Make your own free website on Tripod.com
 
01 April 2002
Aku balik kampung sabtu lepas. Mulanya memang aku malas nak balik sebab kalau balik pun dapat duduk rumah sehari aje mana nak puas. Ingat nak amik cuti harini tapi tak boleh jugak sebab aku kena jadi secretary untuk management meeting pagi tadi. Tapi balik jugak sebab aku nak selesaikan hal membeli barang dan perabot dengan segera. Selagi tak selesai selagi tu lah dok pk dan pening. So hari sabtu pagi aku drive sengsorang balik melaka. Mata memang mengantuk yang amat. Dah lah malam sebelum tu main bowling macam hampeh. tak form langsung. Sedih betul bila score tak mencapai target yang disasarkan. Aku terkejut sebab malam tu mak mentua aku call dari kampung. Abis main bowling adalah sorang budak nakal ni dok kacau aku dengan sms. Memang dia tu satu-satunya geng jenel yang suka sangat dan berani sangat mengusik aku dengan nick name aku tu. Sabar ajelah. nanti dia jumpa dia masa makan satay nanti  cubit-cubit dengan dia.

Sampai kampung pukul 10.00.pagi tengok bilik tak siap cat lagi kepala makin pening bila lah semua ni nak selesai. Dalam hati berkira esok kalau rasa ok dan tak penat aku nak habiskan mengecat bilik aku tu. tapi aku sakit pinggang dan badan agak letih. Apa-apa hal soru dulu dari pagi sebijik benda tak masuk dalam perut. Terus capai nasik dan makan dengan sambal goreng ikan bilis. Lepas tu berlegar sekejap dan main dengan bukhari adik aku yang kecik yang sungguh petah bercakap. then kami tertido. Pukul 1.00 mak kejut tanya jadi tak nak pergi muar. Lepas zohor aku drive pergi Muar. Kat sana aku rasa syoknyer membeli perabot sebab harga memang murah. Rasa nak beli aje almari pakaian yang aku dah sangat berkenan tapi malangnya mereka tak boleh hantar sampai ke KL.  Akhirnya perabot yang aku impikan tak dibeli kerana tidak ada.. Solid wood tak de jadi aku beli aje perabot yang aku berkenan dan selesai lagi satu kerja. Malam budak nakal tu hantar sms lagi kata yang dia dah berada di Hotel century Melaka. Ingatkan kalau larat nak ajak dia keluar tapi malangnya balik dari muar pun dah maghrib. may be next time ye dik. Dia dah tuntut janji dia masa raya haritu. Aku masih ingat sebenarnya cuma belum berkesempatan nak bagi kat dia.

Hari ahad aku suruh mak panggil orang catkan bilik aku. Dan aku bayar upahnya. Selesai lagi satu kerja. Siap-siap untuk balik ke KL. Cahaya ada training untuk terbangkan helikopter pada sebelah petang. Janji untuk jumpa di The Mines lepas abis training. Rupanya training cancel sebab hujan lebat. Kawan frust abis sebab tak dapat main heli petang tu. Jumpa sekejap sebab cahaya nak balik kampung petang tu untk uruskan semua surat kebenaran dan nak serahkan keputusan ujian HIV. Aku balik dan singgah umah kak ijam untuk hantar barang hantaran yang hendak digubah. Barang-barang tu semua nak digunakan masa hari nikah nanti. Baju pun baru tempah hari jumaat lepas. Pukul 8.30 abang Zul tiba dari jepun. Dah kuruslah dia. Aku balik rumah tiada siapa pun. Ntah tetiba jadi rajin aku mula mengmas pinggang mangkuk. Pukul 2.00 baru aku tido.

04 April 2002
Penuh betul jadual hujung minggu aku kali ini. As usual malam Jumaat Avon league bowling. Hari sabtu aku kerja. Sebelah petang
kononnya nak plan untuk ke Kuala Selangor melawat Pak Ngah dan Mak Ngah tapi belum bincang dengan cahaya. Sejak kes wira
dulu aku dah jarang call diorang. Lagi pulak sekarang sibuk untuk persiapan kawin. Pak ngah tentu rasa kecik hati dengan aku.
Sebab dah lah tak jadi menantu dia sekarang ni aku macam dah jauh. Aku memang ada call mereka cuma sesekali aje tak macam
dulu setiap minggu at least sekali dua aku call lagi pulak sekarang bila aku call diorang yang tak ada kat rumah sejak pak ngah
pencen ni. Bila diingat semua yang dah berlaku rasa terpegun dengan ketentuan yang ALLAH tetapkan. Soal jodohkan kita tak boleh nak buat apa. Kita hanya boleh merancang tapi segala yang terakhir ALLAH yang tentukan. Semua perkara rasa nak buat pada hujung minggu ni.

