Niat tu memang ada tapi cam tak sampai hati..aku rasa nak berhenti tulis jenel..tapi aku tak sampai hati..cam arini aku memang tak nak tulis sebenarnya sebab aku nak latih diri pelan-pelan benti tulis jenel..secara perlahan-lahan supaya kesannya tidak terasa sangat...aku serius...aku mungkin akan ikut jejak anas...dah lama aku fikirkan tentang perkara ini...biarlah..dunia jenel semakin hari semakin meriah..kehadiran ramai penulis penulis baru cukup membuatkan hati aku bangga..aku bangga jadi salah seorang dari geng jenel...aku hanya sebahagian dari watak-watak pioneer dunia jenel ni...seangkatan dengan kak max, kak aquil, ed, ika, sera, rudy, mat jan, nett, awen, zairi, pka, saharil, cik daun dan ramai lagi yang tak mampu nak aku senaraikan...mungkin sebab aku rasa kerja aku yang makin banyak..aku perlu lebih komited..lagipun masa makin hari makin pantas pulak rasanya...
Kadang-kadang buntu..kerana aku perlukan jenel ini untuk meluahkan rasa...untuk melepaskan segala yang terbuku dihati...apa yang perlu aku lakukan...perlukan aku pengsan seketika seperti fajar..atau perlukan aku menjadi choc fudge macam kak aquil atau mungkin aku perlu terus padam seperti anas...tidak ada masalah yang melanda cuma kadangkala aku terfikir....suatu masa aku berangan untuk menulis jenel ini sehingga hari tua...kerana jenel ini adalah aset aku yang amat berharga...suka duka kehidupan untuk aku tatap dan ceritakan kepada anak cucu di hari tua...tapi adakah angan-angan itu akan musnah bersama perasaan ini...kerana waktu ini dan ketika ini aku hanya terfikir untuk berhenti menulis...seketika atau selamanya...
Dunia
belum berakhir...bila kau putuskan aku....argghhh biarkan aku bersendirian..melayan
kepala yang sudah haru biru..hanya kerana sebuah ketakutan...hanya kerana
sebuah kerisauan yang tak kunjung padam.....mampukah aku menghadapinya...Ya
ALLAH sesungguhnya aku terlalu gementar dan takut untuk menghadapi situasi
itu....berikan lah aku kekuatan dan ketenangan....amin..
3/12/01
- 11.17 a.m
04 Dec 2001
Selamat berpuasa Azira..selamat melalui bulan Ramadhan yang mulia ini...aku cakap kat diri aku...kau takut ye azira...aku faham perasaan kau...dalam bilik air pagi tadi aku termenung lagi...termenung..termenung termenung..sejak kebelakangan ni banyak perkara yang tak selesai bermain-main diruang fikiran ini...aku tak jadilah nak benti tulis jenel...hish aku terlalu sayang pada jenel ni...
Perlu ke fikir...aku tanya diri aku..memang kena fikir sebab inikan kehidupan engkau..hidup engkau masa depan engkau semua yang berkaitan dengan diri engkau dan ia melibatkan hidup mati engkau dan perjalanan hidup engkau seterusnya bukan kat dunia aje kat akhirat sekali..aku anguk akur dengan kata hati aku. Abis aku takut...aku takut kekecewaan..kecewa tu adat...yang penting kau dah berusaha...berdoa...sekarang bertawakal aje pada ALLAH..aku dapat sedikit kekuatan..hari-hari lepas sembahyang aku berdoa..sebelum tidor...tengah mengaji waktu azan...setiap masa aku berdoa..dan semalam aku dapat sedikit lagi kekuatan...<kekuatan + <kekuatan = banyak kekuatan...aku senyum sendiri tapi dalam hati tetap tidak tenteram.
Pagi tadi aku tak baca bismillah agaknya masa bawak kete..sebab tetiba aje masa dah parking kete kat opis aku teringat hish aku lupa baca bismillah..perkara yang aku buat setiap hari.. Aku bukak deshboard nak amik cermin mata..ada 3 keping voucher caltex. Aku termenung kejap..kenapa ayah tak guna voucher ni..kesian kat ayah dah lah dia kata tak de duit abis kenapa dia isi minyak kereta guna duit dia..aku dah kasi kat ayah voucher RM30 tu masa dia guna kete aku gi hospital kat kampung aritu... Aku siap pesan lagi ayah isi minyak kete orang kat caltex..orang dah letak voucher tu kat atas deshboard..rasa macam nak tepon ayah sekarang juga..hish..aku rasa bersalah tiba-tiba..
Aku sakit belakang..mak ngah kata aku terlalu pulun buat kuih raya...mak ngah pun kata aku dah nampak cengkung sikit..mungkin aku terlalu penat..en. khairul pun sakit belakang jugak tapi dia bukan buat kuih raya dia pulun naik motor pi umah mie...ada sesiapa nak beli kuih lidah buaya..sekampit hanya RM5..aku yang buat sendiri dan aku jual dan kali ni memang aku saja buat lebih dari permintaan yang aku dah dapat dari opismate aku..mungkin sedap tu sebab diorang tetap nak suruh jugak aku buat kuih tu...
