHAD - 11 February 2001

  Bangun sembahyang subuh…tak boleh tido dah..mungkin dah biasa..lagi pun kat rumah
  orang..anak dara tak manis bangun tido lambat..breakfast..elin call…nak gi sekali wedding
  nanti…ina call nurul..pengantin …dia kata dia akan bertolak pukul 12.00…pukul 12.00 kami
  bertolak…orang perak ada 3 kat dalam kereta..semuanya tak leh harap…aku sekali lagi lah nak
  hot…tapi sabar… salah baca peta..so kami dah terlanjak jalan hampir 50km…pergi balik hampir 1
  jam..berhenti kat tepi jalan tanya kat orang…sekali salah dok tanya kat orang gila…emm..apalah
  malang… …

  Sampai kat rumah samir..pengantin tak sampai…simple aje majlis..sebab kat rumah
  lelaki…sampai sana aku nampak elin ngan dd tengah makan..geng lelaki ada ramai jugak…lepas
  makan melepak dengan diorang…pengantin dah sampai…pakai baju biru turquoise..cantik nurul
  jadi pengantin…sembang amik gambar…3.45 berangkut dari taiping…..

  Drive back to KL…bawak pun tak laju sebab siang banyak speed trap..anyway sesekali tu lajak
  jugak…sepanjang perjalanan hujan dan ada dua kemalangan….berhenti di hentian tanjung
  malim..sembahyang dan terus drive…sampai damansara..hantar norma..singgah rumah auntie
  dia kejap…balik lalu pantai dalam..singgah beli food..terus balik rumah….sampai rumah linda kata
  zah bawa balik kucing…aku terkejut..bawak balik pet kat rumah tu tanpa tanya pada aku dan
  lain-lain orang...hish tak suka…aku protes…aku memang tak nak kucing kat dalam rumah tu..aku
  bukan benci kucing tapi aku alah dengan bulu kucing…aku kan asma..zah tak tanya pada aku
  dan Is dulu…Is pun tak suka kucing kat dalam rumah

  Mandi..Sembahyang…makan…tengok tv..tido…bangun tido pagi tadi aku dengar bunyi kucing
  zah..aku phobia…aku tak suka..nanti bulu kucing tu lekat kat carpet….zah plak bawak kucing
  masuk dalam bilik…lagi le aku hot…letak atas katil aku..biarkan kucing tu
  jalan-jalan….hish….geramnya…tak suka tapi malas nak cakap…aku mandi…keluar bilik air aku
  terus bagitahu.."zah akak tak nak zah bela kucing kat rumah ni"…dengan nada lembut tapi
  tegas...dia akur...itupun aku dah bau dah kucingnyer miang…aku tak boleh..sesak nafas tetiba
  bila bau kucing..dia kata nak letak kucing tu kat opis..alhamdulillah…aku lega…
 

[2/12/2001 3:10:04 PM | Teja ]
  Hari sabtu aku kerja sebenarnya..tapi dek sebab kusyuknya mengupdate homepage yang tak
  seberapa tu.maka aku terlupa nak tulis journal..aku nak tulis tapi aku kusyuk…tengah buat kerja
  kepala tetap ingat journal yang satu tapi aku tak nak tinggalkan homepage aku tu…macam mana
  tu..akhirnya haritu aku keluar opis pukul 2.30…sampai rumah bebudak ni belum balik lagi..kan
  dah janji nak pergi Ipoh hari ni..aku tak suka lambat macam ni…lepas sembahyang aku turun
  bawah…amik kereta..check minyak itam..check air…check tayar…hari ni kereta nak jalan jauh
  kena buat persediaan awal….everything okey..

  Aku dah habis check kereta diorang still tak sampai rumah lagi…mood nak gi Ipoh dah tak
  ada..aku tak suka menunggu…aku dah rasa malas..aku hot…aku bengang…kalau nak bertolak
  biarlah awal-awal..dan hari siang...aku call Ija…"korang cepatlah sikit…dah petang ni…aku tak
  suka sampai sana malam"..mata aku tak ok kalau drive malam"..iye lah..kami tengah makan kfc
  ni..lum makan tengahari lagi" abis dia ingat aku dah makan...pukul 4.30 diorang sampai..aku dah
  siap..Is pun dah siap..aku still bengang tapi aku buat macam biasa…hish terhegeh-hegeh…aku
  tak suka kalau nak jalan jauh macam ni…aku suka jalan siang kalau anything happen senang…

  Bertolak ke ipoh…pukul 6.00 still kat bangsar lagi….aku drive ikut gaya aku…150…140..kekadang
  160..all the way…7.45 sampai kat tol..ipoh selatan…hantar norma balik rumah dulu..terus ke
  rumah ina….sampai terus makan nasi..aku lapar sangat sebab aku memang belum makan
  lagi…lepak sat sembahyang..dan tido…aku keletihan memandu dan keadaan mood yang tak
  okey..

  [2/13/2001 3:10:37 PM | Teja ]
  Mataku mula kabur…air jernih mula memenuhi kelopak mata sebaik sahaja mendengar suara
  itu…

  Degup jantung kian laju ku rasa..semangatku terbang seketika..kami mula berbicara…aku cuba
  mengawal perasaan…aku tak mahu menangis tetapi..airmataku sudah tidak terbendung
  lagi...hatiku begitu sebak sebaik sahaja mendengar suara lemah itu…suara itu begitu lemah
  sekali…aku mengawal suara yang sekali-sekali mula bergetar…dengan nada yang lemah..dia
  cuba menenangkan aku..bertanya khabar buah hatinya yang jauh…..membuka cerita baru
  setelah hampir dua bulan terpisah dengan dunia yang tersendiri…kami melepas rindu yang sudah
  lama terbungkam….aku rindu padanya...sangat rindu sekali..…dia meluahkan rasa risau terhadap
  diriku…sedangkan dia tahu yang aku jauh lebih risau dengan keadaan dia disana….sesekali aku
  mengucap syukur didalam hati…berterima kasih kepada ALLAH yang masih memberi peluang
  pada kami untuk berbicara…