Sebelah malam sabtu ada perjumpaan makan satay dengan geng jenel. Aku mesti nak pergi dan aku mesti nak jumpa dengan semua orang. Maybe perjumpaan terakhir aku sewaktu masih bujang. Hati pulak melonjak nak bermain netball pada hari Ahad. tapi kena kuatkan semangat kalau aku main jugak netball seharian ahad tu maka aku tahu muka aku akan sunburn. Mak aku pasti akan berleter dan cahaya macam biasa hanya menggeleng kepala. Kak khairun dengan geng netball masih memujuk aku sebolehnya memang diorang nak aku main pada tournament (open seremban) tersebut. Aku memang lah nak main sangat lagipun dah lama takde tournament ni tapi apakan daya kena jugak fikirkan perkara lain. Hish kalau ikutkan perasaan ni masa Is dengan Tina ke pulau Tioman tempohari memang lah aku nak join. Tapi fikir lagi masa dah tak lama dah tak sampai sebulan kalau aku gi jugak pulau alamat berkilatlah muka masa hari nikah nanti..iskkk takmo le jadi macam tu.Dah lah nak putih bukannya senang. Nak tak nak terpaksalah simpan sahaja dulu semua keinginan dan niat untuk bermain sukan maupun ke pulau. Jadi rancangan nak main netball aku batalkan sahaja walaupun dengan perasaan sedikit frust. Nasib baik ayu email memberitahu bahawa muneer akan ke KL dan ajak geng-geng HRDC untuk bermain bowling pada pagi Ahad. At least boleh aku bergumbira dan lupakan sekejap hal netball.

Semua ni perancangan aku dan untuk makluman aku sahaja. Aku just inform cahaya dan ajak dia bersama geng jenel pada malam sabtu nanti. Tapi usaha aku menemui jalan buntu. Apa pun cahaya sudah ada plan dia tersendiri. Sebelah petang sabtu dia mahu bermain helikopter mahu atau tidak aku kena pergi bersama memandangkan kereta dia sudah dihantar ke kampung. So plan untuk ke rumah mak ngah dan pak ngah terpaksa aku tunda ke satu hari lain. Hari Ahad aku nak pujuk cahaya untuk main bowling bersama geng HRDC itupun kalau dia nak. Rasa macam dia tak mahu ikut tapi sebelah petang dia mahu pergi main helikopter lagi. Aku kena ikut dia jugak..hish kalau heli tu boleh terbang dan angkut aku sekali syok aa jugak....hishhh pelik laaa

06 April 2002
Dalam kesibukan menghantar dan membalas email kawan kesana-kemari tetiba B menceritakan hal yang sedang hangat berlaku kat rumah mereka. Aku memang baik dengan B sebab kami memang pernah jadi housemate dulu. Sambil berbalas email dan bergossip dengan B untuk  menjemput dia dan rakan-rakan serumah lain yang rata-rata memang aku kenal dan memang kawan bertepuk tampar ke majlis perkahwinan aku tetiba B buka satu cerita tentang hal rumah mereka. Hal housemates ni memang sampai bila-bila tak habis.Mulanya aku kata B kau ajaklah sekali si N,M dan Z. B kata N dan M memang tak ada masalah tapi Z sekarang ni bercakap pun jarang. Jadi aku merasa sungguh pelik sekali.

Aku agak terkejut bila B cerita tentang Z. Aku kenal dengan Z walaupun tak rapat cuma aku tak sempat duduk serumah dengan dia. B kata kebelakangan ini hubungan housemate dengan Z memang renggang gara-gara satu kes yang dah berlaku.Tengok TV pun tak tak bersama macam dulu-dulu. sekarang Z balik kerja terus terperap dalam bilik. Ini semuanya gara-gara mabuk bercinta. Z baru bercinta baru ada boyfriend tapi B kata dia tidak pernah pun nak berkongsi cerita tentang BF dia dengan housemate yang lain. Sedangkan kalau hal-hal lain selalunya mereka berkongsi. Pada suatu hari Z sudah dikantolkan oleh salah seorang housemate bila satu malam ketika M balik kerja dia sangat terkejut bila tengok  Z sedang tidur bersama boyfriendnya di tengah rumah. Aku juga terkejut bila B cerita pasal Z macam tu. Sebab aku kenal Z dan aku rasa akalnya lebih panjang dari itu.Tapi perkara macam ni tak mustahil boleh berlaku dimana-mana dikalangan rakan-rakan kita adik beradik malah pada diri kita sendiri. Bukan aku nak cerita kan keburukan sesiapa cuma aku just nak dapatkan pengajaran dari cerita B.

B cerita yang dia sangat tension dengan sikap Z yang begitu. Bukan sekali dia bawa boyfriend dia kerumah malah kerap lagi bila housemates semua bekerja .Aku just kata kat B apakata kalau dia tegur dan bagi nasihat pada Z sebab bagi aku Z tengah mabuk bercinta dia tak dapat membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Penangan cinta memang hebat malah aku rasa bukan Z sahaja menghadapi masalah yang sama malah rata-rata pasangan yang mabuk bercinta memang mungkin boleh berada dalam situasi yang sama seperti Z. Dalam keadaan begini peranan kawan adalah sangat penting malah menjadi tanggungjawab B,M dan N untuk menegur kesilapan Z supaya dia tak terjebak kedalam masalah yang lebih serius.Dalam keadaan sekarang Z harus ditegur secara halus supaya suasana kat rumah yang dah tegang tidak semakin tegang dan genting. Terus aku teringat peristiwa 4 tahun lalu bila mana aku menggunakan pendekatan yang agak serius menegur kawan yang kerap keluar malam dan balik lewat dengan lelaki menjadi punca kepada keretakan persahabatan aku dengan salah seorang kawan baik aku. Semoga ianya menjadi pengajaran dan pengalaman yang berguna.