Aku teringat
lagi..aku lupa baca bismillah masa aku duduk kat kosi pagi ni...apa dah
jadi dengan aku ni...perkara rutin pun boleh lupa...jangan makan kepala
ikan lagi..nanti lupa dan bodoh...hmmm aku senyum mengejek...teringat petang
semalam buka puasa ngan pak ngah dan mak ngah...emi nak kepala ikan ni...tanya
aku.."tak nak lah kak nanti emi bodoh" jawab budak 10 tahun tu..aku sengih...sejak
kecik aku makan kepala ikan..belum abis berangan mak ngah mencelah..."kak
zira makan kepala ikan sejak kecik mi..masuk gak sekolah sains...masuk
jugak universiti" aku senyum lagi...itu aku makan kepala ikan boleh jugak
masuk U...kalau aku tak makan kepala ikan hmm mungkin aku tak belajar kat
UUM..mungkin aku kat Oxford atau Havard..mungkin aku bukan system analyst..mungkin
aku seorang angkasawan atau mungkin aku seorang ahli ostronomi...syukur
aku makan kepala ikan..kalau tak tentu aku tension sekarang ni..tentu aku
keje best-best dan pressure...alhamdulillah...syukur dengan apa yang aku
ada pada hari ini...kepala ikan..memang kegemaran aku...haaahhh aku berangan
giller..
4/12/01
-8.27 a.m
05
Dec 2001
Tetiba
aje aku gatal nak sms kat dia...iyelah dia sms kat aku dah lama dulu tapi
aku tak balas...sebagai kawan aku tak nak dia kata aku sombong...berbalas
sms akhirnya dia ajak aku berbuka puasa sesama...ok lah apasalahnya kan..lagipun
dah setahun aku tak jumpa dia..dah setahun heeh bulan puasa jugak aku first
time jumpa..hmmm setahun yang pasal dia aku ada tulis kat dalam jenel ni...(cite
aku ngan dia ni panas masa aku ngan kak aquil pi jumpa ngan sera..masa
tu kami pi makan kat serdang...masa tu sera masih duduk di kg seri wangi...diorang
mesti ingat lagi apa sms yang mamat tu hantar malam tu..kalau diorang ingat
laa )
Kami pergi berbuka berlima aku, Is, dia kawan dia dan tunang kawan dia..as usual tempat favourite aku ayam golek pantai dalam...kami makan ikan kerapu 3 rasa, kailan goreng, ayam golek dan air untuk 5 orang hanya RM49++ aje..murahkan...aku bangun nak bayar sama-sama sebab kesianlah kan..aku kerja dia pun kerja so aku rasa better we share...tapi dia kata tak pe dia nak bayar...time kasih semoga murah rezeki...abis cite pasal dia...
Semalam aku pi amik hadiah yang aku dah menang dalam rancangan "Yang Mana Satu"..aku masuk episod keempat dan jadi johan...heehh kuiz tak glamer tentu ramai yang tak perasan dan tak pernah tonton rancangan ni lagipun kat TV1...tapi ntah camaner agaknya masa rancangan tu ditayangkan kat TV petang tu pehhh ramai pulak kawan-kawan aku yang tengok..ciss aku malu sendirian...ramai yang call termasuklah makcik-makcik aku..termasuklah morque yang kat sabah tu..yang dah lost contact ngan aku since keluar dari UUM...so baru semalam aku dapat hadiahnya iaitu...3 kotak (24 tin/kotak) aloe vera bersirap madu yang macam iklan kat dalam tv tu.."ooo aloe vera bersirap madu.."..pastu aku dapat 2 percutian...3 hari 2 malam satu kat Langkawi (kak Max tunnggu kedatangan saya) dan satu lagi kat pulau tioman....tapi voucher ni belum sampai lagi kat umah..dan ada satu hadiah lagi aku lupa...apa ekkk...pun belum dapat lagi sebab stok tak ada.
Macam
glamer...bila aku tengok semula aku kat dalam TV aritu rasa malunya..apasal
aku tersengeh-sengeh....ishh...tak boleh nak control langsung le...hmm
maklum laa orang kampung le katakan mana biasa dengan camera shooting camtu...hee
tapi AC Mizal memang tinggi dan sporting...nape dia bercerai ngan isteri
dia ekk...sian kawan Is tu....
5/12/2001
- 8.31 a.m
06
Dis 2001
Malas
lah nak tulis pasal diri aku tu..(aku dah tulis sekerat jalan) nampak macam
bagus sangat kau ni azira..astaghafirullahalazim...bila malam lailatul
Qadar akan tiba.. aku memantimu...Ya ALLAH semoga dapat aku berjumpa malam
yang penuh berkat itu(adakah aku ni layak untuk jumpa malam lailatul Qadar
itu..tepuk dada tanya selera)...malam tadi aku mengantuk sangat....lepas
terawih aku sudah tergolek tak sempat mengaji...pagi tadi lepas sunat dan
subuh aku hanya ngaji tiga muka aje..lepas tu dengan telekong aku
tergolek atas sejadah...sampai pukul 7.00..
Aku dah ubah hari cuti yang aku nak amik...mula-mula aku plan nak amik cuti raya 9 hari straight dari 15/12 sampai 1/1...lepas tu aku hitung kira campur tolak.aku hanya akan amik cuti 6 hari saja tapi lebih awal iaitu 14/12 sampai 25/12. Aku kesian kat mak...semalam aku called.. mak kata bukhari masih demam since aku balik dari kampung haritu...kesian kat adik aku.. Kalau aku balik petang sabtu (raya dijangkakan hari ahad) siapa nak anyam ketupat..siapa nak tolong mak masak rendang...siapa nak tolong mak kemas rumah...siapa nak pasang langsir nak tukar sarung kusyen...tak kan mak nak buat sengsorang..jahitan mak banyak lagi yang tak bersentuh..adik aku yang kecik pulak demam...adik-adik yang besar semua tak balik lagi..yang kat puchong tu aku tak tahu dia balik bila..yang kat UM pun tak tahu dia abis kuliah hari apa..yang kat politeknik pun tak tahu dia balik bila..tak pe la aku berkorban sikit..asalkan mak rasa senang hati bila aku balik awal nanti sudah cukup buat aku gembira..mesti ringan kerja mak.