  "abang dah sihat ni..sayang jangan risau"..dia cuba meyakinkan aku…dari suaranya yang lemah
  aku tahu dia masih belum baik betul… mungkin sekadar untuk menyedapkan hati..pertama kali
  aku mendengar suaranya selepas 2 bulan dia terlantar bertarung dengan dunianya...aku rasa
  bagai bermimpi.. beribu persolan yang dia tanya..tentang diri..tentang kerja..tentang bagaimana
  aku tanpa dia…aku menjawab satu persatu dengan tenang…setenang hatiku setelah kembali
  mendapat semangat..dari suaranya yang semakin ceria..sesekali suaranya tenggelam
  timbul…namun tetap ceria..petah bercerita tentang adik dan mama..bercerita tentang rindunya
  pada aku…aku lebih banyak mendengar…sesekali bertanya juga tentang keadaan dia di
  sana.."abang letih sayang…abang nak rehat"…aku akur dengan permintaannya itu.."doakan
  abang cepat sembuh"..tersentap aku dengan kalimahnya itu...setelah hampir setengah jam
  berbicara kami akhiri perbualan dengan ucapan-ucapan biasa..aku sedih untuk berpisah
  dengannya…walaupun aku tahu untuk seketika…mungkin petang atau malam nanti dia akan
  telefon lagi

  Termenung seketika..aku melayan perasaan…seperti tidak percaya…dapat bercakap dengan
  insan yang aku sayang..sungguh indah hari ini…walaupun seketika namun cukup untuk
  membuang semua kerisauan dan gundah hati ini…aku melangkah sambil menarik nafas panjang
  lalu melepaskan dengan rasa syukur..fauzan memandang ke arahku…mungkin dia nampak
  betapa beratnya beban yang telah ku buang tadi..aku berwuduk lalu menunaikan solat…dan aku
  sudahi dengan sebuah sujud syukur…aku syukur dengan keadaannya yang sudah semakin
  pulih….terima kasih Ya ALLAH…
  ( 13 February 2001 -1.13 pm )

  Aku dah updatekan homepage aku tu..dah tukar design supaya nampak cantik sikit..so korang
  jangan le malu-malu..jom le jenguk…yang penting bagi komen sikit…mana-mana yang k.o tu
  boleh le aku ubah..emmm..tunggu lah.. tak lama lagi aku akan tambah satu lagi site kat
  hompage tu..kisah benar yang aku masih ingat dari kecil hingga sekarang….nantikan
  kemunculannya…menarik tu sebab ada kisah lucu..sedih dsbnya..

  Aku masuk site anas..dah beberapa hari ni tak boleh get in..kak max pun tak update lagi journal
  dia…kenapa anas…sibuk dengan graduation day atau memang dah tak nak tulis seperti yang dia
  kata dulu…kalau anas baca…balas lah email aku yek…aku dah hantar email tapi masih tidak
  mendapat balasan….kak max masih busy agaknya…aku dengar dia dapat tengok hero hindustan
  tu pada jarak dekat..emm pastu ada sorang akak tu dia jelaous kat kak max sebab dia memang
  peminat hindustan nombor satu dunia….

  Dua tiga hari ni tripod ada problem..aku tak leh baca cerita saharil…ngan cerita sera…sera apa
  khabar… kepada kawan-kawan semua terima kasih di atas sokongan dan dorongan serta doa
  korang untuk abang..alhamdulillah abang semakin pulih walaupun dia masih di
  hospital..insyaALLAH jika diizikan ALLAH dia akan pulih seperti biasa dalam masa-masa terdekat
  ini…dan aku tidak tahu bagaimana ingin membalas jasa baik korang semua…hanya yang mampu
  aku lakukan hanya berdoa untuk kalian.... semoga ALLAH mengampunkan dosa kita semua,
  semoga kalian semua mendapat hidup yang bahagia dan berjaya didunia dan akhirat…aminnn….
 

[2/15/2001 5:03:06 PM | Teja ]
  Hari ni sibuk sedikit..dari pagi hingga tengahari ada meeting..lepas tu terus gi lunch dengan
  vendor kat Bangsar sea food…makan free…bestnyeerr

  Pagi tadi rasa seronok sebab tahu pelarasan gaji baru akan dibuat start gaji bulan feb…so gaji
  akan naik sikit…alhamdulillah….pinjam pada Yuz borang pelarasan gaji dia…aku tak dapat lagi
  borang pelarasan tu….aku nak buat calculation untuk back dated yang akan dapat bulan
  depan…pening jugak nak mengira tu…agak complicated nak buat…tapi sebab tak sabar nak tahu
  berapa banyak duit yang akan dapat…maka mulalah mengeluarkan semua skill matematik yang
  aku ada…anyway I love math…aku memang suka buat math….tengah seronok kira-kira benda
  tu..boss panggil…so gi meeting…maka terbengkalai lah projek kira-kira tu sekejap…balik lunch
  tadi..aku sambung semula calculation tu..akhirnya aku dapat pun jawapan dan anggaran wang
  yang akan dapat tu…nampaknya mulai bulan depan boleh jadi orang kaya kejap…sama ngan
  saharil..kan saharil kan…

  Duit belum dapat…bayang duit pun belum nampak tapi dalam kepala dah kira-kira…nak beli itu
  ini..hahahh…duit tu aku nak masuk kat tabung haji aku…menambah pelaburan disamping ..kalau
  diizinkan ALLAH nak menunaikan fardhu haji masa muda-muda ni…insyaALLAH..mudah-mudahan
  tercapai..benda baik ni selalunya mudah dan cepat…

  Atuk called…emm…bagitahu yang server kat opis dia tak ok..sebab tu dia dah lama tak hantar
  email..pudin called jugak…bagitahu yang dia terlibat dengan kemalangan….bahu dia
  patah…kesian budak tu…dia kata doktor bagi dia cuti dua bulan…semoga cepat sembuh…lama tak
  bercerita dengan dia..salleh call ajak lunch…tapi malangnya masa tu aku tengah lunch ngan
  vendor..lain kali yek salleh…