Istilah cinta itu buta adalah sangat tepat kerana rata-rata remaja yang mabuk bercinta menjadi buta mata dengan tingkahlaku masing-masing, buta hati dengan sikap dan perasaan orang lain dan membutakan segala perkara yang patut dicelikkan. Selain dari buta ketika memilih pasangan itulah sebabnya wujudnya variasi dalam pasangan bercinta, ada yang kurus dengan gemuk, tinggi dengan rendah kerana butanya cinta itu. Ketika bercinta semuanya baik dan dibolehkan. Bila bercinta semua yang "apa" menjadi "tidak mengapa". Semuanya ok. Tapi tak boleh kata juga kerana tidak terkena batang hidung kita cuba kita letakkan diri kita dalam situasi Z bagaimana agaknya tingkahlaku kita pula.Walaubagaimana mabuk sekali pun seseorang itu bercinta yang penting hati dan kekuatan iman dan kepanjangan akal fikiran. Selagi perhitungan akal dapat berfungsi dengan baik dalam apa jua keadaan sekali pun segala musibah dan keburukan seperti itu InsyaALLAH akan dapat dielakkan.Semoga ALLAH melindungi diriku dan rakan-rakanku.

08 April 2002
Macam ni juga agaknya situasi selepas kawin nanti. Adatlah kan berselisih faham tu. Ingatkan time darah-darah manis ni semuanya nampak manis dan indah belaka. Tapi cam aku memang tak suka nak berpura-pura. kalau aku sakit hati memang hish tak leh nak kata tak main lah pendam-pendam.Cahaya pun sama dia kata dia suka kalau aku sakit hati sebab aku suka melawan. Sebenarnya aku jarang rasa sakit hati macam ni. Ini first time ni. Kalau macam ni selalu tentu aku rasa sakit jantung. Kami berselisih faham semalam tapi aku yang tarik muka masam lebih pasal aku sakit hati lagipun aku perempuan. Lelaki kalau merajuk ke sakit hati ke mana mereka nak express. paling kurang pun dia senyap dan tak bercakap. Aku tak pasti apa puncanya tapi aku tahu cahaya bengang sebab dia tunggu aku lama masa main bowling. Ok lah aku admit perkara tu tapi aku ajak dia main bowling sekali pagi tu bersama dengan kawan-kawan aku tapi dia yang tak mahu. Bila habis main bowling kami pergi makan. Dia sudah hilang entah kemana lagipun aku tak dapat nak call henset dia lagilah aku hot. Bila aku order food dia tak mahu makan. Saja nak cari punca. Dia kata dia dah kenyang. Mungkinlah betul dia dah kenyang agaknya tapi tak sedaplah kan kawan-kawan aku yang lain semua makan dia tak jamah pun food tu protes ke apa aku tak tahu. Akhirnya aku tapau aje food tu.Tak pe la sampai kat situ aku diam aje. Dalam hati ALLAH sahaja yang tahu

Lepas dismiss kami terus ke Shah Alam. Aku yang drive dan masa ni lah aku pun mulalah meluahkan segalanya. Aku drive dengan kelajuan 150km/jam memang aku protes dengan sikap dia tadi. Tak bercakap sepatah pun kat dalam kereta. Aku rasa nak menangis tapi ego mengatasi segalanya.Bawak kereta laju-laju aku rasa release sedikit tension aku Cahaya suruh bawa kereta perlahan sikit. Tapi biasalah hati tengah sakit lagi ditengah lagi le aku pecut kereta. Akhirnya dia cuba pujuk aku tapi aku tak layan dan tak kata sepatah pun sehingga tiba di Shah Alam kena jual mahal sesuka hati aje buat kita sakit hati lepas tu nak pujuk-pujuk pulak kan. Hati masih sakitlah katakan. Sampai di Shah Alam kami sembahyang kat Masjid negeri yang cantik tu. Cahaya drive dan kami cari tempat untuk bermain heli. malangnya tak jumpa pun tempat yang dikatakan. Sakitnya hati itu sahaja yang mampu aku katakan pada dia masa on the way nak balik. Dah lah sakit hati dengan dia sakit hati bila cari tempat nak main heli tak jumpa. Masa dan tenaga terbuang begitu sahaja. Akhirnya kami berhenti kat tepi jalan dan decide untuk cari padang dan bermain sendiri. Geram geram geram jangan ingat best aje kalau bercinta inilah situasi yang sebenar. Bila dah lama sangat aku tak layan dan tak bercakap sepatah kata akhirnya dia mengalah. Mulalah slow talk dan cakap baik-baik dengan aku yang dia pun rasa tension sebenarnya. Hish nasib baiklah tahu nak sejukkan hati orang. Pastu aku pun oklah sebab dia dah minta maaf. Jangan jual mahal pulak kalau orang lelaki dah minta maaf. Bukan susah pun nak buat hati perempuan sejuk, pujuk sesikit pastu minta maaf oklah.

Bila dah selesai tu barulah rasa lega. Hati tak sakit dan boleh bercakap macam biasa dan gelak-gelak macam tak ada apa-apa yang berlaku sebelum ni. Hari gelap sangat nak hujan tapi sebab dia kemaruk sangat nak terbangkan helikopter dia tu akhirnya kami berhenti dipadang kat Bandar Tun Hussein Onn kat tepi jalan besar. Kasawan bawah bukit. Ada satu kawasan lapang disitu. Kilat dan guruh serta hari sangat gelap. Akhirnya dapat pusingkan aje helikopter tu  tanpa boleh terbang. lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Ingatkan masa hidupkan enjin heli tu tak de orang tengok tapi bila aku angkat muka kat atas bukit sana ramainya perkerja indon kat kawasan tu yang dok bersidai dan memerhatikan kami berdua. Enjin helikopter tu agak kuta dan memang menarik perhatian orang yang mendengarnya.