Kadang-kadang aku kesian dekat mak sebab kami adik beradik yang dah besar ni semua dok jauh-jauh..tak dapat nak tolong mak sangat...semua mak nak kena buat sorang-sorang..kekadang aku dengar mak mengeluh..at least mak we selalu puji aku..mak kata kalau aku balik ringan sikit mak senang sikit dia nak buat keje lain..sebab ada orang buat kerja untuk dia...kalau adik aku yang nombor dua tu balik...hmmm..malas nak cakap..adik aku dah besar tapi mentallity dia tak sama dengan mentallity aku...we are totally different in everything..semuanya tak sama tak sesuai dan tak serasi...aku rasa aku memang tak boleh duduk serumah dengan adik aku yang kedua..mesti ada yang tak kena...mesti nak gaduh walaupun dah besar macam sekarang...
Bila dah besar ni rasa kurang sikit beban mak dan ayah tertanggung sikit tanggungjawab tu kat bahu aku..lagi-lagi aku anak yang sulung...mak dengan ayah tentu mengharap pada aku selain dari adik aku yang nombor 3 (lelaki) yang dah bekerja (engineer kedekut..heehhh aku panggil dia..sebab dia kalau ko nak apa-apa ngan dia kena mintak..nak harap dia kasi...sampai kucing berjanggut pun tarak)...at least raya tahun ni aku pun agak ringan sikit sebab adik aku dah sponser baju raya untuk amiri..aku pulak dah sponsor baju raya semua adik pompuan aku dan ayah serta baju bukhari...termasuk baju melayu amiri yang aku baru beli malam tadi..ayah tentu dah rasa ringan banyak dengan bantuan kami berdua...
Semoga
rezeki kami sekeluarga akan diberkati dan dimurahkan lagi oleh ALLAH..aku
bukanlah inginkan kemewahan sangat tapi bagi aku sudah cukup memadai kalau
dapat lihat mak ngan ayah gembira dan senang dengan hasil usaha dia membesarkan
kami adik beradik dan dapat rasa hasilnya kini...alhamdulillah..tahun ni
as usual duit raya aku yang akan sponser...ayah rileks lagi..
6/12/2001
- 9.38 a.m
07
Dec 2001
Aku dah
kemas umah..lepas sahur tadi aku tak tido..aku sapu umah...aku mop seluruh
rumah..aku tarik kusyen dan aturkan ke tepi...oven yang aku guna untuk
buat cornflakes madu malam tadi masih ada kat atas kusi rotan kat tengah
umah..saja aku letakkan kat situ sebab malam nanti aku nak buat butter
cookies pulak itu pun kalau aku rajin..hmm malang memang tak berbau..aku
hanya mampu ketawa dan kesian..masa aku tengah cuci mop kat dalam toilet
tiba-tiba linda menjerit 'akkaaakkk!!!"diselangi dgn bunyi gedebuk yang
kuat diatas lantai mozac yang masih basah dan licin..bagaikan nagka busuk
yang tergolek...aku tergelak melihat linda dengan posisi terbongkang dalam
keadaan menahan kesakitan...."hish nasib baik banyak lemak tak de le sakit
sangat" aku berseloroh..aduh kesian kat dia...sebenarnya aku pun nyaris
jugak tergelincir sebelum tu tapi nasib baik sempat berpaut pada kerusi..kalau
tidak...hmm...lagilah besar nangka busuk yang tergolek atas lantai tu...
Aku kemas umah sebab ada dua majlis yang akan berlangsung dirumah aku hari sabtu dan ahad ini. Majlis berbuka puasa bersama schoolmate sains muar dimana aku sebagai pengajur dan tuan rumah pada hari sabtu. Jangkaan kehadiran adalah seramai 20 orang atau lebih. Macam majlis buka puasa yang pernah dibuat dgn geng jenel kali ini majlis dgn schoolmates ni lebih kepada family style memandangkan 80% daripada kawan-kawan aku dah kawin dan dah ada sekurang2nya sorang anak...menu yang dijangkakan..banyak makanan sedap-sedap yang aku jangkakan akan dibawa..ini berpandukan pada senarai yang telah diberikan kepada aku..dan juga berpandukan pada pengalaman buka puasa tahun lepas kat umah hafeez..antaranya satey, ayam golek, nugget, popia, pengat pisang, tepung pelita, lauk-pauk yang special..banyak lagi la..aku selaku tuan rumah diminta untuk masak ala kampung sambal udang petai dan juga masak asam pedas...
Hari ahad
buka puasa dengan classmate masa matrik di UUM.. ina selaku pengajur dan
tuan rumah...majlis ini aku rasa tak kurang juga hebatnya memandangkan
hampir 80% classmate aku akan hadir...yang kebanyakannya aku dah lama tak
jumpa...seronok sungguh dapat berkumpul beramai-ramai..tapi tak seronoknya
bila dah habis majlis nanti tentulah aku keletihan sebabnya pembantu aku
yang best tu akan balik kajang dan tak join majlis buka puasa kami...
07/12/2001
- 8.22 a.m
08 Dec 2001
Buka
puasa bersama teman sepeguruan dari Sains Muar. Tapi ramai yang kansel
last minit...ada dua baby cute-cute yang baru lahir turut sama memeriahkan
majlis..nurin (rosham junior) dan Izfan (hafeez junior)..aku penat laahh...Aku
masak ikan tenggiri masak asam pedas..sambal udang petai....itu yang topoi
suggestkan...aku masak tapi aku sendiri tak makan..tak de selera.
Kawan2
lain bawak makanan masing-masing ada satay ada pengat pisang ada ikan bawal
amsak sweet sour ada spegett macam-macam sampai tak tahu apa nak pilih...dan
as usual banyak makanan lebih dan aku dengan segera menelefon cousin aku
untuk angkut lauk-pauk tu semua..tak de mood laa nak tulis...
