R.e.a.l.i.s.t.i.k
22 April 2003

Mama dah kembali....

Aku dah start kerja semula dah dua hari. Rasa sedih sangat sebab syok rasanya bercuti selama dua bulan bermain bersama Maisarah. Sedih, semangat pun ada, liat dan malas semuanya bercampur campur. Rasa berat nak tinggalkan Irdeena Maisarah dibawah jagaan orang walaupun sepupu sendiri. Banyak betul perkara yang aku nak ceritakan. Kalau nak tulis ni rasanya satu hari satu malam tak habis nak cerita. Apa-apa pun aku rasa syukur sangat kerana telah selamat melahirkan anak perempuan aku yang bernama Irdeena Maisarah bte Ishak ( Kehormatan kami dan kesenangan kami) pada 20 Feb 2003 di Pantai Medical Center  tepat jam 5.52 petang selepas hampir 10 jam bertarung dengan maut dan kesakitan. Hmm tak pernah terbayang dan terfikir kesakitan melahirkan anak ni macam ni rupanya rasa sakit tu. Sampai hari ini aku masih teringat keadaaan aku masa tu dan masih terasa akan kesakitannya. Mungkin aku banyak dosa agaknya tu sebab aku mengalami kesakitan yang teramat sangat.Paling best masa tengah sakit2 tu hp aku asyik aje lah berbunyi. Nak tak nak layan jugak la dalam keadaan yang sangat lemah.

Aku masuk hospital 19 Feb 2003. Sebenarnya aku datang untuk check up tapi bila check doktor kata aku dah buka 3cm dan doktor kata bila bila masa aje aku boleh bersalin mungkin petang tu atau malam tu jugak. Jadi aku terus dimasukkan dalam wad bersalin. Aku tak sakit pun langsung tak rasa sakit apa. Kebetulan check up haritu darling temankan so darling terpaksa ambil emergency sebab temankan aku. Tapi aku memang belum rasa sakit setakat perut rasa senak itu sahaja. 3 jam aku duduk dalam wad bersalin tak ada tanda2 yang aku sakit. Akhirnya aku transfer ke wad biasa dan tidur kat hospital malam tu. Darling balik rumah ambil baju dan barang2 keperluan. Aku tak jangka akan masuk hospital awal sebab doktor kata aku due 25 Feb.Tapi masa tu seminggu sebelum memang kami dah siapkan semua barang baby baju dan barang aku kat dalam kereta supaya senang bila lepas bersalin terus balik kampung.

20 Feb 2003 pukul 8.00 am nurse dah siap-siap pakaikan  baju untuk masuk wad bersalin. Aku masih tak rasa sakit tapi dah mula keluar tanda untuk bersalin iaitu darah. Lepas masuk ubat untuk keluarkan isi perut dari belakang aku pun ditolak masuk dalam labour room. Masa ni perasaan aku hanya ALLAH sahaja yang tahu. Aku dah mula berdebar2 takut dan menjangka2 mcm mana rasa sakit yang akan aku hadapi sambil ditolak atas kerusi roda. Sambil tu aku  cuba menenangkan perasaan sendiri dan berdoa banyak2. Waktu ni darling dah pergi kerja sebab dia tengok aku tak sakit so dia assume lambat lagi bersalin. Masuk aje labour room baring atas katil terus nurse pasang kan tiub2 pada tangan aku dan start masukkan ubat (induce). Pukul 10.00 darling sampai dan duduk disisi katil. Masa ni aku dah mula rasa sakit sebab ubat dah masuk. Selang selepas tu doktor nora masuk dan pecahkan air ketuban rasa panas dan aku mula seram sejuk tapi masih sempat sengih. Dalam hati aku terus berdoa. Contarction aku start dengan kuat sebaik sahaja air ketuban di pecahkan. Masa ni baru bukak lagi satu cm. Dari pukul 10-12 aku hanya buka 5cm aku sudah mula bergelut dengan kesakitan yang amat sangat. Waktu ni aku dengan darling sahaja. darling urut kaki tangan semua tak jalan. Aku dah tak tahan sangat rasa bagaikan nak terputus pinggang aku. Aku tak sudah2 berdoa contraction berselang seli dengan cepat. Akhirnya aku panggil nurse untuk dapatkan ubat tahan sakit.