  Tak ada cerita menarik yang berlaku..hari ni berlalu dengan tenang sekali…tapi hari ni tak dapat
  call…dan tak boleh call…kenapa ekkk….agaknya server kat sana problem…

  Hari Ahad ni kawan-kawan nak datang main tennis kat rumah aku…dan diorang suruh aku masak
  nasi lemak untuk breakfast haritu…emm…boleh lah…dengan syarat sarah kena tolong I…tennis
  start 7.30..so aku kena book court petang ni…kalau tidak emmm tak dapat main lah jawabnya…

  [edit]

  [2/15/2001 8:19:03 AM | Teja ]

  14 February 2001

  Balik kerja semalam dengan hati yang girang…sampai rumah terus solat asar…abis solat tengok
  tv..kepala asyik teringat nak call abang…aku dah janji nak call malam sebenarnya….zah
  sampai..ina pun sampai dan tina pun sampai…tina tido rumah aku malam tadi…tak leh nak
  concentrate on tv..aku capai telefon dan call abang..tak sabar nak tunggu malam…3 kali tengah
  cakap phone terputus…setengah jam bersembang ..akhirnya terputus dan aku tak boleh call
  lagi…sebenarnya kami tak boleh cakap lama…sebab abang masih kat hospital..

  Makan roti dengan kari ayam…sementara menanti maghrib…sembahyang maghrib mengaji dan
  tunggu Isyak…lepas tu tengok tv..tengok pencalonan untuk OSCAR..then..sambung pula tengok
  cerita hantu…ina jerit-jerit..memang seram cerita hantu tu…

  Tina study for hari ni nya course kat Uniten…aku dengan Is bersembang…Ina study for her
  assigment ...tina dah break off dengan boifren dia….kesian kat Tina…sorry tina..hopefully you
  tabah…lelaki datang dan pergi sesuka hati…refer untuk kes tina….mungkin boleh pakai falsafah
  ni….dalam perjalanan mencari insan yang pasti untuk kita…seseorang itu harus tempuhi
  berbagai-bagai insan separuh pasti (yang sometimes kita rasa sangat pasti tapi sebenarnya tidak
  pasti jugak..then..we get another one..until kita jumpa yang betul-betul tepat untuk diri
  kita)…During that session kita dapat pengalaman dan pelajaran..so that kita belajar supaya
  kesilapan yang sama tidak berlaku pada insan yang pasti akan hidup bersama kita dunia dan
  akhirat…inilah hidup…hidup ibarat roda..adakala kita gembira..adakalanya kita berduka..…so kita
  kena sentiasa bersedia dan beringat

  Hari ni valentine's day kan…selamat menyambut valentine's kat semua orang yang
  menyambutnya…aku tak sambut pun tapi abang wish me happy valentine's day dari jauh...aku
  ucapkan terima kasih sebab dia hargai aku…dan aku wish juga benda yang sama..sebenarnya
  velentine's aku untuk dia hari-hari..dia yang tak tahu sebab aku tak bagitahu,,,.kat tv pagi tadi
  Ustazah Masyitah pesan..setakat nak ucap selamat menyambut valentine's tak salah..tapi remaja
  Islam diingatkan jangan meraikan valentine's sehingga melampaui batas-batas
  agama..faham-fahamlah sendiri..maksud melampaui batas..dan hukum ALLAH...semua dah
  besar dan boleh fikir…

  Emm..petang ini nak gi klinik..nak ambil inhaler dan juga ubat sakit kepala…site anas masih tak
  leh masuk…thanks kak max..

[2/16/2001 4:15:44 PM | Teja ]
  Biarlah apa yang orang tu nak kata nak tulis kat dalam gesbok tu…nak kutuk..nak caci nak
  carut..suka hati dia lah…dia yang berdosa..aku dapat pahala..yahooooo..terima kasih…sebab bagi
  pahala free kat aku…biar ALLAH saja yang balas apa yang dia buat…aku tak amik kisah pun…tak
  marah tak geram.. tapi masa mula baca tu sakit hati jugak sikit…apalah yang dia dengki kan
  sangat dengan hidup aku ni kan..ini mesti kes PHD le tu..(perasaan hasad dengki)..dengki
  dengan boifren orang..hish tak tentu pasal aje dia tu…emm..belum tentu dapat minta maaf
  dengan boifren aku…

  Tak payah nak komen banyak pasal mr untouchable yang tak best dan kurang pendidikan
  tu…Well…pada kak max, kak aquil ngan sera..terima kasih…dengan sokongan padu lagi
  jitu….hah..siap nak cilikan mulut budak tu lagi…aku dah trace IP address dia..emm..nampak
  macam IP orang yang biasa baca journal ni…tapi tak kisah le tu…bak kata sera bukan dia yang
  bagi aku makan..dan komen dia sedikit pun tak menggugat kedudukan aku…malah bagi
  semangat lagi untuk jadi yang lebih baik..

  Macam manalah aku boleh lupa hari..semalam agak kelam kabut sedikit…balik rumah..buat
  routine yang biasa..mandi..sembahyang...aku tak ingat semalam hari khamis..aku ingat kan hari
  rabu…lepas maghrib..aku lupa baca yaasin...aku dah makin tua…tu yang jadi pelupa…sampai hari
  pun dah lupa..sebenarnya semalam aku rasa berdebar-debar dan tak sedap hati…itu yang tak
  bestnya…malam pun masih juga rasa risau..aku call..tapi tak dapat that's the sign…might be
  something wrong..pukul 5.00 pagi aku terjaga…tina kat depan tengah sembahyang,…memang
  janji nak bangun tengah malam tapi aku terlajak sampai pukul 5.00..mata tak kejutkan aku
  pukul 3.00..