10/12/2001
- 9.18 a.m
10
Dec 2001
dah lah
cukup...aku dah tak tahan lagi dengan tekanan kerja yang macam ni..ingat
aku ni apa...budak pengemis yang boleh diherdik sesuka hati..mungkin selama
ni bila kena tengking bila kena marah didepan ramai orang aku masih mampu
bersabar..aku masih mampu berdiam diri dan esoknya aku akan tersenyum semula
seperti biasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku..tetapi hakikatnya....dimana
kau letak maruah aku dimana airmuka aku waktu ditengking dihadapan ramai
non-exec..apa perasaan kau waktu itu...selama ini aku hanya memendam rasa
sampai ada masanya aku rasa sangat tertekan...aku sungguh tertekan dengan
keadaan boss yang bagi aku tak profesional dan gila..aku menangis sendirian..aku
makan dalam..aku sakit kepala..aku sakit hati..tapi semuanya aku simpan
sendirian..aku rasa tak ingin datang opis langsung hanya kerana sikap kau...aku
tak pernah meluahkan perasaan pada sesiapa tentang sikap kau itu....hanya
kerana aku ingin jaga nama baik kau sebagai boss aku..hanya kerana aku
rasa aku masih hormat kau sebagai boss. tapi tidak kali ini..cukup...dan
aku tak akan biarkan aku ditindas lagi macam ni...kali ini aku rasa tahap
kesabaran aku sudah tidak mampu menahan apa yang dah kau buat pada aku...aku
tak takut lantak le ko...macam best sgt kau jadi boss...
Airmata ini lebih banyak aku bazirkan hanya kerana kata-kata herdikan kau pada aku...mungkin aku tak sebagus si A tapi dia pun tak sebagus mana..tak pernah pun aku tengok dia ditengking dibelakang walaupun ada saja kerja dia yang tak siap.apa beza aku dengan dia...aku ni pompuan sebab dia lelaki...sebab aku ni jenis yang tak ambil hati bila dimarah...sebab dia senior setahun dari aku..kau tak pernah adil dengan aku kerana..kerana A kerja atas dasar kipas... bodek.. jilat...sume...sume..aku sedia maklum..tapi aku bukan macam tu..aku kerja dengan etika kerja..kalau kerja aku ok...kau patut hargai..kalau tak ok..kau boleh tegur tapi bukan herdik..bukan tengking di hadapan orang..kalau silap sekali pun panggil ajelah masuk bilik..nak basuh basuh lah...aku tak kisah..ini tidak main tangkap muat aje...suka hati kau aje.. sejak aku kerja bawah kau...banya kondem yang banyak aku terima...aku bukan nak kan pujian..tapi aku tak pernah di hargai...tak pernah ada sokongan yang aku dapat..kalau bagus sekali pun kerja aku nanti kau akan kata atas usaha kau..sebab kau boss padahal aku macam nak mampus lah sengsorang buat benda tu sume..aku dah terlalu sedia maklum dan masak dengan tabiat kau itu...
Airmata
ini dan rasa sakit hati ini tak kan dapat kau ganti dan pujuk lagi dgn
cuba nak bergurau dan berbuat baik dengan aku..senyum lah sampai ke telinga
pun..pujuk la..kerana aku bukan staff yang kau kenal dulu...kerana kepadihan
hati ini aku akan simpan sampai bila-bila...aku sakit hati..aku memang
sungguh tertekan...aku nak keluar dari belenggu kezaliman engkau...aku
akan tukar seksyen...dan aku akan paksa En. A untuk tukarkan aku segera
ke seksyen lain..biarlah aku menangis teresak esak depan dia..biarlah aku
dah tak segan lagi..biar asalkan jiwa aku tak tertekan..hati aku tak sakit..maruah
dan airmuka aku tak dijatuhkan dihadapan orang lain...semoga ALLAH memberi
ketenangan kepada aku..dan kau tidak ada nilai langsung dimata aku sampai
bila-bila...boleh blah...
11/12/2001
- 8.53 a.m
11
Dec 2001
lama
betul dia hilang..agaknya dia bawa hatinya yang lara..macam hati aku yang
masih sakit hari ini gara-gara kes semalam..tapi dia kecewa dengan aku..aku
pun kecewa dengan dia..siapa yang suruh dia tidak berterus terang..aku
menanti something dari dia waktu tu sebab masa tu aku perlukan jawapan
segera untuk membuat pilihan..tapi aku rasa tak yakin dengan dia..dia terlalu
sibuk sampai adakalanya dia lupa yang aku disini masih wujud dan masih
menunggu jawapan dia..akhirnya aku tak mampu bertahan..dan aku blah macam
tu aje...semalam aku dapat email dari dia...test..apa semua ni..dia kembali
lagi...untuk mengecewakan hatinya sendiri...maaf kan aku
Bukan salah aku..kerana 3 tahun dulu aku telah bertanya dia perkara ini..3 tahun dulu waktu aku tak kenal lagi mereka-mereka yang ada dalam hidup aku...3 tahun dulu masa aku tengah riang ria..bersendirian. dan dia pun sibuk ke sama kemari dengan kerjanya..siapa lah aku kan....kerja dia lebih penting..kesibukan lebih utama dari diri ini...siapalah aku yang hari-hari menanti jawapan dari dia..masih senyap dan sunyi tiada kepastian dan tiada jawapan...hari ini dia kembali dan claim bahawa dia masih setia..dia masih tunggu aku..dia kerja kuat untuk kumpul duit...dia nak jumpa mak dan ayah...apa semuanya ini...hari ini perasaan lama itu berputik kembali...tak mungkin...semua sudah agak terlambat...