10 April 2002
Kesian kat presiden kelab geng jenel yang tengah pening kepala. Laman web gengjurnal di http://www.gengjurnal.net tidak dapat dilayari disebabkan masalah Bandwidth Limit Exceeded. Cik Easy dah explain punca-punca dan sebab kenapa kita tak boleh nak masuk ke site tersebut. Hopefully lepas ni semua geng jenel akan berbesar hati untuk memberi sumbangan dan bantuan pada presiden supaya laman web kita dapat dihidupkan. Aku bagi cadangan supaya buat yuran tahunan sebanyak RM10 seorang memandangkan yang menulis jenel ni bukan semuanya orang yang dah bekerja. So aku fikir RM10 tu tidak akan membebankan semua pihak.

Aku ambil half day semalam. Aku bosan duduk kat opis sebab aku tak ada kerja sangat untuk dibuat. Sebenarnya aku ada kerja tapi tak ada due date jadi bila-bila suka aje aku boleh buat. Lagipun sekarang aku agak pening sedikit. Syaitan pun mulalah cucuk-cucuk aku yang dan separuh bingung kat opis aku pun isi leave form dan terus balik. Call cahaya bagitahu dia yang aku half day. Takut nanti dia telefon kat opis dan tak ada orang angkat mesti dia pelik. Sebenarnya tak ada benda yang hendak dibuat dirumah yang aku terfikir kalau dah tak tahu nak buat apa aku nak basuh kereta. Balik pun saja sekadar nak lari dari suasana opis yang mandum ni. Bila dah masuk dalam kereta aku tak balik rumah, terus singgah rumah moklong salin pakaian yang memang aku bawak sebab petang aku dah janji untuk main bowling dengan Tina. Angkut baby terus ke cathay bowl Seri Petaling. Pulun bermain 5 games lepas tu aku pergi shopping. Balik rumah lepas sembahyang Asar aku ambil Is kat opis dan terus ke Cathay bowl lagi untuk bermain 4 games yang seterusnya.Tak dapat nak tolong bila perasaan macam ni melanda. Pertama aku akan habiskan duit sesuka hati tanpa berfikir yang duit tu kalau guna untuk benda lain ada jugak manfaatnya. Yang bestnya bila perasaan macam ni melanda suruh le aku belanja sebab aku memang lebih bermurah hati waktu begini.Waktu-waktu lain pun aku murah hati jugak. Kalau aku bagitahu cahaya tentu aku kena marah. Kedua bila dah kemaruk main bowling tu sampai sepuluh games pun still rasa tak cukup lagi.Ketiga bila dah shopping terus tak ingat dunia.Tapi kesimpulannya semalam aku dapat sebuah kepuasan yang orang lain tak boleh nak gambarkan disamping dapat menghilangkan rasa gundah yang ntahapehape dan sungguh pelik.

Malam tadi perasaan tu datang lagi. Perasaan takut tu la. Perasaan macam  isk takmo lah cerita tak nak ingatkan pun. Aku takutlah. Aku banyak tanya pada member-member yang dah selamat kalau aku rasa ada macam sesuatu yang tak kena pada perasaan aku. Diorang kata perasaan risau dan gundah tu memang selalu melanda lagi-lagi bila hari dan saat tu semakin dekat. Itu semua godaan syaitan jadi abaikan sahaja. Syaitan memang sedang berperang sekarang ni.Kekadang tu tiba-tiba aku rasa cahaya macam sesuatu yang terlalu asing dalam hidup aku. Kekadang rasa macam tak kenal dia siapa macam tak ada perasaan pada dia. Pelik kan asyik berteka teki dengan perasaan sendiri sekarang ni. Tapi bila jadi macam tu aku buat dek aje. Kalau rasa tak de mood nak call aku cepat-cepat call dia supaya bila aku dengar suara dia perasaan tu terus pergi jauh. Takut sebenarnya kadang-kadang aku asyik terfikir perkara yang tak baik aje. Cepat-cepat aku doa ya ALLAH selamatkan lah majlis kami. Dah malas nak cerita dilema yang tengah berperang dalam hati. Aku rasa semua orang akan rasa perkara yang sama agaknya. Jadi bersedia lah ok.

Plan untuk balik kampung hujung minggu ni tak jadi. Mak dengan ayah akan datang ke KL pada hari esok. Mugkin kau akan cuti pada hari khamis dan jumaat. Nak kena jadi driver mereka sebab nak mbawak mak dan ayah menjemput. Sebulan aje lagi kan majlis kat rumah aku..17 hari sahaja lagi

11 April 2002
Makan makan makan makan. Hari ini memang hari makan sedunia. Pagi tadi aku makan yong tau foo semangkuk. Sebelah tengahari ada jamuan naik pangkat yang memang makanannya boleh dikategori kan sebagai makanan kelas hotel. Aku makan laksa johor semangkuk ayam masak kurma dan kambing goreng cili tanpa nasi beriani.Sempat jugak cekut sesudu nasi dari pinggan Is. Sedap sehingga menjilat jari. Dan juga semangkuk Ais krim yang sungguh yummy. Lupa sekejap tentang diet aku. Lupa sekejap yang aku dah naik setengah kilo bulan ni. Tapi harini memang aku terasa nak makan sangat specially benda yang masin-masin. Sebelum tu aku dengan is dok menguyah cream cracker vege sebaris banyak tu. Bila aku nak start semula diet aku ni. Sedang berkira bila nak mula semula diet tanpa nasi aku. Aku masih ada 2 minggu lagi untuk turunkan lagi berat badan.