Darling diberi beberapa pamplet untuk dibaca. Mula2 aku diberi penutup gas untuk kurangkan kesakitan. Puas aku sedut tapi kesakitan tetap tidak berkurangan. Time ni aku dan start menangis dan tak tahan sangat dengan kesakitan hanya perkataan Ya ALLAH sahaja yang mampu keluar dari mulut aku. Waktu ni aku rasa seperti nak mati menahan kesakitan. Selang seketika aku diberi pain killer. Aku disuntik. Tapi masih jugak sama kesakitan malah bertambah sakit dan contarction makin kuat dan rapat. 2 jam lagi aku bertarung dengan kesakitan. Semuanya serba tak kena waktu ini aku muntah beberapa kali berpusing ke kiri kanan menahan kesakitan yang teramat sangat. Akhirnya aku minta darling benarkan aku ambil epidural. Mula2 darling agak keberatan untuk izinkan tapi mungkin kasihan melihat keadaan aku yang tidak bermaya dan didalam kesakitan yang amat sangat. Dengan berat hati darling memanggil nurse untuk mintak suntikan epidural bagi aku.

Seorang doktor benggali masuk dan aku disuntik dibahagian tulang belakang. Beberapa minit selepas itu segala kesakitan yang aku alami tadi hilang serta merta. Kaki aku terasa sungguh berat dan aku tidak mampu bergerak dari bahagian pinggang ke bawah. Ngeri bila diingatkan saat itu. Kalau ada rezeki dan diberi peluang bersalin aku tak mahu ambil epidural lagi. Aku takut waktu tu aku rasa tak selesa dengan keadaan yang tak mampu bergerak. Tetapi kesakitan yang telah hilang membuatkan hati menjadi sangAt lega. Selepas itu aku terus tertidur dan sesekali terjaga. Tepat jam lima aku mula berlatih push. Waktu ni aku dah buka besar dan sudah boleh untuk melahirkan. Darling tersandar dikerusi kepenatan dan kelaparan sebab tak makan apa-apa. Aku masih lagi muntah-muntah kesan ubat dan perut yang kosong. Setengah jam berlatih push 5.45 dr nora masuk. Aku dah tak rasa takut sebaliknya sudah tidak sabar untuk keluarkan baby dari perut. Dengan peralatan forsep Dr Nora duduk mengadap aku dan mula suruh aku push dan tetap jam 5.52 petang 20 Feb 2003 terdengarlah tangisan pertama anak aku. Syukur alhamdulillah ALLAHU AKHBAR hanya itu yang mampu aku ucapkan dengan linangan airmata apabila melihat anak yang aku kandung selama sembilan bulan yang masih berlumuran darah diletakkan diatas dada aku.

Selepas baby dibersihkan darling pun qamat kan baby. Dan sejurus kemudian makwe (nenek)  aku tiba sambil memeluk dan mencium aku dan menangis. Aku syukur sangat dan macam tak percaya semuanya telah berakhir dengan selamat. Sesekali terkenang saat2 manis getir dan sakit  itu mengalir airmata kesyukuran. Sampai saat ini aku masih rasa segala yang berlaku bagaikan mimpi. Dan saat2 melahirkan anak adalah merupakan saat terindah dalam dairi hidup seorang wanita. Semoga kami menjadi ibu bapa yang baik dapat mendidik anak2 kami menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat

Irdeena Maisarah bte Ishak

Gambar pada 21 Februari 2003


Latest picture : 23 April 2004

25 April 2003
Kehidupan sebagai seorang ibu.

Bukan mudah nak membesarkan anak. sekarang baru tahu dan baru rasa bagaimana peritnya dan terasa sukar hari2 yang aku lalui. Bukan mengeluh malah bersyukur sebab kehadiran Irdeena Maisarah mengeratkan lagi kasih saya aku dan darling. Tapi sejak dah ada anak ni lebih seronok. Selalu aje nak main2 dgn dia. Dulu pergi kerja pukul 7 lebih baru keluar sekarang 6.35 dah masuk dalam kereta. Anak pun hari2 kena embun. Sampai rumah Kak Jue pukul 7.00 tinggalkan baby kat sana. Kalau sempat aku breakfast kalau tak terus gi opis. Jalan plak standard lah Jln Kelang lama. Kalau time aku bawak kete gila2 sampai le sebelum pukul 8.00 kalau tak dlm 8.10. Kerja kat opis pun makin banyak maklumlah dua bulan aku tertinggal so now is the time to catch up everything yang yang tinggalkan dulu. Balik opis 5.30 amik baby tengoklah kalau Maisarah tido so tak payah nak susu kan dia. Kalau dia jaga kena susu kan dia dahulu so 6.15 baru balik umah. Sampai umah daddy dia dah tunggu siap2 kat bawah. Selalunya aku sampai rumah antara jam 6.45 hingga 7.00 malam bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan kesesakan lalu lintas.

Dah sampai rumah ni urusan baby darling yang buat. Aku siap2 tukar uniform dan start memasak. Macam ni lah rutin aku setiap hari sejak dah ada anak. Tapi alhamdulillah lah darling jenis yang suka baby dan pandai melayan cumanya bila baby menangis darling pun mulalah tak tahu nak buat apa. Kalau malam aku bangun bagi Maisarah susu then aku terus tido. Darling lah yang akan pupuk maisarah sampai dia lelap semula. Peh lega so tak de lah aku tak cukup tido. Lagi pun darling pergi kerja pukul 8.00 so lepas hantar kami berdua ke kereta darling boleh sambung tido. Jelesnya

Jenel ni pun aku tak pasti dapat update selalu ke tidak. Kat opis ni susah sebab kerja dengan consultant semua gerak geri kita diperhatikan so memang tak sempat nak tumpukan perhatian pada jenel tapi kalau dah tension tu mahu jugak curi2 tulis.Kalau ikutkan memang nak tulis hari2. Dah rindu rasanya nak dapat cerita2 dari kawan kawan. Sekarang guestbook pun tak ada yang menyapa. Aku faham iyelah bukan salah mereka salah aku juga yang menyepikan diri terlalu lama. Sampai ramai kawan2 yang complaint dan mintak aku update jenel.Sekarang ni tanggungjawab semakin bertambah kerja makin banyak tapi keinginan nak tulis jenel tu masih tinggi.Hopefully aku dapat le curi2 tulis kalau tak panjang pendek pun jadi la...

Rindu rasanya nak dengar kabar kawan jenel yang lain. Aku pun dah tak dapat nak layari jenel mereka sekerap duhulu. Kalau sempat aje aku masuk itu pun sekejap..so dah tak ada kesinambungan antara satu cerita dengan cerita yang lain...tapi aku harap semangat aku tinggi. Hish terasa rindu bila teringat zaman2 dulu.Argghh menyampah lah macam ni....