Aku memang rindu sangat pada dia..aku memang terlalu rindu pada dia...hari ini bila dia YM pada aku...aku rasa mahu menangis sekuat-kuat hati...kenapa aku masih sayang pada dia..dan dia bila aku ceritakan segalanya dia terkedu sayu..tapi harapan dia terlalu menggunung tinggi pada aku..mungkin sama tinggi dengan harapan pak ngah dan mak ngah..aku terkedu seribu bahasa dengan ujian ini maafkan aku...bukan salah aku...bukan salah engkau...mungkin kau tiba bukan pada waktunya..tapi aku rindu pada dia...aku tak nafikan yang aku sayang pada dia macam 3 tahun dulu...aku suka celoteh dia..aku suka kelakar dia aku nak menangis setiap kali patah-patah perkataan yang dia taip keluar di monitor aku..aku nak menangis bila dia..kata "zira abang minta maaf ye"..mungkin sudah terlambat untuk semua itu...
Aku dah
buat keputusan ke...dah confirm ke ni..hish aku ni...insyaALLAH...tak baik
lahh...kenapa aku mesti fikir macam ni kan..kenapa bila dia datang aku
terasa macam nak berdolak dalik dengan diri aku..tak baiknya aku begini...aku
tak nak jadi lalang...aku kena pegang janji aku dengan teguh...aku tahu
aku dah buat keputusan sebenarnya..aku tahu hati aku sudah mula tenang
dan teguh..aku tahu keputusan aku itu adalah yang terbaik buat diri aku..dia
pun tak kurang juga..dia pun istimewa juga cuma mungkin aku belum sempat
untuk kenal dia dengan lebih dalam dan rapat lagi..insyaALLAH.. dah beberapa
malam aku buat istikarah tapi masih belum dapat apa-apa petanda...mungkin
ALLAH suruh aku bersabar dan tidak berputus asa..semoga aku mendapat petunjuk
ALLAH dalam urusan ini.
11/12/2001
- 2.29 p.m
12 Dec 2001
Kepala
dah tak ingat benda lain..aku dah dok terhidu kuih raya..dlm kepala dok
kira kuih raya banyak lagi yang belum buat... jadi balik esok aku kena
pulun abis non stop..call makngah yang dah sampai mersing...alhamdulillah
ada jugak tiket bas..pakngah tak balik sekali may be balik dengan wira
agaknya..
Duit raya aku dah isi satu-satu dalam sampul..ada seringgit dua ringgit lima ringgit 10 ringgit dan 50 ringgit..hmm nasib nasib lah siapa yang dapat duit besar tu...heehh tapi yang pastinya yang 50 tu untuk makwe la..bebudak kecik mana boleh pegang duit bebanyak..kalau pandai bodek dapat le 5 inggit kalau pandai kipas lagi kot kak long dia ni baik hati dapat le seplo inggit tapi syaratnya kepada sepupu yang belajar kat universiti sahaja...
Tetiba rasa teringin sgt nak tengok cite melayu..nak dekat dekat raya ni kan banyak rancangan drama yang ditayangkan..sambil isi duit sambil tengok tv drama melayu tajuk "saji menanti" ya ALLAH sepanjang-panjang cerita tu aku tak lepas lepas mengelap airmata...sedih betul cite tu..sambil-sambil tu dok berangan...hish banyak pengajaran dalam cerita tu....kena ingat bawak kete nak balik raya ni kena hati-hati...ya ALLAH selamatkan perjalanan balik kapung aku nanti...
Biasalah nak dekat raya ni memacam iklan yang canggih dan menyentuh hati sanubari antara yang best iklan perodua.."man nak doa ayah balik cepat raya ni"...akak doa lah sekali..memula tengok iklan ni mengalir airmata aku...heehh so sensetive maaa....TNB nyer iklan ntah apa-apa ntah...berhati-hati menggunakan barangan elektrik...ok laah...orang dok mesin kelapa pakai helmet dan baju hujan kat dalam hujan...
Selamat
hari raya
13/12/2001
- 8.49 p.m
13
Dec 2001
Sama
gak cam blogger 2x5..aku dah tulis panjang tadi pastu pup...disconnected
hilang entry aku tu...tension betul...Aku dah nak balik kampung..InsyaALLAH
after opis hari ni aku chow laa tak toleh kiri kanan depan belakang....barang
memang aku dah siap siap packing lagi sejak malam tadi...sampai pukul
berapa ntah...aku turun amik kete bawak kat parking atas aku masukkan beg
dan barang yang nak bawak balik kampung siap-siap..sebab tak de lah pagi
nanti masa nak pegi keje tadi aku terpaksa bergondoh gandah angkut beg
yang memang berat tu..
Apa yang aku bawak balik sampai berat sangat beg tu...selain dari baju raya.. 3 pasang kebaya + 3 pasang kebaya aku gi opis..saja bawak extra cuti lama..ada kain tutup meje bulat mak yang aku beli kat jln TAR ada baju melayu Amiri..plus adik-adik dan kakak kakak aku untuk stok seminggu...pehh berat betul..tak termasuk semua barang makeup sabun sabun aku yang kat dalam paper beg..termasuk selai jeans dan dua helai t-shirt...rasa macam nak balik raya sebulan..sakan..seronoknya.. rasa tak sabar pulak..
Rasa macam masih ada barang yang tertinggal..hair brush tadi aku masukkan ke kat dalam beg..aku pun lupa..lepas aku cuci tadi aku letak kan kat mana pun aku tak perasan.. yang pasti biskut chipsmore untuk buka puasa kat dalam kete petang ni tertinggal kat umah...aku congak-congak kalau jalan petang ni bergerak lancar insyaALLAH aku boleh sampai umah sebelum pukul 7.00. Itu pun tertakluk juga kepada belas ikhsan MD kot nak lepas kan kami awal seperti tahun-tahun sebelum ini. KalAu tak aku still kena balik 4.30...kalau dia baik mesti dia bagi balik pukul 3.00...nak mintak boss aku balik pukul 4.00 tak payah sorri aku dah malas nak deal dgn orang tua tu lagi....