Tadi Is dengan Abby cabar aku. Dia kata dah lama dia dengar aku kata nak start dan turunkan berat badan. Kali ni aku betul serius dan nekad. Jeng..jeng..jeng. Ada yang nak ikut jejak langkah aku. Aku bukannya gemuk sangat kira oklah seorang ahli sukan berbadan seperti aku tapi cahaya tu yang kurus sebab nak nampak sepadan jadi aku kenalah berusaha keras supaya nampak lebih kurus sikit dari sekarang. Tak susah nak turunkan berat badan. Walaupun cahaya tak suruh tak komen tapi bak kata pepatah "anak cina makan pengat sendiri mau ingat"

Masa jamuan tadi ada lima orang opis mate yang tegur aku mengatakan aku makin berseri sekarang ni. Al-maklumlah nak jadi pengantin le katakan. Bila kena usik aku pun mulalah tersipu-sipu sambil malu-malu kucing menidakkan kenyataan diorang tu.Hish psikologi aje tu padahal aku macam ni jugak. Padahal inilah jugak baju yang aku selalu pakai pergi opis. Inilah ugak style make up aku dengan lipstik samar-samar. Tak ada apa-apa yang baru atau berubah pada aku. Hari ni tengok cermin rasa muka lebih gelap ldari biasa sebab aku pakai tudung oren tak sesuai ngan kulit aku. Mungkinlah kalau ada pun wajah aku yang semakin hari semakin ceria.Hati yang semakin hari semakin berbunga-bunga mungkin aura gembira tu yang terpancar pada raut wajah aku. Kat situ agaknya seri tu timbul. Kat mata sedikit coklat aku yang semakin hari makin bersinar. Fehh ayat power.

Makan makan makan sebelum kita dimakankan. Tetiba kau teringat ayat spontan aku bila Leen kata amboi bekerja keras kau ye nak kawin ni. Secara selamba aku kata "kenalah kerja keras sekarang sebelum kita dikerjakan sehingga keras". Lepas tu bila aku fikirkan semula ayat tu aku gelak sebab dah jadi ayat yang sensored pulak. Jangan fikir yang bukan-bukan. cakap tanpa niat walaupun memang ada niat sesikit al-maklumlah.

15 April 2002

Hari Jumaat tu aku cuti. Aku EL tak plan pun nak cuti. Mak dan ayah ada kat KL aku mana boleh senang duduk. Lagipun kesian kat ayah yang nak kena bawak kereta kat KL. Ayah bukannya biasa sangat bawak kereta kat KL lagipun kereta ayah tu takut buat hal dalam keadaan yang jammed.Kereta veteran le katakan. Lepas sembahyang Jumaat kami memulakan operasi menjemput saudara mara. Aku yang menjadi supir sepanjang hari dengan wira aku yang best. Dari sebuah ke sebuah rumah saudara mara kami tempuhi. Tapi agak pelik sebab pengantin sendiri yang datang menjemput. Tak apalah apa salahnya kan. Sekarang dah zaman moden barulah padan dan dapat rasa kesusahannya. Mula-mula kami ke kg medan dua buah rumah saudara kat situ terus ke kampung pandan then terus ke ampang lepas tu ke Tmn permata, keramat, Taman Melati, Gombak,  Kepong, Selayang dan yang terakhir rumah pektam Mie kat Wangsa maju.habis satu KL dari selatan ke utara kami tempuhi. So jumlah rumah yang kami sampai malam tu adalah 15 buah rumah. Malam tu kami sampai semula ke rumah moklong jam 12.15. Dah tak larat nak balik ke seri sentosa malam tu aku tido uamh moklong. Perut aku pun hampir kembung sebab setiap rumah kami dijamu dengan air. Selesai dah bab menjemput. Mak dan ayah pun tak lah penat sangat. Esoknya aku bawa ayah dan mak ke rumah Pak ngah di cheras dan rumah pakcik di Kajang. Jumlah perjalanan selama dua hari adalah 216km.

Semakin hari semakin dekat. Bila aku tengok bunga telur pada kak Ani yang dah separuh siap hati aku jadi berdebar dan kecut. Ingatkan boleh nak sorokkan perasaan tu. Tak boleh, gementar tu mesti ada walau semacho mana pun. Walaupun aku cuba nak buat tak tahu dengan perasaan takut tapi kadangkala sesekali perasaan tu datang dan menerjah benak secara tiba-tiba. Tersirap darah. Sekarang ni doa dan tawakkal aje. Penantian itu memang satu penyiksaan. Bagi aku tiada yang lebih mendebar dan menakutkan kecuali majlis pada 27 April 2002 nanti seterusnya majlis pada 18 Mei 2002 tapi saat itu keadaan sudah berubah dan waktu itu aku tentu agak tenang. Aku menunggu 27 April dengan penuh debaran apatah lagi cahaya yang akan menghadapinya dan melafaz segalanya dihadapan mak, ayah saudara mara yang ramai. Tak lama lagi pun hanya dua minggu sahaja. Aku tak mampu nak bayangkan situasi dan keadaan aku waktu itu. Dan tak dapat nak bayangkan perasaan cahaya waktu itu. Harap dan bersoa sangat agar dia berada didalam keadaan yang tenang dan tak gementar sangat. Aku cuma menanti saat untuk segalanya berlaku secara realiti.