  Pagi tadi on the way nak ke opis..aku nampak accident..kesian kat adik tu..motor ayah dia kena
  langgar ngan kete..adik tu yang jatuh…tapi tak teruk rasanya..sampai opis..check email…dapat
  email agak menyedihkan dari adik..aku cuba berlagak cool…tapi aku nangis jugak…tuhan tabah
  kan hati aku terima berita ini…aku called fadhil saja nak get his opinion.. InsyaALLAH semuanya
  akan ok…aku doa banyak-banyak…satu lagi dugaan yang harus aku tempuh …jika itu yang sudah
  ALLAH takdirkan aku redha dengan perjalanan hidup aku ini…

  Patutkah aku fikir begini…jika itu lah yang terbaik..maka ya ALLAH aku redha…tapi jika
  sebaliknya pula yang terbaik..syukur alhamdulillah…orang tidak rasa apa yang aku rasa sebab
  aku dengan orang tak sama.. apa yang aku alami tak sama apa dengan orang lain hadapi…orang
  hanya melihat, mendengar dan bersimpati… dan orang tidak tahu apa yang aku fikir..yang
  penting apa yang aku buat adalah yang terbaik untuk diri aku…masalah dan dugaan adalah
  lumrah kehidupan tidak perlu melenting atau terlalu tertekan dalam menghadapinya…sebaiknya
  sesuatu itu harus dihadapi dengan tabah dan tenang…namun setabah mana hati ini mampu
  bertahan…wallahualam..

  Teringat petikan email abang uzek..sedikit sebanyak memberi kekuatan pada diri ini..anyway
  nak sedih sampai keluar air mata darah pun tidak akan dapat mengubah apa-apa…lebih
  baik..berdoa..minta tolong dengan ALLAH..rasa macam berat..tapi sebenarnya kat luar sana
  banyak lagi orang yang terima dugaan yang lebih besar..bersyukur dengan diri kita pada hari
  ini…alhamdulillah…
 

  Sabtu - 17 February 2001

  Aku tak kerja tapi aku kena gi opis…ada vendor nak datang sebab nak ukur computer
  room…janji ngan diorang pukul 10.00…pagi tu aku bangun awal..aku kemas rumah aku basuh
  baju..aku tengok..kat dalam bilik semuanya macam serabut…kepala aku memang tengah
  serabut..aku nak hilangkan tension aku mengemas..aku mulakan projek..aku alihkan almari
  aku….aku tarik almari linda..aku ubah…aku angkat katil..aku kemas…aku tarik katil besar…semua
  aku buat sorang-sorang…aku sapu bilik yang penuh dengan habuk…aku pening tengok keadaan
  bilik yang sama…9.30 kerja aku tak siap lagi…tengah seronok berkemas tiba-tiba cermin almari
  aku jatuh dan pecah…aku kemas kaca-kaca yang berterabur…kaki aku berdarah…tangan aku
  luka terkena serpihan kaca-kaca yang halus..aku biarkan darah tu…aku terus kemas…9.45 aku
  bersiap untuk ke opis…bilik baru separuh berkemas..sampai opis lambat 10 minit… vendor dah
  sampai…terus buat kerja…lari sekejap..check email…boring…abis ukur..aku balik

  Pukul 11.30 keluar opis..aku isi minyak..singgah TMC..singgah rumah moklong..diorang tak ada
  sebab tido kat bukit beruntung….terus drive balik..tiba-tiba aku rasa nak masak…dah lama aku
  tak memasak..singgah life style..aku beli sayur beli ikan…sampai rumah aku masak..abis masak
  sambung kemas bilik dengan za..Is balik opis..kami makan….sembahyang…lepak tu tengok
  tv..tunggu ogy..

  Petang ogy sampai..lepas maghrib kami keluar pergi midvalley..nak beli bahan untuk masak nasi
  lemak esoknya..abis membeli belah…kami gi makan pizza…"akak tak risau ke kak' ogy tanya
  aku masa kami tengah makan..
 

  Ahad -18 February 2001

  6.15 aku bangun solat subuh dan terus siap-siap kan bahan untuk masak nasi lemak…mula-mula
  aku buat nasi goreng…sebab ada banyak nasi lebih semalam…lepas tu aku siang ayam…mesin
  cili..aku masak sambal nasi lemak..lepas tu aku masak nasi lemak…ogy tolong apa yang
  patut…dan aku minta Is tolong gorengkan ayam…7.45 kerja aku siap…aku bersiap untuk tunggu
  diorang….pagi tu kereta linda pancit..kesian kat minah tu…aku tolong sekejap tapi aku pun tak
  tahu macam mana nak tukar tayar kereta..at last ada sorang chinese man ni bantu
  dia….kawan-kawan sampai pukul 8.30..kami start main tennis hingga 10.30….pehh dah lama tak
  main rasa seronok sebab dapat berpeluh…

  abis main tennis…diorang breakfast…then lepak dan balik…tak laratnya…mandi dan melepak…kak
  ju ngan abang zul ngan kak ijam datang sebab nak makan nasi lemak..aku memang masak
  banyak… saja… kononnya nak keluar tengahari..tapi aku keletihan…plan nak gi tengok hoki pun
  tak jadi..akhirnya kami keluar dalam pukul 3.00..pergi sunway pyramid..ogy nak cari
  hadiah…aku just nak jalan-jalan lama tak pergi sana….lepas tu kami pergi plak the summit..puas
  merayau walaupun agak keletihan…

  malam tengok cerita perempuan isteri dan dot..dot..dot..pukul 9.00 ogy balik..aku masuk bilik
  sembahyang ngaji.. sembahyang sunat…dan aku…tiba-tiba hilang dengan diri aku..aku menangis
  banyak-banyak…aku nampak something masa kau tengah sujud..mungkin sebab aku terlalu
  memikir..sebab aku tak ingat benda lain..aku .nangis nangis sampai aku tak hirau kan zah kat
  dalam bilik sampai is tak tahu nak buat apa..aku nangis tersesak-esak…Is pujuk aku..tapi aku
  tak leh tahan..aku rasa nak menangis sepuas-puasnya…lama lepas tu dah redha aku baca
  yaasin…aku rasa lega sangat aku rasa semuanya aku dah buang bersama airmata
  aku…keesokkan harinya aku pergi opis dengan mata yang bengkak dan kepala yang berat…
 