Apa yang aku pk sekarang aku dah ada kat kampung..tengah sibuk nyapu sampah kat laman umah..tengah nak tukar kain langsir dengan sarung kusyen tengah nak buat kuih raya yang masih banyak terbengkalai...tahun ni rasa nak raya habis-habisan...yeehaaa selamat hari raya maaf zahir batin..hati-hati di jalan raya..jemput lah datang ke rumah..
note:
Jenel akan ditutup mulai hari esok sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu
kelak..InsyaALLAH aku akan bercuti sehingga 25 Dec 2001...
13/12/2001
- 9.53a.m
25 Dec 2001
- Selamat Hari Natal
Aku dah
balik..kembali semula ke KL..rindu sgt pada rumah yang hampir 2 minggu
aku tinggalkan..kesian pokok bunga wira yang hampir layu..(layu macam aku..mungkin
macam dia jugak) daun-daun kekuningan..daun kering bertaburan diatas lantai...aku
terus siram pokok bunga...tentu pokok-pokok tu rasa lega setelah hampir
dua minggu tak dapat minum....hati aku riang melihat rumah yang kemas dan
teratur..aku ke dapur menyelongkar peti ais mencari sesuatu untuk dikunyah..ada
sebotol susu coklat marigold yang expiry datenye 28 dec..aku punye rasanya
ni..seingat aku susu tu aku beli sebelum balik kampung hari tu..dan aku
tertinggal..kononnya nak minum..baru sekali togak...yarrrkkk...dah basi..aku
kumur-kumur dan kembali ke tengah rumah..
Petang beransur pergi..aku tiba dari kampung tadi pukul 5.30..hampir 2 jam setengah perjalanan..itu pun sebab aku singgah di PD hantar adik aku...dan aku bawak kereta mengikut had kelajuan yang telah ditetapkan (aku sudah insaf )..buntu sebab sendirian dirumah...mana semua orang...aku dah balik tapi tiada siapa yang menanti dan menyambut kepulangan aku..hanya meja lampu dan kerusi sahaja yang menanti aku....aku mula membongkar dan menyelongkar beg yang sarat dengan baju raya..plastik yang penuh dengan jajan hamper yang aku cilok dari umah makwe..hari masih muda lebih baik aku manfaatkan masa aku..tiba-tiba aku jadi rajin...rajin untuk menggosok baju (perkara yang aku tak suka buat)..sepasang demi sepasang habis baju aku gosok..
Sesekali aku berhenti untuk mendail nombor seseorang..apasal susah sangat nak dapat cakap ni..aku tak pasti malam ni atau esok dia akan bertolak ke luar negara..namun aku tak berputus asa...setiap setangah jam aku tekan lagi...dan jawapannya tetap hampa..mungkin dia dah berada dalam flight waktu ini...jika benar aku perlu tunggu seminggu dua lagi untuk mendengar suara dia..aku terus menggosok tanpa henti...hampir dua puluh pasang baju kerja siap bergosok mungkin lebih..pinggang aku sakit sebab hari ini aku baru first day...tengahari tadi masa aku tengah kemas-kemas kereta untuk balik ke KL...aku kecewa sebab hasrat aku untuk berpuasa esok hari tidak kesampaian..
Tepat
jam 12.00 malam...cerita cina pun dah habis..TV menyiarkan berita dunia...dan
pinggang aku semakin sakit...ini mungkin baju yang terakhir aku akan gosok..sepasang
baju kurung hijau muda..aku tutup TV..kemas bantal pada kusyen..tutup iron
dan tutup kipas...aku masuk bilik..Is yang pulang pukul 10.00 tadi dah
selamat belayar...cuci muka...gosok gigi...tukar baju tido..pasang kipas..pakai
krim....tutup lampu..tarik bantal..tarik selimut..baca doa...tengok gambar...dan
aku tido dengan nyenyaknya...esok aku kena pergi opis...
26
Dec 2001 - 9.46 a.m
26 Dec 2001
Aku rindu
kat semua orang...jadi kelam kabut aku melayari dari satu jenel ke satu
jenal sebab aku nak baca cerita hari raya masing-masing...memang tak sabar...sesekali
aku jeling minah kat belakang aku...hish minah ni bahaya nanti dia bilang
sama MD itu exec asyik dok surf internet dari mula dia masuk opis...mati
aku..tapi memang keje aku pun....buussaaannn
Aku lost kak maz...hish risau sebab kak Maz sepatutnya dah bersalin time ni...entry dia yang terakhir pun hari 17 Dec..aku dah ada kat kampung...dah beraya sakan..kak Maz sepatutnya dah bersalin..tapi masa tu dia belum bersalin lagi...aku check nama kat hospital ni www.delnor.com. tapi masih tak ada..hmm aku doakan kak Maz selamat bersalin...nurul dan samir tahniah sebab dah dapat baby boy dua hari lepas..aku tunggu cerita dari jhott..
Penat mata aku meniti dari satu perkataan ke perkataan yang lain....entry paling best hari ni ialah dari jenel sera..hee akhirnya dapat jugak aku baca honey biru yang real..orang lain punyer cite pun best...hmm ada orang tu entry dia sampai terbelit lidah aku nak slengkan loghat utara dia pastu ada gambo dia ngan adik dia ngan mak dia...entry rudi hari ni aku kasi dia lagu man bai yang best...sambil tu aku gelak sebab tengok gambar mie yang makin tembam..mie makan banyak yek raya tu...