Persediaan setakat ini alhamdulillah berjalan lancar. Segala kelengkapan telah pun aku sediakan seperti yang dirancangkan.Cumanya aku masih belum menjemput kawan-kawan secara email. Belum memanjangkan jemputan di kalangan teman sepejabat. Aku rasa masih terlalu awal tapi nampaknya semakin ramai kawan-kawan yang tertanya-tanya tentang jemputan aku. Mungkin bermula minggu hadapan aku akan menghabiskan jemputan yang masih ada sedikit berbaki. Mengenangkan dua majlis besar yang akan berlangsung dalam masa-masa terdekat ni bagaikan tak cukup tangan dan tak terkejar masa yang ada. Semua nak kena buat sendiri. Bak kata makngah aku yang sulung lagi pulak jauh dengan keluarga. Dalam keadaan begini aku kena bertindak sendiri. Jangan terlalu mengharapkan mak dan ayah sangat sebab mak  memang dah tentu sibuk dengan urusan di rumah. Ayah pun begitu juga dari hal borang nikah ke hal pak imam yang aku dan cahaya telah completekan aku serahkan segalanya untuk tindakan ayah. Semua kena uruskan sendiri. Nasib baiklah aku ni yang jenis agak pantas dan cergas buat kerja. Dari senarai barang-barang ke hal hantaran gubahan dan senarai jemputan semua nak kena buat sendiri takut ada yang tertinggal takut ada yang tidak dijemput. Takut ada barang yang belum berbeli. Harap-harap tiada yang kurang sehingga hari majlis perkahwinan nanti. Sesiapa pun tentunya inginkan yang terbaik untuk majlis mereka tapi macam mana rapi pun sesuatu persediaan yang kita buat pasti ada juga yang kurangnya nanti. Harap-harap tidak akan mencelakan kedua-dua majlis aku nanti. Apa-apa pun aku memang berusaha sedaya upaya supaya majlis aku dapat berjalan degan baik da tetamu tidak rasa terkilan terutamnya yang datang dari jauh.

16 April 2002

"Bosan" itu sahaja yang termampu aku luahkan. Kepala mula berdenyut-denyut perut aku mual dari pagi mengadap komputer. Tangan tak henti-henti menekan keyboard. Apa yang aku buat hanyalah untuk menghilangkan rasa kebosanan yang sudah mencapai tahap yang paling maksimum. Pagi tadi ada morning talk antara dengar dengan tidak speech yang disampaikan oleh pengerusi majlis. Aku berdiri disatu sudut yang paling belakang sememangnya penuh kawasan itu dengan anggota kerja yang lain. Spot yang paling diminati. Senang untuk blah. Fikiran aku separuh melayang sesekali aku menumpukan perhatian pada apa yang diucapkan oleh MD. Mungkin nasihat yang sama seperti sebelum-sebelum ini. Masih bosan walaupun selepas buat sikit kerja check surat untuk testing dan prepare something untuk meeting dan aku sambung semula kebosanan yang semakin membuak-buak. Tak tahu  nak buat apa akhirnya aku berceloteh dengan tipah di YM. habis satu persatu bab kami kupas dari lah perihal tingkahlaku di rumah mak mentua hinggalah kepada nama anak. Hinggalahkepada hal balik kampung. Aku dapat lagi pengajaran yang baru, At least reda sikit kepala aku.

Aku ni bosan sebab apa. Sebab aku dah tak suka dengan kerja yang aku buat sekarang. Sebab aku masih menanti nanti surat pertukaran aku ke seksyen lain sebab aku masih tidak mendapat surat perlantikan sebagai project team. Argghh aku bosan menanti sebab aku dah terlalu lama menanti sehinggakan pada mulanya aku terlalu eager bila mendapat tahu yang aku akan ditukarkan ke seksyen lain. Lebih gembira lagi bila dapat tahu yang aku terpilih untuk join SAP group tapi segalaya semakin hari semakin hilang. Bosan dengan kelembapan opis ku ini. Hish kenapa jadimacam ni kenapalah terlalu lambat. Bosan dengan opis yang mandum. Bosan sebab masih duduk kat patition ini lagi. Bila aku nak pindah tempat ni. Sungguh bosan bila keadaaan ini melanda. Bila pagi-pagi datang kerja dan melihat benda yang sama.

Kau pernah rasa bosan sampai kau rasa kepala kau nak pecah sampai kau rasa perasaan kau tidak tenteram sampai kau rasa kau nak keluarkan segala isi perut sampai kau rasa kau dah tak cukup oksigen untuk bernafas. Macam tu lah bosannya aku hari ini. Sampai aku berceloteh di YM dengan leen membincangkan isu betapa bosannya kita dengan tugas kita ini.Boleh jalan lah sama bosan. Apasal cahaya tak call lagi ni..dah pukul 5.00 ni..tak tahu ke yang orang dah bosan sangat ni.