  Isnin - 19 February 2001

  Aku masuk opis…hantar email pada adik…rasa ada yang tak kena..pergi breakfast..terus ke
  despensari..aku dapat MC…aduh..aku rasa nak berguling dengan kesakitan ini…tak tahan
  bisanya…pukul 10.00 aku sampai rumah…tukar baju..aku tidor kat depan…linda ada dalam
  bilik…dia sakit jugak…pening kepala….dan dapat mc…sambil beralaskan tuala..aku meletakkan
  iron kat perut….hish…perkara biasa bagi aku..tapi dah lama tak kena serangan yang begini
  teruk…aku telan ponstan dua biji…masih tak lega..aku minum air…akhirnya aku tertidur dalam
  keadaan merekot…bergulung seperti orang kesejukan…menahan kesakitan…

  Sedar-sedar dah pukul 5.00…aku memang saja nak bangun lambat supaya tak sakit…tapi perut
  aku masih sakit…aku telan lagi sebiji ponstan….rasa boringnya..Is ambil halfday kesian pada aku
  agaknya…thanks Is..bangun basuh muka..makan roti…rasa boring sangat..aku nak keluar tapi
  tiada arah tujuan…akhirnya aku melepak tengok tv..Carrie 2..boringnya…tak tahu nak buat
  apa….

[2/21/2001 4:43:52 PM | Teja ]
  Aku fikir baik aku cerita tentang borak kosong aku dengan pijah pasal lelaki idaman
  dia..emm…pijah kata dia kalau nak cari lelaki untuk jadi boifren dia kenalah mamat tu sangat
  teror berbahasa english..syarat paling utama…dan wajib..lepas tu gigi mamat tadi kena sentiasa
  putih dan kukunya sentiasa pendek…mamat tu kena segak dan kemas..aku gelak jugak dengan
  ciri-ciri lelaki idaman dia tu…nampak lucu tapi citarasa manausia berbeza..emm dia kata nak
  lelaki yang putih handsome dan nampak educated…aku berbahas dengan pijah…lama kami
  berborak kat telefon…kadang-kadang kenyataan pijah pasal kawin buat aku sakit hati..dia kata
  dia tak kisah kalau dia tak kawin…dia tak rasa susah…aku rasa dia cakap besar…dia belum
  merasaai saat itu….dia kata selagi tak dapat lelaki macam dia nak selagi tu dia tak kawin…dan
  aku kata aku akan tunggu dan teringin sekali nak tengok bakal suami dia..kami gelak…kesian
  boifren ko pijah..

  Bagi aku ini semua soal jodoh..urusan ALLAH..kita boleh berusaha untuk dapatkan yang terbaik
  tapi kita memang tak akan dapat yang sempurna…semua orang inginkan kesempurnaan…tapi
  ingat tidak ada manusia yang sempurna kawan tak ada yang perfect..dan kita kena terima
  kekurangan yang ada pada setiap orang..aku kata kat pijah..kalau kita nak cari orang yang
  sempurna kita pun kenalah ada usaha untuk sempurnakan diri kita dulu…ini tidak kalau kita ni
  pun tak tahu nak menghias diri..tak tahu nak menjaga bodi..tapi nak kan lelaki yang ala-ala
  pierce brosnon gitu..emm ingat orang camtu nak pandang ke…lain lah kalau kita ni macam
  kharisma kapoor ke..cindy crowford ke..aswaryrai muka cun abis…body pun cun giller…memang
  le perfect di mata lelaki..secara luaran dan bonusnya sahaja…

  Aku kata lagi…ALLAH jadikan manusia berpasang-pasangan sebenarnya adalah sebagai
  pelengkap antara satu sama lain…emm…kita ada kekurangan dan dia pun ada kekurangan jadi
  bila dimatch kan maka kekurangan –kekurangan tadi dapat kita tutup dengan kelebihan dari
  kedua-dua pihak…sebenarnya kekurangan yang sepatutnya kita ambil perhatian adalah dari segi
  sikap..perangai dan tingkah laku…bukannya faktor-faktor fizikal yang tak kekal lama…yang
  cantik boleh jadi hodoh yang muda jadi tua..yang sihat jadi sakit…yang sempurna boleh jadi
  cacat...semuanya boleh berubah sekelip mata..tapi sikap..perangai tingkah laku..adalah sifat
  semulajadi adalah perkara yang sama yang akan kita bawa selagi hayat kita…itu lah yang kita
  kena fikir….

  Setiap orang memang ada ciri-ciri khas lelaki idaman mereka..aku tak salahkan pijah…itu hak
  dia..macam aku jugak..aku meletakkan status akedemik sebagai perkara utama..bukan sebab
  aku memandang rendah pada mana-mana pihak tetapi aku rasa lebih selamat dalam banyak
  aspek..family,future,financial…sama ada yang sama level atau lebih tinggi…lepas tu aku akan
  tengok background pendidikan agamanya sekurang-kurangnya...syarat paling utama..ialah dia
  mesti jenis yang sembahyang sebab itu adalah perkara asas dan perkara pokok selebihnya
  terpulang dan boleh dipelajari …lepas tu recce le family background..sebab bila nak kawin kita
  kena kawin dengan semua kaum keluarga dia sekali…rupa dan fizikal tu biar lah sedap mata
  memandang tapi kalau dapat yang extra tu alhamdulillah…itu aku kira sebagai bonus.

  Tidak perlu terlalu remeh dalam mencari pasangan hidup..jangan kita kecil kan sudut pandangan
  kita terhadap orang…don’t under estimate people..bila ada satu kekurangan terus tak
  terima…bagilah peluang dahulu..setiap perhubungan yang kita jalinkan kenalah ada matlamat
  dan tujuan bila kita letakkan sesuatu ciri dalam memilih pasangan hidup..kadang-kadang yang
  kita nak itu lah yang kita tak dapat..sebaliknya yang tak nak pulak menjadi milik kita…kalau
  sudah jodoh terimalah dengan hati terbuka dan redha dengan apa yang ada..yang penting
  masing-masing kenalah terima kekurangan dan kelebihan yang ada…

  Kebahagiaan tidak terletak pada kecantikan dan kekayaan semata-mata…tapi terletak pada
  keikhlasan hati menerima pasangan kita dengan seadaanya dan kita menghargai dirinya dengan
  sebaik mungkin..
 