Mama & Irdeena Maisarah 24 April 2004




 

28 April 2003

Selamat Menyambut Ulangtahun perkahwinan yang pertama 27 April 2002
Semoga jodoh berpanjangan dan berkekalan sehingga akhir hayat

Kalau ikutkan hati mahu saja aku mengadap jenel ni sepanjang masa tapi awas. mata ada dimana-mana ni pun seboleh dan secepat ungkin aku tulis tak nak le ambik masa kerja lama2 hanya kerana sebuah jenel...heehhh tak baik kan. Baru lepas breakfast alhamdulillah nasi goreng cina dan telur dadar. Itu aje yang aku makan hampir setiap hari. Makanan kat tingkat 3 kat sini belum banyak pilihan. Banyak lagi kedai yang belum buka. Nak turun bawah malas nak menapak naik turun tangga. Aku sakit lutut. Hari sabtu after opis cepat2 amik baby then tunggu darling balik. Lepas sembahyang zohor 3.00 lebih jugak kami keluar rumah menuju Kg Tunku sebab Jessim buat makan2. Hujan punyalah lebat. Sampai rumah Jessim geng lain dah sampai. Duduk sekejap Shark, jali dengan Norma tiba. Kami bersembang sakan maklumlah bukan selalu dapat jumpa. Makan tengahari pukul 4.00 lebih perut aku memang lapar sebab belum lunch so aku makan sakan siap bertambah2 lagi. Nasib baik kat umah Jessim so dah faham perangai masing2 lagi pun mak ayah dia tak de kalau ada mahu le kami ni kena protokol sket maklum la nak mengadap datuk datin makan pun kena lah beradap-adapkan.

Irdeena Maisarah pun ok aje masa kat rumah Jessim tu. Baby kami memang suka berjalan. Kalau masuk dalam kereta letak aje kat seat baby terus aje diam. Suka aje tengok sana tengok sini. Kadang-kadang ralit sampai tertidur. So far alhamdulillah le tak susah pagi2 nak hantar dia ke rumah kak Jue sebab letak aje kat seat dia pasangkan kaset zikir munajat sumbatkan puting lepas tu Maisarah pun start la lakok. Tido aje sepanjang kereta bergerak. Dia memang tahu kalau naik kereta mungkin dapat rasa aircond agaknya. Sebab apa setiap kali balik kampung masuk aje kereta dia pun start tido sepanjang jalan selama dua jam. Susu pun tak ingat nak mintak

Omar ngan Ita datang dengan anak dia sekali Dania tapi anak dia dah 7 bulan belum boleh geng dengan maisarah. Darling yang jaga baby aku sembang sakan denagn diorang.  Amal bawak wife dia. Pengantin baru aku tak sempat gi wedding amal sebab dalam pantang masa tu.5.00 lebih kami chow baby dah ngantuk darling pun biasa lah dah start boring dia mana boleh lama2 sangat.... rambo ngan ropek tak sampai pun.Thanks to Jessim yang sudi buat makan2 untuk kawan2

Semalam kami pergi Carrefour Seri petaling. shopping barang dapur sikit balik tu singgah le kat Karnival beli belah Bukit Jalil. Tak beli apa-apa just bawak Maisarah jalan2 tengok dunia. nasib lah hari tak panas. So rileka le jugak tolak stroller baby.Sambil jalan sambil ambil-ambil gambar. Orang tak berapa ramai sangat tak banyak perkara yang menarik tapi kami sempat la tengok2 kereta. Ada Hyundai Sonata yang aku minat tapi buat masa sekarang masih belum mampu. so tengok sajalah dari jauh. Sambil2 tu jeling jugak kancil yang nak dijual mahal le. Aku tengah nak cari kancil sesiapa yang nak jual kancil dengan harga murah dan berpatutan contact la aku. Aku nak bawak kancil pergi opis sebab sekarang bawak Wira seminggu duit minyak aku RM50 tak campur tol lagi sehari RM2 pehh peninggg...kali ni nak pujuk darling belikan kancil untuk aku tapi nak yang second hand aje sebab nak guna bawak gi opis sahaja. Boleh le jimatkan minyak. Jalan2 lagi banayk kedai yang jual pakaian, Tak ada yang menarik perhatian kami sehinggalah sampai kat kedai kereta control teringat plak janji pada Bukhari masa mak pergi haji dahulu. Nak belikan dia kereta control tapi masa gi kat Maideen dulu harganya RM54 so darling kata tak payah beli dulu mahal. Pergi Leboh Pasar masa tu RM48 harganya tapi semalam RM35 tak tunggu apa terus capai sebuah. Tentulah gembira sakan pak busu tu nanti.