18 April 2002

Semalam aku merajuk dengan cahaya. Puncanya hanya kerana cahaya tak call aku. Aku call office dia kak city gal yang angkat. Peliklah hal kecik macam tu pun nak merajuk. Sebenarnya aku tak rasa sakit hati pun saja nak tarik perhatian dia . Tapi ingat dia nak kisah dan nak layan aku bila time merajuk ni. Dia memang akan biarkan aje sampai aku sejuk sendiri. Dia kata kat aku "awak tu bukannya boleh dimanja-manjakan sangat". sampai ke petang dia tak call. Bertuah punya cahaya. Geram betul kita dibuatnya. Lepas tu aku senyum sengsorang. Dia memang macam tu dah faham sangat dengan perangai dia tu. Mulut aje cakap camtu kat hati ALLAH saja yang tahu :)

Semua orang mengimpikan rumahtangga yang aman damai dan bahagia. Ada suami yang penyayang bertanggungjawab dan bertimbangrasa. Memang itupun yang selalu aku angan-angankan. Mudah-mudahan cahaya harini akan tetap sama sampai bila-bila. Tapi ramai kawan-kawan  yang berpesan pada aku jangan mengharapkan zaman percintaan masa sebelum kawin tu kekal kerana lelaki selalunya akan berubah selepas berkahwin. Benar atau tidak kena tunggu beberapa bulan lagi. Perkahwinan adalah suatu perkara yang samar kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku kat depan kita suatu hari nanti. Banyak kebarangkalian yang boleh berlaku dalam kehidupan berumahtangga sebab perkahwinan itu sebenarnya satu perjudian. Manusia juga boleh berubah bila-bila masa. Sebab itu wujud penceraian, wujud penderaan dan sebagainya. Hari ini kita sanggup tinggalkan kehidupan kita yang senang, kehidupan bersama kawan-kawan, kehidupan bersama keluarga hanya kerana sebuah perkahwinan yang kita tidak tahu apa kesudahannya. Menakutkan. Tapi kalau takut untuk gamble sampai bila pun kita tak akan kahwin. Kalau kita tak berkahwin macam mana nak meramaikan umat Islam di muka bumi itu. Berkahwin adalah tuntutan agama dan pahalanya sangat besar. So jangan fikir takut fikirkan pahala dan sumbangan kita dalam meramaikan umat Islam di muka bumi ALLAH ini. Berkahwin pun mesti ada niat supaya perkahwinan kita sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH.

Aku rasa dalam perkahwinan kita perlu juga fikirkan tentang pengorbanan dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan. Sebab bukan mudah untuk menyediakan tapak rumahtangga yang kukuh dan bahagia. Sudah tentu banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Jadi aku sentiasa mengingatkan diri aku tentang dugaan dan cabaran hidup berumahtangga. Sebab perkahwinan bukannya untuk suka-suka bukan hanya untuk sebulan dua tetapi sepanjang hayat kita. Lagipun bukan sepanjang masa rumahtangga itu berada dalam ketenangan bukan juga sepanjang masa hidup kita akan gembira. Bukan juga sepanjang masa cahaya akan bercakap lemah lembut dengan aku. Adakalanya sesekali pasti ribut akan melanda.Pasti ada bermasam muka. Mungkin kita perlu didik diri kita dari awal supaya menjadi orang yang lebih tolerate, bertolak ansur, mudah memaafkan dan bersikap lebih terbuka dalam setiap perkara. Mudah-mudahan perubahan ini akan dapat mengeratkan lagi kasih antara suami dan isteri kita. Mungkin dah tiba masanya untuk kita ubah segala perangai buruk kita dan buang segala sikap mementingkan diri jauh-jauh kerana dalam mencapai kebahagian hidup berumahtangga kedua-dua pihak mestilah merasa berpuas hati.

Cerita pasal kawin lagi. Aduh boringnya. Suka hatilah tak nak baca sudah. Tapi saja suka nak kongsi dengan kawan-kawan supaya kita sama-sama dapat pengajaran. Suatu hari kawan lelaki yang belum pun setahun berumahtangga mengadu kat aku. Saya tension hari ini dah lah bengang dengan bos tadi sebelum pergi kerja bergaduh dengan isteri lagi. Bergaduh tu memang adat dan asam garam. Aku kata pada dia pujuk le isteri tu. Orang perempuan memang sangat sensetive dan cepat melenting tapi bila kena pujuk mesti cepat cair. Kenalah ada yang mengalah kalau tak suami mesti lah isteri. Kawan baik aku jugak selalu cerita yang dia sering kali terasa hati dengan suaminya tapi tak pernah meluahkan akhirnya dia sendiri yang makan hati. Sindrom pendam ni memang aku tak suka sebab makin disimpan hati semakin bengkak dan menghilangkan rasa kasih sayang secara perlahan-lahan. Apa salahnya luahkan saja rasa ketidakpuasan hati itu tapi jangan le cakap masa kawan tu tengah marah timing pun kena betul juga. Bagi aku segalanya bergantung pada diri kita juga. Kita yang mencorak dan mengemudikan rumahtangga kita. Bahagia atau tidak rumahtangga itu terletak ditangan kita berdua. Berusaha dan memperbaiki satu persatu dan selebihnya tawakal dan berserah pada ALLAH