[2/22/2001 5:04:52 PM | Teja ]
  Training netball dah start semalam abis sakit-sakit badan aku dibuatnya…so mulai minggu ni
  maka setiap petang rabu dan jumaat aku ada latihan..tadi kak devi called..dia kata this Saturday
  ada satu game dan dia minta aku main…emm…at last aku confirm…yang aku akan main this
  Saturday..aku akan gi hantar makwe sabtu ni kat kelana Jaya…makwe kena ada kat sana 8.30
  pagi..so aku rasa paling lewat pukul 10.00 aku dah boleh ada kat opis…sebenarnya aku kerja
  hari sabtu ni…aku dah minta dengan boss untuk swap last weeknya sabtu tapi boss tak bagi…dia
  benarkan aku kelaur kejap..tapi pun sabtu lepas kan aku kena datang opis gak pasal vendor tu
  nak ukur komputer room..so kira dah bayar le masa kerja aku untuk sabtu ni…game netball tu
  petang dan diadakan di kelang..emm masa untuk menggelapkan kulit….arrgghh…dah lama tak
  berpanas…lama dah kami tak ada training..so seronok le aku membelai kulit yang dah
  cerah..lepas ni...emm jadi lah gelap semula…

  Emm..tadi boss bagi aku duit RM50..dia kata itu sebagai hadiah birthday dari dia..isk..belum
  lagi..hari ahad ni baru birthday aku…anyway terima kasih..semoga boss murah rezeki..boss kasi
  aku amik..walau pun segan dan tersipu-sipu….tapi aku terima juga…orang nak hadiah
  le..emm..mesti birthday tahun ni tak ada hadiah spesel..abang tak ada kat sini..emm.kalau
  abang ada kat sini mesti best..I wish he was here..harap-harap malam ahad nanti dapat le
  panggilan dari abang..harap sahaja..semoga abang cepat sembuh..

  hadiah dari Is adalah..emm..ngan kengkawan…hadiah spesel tak de…itu la boss aku..kekadang
  aku kutuk dia..kekadang puji dia..tapi dia selalu cakap yang aku ni tahan hati..kena jerkah kena
  jerit kena marah tapi aku tetap macam diri aku..bila aku deal ngan dia aku hormat dia sebab dia
  boss aku tak de lah aku nak berdendam atau sakit hati dengan dia..sebab aku tahu perangai
  semula jadi dia memang macam tu…orang macam tu memang kita tak boleh amik hati..kalau
  kita layan hati kita yang sakit nanti… tapi kalau bukan calang-calang orang memang tak akan
  tahan dengan style boss aku yang kasar dan cakap lepas tu…suara dia kalau jerit kat depan..kat
  belakang..satu opis boleh dengar…kekadang tu aku melawan jugak.. heehh..bila aku dah tak
  tahan sangat dengan kerenah dia tu…

  Baru abis jamuan ni tadi..ada bihun ngan kek ngn karipap..tapi aku makan karipap aje..sampai 3
  keping plak tu…lapor sebenarnya…dari pagi tadi makan sikit aje…emm jamuan haji oleh ex-ketua
  jabatan ni dulu…emm…baguslah moga dia dapat haji yang mabrur…oh ya hari ni dapat
  handphone baru..opis yang kasi..maka lepas ni kita boleh le bergaya ngan henpon baru
  kita…nokia 3310…emm kalau nak beli sendiri mau 6 atau 7 ratus harganya…henpon yang lama ni
  cadangnya nak kasi kat ayah tapi tak tahu laha ayh nak ke tak..sebab dulu aku pernah offer
  untuk belikan ayah henpon tapi ayah tak nak..dia kata nak buat apa…lagi pun tak ada siapa yang
  dia nak call…

  Emm..selamat pakai henpon baru…besssnyeeerr

[2/26/2001 9:57:33 AM | Teja ]
  Terima kasih kat kawan-kawan yang ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran pada aku…yang
  sanggup tepon pukul 1.30 pagi.walaupun tengah sibuk study untuk simulation...yang tetiba call
  setelah lama menyepi hanya untuk ucapkan happy birthday…thanks hafiz..walaupun member
  busy ngan study but still…ingat.. yang hantar virual kad..yang sanggup teman aku keluar…yang
  belanja aku main bowling..yang hantar email..yang sign gesbook….thanks to all of you…I love
  you…..semoga ALLAH memberkati kalian..

  Tak nak fikir dah…birthday aku dah berlalu..hari ni genap umur aku 26 tahun satu hari..
  alhamdulillah.. syukur sebab aku masih diberi peluang untuk hidup…*moral* jadilah manusia
  yang sentiasa bersyukur… aku dah tua kan..makin hari usia semakin bertambah…tapi kenapa
  masih tak sedar perubahan itu…sebagai diri sendiri aku tidak sedar sebarang perubahan yang
  dah berlaku pada diri aku…tahu-tahu aje aku dah jadi macam ni…

  Dulu rasanya aku ni cute aje..ntah bila agaknya aku membesar..dan terasa rugi sebab tidak
  dapat mengamati pembesaran diri yang berlaku secara perlahan-lahan tu…alangkah bessnyer
  kalau kita ada kamera yang dapat merakamkan setiap perubahan yang berlaku dalam diri
  kita..so kita boleh tengok semula macam mana jari-jari kita yang halus dan kecik satu ketika
  dahulu menjadi besar…macam mana kita yang pendek dah jadi tinggi…macam mana tiba-tiba
  kita jadi sebesar ini….