29 April 2003

Semalam aku keletihan. Bukan semalam sahaja almost everyday aku keletihan. Lagi pulak sekarang kerja banyak kat opis. Rutin kat rumah tetap mcm biasa. Semalam balik awal 6.15 dah sampai rumah. Lepas masak dan kemas apa yang patut aku sembahyang magrib. Sementara tunggu Isyak aku tertidur dengan telekung. Lepas sembahyang Isyak terus tidur. Tak sedar bila darling angkat Maisarah bawak masuk dlm bilik. Hmm kebetulan baby plak bangun banyak kali malam tadi. Ngantuk2 tu bangun lah jugak. Tanggungjawab le katakan.

Harini shopping kan baju Maisarah. Habis lah jugak duit sikit (banyak jugak sebenarnya). Dapat baju 4 pasang. Aku consider harga baju tu murah (oshkosh b'gosh) tu sebab aku beli kalau tak hmm tentu lah fikir 10 kali jugak nak beli banyak2 macam tu sekali mahu bengkok mama dia. Last2 beli baju anak baju mama tak berbeli benda lain mama tengok aje sambil jeling2 sebab tak boleh le nak belanja sakan bulan ni tak de peruntukan untuk beli baju baby sebenarnya. Tapi beli jugak sebab jualan kat Menara ni jarang jarang berlaku. Sekarang ni kalau gi shopping baju baby dulu yang dikejarnya. Baju mama dengan baju daddy belakang kira.

Lupa nak cerita September 2002 yang lepas aku naik pangkat tapi dapat tahunya masa Februari sebab dapat surat masa tu. So now dah jadi Senior Exec gaji pun dah naik boleh tahan lah. Alhamdulillah Ni lah orang kata rezeki anak. Dapat anak pun satu rahmat lepas tu dapat pulak naik pangkat syukur sangat. Daddy dia sahaja yang bengang dengan company dia tu. Sebab dah le gaji tak naik bonus plak takde. Aku berapa kali cucuk  suruh tukar kerja tapi nampak gayanya sayang sangat dia dengan Homeg tu. Ni aku memang tengah sibuk2 carikan dia kerja lain. Kalau ada kerja kosong kat opis korang bagi tahu lah. Darling kerja sebagai Mechanical Engineer. 6 Tahun pengalaman. Currently dia kerja dengan homeg buat drawing saluran paip dan gas dan macam2 lahkerja uyang berkaitan dengan kelulusan dia. Resume pun ada dengan aku. 

Aku call darling dia ada kat rumah terperanjat jugak aku rupanya dia dapat MC sebab sakit kepala.Katanya pagi tadi dia macam nak pitam masa kat opis. Risau jugak aku sebab darling ni jenis yang susah demam atau sakit. So far sejak kawin tak pernah dia sakit.Ini first time dia dapat MC.Lagipun darling tu memang kerja gila2.Kalau dah buat kerja tu lupa semua.Kalau ada kerja bawak balik kat rumah duduk aje kat bilik dia mengadap komputer sampai tengah malam. Kadang2 pukul 6.00 pagi dah bangun sembahyang subuh then terus mengadap komputer. Agaknya sakit kepala tak cukup tidur la tu. Malam tadi pun aku tak tahu pukul berapa dia tidur.Pagi tadi aku bangun nak mandi pukul 6.00 tengok dia dah mengadap komputer kat dlm bilik dia. Itulah darling kalau ada kerja yang tak siap pulun dia buat bukannya kira.

Disertakan sekali beberapa keping gambar terbaru Irdeena Maisarah - 27 April 2003