Mata aku
letih dan kelat-kelat sebab penat baca jenel...sume aku lompat lompat...kak
aquil mana..rindu pulak nak dengar celoteh dia...memang le tak nak
ketinggalan cerita yang sensasi lagi hampir basi sebab baru hari ni dapat
masuk semula...tapi tak pe aku masuk satu persatu...walaupun letih dan
nak hampir termuntah ni..hish aku bukan boleh tenung pc ni lelama..mulalah
perut aku mual..maklumlah dua minggu mata aku ni berehat mengadap screen
monitor ni....masuk masuk aje opis dengan email yang quota exceeded...aku
dok mendelete satu persatu...lepas tu baca pulak...hmm dengan meja yang
bersepah dengan kertas dan keje yang terbengkalai sebelum raya tu...dengan
jenel yang meninmbun belum dibaca...kepala aku dah makin ligat laa...hisshh
apasal nak muntah ni..
26
Dec 2001 - 12.10 p.m
27 Dec 2001
openhouse
pertama yang aku attend ialah umah omaq dan Ita malam tadi kat kampung
chubadak..rumah pengantin baru dua bulan..punyerlah susah nak carik umah
dia sampai tersesat aku kat kawasan cina yang tengah dok buat opera dan
wayang..aku tahu last minute lepas amal email petang semalam..memang aku
nak pergi sangat openhouse tu bukan sebab aku nak makan tapi kerana aku
perlu jumpa geng-geng palapes aku yang tercinta..yang dah lama tak jumpa..aku
kena jumpa omar ngan ita sebab tak attend wedding diorang...pasal masa
tu aku terlibat dengan bigwalk...aku nak jumpa pakyar ngan farah yang baru
aje langsung hari ahad lepas...aku tak attend jugak sebab masih dikampung
dan sibuk berhari raya...pak yar pun jalan tak jejak bumi lagi...dia kata
baru malam tadi dia keluar rumah sebab mak mentua kunci kan dia ngan isteri
dia...cehhh..
Kelakar dengan gelagat pakyar yang lucu dan tak berubah..tak kering gusi kami bila dengar cite pakyar yang mengarut-ngarut tu..dah kawin pun macam belum kawin...macam tak sangka orang yang paling kelakar dan tak pernah serius tu dah kawin...jodoh le katakan...seronok betul malam tadi sebab ada rambo, shark, ropek, aguk ,saufi, roslee, amal, mat blue yang akan kawin 29/12 ni kat equatorial bangi..omaq, ita..zalie..hish ramai..tak puas sembang...lepas makan kami melepak sambil bersembang kat luar..dok bersandar kat kete aku si wira ngan kete mat blue si satria..sedar tak sedar dah pukul 11.00 malam..aku kena balik sebab umah aku paling jauh antara mereka..sungguh tak aci..dah lah aku kena drive balik sengsorang..dan kami semua beransur pulang serentak...Dari umah omaq..aguk temankan aku sampai ke sentul..kat sana terserempak ngan nisam yang tengah dok gilap kete..pastu aguk kasi aku durian sebijik..aku balik umah 11.30 baru aku sampai..ceh dengan berkebaya (suasana raya masih terasa) sambil menjinjit sebijik durian...malam tu jugak aku dengan Is korbankan durian tu..tapi awas tak boleh makan durian banyak-banyak...kolesterol tinggi..
Haahh aku gelak besar bila aguk tanya direct dan selamba kat aku..wei azirap ko pakai benkung ke..masa tengah sembang reramai...ceh bikin malu sama gue aje aguk ni..mana ada aku pakai bengkung...aku dah susut le aguk..aguk tu cam tak percaya yang berat badan aku lebih ringan dari dia sekarang..dia tu makin tembam aku tengok..roslee pun sama bagai di pam-pam..roslee pun bukak cerita yang dia makan ubat kuruskan badan doktor kasi..tapi malam tadi aku tengok roslee tu dah dua kali ganda dri roslee yang aku kenal masa palapes dulu..itu pun dia kata dia dah put off 8 kg..mat blue jugak yang maintain..tak lama lagi nak jadi pengantin tu..darah tengah manis..tapi nampak cam serabut aje...hmm pening dia kata duit banyak habis nak kawin ni..koman-koman hampir 17 ribu dah selesai...bukan senang nak kawin kan..ayat mat blue membuat rambo (azreen) terpinga-pinga dan pressure...sambil manja-manja cakap kat ropek (balak dia)..macam mana kita nak kawin ni yang banyaknyer nak pakai duit...alasan rambo yang kitaorang dah faham sangat...dia bukannya nak kawin cepat..saja nak ngelak-ngelak..sian ropek.
Macam
tu lah kerenah kengkawan aku..yang kelakar yang selamba..yang pelik tapi
benar..ni belum ada mario yang suka buat lawak bangang tu..kalau ada dia
hmm tak tido sampai ke pagi bercerita...antara kami geng palapes ada dua
couple lagi yang belum kawin iaitu rambo ngan ropek dan zalie ngan shark..insyaALLAH
tak lama lagi lah tu..tapi rambo ngan ropek le yang paling pressure pasal
depa couple yang paling lama dalam geng palap..sejak matrik masa kami dok
wataniah masa rekrut lagi..sampai le kami jadi pegawai...