  Aku sudah cukup dewasa dan cukup matang untuk membuat keputusan…itu yang paling aku
  takut…takut tersalah membuat keputusan….takut tersilap dan memusnahkan masa depan
  sendiri…dulu masa kecik-kecik nak keluar nak beli itu ini semuanya perlu minta kebenaran mak
  dan ayah..semua perkara adalah tanggungjawab mak dan ayah….aku tak perlu fikir apa..yang
  aku tahu bila aku inginkan sesuatu aku perlu minta…tapi sekarang segalanya telah
  berubah..semua keputusan datangnya dari aku…setiap keputusan yang aku ingin ambil akan
  dipertanggungjawabkan pada aku juga…semua benda yang aku nak aku kena cari
  sendiri…betapa susahnya hidup sebagai seorang dewasa ini kan.kenapa tak selamanya kita jadi
  kanak-kanak…tak perlu fikir untuk cari duit..tak perlu fikir untuk kawin..tak perlu dibebabkan
  dengan soalan killer….dan yan penting tak perlu nak buat keputusan untuk masa depan dan juga
  keputusan untuk memilih halatuju masa depan sendiri..

  Tapi sampai bila dan selama mana aku harus takut…semua manusia akan mengalami peredaran
  hidup dan perubahan diri yang sama…yang kecik jadi besar,..yang muda jadi tua…yang hidup
  akan mati..so hadapi semua itu dengan cara yang terbaik dan tersendiri..azam aku tahun ni…aku
  akan settlekan diri aku tahun ini jugak…insyaALLAH…aku nak tamatkan zaman bujang tahun
  ini…semoga ALLAH permudahkan urusan aku….lepas tu aku nak beli rumah….aku tidak boleh beli
  rumah selagi mission aku untuk kawin tak selesai lepas tu aku nak tunaikan fardhu haji…semua
  perkara ini aku dah rancang 5 tahun lalu…mula-mula aku nak dapat kerja yang
  baik…alhamdulillah…dah dapat lepas tu aku nak beli kereta…yup..dah dapat dah…now ni akan
  menyusul mission yang ketiga dan seterusnya…serta mission-mission sampingan lain
  seperti…nak melancong seluruh dunia..kalau ada rezeki lebih…

  Cerita umur tak akan terhenti sehingga kita menghembuskan nafas terakhir..so selamat maju
  jaya kepada semua umat manusia…dan jangan persia-sia usia yang ALLAH bagi pada
  kita….gunalan sebaik mungkin untuk manfaat diri kita dunia dan akhirat….amin….

[2/27/2001 3:55:57 PM | Teja ]

  Scene one take one…action!!!

  Sekejap tadi perasaan tu datang lagi..perasaan yang aku tak suka..aku rasa tertekan…hati
  berdebar-debar…rasa nak marah…rasa tension…dia datang secara tiba-tiba dan aku tak suka
  kehadirannya…instict aku terlalu kuat..kenapa kebelakangan ini aku terlalu murung…terlalu jauh
  dari diri aku sendiri…aku nak buang rasa itu sejauh mungkin…aku tak nak rasa sedih aku tak
  mahu memendam rasa..aku pun ingin bahagia..aku pun nak gembira juga seperti insan lain..tapi
  kebahagiaan aku belum muncul lagi..ia masih tak tiba sehingga hari ini…atau aku mungkin perlu
  berjalan lebih jauh untuk mencari kebahagiaan itu…dimanakah dikau???

  aku kini bukan seperti diri aku yang dulu…jauh bezanya dengan yang mereka kenal..kenapa aku
  berubah..kenapa tiba-tiba aku jadi seorang yang tidak periang… seorang yang lebih suka
  mengasingkan diri dari bergembira…seorang yang routinenya telah berubah sama
  sekali..kenapa…sungguh pelik diri aku…aku rindukan suasana ketika aku bersama
  kawan-kawan…ramai-ramai tengok wayang…ramai-ramai supper di bangsar…ramai-ramai ke ulu
  yam…ramai-ramai bergelimpangan ditengah rumah sambil menonton cd..ramai-ramai
  kesana-kemari...tapi sekarang semua itu sudah lenyap..zaman itu sudah berakhir…berakhir
  bersama haluan masing-masing….itu cerita hati aku..

  ***************** cut**************************

  Scene one take two…action!!

  Alah lupa nak bagitahu kat korang…hari sabtu lepas aku main netball..kami jadi
  johan…heeehh..sungguh teror kami bermain bolajaring sehingga menjadi johan..hadiahnya
  trofilah sahaja..sungguh tak menarik..tapi itulah yang tak bestnya kalau main netball kat
  luar…sebab hadiahnya tak selumayan kalau main netball untuk games TNB…setakat trofi dan
  wang tunai..emm…kalau tnb yang anjurkan selalu hadiahnya adalah berbentuk barangan elektrik
  atau perlatan sukan…heehh..aku dah banyak mengumpul hadiah sejak mula menceburkan diri di
  arena netball kat sini…besss....antaranya beg puma, blender national, hair dryer, seluar admiral,
  beg balik kampung adidas…sungguh bess kalau kita main dan menang dan dapat hadiah…kalau
  setakat t-shirt dan kasut sponsor tu perkara biasa…

  Heeehh..best sekali..main pada hari sabtu lepas..emm..sudah lama tidak berlatih tapi aku main
  dengan begitu bergaya…harap kan skill lama yang masih belum diasah tu..cewah..angkat
  bakul..lagipun haritu shooting ball semua menjadi…dan emm memang best sekali kalau kita
  shoot semua bola berlumba-lumba nak masuk dalam gelung tu…rasa macam teror..heeehh…

  MSKWP akan bermula pada bulan April ini..maka dalam sebulan ini kami akan bekerja
  keras..berlatih bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kejuaraan tahun lalu..tahun lepas kami
  tewaskan POS Malaysia semasa di peringkat akhir..dan perlawanan pada hari itu sangat sengit…

  **************************cut********************************

  Scene one take three!!!