20 April 2002
Assalamualaikum...

Wahai sahabat
doakanlah untukku
Aku perlukan sokonganmu disaat-saat ini
Doakan ketenangan akan sentiasa bersamaku
Aku begitu celaru ketika ini
Doakan ketabahan tetap kental dihatiku
Aku terlalu rapuh waktu ini
Doakan kehidupanku diberkati
Aku terlalu gentar untuk mengharunginya

Wahai teman
Berilah aku dorongan
berilah aku sokongan
Aku perlukan satu kekuatan
Aku perlukan keyakinan
Supaya aku mampu bergerak kehadapan

Cahaya
Kau tidak mengerti sayang
Aku berasa didalam ketakutan yang teramat
Aku berada dalam keadaan tidak tentuan
Tenangkan hatiku ini
Tenangkan hatiku ini

Ya ALLAH
Ampunkan dosa-dosaku
Ampunkan dosa kedua ibu-bapaku
ampunkan dosa cahayaku
berikanlah aku kekuatan
berikanlah aku ketenangan
aku benar perlukannya

Ya ALLAH
Hanya engkau yang lebih mengerti
Segala gejolak hati
Hanya engkau lebih memahami
setiap yang terjadi.

Sebelum aku meluahkan kata-kata di atas jiwa aku terlalu bercelaru tidak ada sedikit ketenangan pun yang tinggal. Aku begitu resah dan serba tidak kena. Aku rasa ingin menutup jenel beberapa ketika tapi aku ingin meluahkan sesuatu sebelum itu. Tiba-tiba apabila yang terbuku itu keluar menjadi butir pekataan aku mendapat sedikit ketenangan dan kekuatan. Aku rasa ingin menangis waktu ini. Aku rasa ketakutan yang teramat sangat. Aku rasa aku memerlukan sokongan semua orang.

Izinkan aku meluahkan segalanya. Aku rasa begitu dekat dengan semua orang waktu aku menulis ini. Terima kasih Ya ALLAH sesungguhnya engkau terlalu baik terhadap hambamu. Kau telah kembalikan semula ketenanganku dalam sekelip mata. Ya ALLAH aku sering malu dengan diri sendiri kerana telah terlalu banyak yang aku minta darimu. Terlalu banyak peluang yang kau berikan padaku. Terlalu banyak kebaikan yang telah aku terima darimu ya ALLAH tapi aku malu kerana aku selalu alpa aku selalu lalai bila berada didalam kenikmatanmu. Aku bukan hambamu yang baik. Ya ALLAH berilah orang-orang yang lemah seperti aku ini peluang berikanlah ya ALLAH supaya aku akan berubah menjadi hambamu yang terbaik dikalangan yang terbaik.  Argghh terlalu banyak janjiku padamu yang belum aku kotakan. Aku masih ingat semuanya.

Sudah jarang-jarang sekali aku membaca Al-Ouran hanya kerana kesibukan yang dijadikan alasan. Tidak seperti dahulu setiap kali berjumpa denganmu pasti aku akhiri dengan bacaan Al-quran. Waktu itu aku rasa nikmat ketenanganmu yang tiada tandingan. Aku masih malu kerana hanya baru beberapa hari lepas aku menyambung semula kalimah-kalimahmu itu untuk dibaca. Itupun kerana waktu itu aku sudah mula berada dalam kegusaran sudah mula hilang ketenangan aku  sudah terlalu alpa dengan duniaku. Ya ALLAH aku tahu Kau yang telah menyedarkan aku ketika itu. Kau yang telah mendetikkan hatiku supaya jangan sampai lupa segalanya. Aku tahu kau terlalu menyayangiku. MAafkan aku Ya ALLAH. Ampunkan dosaku ini.

Aku tidak mahu menjadi manusia hipokrit. Aku amat takut azab siksaan api nerakamu tapi aku juga selalu tewas dengan nafsu serta keinginan duniawiku ini. Ya ALLAH adakah airmataku yang mengalir ini akan bisa membuang jauh-jauh rasa gusarku dan  rasa takut ku ini. Apakah airmataku ini akan menambahkan lagi rasa sayangMu pada hambaMu ini. Ya ALLAH hanya padamu segalanya ku serahkan. Berikan aku kekuatan dan ketenangan. Ampunkan dosaku kedua ibu bapaku kaum keluargaku rakan-rakanku serta umat Islam didunia. Ya ALLAH permudahkan urusanku didunia dan akhirat. Selamatkan lah dan permudahkan perjalanan majlisku nanti. Jauhkan lah kami dari segala bala, malapetaka dan hasad dengki. Panjangkan kasih sayang antara kami berdua dan panjangkan jodoh kami sehingga akhir hayat kami. Amin amin ya rabbal a'lamin.
 

nota: Syukur Alhamdulillah kerana aku masih diberi peluang seperti ini.  Aku masih mahu  dikejutkan ketika separuh  hanyut dengan duniaku.Ingat ALLAH selalu ye kawan-kawan InsyaALLAH ALLAH juga akan sentiasa mengingatkan kita.

rintihan sanubari seorang yang bakal bergelar isteri
Tiada lain yang aku inginkan waktu ini melainkan sebuah ketenangan.