27
Dec 01 - 11.42 a.m
28 Dec 2001
Aku nak
jadi macam kinki..
kalau
life aku macam kinki kan best..kinki yang kelam kabut macam pompuan tak
siap tu tapi dua lelaki yang best taruh hati kat dia...lelaki tu ialah
boss dia Andy yang handsome kacak bergaya dan kaya dan Rogger usahawan
muda yang berjaya yang gila motor kuasa besar yang dikenalkan oleh fiona
sebab fiona syok kat Andy..aku tengok CD tu malam tadi masa aku dok layan
perasaan..masa aku tengah boring...masa lepas aku tengok cite orang putih
yang sweet tu..CD tu dah 5 bulan agaknya kat umah...Kinki tu kalau dia
tension mesti dia bersihkan apa aje yang ada kat dia...mula-mula dia tension
ngan boifren dia..dia lari masuk toilet kunci pintu terlanggar balang kaca
pecah kat lantai...sume staff kelam kabut kat luar toilet ingat dia nak
bunuh diri..bau dettol..so sah diorang ingat dia nak bunuh diri...suara
kinki menangis makin kuat...Andy merempuh pintu bilik air semua kelam kabut
nak tengok mayat kinki tapi kinki tengah sibuk bersihkan toilet bowl...Andy
tak suka kat kinki pada mulanya sebab dia kelam kabut..tapi kinki seorang
pekerja yang rajin jujur dan suka tolong orang..Andy boss yang tegas...Ada
sekali tu kinki tension sebab first time Andy ajak dia gi dinner tapi sebenarnya
nak kenalkan dia pada lelaki lain (Rogger-plan si fiona)..so dia tension
dan amik tisu banyak-banyak pastu lap-lap deshboard kete honda Andy..lap
cermin kete..fiona pun tak tahu Rogger tu usahawan..ingatkan mat cikai
mana..Aku cadangkan korang tengok cite ni...tajuk dia needing u...ending
nya..antara Rogger dan Andy siapa yang jadi pilihan kinki..
Aku mungkin
Sara Thomas
Aku takmo
jadi cam sara..nanti aku tension aku kena tunggu lama sangat..aku kena
lalui macam macam dugaan dan halangan lepas tu baru aku dapat jumpa semula
dengan johnny...Aku tengok cite ni sebelum aku tengok cite kinki...aku
lupa tajuknya...cite baru ni...Cerita tentang Sara dan Johnny. Diorang
jumpa kat kedai masa nak beli sarung tgn untuk X-Mas. Kat situ secara tak
sengaja sebab sarung tangan hitam tu tinggal sepasang dan diorang berebut
serentak. Tgh syok gaduh tetiba ada pakcik pulak yang nak amik sarung tgn
tu...so explain punyer explain akhirnya Sara yang beli sarung tgn tu...dan
bagi sorang satu..Diorang spend time satu hari bersama without knowing
nama masing-masing.Both suka each other tapi dua-dua dah ada bf and gf.
Akhirnya diorg berpisah dgn syarat..johnny tulis nama dan tel no atas duit
kertas. Sara kata kalau duit tu kembali semula pada dia maknanya johnny
adalah jodohnya. Sara ambil duit tu dan beli something kat stall berhampiran.
At the same time sara kata kat Johnny..she will write her name and tel
no kat dalam sebuah buku (dia tunjuk buku tu kat Johnny) dan akan letak
buku tu kat salah sebuah kedai buku yang banyak kat NY.Kalau Johnny dapat
buku tu maknanya Sara adalah jodohnya..6 tahun kemudian..sara dah balik
negerinya...Johnny tgh plan untuk kawin...tapi both masih teringat each
other..tengoklah sendiri cerita ni....itulah takdir dan jodoh..kalau dah
jodoh berpisah 6 tahun pun boleh berjumpa semula..esok aku bagi tajuk cite
ni yek..
Tapi sebenarnya
aku perasan...aku terlupa yang aku adalah diri aku..aku terlupa yang aku
di alam nyata...jalan hidup aku tak sama dgn jalan hidup kinki dan Sara
Thomas...takdir aku juga tak mungkin sama dengan kinki dan Sara...Apa yang
aku mahu..berdoa ajelah...semoga kinki sentiasa hidup dalam diri aku..semoga
sara menjadi inspirasi aku.
28
Dec 2001 - 11.38 a.m
29 Dec 2001
Hantar
Tina pi airport..flight dia pukul 7.00 pagi...pukul 6.15 kami bertiga bertolak
dari umah...aku dah siap-siap lepas hantar Tina terus gi opis..mata rasa
kelat-kelat..kepala pun agak pening..tido tak cukup..malam tadi pergi umah
Nor..jumpa nor sebab hari ni tak dapat nak attend wedding dia..tahniah
pada Nor dan Azlan...hantar hadiah...balik pun dah lewat singgah umah kak
Ijam...lepak kejap sebab mak ngan ayah ada..
Hari ni ada banyak umah yang aku kena pegi...umah poklong, pak ngah dan pak lang..kalau sempat pi umah pakcik sekali kat kajang..semua rumah adik-beradik ayah.. rasanya macam tak sempat ke umah pakcik sebab malam ni ada lagi wedding yang nak kena attend.
Esok..esok..esok...esok kenapa...esok buat aku rasa kecut dan takut..esok hari Ahad...esok...esok esok...esok jugak buat aku nak gelak menangis dan tersenyum..senyum sampai ke telinga bila berbual kat telefon tadi...boleh percaya ke....aku belum gila..aku masih waras...esok tetap akan tiba macam hari ini...semoga esok menjanjikan sesuatu yang indah..Adakah aku terlalu mengharapkan sesuatu..
Kita sering
dibatasi realiti dan fantasi..
Saat
cinta bersemi bersama berilusi
Disitulah
kita mengenal ertinya budi
Kasih
sayang insani dan peribadi..
Esok adalah
fantasi..esok dan masa akan datang adalah sebuah fantasi yang terlalu indah
untuk diangankan... tapi hari ini adalah realiti...adakah fantasi itu menjadi
sebuah realiti apabila tiba harinya..apakah fantasi akan terus menjadi
sebuah fantasi atau mungkin hanya sebuah angan angan mat jenin..atau hanya
akan menjadi sebuah cita-cita bukan kenyataan..esok masih banyak cerita
fantasi yang perlu dihayati..apa yang melalut ni dah...aku sendiri pun
tak faham...
29
Dec 2001 - 11.30 a.m