  Malam tadi tayar kereta aku dipancitkan…hish sakit betul hati..aku tahu itu angkara
  siapa..semuanya kerja mereka…aku tahu…kereta linda pun kena pancit angkara mereka..kereta
  waja yang kat depan kereta aku tu pun pancit sebab dia…segelintir orang yang tak
  bertanggungjawab tu…hish..geramnya…aku bengang…turn aku masuk parking tapi zah tak
  keluarkan kereta dia..so aku letakkan kereta aku kat petak parking kosong tu…hanya untuk
  semalaman sahaja…kat petak yang memang tak ada orang…aku memang spot petak tu kalau
  emergency..kalau hari hujan…tapi malangnya kereta aku jadi mangsa…hanya kerana aku tak
  letak kat petak parking aku…maka sesuka hati mereka mencucuk tayar aku…kenapa tak
  tinggalkan notis sahaja..sungguh jahat dan tak berhati perut…

  selama ni tak kisah pun..tak ada apa-apa pun..kenapa sekarang baru jadi macam ni…dan hafiz
  boifren zah yang jadi mangsa tolong tukarkan tayar kereta aku malam tadi…berpeluh-peluh
  mamat tu membuka tayar kereta aku tu…sian kat wira..dioarang dengki kat wira…nantilah aku
  akan laporkan kes ni kat building mgmt..biar dia amik tindakan kat orang-orang yang tak berhati
  perut tu…berhentikan terus dari situ pun tak apa..aku kenal mereka..aku tahu siapa yang punye
  kerja..lepas tukar tayar aku ke petrol pump dan memang sah..tayar wira aku dicucuk dengan
  besi tajam..

  Balik tu aku berhenti di guard house..aku benci dengan si botak yang perut buncit tu..kerja
  dia..aku tahu…aku sangat pasti… aku komplen kat abang india yang baik tu..aku kata aku
  bengang mamat tu sesuka hati bocorkan tayar aku..dia kata ada 3 kereta dari rumah aku kat
  atas tu…aku bantah aku kata mana ada…hanya kereta aku ngan kereta zah sahaja…dua kereta
  dibenarkan untuk satu rumah…aku tak marah abang tu aku tahu dia baik..dia selalu tolong
  kitaorang…tapi aku geram..bak kata pepatah..kerana nila setitik habis susu sebelanga…seekor
  kerbau buncit yang botak bawa lumpur habis semua kerbau cute terpalit…

  ******************************cut**********************************************

[2/28/2001 11:01:14 AM | Teja ]
  Realiti 1

  Aku sedikit blur bila aku dapat email adik pagi tadi..tak mampu nak buat apa..sekadar
  mengalirkan air mata membaca satu persatu perkataan yang tertera di screen
  monitor..menghayati setiap butir cerita yang adik cuba sampaikan pada aku…abang masih
  seperti yag adik cerita pada email terakhirnya….masih belum sedar lagi...adik dan abang akan
  berangkat ke london pada 2/3/2001 ni hari Jumaat ni ..kata adik instrument kat sana lebih
  canggih mungkin dapat membantu abang…pesan adik dan mama didalam email sedikit memberi
  kekuatan yang tersendiri pada aku….tabahkan hati aku ya ALLAH..

  Aku merenung Is dengan linangan airmata…tak terbendung rasa sedih walaupun aku cuba
  berlagak biasa..aku teringat pada abang…kesian kat abang…Rezal called…cuba menenangkan
  aku…aku rasa tenang sebenarnya tapi aku sedih..thanks rezal..sebab memberi kata dua untuk
  menyedapkan hati aku…naluri wanita memang suka mengalirkan air mata..sebenarnya aku tidak
  begitu..tapi aku tewas dengan keadaan seperti ini.. ini perjalanan hidup aku hari
  ini..alhamdulillah…semoga semuanya selamat dan berjaya…aku doa sangat abang cepat
  sembuh….

  Malam tadi pukul 12.00 malam aku dikejutkan…aku tidur awal…lepas ajar linda math..aku
  baring-baring dan terlelap…aku memang nak bangun…dua kali aku terjaga tapi masih awal…aku
  wuduk dan sembahyang…baca yaasin dan mengaji..aku minta sangat agar ALLAH sembuhkan
  abang dengan segera…aku tak ada cara lain lagi…ini sahaja yang mampu aku sumbangkan buat
  abang…ALLAH sahaja tempat aku untuk meminta…minta dan terus meminta setiap hari…semoga
  ALLAH memakbulkan permintaan aku..
  …………………

  Kisah semalam

  Seharian aku sibuk dengan meeting…abis meeting aku siap kan kerja-kerja yang patut…aku
  called Izaidi&Co…aku call TNP…aku settlekan tentang presentation untuk hari Jumaat ini..kerja
  aku banyak sebenarnya…kerja sehingga minggu raya haji…tengahari aku stay kat opis..terasa
  malas untuk keluar..lagipun tak ada mood..perasaan tu kejap datang kejap pergi perasaan yang
  pelik tu….hish aku takut dengan perasaan tu sebab ia memberi aku instict yang tidak baik…dan
  mungkin secara kebetulan…setiap kali aku rasa mesti aku akan dapat berita
  buruk…nau'zubillah..semoga di jauhkan ALLAH..

  Lepas opis semalam aku ngan Is gi makan pizza kat bangsar..tiba-tiba saja terasa nak makan
  pizza…nikmat sekali dapat makan pizza…heeehh…tapi tak boleh diamalkan selalu..tak baik untuk
  kesihatan…emm anyway abis jugak pizza tu aku kerjakan dengan Is…tayar si wira yang bocor tu
  aku belum tampal lagi..ada kat dalam bonet…emm Is kata kedai uncle yang kat petronas tu dah
  tutup sebab petronas tu tengah buat renovation..biar lah dulu…tapi aku kena tampal tayar tu
  sebab hari jumaat ni aku nak balik kampung…bess nak balik kampung berhari raya haji…aku
  amik cuti hari isnin tu..balik rumah bolehlah aku rileks dan duduk di tepi pantai sambil
  merehatkan fikiran.

  Bulan ni roadtax kereta mati…mati pada 12 Mac 2001…maka terpaksalah aku korbankan duit
  simpanan untuk bayar roadtax dan insuran..aku memang simpan siap-siap…aku tahu..kalau tak
  mana aku nak amik duit….aku dah calculate rasanya dalam RM1300…bukan senang nak pakai
  keretakan..nak maintain nak hias..nak bayar roadtax…time-time macam ni baru le terasa
  peritnya…tapi tak apa setahun sekali aje..yang penting aku jaga kereta aku baik-baik dan wira
  akan bawa aku dengan selamat ke mana saja aku nak pergi..sayang kat wira…